Malik POV
Aku menatap tajam Latifah, hati aku bergegar antara marah dan sejenis rasa kecewa yang sukar diluahkan. Aku menggenggam rambutnya, menariknya dengan kasar tanpa belas. “Engkau sekarang dah pandai melawan aku kan? Sedar sikit diri tu. Kalau bukan aku, mana mungkin engkau ada kat sini.”
Latifah hanya memegang tangan aku, suaranya perlahan merayu, “Abang sakit...” Aku tahu dia bukan hanya sakit fizikal, tetapi juga jiwa yang semakin rapuh. Namun, dalam diri aku, rasa simpati itu diselubungi amarah dan keletihan. Aku sudah penat berperang dengan dirinya, dengan penyakitnya, dengan semuanya.
Tiba-tiba Muaz bangun, menolak aku jauh dari ibunya. “Cukup tu, papa. Jangan cuba sentuh mama lagi,” katanya kasar, suara penuh amarah tapi jelas melindungi.
Bunyi bising mula menyemarakkan keadaa apabila Alisha masuk terhuyung-hayang, mabuk. “Korang ni tak reti nak diam ke? Bila balik rumah asyik memekak je! Rimas lah!” suaranya memecah ketegangan.
Alisha… satu-satunya anak aku yang bukan hasil perkahwinan dengan Latifah. Anak hasil cinta lama dengan ibu Alisha, yang aku simpan sebagai rahsia dan kehangatan yang aku cari, berbeza dengan dinginnya rumah ini.
Aku masih ingat dulu, keluarga aku menentang hubungan aku dengan ibu Alisha kerana latar belakangnya yang menjadi pelayan di kelab malam. Namun, aku tidak peduli. Dia faham aku, tahu bagaimana melayani aku — sesuatu yang tidak mampu diberikan Latifah.
“Alisha, sampai bila nak jadi macam ni, sayang?” aku menariknya lembut ke sofa, cuba meredakan keadaan.
Muaz memandang Alisha penuh kebencian, “Papa tengok dia ni, hari-hari balik mabuk, tapi papa tak pernah pun marah?”
Alisha tersenyum separuh tertutup, “Hey, abang tak payah jealous sangatlah. Mama tu pun selalu buat papa marah.”
Latifah datang mendekati, marah membara di wajahnya. “Engkau tak payah ajar aku! Kalau bukan kerana aku sakit, takkan aku nak ambil engkau jadi anak angkat!”
Dia mengangkat tangan seolah mahu menampar Alisha, tapi aku menahan. “Jangan berani sentuh Alisha.”
Latifah menangis, “Abang lebih sayangkan budak ni daripada saya. Saya isteri abang! Beritahu saya, apa yang budak ni ada sampai abang sayang sangat dia?”
Aku membalas dengan suara meninggi, “Dia anak angkat aku, sudah berkali-kali aku jelaskan!”
Muaz mendengus, penuh dendam, “Anak angkat papa cakap. Darah daging sendiri pun tak dapat layanan macam ni.”
Alisha memeluk aku lembut, “Papa jangan layan mereka, boleh tak tolong bawa Alisha ke bilik?”
Aku tidak peduli pandangan marah Latifah dan Muaz, dan terus membawa Alisha keluar dari bilik.
Setelah pintu tertutup, Alisha berbisik lembut, “Papa... mama tunggu papa malam ni. Kalau papa nak datang, Alisha boleh beritahu mama.”
Aku tersenyum kecil, hati aku tiba-tiba jadi tenang bila dengar nama ibu Alisha. Tapi aku tahu, ketagihan Alisha terhadap alkohol semakin membimbangkan.
“Beritahu dia papa akan datang nanti. Tapi Alisha, kau okey ke ni?”
Alisha ketawa kecil, “Okey… tapi papa, masih ada lagi harapan tak Alisha dengan Jayden?”
Aku menghela nafas. “Kita akan cuba, sayang. Sekarang rehat dulu.” Aku mencium dahi Alisha, kemudian menutup pintu biliknya perlahan.
Langkah aku bawa menuju ke bilik tidur terasa berat. Dalam diam, aku memikirkan apa yang terjadi hari ini, apa yang sedang berlaku pada keluarga aku yang sudah seperti neraka dunia.
Sebaik saja aku masuk, Latifah sudah menunggu di situ, senyum manisnya cuba memecah keheningan. Baju tidur satin yang membalut tubuhnya cantik terbentuk — namun aku tidak rasa gairah seperti dulu. Dia sudah gagal menjadi apa yang aku perlukan.
Aku membuang pandangan dingin ke arahnya, lalu menanggalkan pakaian satu persatu menuju bilik air. Selesai mandi, aku kembali ke bilik. Latifah masih di situ, setia menanti tanpa sepatah kata.
Aku memandangnya sepi. “Abang nak kemana malam ni?” suara lembutnya mengusik.
Aku menggeleng, tanpa emosi, “Aku keluar. Jangan tunggu aku.”
“Kenapa abang jadi macam ni? Dulu abang masih boleh sentuh saya, kenapa sekarang...?” suaranya mula meninggi, berubah menjadi marah.
“Cukup, Latifah. Aku tak nak bergaduh lagi. Aku dah penat,” aku cuba menenangkan diri.
Dia tiba-tiba memanjakan suara, “Kalau macam tu, izinkan saya melayani abang malam ni.”
Aku membalas dingin, “Tak perlu.”
Latifah semakin berani, “Saya boleh buat apa yang perempuan tu buat pada abang. Jangan pergi malam ni.”
Aku ketawa sinis, mencengkam rambutnya, memaksanya pandang aku. “Jangan engkau berani ugut aku?”
“Selagi saya hidup, abang akan terikat dengan saya.” Suaranya berubah menjadi mengejek.
Aku lepaskan genggaman, meluru keluar bilik dengan hati yang semakin sesak. “Duduk dalam bilik ni sampai aku panggil doktor datang. Jangan keluar!”
Aku menolak pintu dengan kasar, menguncinya rapat. Dari dalam, terdengar jeritan Latifah, mengetuk dan menendang pintu dengan marah dan putus asa.
“Abang! Buka pintu ni! Saya tak sakit!”
Muaz datang berlari, cemas. “Papa! Apa yang berlaku?”
Aku menoleh, suara serak. “Jangan buka pintu tanpa kebenaran aku. Faham?”
Dunia di luar rumah terasa sepi dan dingin. Aku melangkah pergi, meninggalkan neraka yang aku sendiri cipta.
Share this novel