12

Romance Series 3111

Ivy POV

Seminggu telah berlalu selepas majlis tersebut. Minggu ini aku bercuti dari segala aktiviti modeling, jadi aku dan Hanis buat keputusan untuk tinggal dirumah keluarga kami untuk beberapa hari dan berulang-alik ke kolej.

Hubungan aku dengan Jayden juga bertambah baik. Hakimi dan Hanis juga aku tengok semakin bertambah rapat.

Seperti hari ni mereka boleh keluar berdua. So, aku terpaksa memandu sendiri ke JZ Studio untuk 'Fitting' baju dan 'update' jadual baru untuk sesi photo shoot aku yang akan datang.

Pada aku jika Hakimi boleh bahagiakan Hanis, i'm ok with that. Aku pun turut gembira untuk kawan baik aku tu.

Sampai sahaja di pintu masuk JZ Studio aku terus menuju ke bilik Jayden dan terserempak dengan Serra yang sibuk di mejanya.

"Hai, Serra... Sorry menganggu, boss awak ada di dalam?" aku bertanya sambil jari aku menunjuk ke bilik Jayden.

Serra memandang dan tersenyum. "Oh hai Cik Ivy, boss ada di biliknya. you're free to go in and out without any permission." Jelas Serra.

Huh? aku boleh masuk macam tu saja?
Aku tayang muka terkejut tapi Serra cuma tersenyum.

"Ok, kalau macam tu saya pergi jumpa dia dulu ya." Tanpa membuang masa lagi, aku berterima kasih kepada Serra dan masuk ke dalam.

Tetapi aku terkejut melihat seorang wanita cantik sedang berdiri dan termenung di hadapan cermin tingkap yang tinggi dari siling ke lantai.

Mendengar pintu bilik Jayden terbuka dia berpaling dan memandang aku. "Sorry, Serra tak beritahu saya yang Jayden ada tetamu."

Wanita itu memandang aku tanpa secalit senyuman. "Pernah dengar tak perkataan 'knock the door'." Dia berkata sambil berjalan dan duduk di kerusi Jayden.

"Mana Jayden?" aku bertanya, sambil mata melilau memandang sekeliling bilik tersebut kot-kotlah si mamat ni nak prank aku kan.

Wanita tersebut memandang aku. "Kau siapa, kenapa kau cari dia?" tanya wanita tersebut.

"Awak tanya saya siapa?... awak tu siapa?" aku menyoal wanita itu semula.

Wanita tersebut bangun dan menepuk meja dihadapannya kuat, hasilnya membuatkan aku terlompat kecil dan melatah. "Oh, hantu kau perempuan." Laju tangan aku menekup mulut aku sendiri.

Wanita tersebut menyilangkan tangan di dadanya dan memandang aku dengan angkuh. "Apa yang Jayden pandang dekat engkau ni?." Dia diam seketika.

Wanita itu berjalan mendekati dan mengelilingi aku. "Humm... tak ada lah cantik mana pun." Katanya lagi sambil menilik aku dari atas ke bawah.

"At least I am a model." Dia belum kenal lagi 'the power of Ivy mouth'.

Wanita itu berhenti di hadapan aku, memandang aku dengan pandangan yang tajam. "Kau ingat dengan status kau seorang model, kau dah bagus sangat."

"Well, at least people known me." Aku menjawab sambil mata aku kerdipkan beberapa kali.

Kali ni wanita itu berkata sambil menolak bahu aku. "Engkau dengar sini baik-baik apa yang aku nak cakap ni."

Kali ni mulutnya dirapatkan ke telinga aku pula. "Dia milik aku dan kau jangan terlalu berangan tinggi sampai ke langit sangat dapat memiliki dia." setelah itu dia berlalu ke meja dan mencapai kasar tas tangannya.

Wanita tersebut melangkah keluar dan dalam masa yang sama Jayden juga keluar dari bilik persalinannya.

"Sweetheart, awak baru sampai?" Jayden menandang dan senyuman lebar dia hadiahkan kepada aku. Aku pula hanya memandang dan diam membisu.

"Ada sesiapa ke yang datang tadi semasa saya di dalam?" tanya Jayden agak keliru.

"Tak ada rasanya. Tak apa lah saya ke studio dulu." Laju pintu biliknya aku buka dan aku berlalu menuju ke studio yang berada di tingkat bawah.

Sebaik sahaja aku sampai di studio Hanis menyambut aku dengan senyuman manisnya. Aku pula hanya mencuka.

Hanis memandang aku dengan kerutan di dahinya. "Okey, kalau muka dah macam ni aku tahu ada sesuatu yang berlakukan. What's wrong?" tanya Hanis.

Aku mengeluh sambil menarik kerusi dan duduk. "Aku memang tak boleh sorok apa-apa dari kau kan." Hanis sangat memahami aku.

Lama aku memandang Hanis dan aku menceritakan apa yang berlaku. Belum sempat Hanis menjawab, Hakimi pulak datang memeluk dan mencium dahi aku.

Melihat muka aku mencuka Hakimi pula bertanya. "Darling sister, apa yang dah berlaku?" mata Hakimi memandang Hanis pula meminta jawapan.

Dan sebagai seorang kawan yang terlalu baik Hanis menceritakan kepada Hakimi.

"Darling sister, engkau dah salah faham ni. Engkau ada tanya dia tak sebelum engkau keluar dari bilik dia macam tu je?" tanya Hakimi.

Aku menggelingkan kepala. "Aku tak bagi dia peluang pun, aku terus angkat kaki jelah." Aku menjawab sambil mengangkat bahu.

"Engkau tak boleh buat macam tu..." Belum pun habis Hanis berkata, Serra datang menyeru aku. "Cik Ivy, boss nak jumpa Cik."

"Beritahu boss awak saya busy." Laju aku membalas dan aku pura-pura sibuk.

Aku melihat Serra berlalu keluar dari studio dengan perasaan serba salah.

~~

Jayden POV

Aku terkedu melihat Ivy keluar dari bilik aku dengan tergesa-gesa, tanpa menunggu aku keluar mencari kelibat Serra. "Serra ada sesiapa masuk ke bilik saya selain Ivy?" pantas aku bertanya.

"Ada, Cik Alisha datang tadi. Kenapa boss ada apa-apa ke yang berlaku?" tanya Serra.

"Tak ada apa-apa, tolong panggilkan Ivy datang jumpa saya sekarang." Aku memberi arahan kepada Serra.

Serra mengangguk dan terus menuju ke studio.

Seketika kemudian Serra datang, memberitahu aku yang Ivy sedang sibuk. Tapi aku tak termakan dengan tipu dayanya.

Nombor telefon Ivy aku dail, dan tanpa menunggu aku terus berkata. "Sweetheart, I need you to come here now, or..." sengaja aku membiarkan ayat aku mati di situ sahaja.

Seketika kemudian pintu bilik aku di buka dengan kasar. "Awak nak apa? berani awak ugut saya ya?" aku hanya memandangnya dengan senyuman lebar.

"Senyum apa? kalau tak ada benda nak cakap saya keluar dulu." Sebaik sahaja dia berpaling aku terus laju berjalan dan klik, aku menekan kunci pada tombol pintu tersebut.

"Awak nak apa lagi..." dia berpusing dan wajahnya dijauhkan sedikit dari aku. Lalu aku mengurungnya ke pintu dengan kedua belahptangan aku sambil memandang matanya.

"Sweetheart, saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Alisha, lagi pun dia anak kepada uncle Malik. Awak pun tahu yang saya tak rapat dengan keluarga uncle Malik. Saya tak tahu yang dia datang office saya hari ni." Suara aku lembut menerangkan kepada Ivy tentang apa yang terjadi.

"Kalau betul awak ada orang lain. Awak tak perlu paksa diri awak untuk lakukan semua ni." Ivy berkata, tapi dari suaranya aku dapat rasakan yang dia tengah berperang dengan perasaannya.

"Kalau saya ada orang lain dari awal lagi saya dah tolak awak, sweetheart. Trust me." Mata aku masih lagi memandang Ivy. Inilah wanita yang telah menjadi orang penting dalam hidup aku selain dari keluarga aku.

“Sweetheart?” Aku lihat Ivy tenggelam dalam dilema perasaannya. Perlahan dia mendongakkan kepalanya memandang aku.

Ivy mengeluh dan menjawab. "Okeylah, saya harap perkara macam ni tak berlaku lagi."

Aku terus tersenyum. "Never again, I promise. Dan tolong tanya saya dahuku sebelum awak fikir yang bukan-bukan."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience