Ivy POV
Aku masih terbaring di atas katil hospital. Walaupun mata aku masih belum terbuka, setiap suara yang datang aku dengar dengan jelas... dan setiap satunya menyentuh hati aku yang masih lelah.
"Darling sister, bangunlah... Kau tak rindu aku ke?" suara Hakimi menyapa, serak dan penuh harap.
"Dah lima hari kau tidur. Siapa nak teman aku gaduh kalau kau tidur lama macam ni? Aku tak biasa tak dengar suara kau... sunyi, tahu tak?"
Aku dengar dia duduk dekat katil. Nafasnya tak sekata. Ada tangisan yang cuba disorok, tapi aku kenal adik aku — dia tak pernah menipu perasaan sendiri.
"Aku nak beritahu kau ni... ada orang, bodoh mana tah yang hantar surat ke balai, cakap aku tak bersalah dalam kes dadah tu." Suaranya bergetar, kali ini disertai esakan kecil.
Hati aku sayu. Aku tahu betapa dia menanggung beban itu selama ini. Aku percaya dia tak bersalah, dan aku sanggup bergaduh dengan siapa saja demi dia.
"Nama aku dah bersih. Kau tak nak celebrate dengan aku ke, darling sister?"
Aku cuba. Sungguh aku cuba untuk celikkan mata dan peluk dia. Tapi tubuh aku terlalu letih — letih dengan asakan Alisha... letih menahan sakit... letih menanggung luka yang bukan hanya fizikal, tapi jauh lebih daripada itu.
"Aku ingat lagi, first time kau mengamuk kat balai sebab aku. Kau pertahankan aku depan semua orang. Tak peduli pandangan mereka." Dia diam sejenak, tarik nafas panjang. "Bangunlah, Hanis tu... Hari-hari dia datang tengok kau. Hari-hari dia menangis. Tapi kau tidur je macam ni..."
Hakimi menghela nafas panjang. "Darling sister... aku tak boleh lama. Kejap lagi doktor nak masuk check up kau. Kesan merah kat pipi kau ni pun dah hilang. Kau dah cantik semula..." Hakimi ketawa kecil. "Nanti aku datang lagi, ya?" katanya sebelum mencium dahi aku dengan lembut.
Tak lama kemudian, seperti yang Hakimi cakap, doktor masuk bersama jururawat. Aku dengar bunyi mereka menukar balutan pada peha aku. Bau ubat memenuhi bilik.
"Masih tak ada apa-apa perubahan pada isteri saya ke, doktor?" suara Jayden kedengaran — cemas, letih, tapi penuh kasih.
"Tuan, jangan risau. Keadaan Puan sekarang sudah sangat stabil. Cuma kita tunggu saja Puan sedar. Saya harap tuan bersabar ya."
Sesudah tu aku dengar lintu ditutup perlahan. Tubuh Jayden merapat ke sisi aku; kehangatannya menenangkan. Tangan dia genggam tangan aku. Sentuhan tu selalu buat aku rasa selamat.
"Bangunlah, sweetheart... Awak tak rindu saya ke?" bisiknya lembut, betul-betul di telinga aku. Suaranya bergetar, penuh kerinduan.
saya rindu sangat awak, sayang...
Aku rasa ciumannya di hujung bibir aku — lembut. Perlahan dia cium leher aku, dan kemudian aku rasa hangat air matanya menitis. Pelukan dia erat, seolah tak mahu lepaskan.
---
Aku buka mata perlahan. Malam 0dah tiba. Dari sebelah, terdengar dengkuran halus. Cahaya lampu malam samar menyuluh wajah Jayden yang tertidur di kerusi sebelah katil. Kepalanya bersandar di hujung tilam, tangannya masih erat menggenggam tangan aku yang lemah.
Matanya sembap. Wajahnya lesu. Aku tahu dia penat. Lima hari... dia tak pernah tinggalkan aku.
Aku cuba angkat tangan — terketar-ketar. Di pergelangan masih jelas kesan lebam tali ikatan yang Alisha guna.
Aku usap pipi Jayden perlahan. Dia terjaga. Senyum terukir melihat mata hazel Jayden yang cantik — mata tu buat aku terpesona setiap kali aku tatap.
"Sayang..." aku panggil perlahan, senyum tipis bermain di bibir.
Jayden terkejut. Matanya terbuka luas; dalam sekelip mata dia bangun dan peluk aku erat.
"Sayang... sakit..." aku mengadu perlahan. Nafas aku lemah, tapi aku nak dia tahu aku dah sedar.
"Sorry... maafkan saya... saya panggil doktor sekarang!" Dia panik.
Aku pegang tangan dia, cepat — lemah, tapi cukup kuat untuk buat dia berhenti. "Jangan... sini... baring dengan saya dulu..."
Dia pandang aku, keliru. Kemudian dia mengangguk dan baring di sebelah aku, tangannya melingkari tubuh aku seperti biasa. Pelukan tu nyaman.
"Sweetheart... saya rasa doktor kena tahu..." Dia masih risau.
"Saya tak apa-apa... saya okay. Bagi saya masa. Saya cuma nak awak. Sekejap je..." Aku rapatkan diri.
Jayden cium dahi aku lama. Air matanya jatuh lagi.
"Awak nak apa-apa?" tanyanya lembut.
"Tak nak... saya nak awak je."
Dia senyum. "Saya ada kat sebelah awak. Kalau awak penat, tidur dulu..."
---
Esok paginya doktor dan jururawat masuk memeriksa aku. Jayden tetap di sisi.
"Selamat pagi, puan. Macam mana puan rasa?"
"Masih penat... tapi saya okay."
"Bagus. Hari ni puan tak boleh terima pelawat, ya. Rehat betul-betul dulu."
"Maaf, puan. Saya nak cuci luka pada peha. Akan rasa sakit sedikit," jururawat memberi amaran.
Saat ubat menyentuh luka, aku mengerang kecil — "Hisss..."
"Maaf, puan... tahan sikit ya," kata jururawat itu, sopan.
"Nurse, boleh perlahan sikit?" Jayden bersuara, nada sedikit tegas.
Aku genggam tangan Jayden dan geleng kepala perlahan. Wajah jururawat kelihatan pucat.
"Tak apa nurse... teruskan," aku kata, menahan sakit. Aku tak mahu Jayden terlalu risau.
Selepas selesai, Jayden peluk aku semula. "Apa awak ni... kesian nurse tu, kena marah tak pasal-pasal," aku tegur.
Jayden mendengus kecil. "She should be more gentle."
Dari luar, kami dengar suara mencelah. "Maaf, Puan Ivy tak boleh terima pelawat hari ni. Tapi berita baiknya, puan dah sedar. Esok boleh datang macam biasa."
"Jayanti anak kita dah sedar, syukur alhamdulillah..." suara Mommy bergetar.
"Tak apa... kami faham. Tolong beri makanan ni pada dia ya. Pastikan juga dia makan."
"Jangan risau. Tuan Jayden ada. Saya akan pesan," balas jururawat.
"Terima kasih. Kami balik dulu ya," kata Mama.
---
Lepas aku siap makan, Jayden berdiri di tepi tingkap sambil cakap di telefon. Muka dia nampak serius—biasalah, call kerja. Aku perlahan-lahan cuba turun dari katil. Tiba-tiba…
"Sweetheart, nak pergi mana?" suaranya menyentak.
"Oh mak kau!" aku terkejut, melatah. Jantung aku laju. "Sayang... janganlah buat saya terperanjat. Saya nak pergi toilet je."
Jayden tersenyum kecil, letak telefonnya di meja, kemudian melangkah mendekat. Dengan mudah dia paut lengan aku, seolah-olah aku ni terlalu kuat untuk bergerak sendiri.
Di dalam bilik air, dia dudukkan aku perlahan-lahan. Matanya masih memerhati.
"Ish, awak ni… keluar lah dulu. Saya nak buang air pun awak renung macam tu."
Dia geleng kepala, tapi senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Saya akan tunggu kat sini. Dan jangan protes."
Aku mengeluh. Terpaksa mengalah. "Pusinglah... tak selesa." Aku mencebikkan bibir, sengaja tunjuk rasa tak puas hati, walaupun dalam hati aku sebenarnya suka bila dia ambil berat macam tu.
Jayden ketawa kecil. "Kenapa pula tak selesa? Saya dah tengok setiap inci dan lekuk badan awak, sweetheart. Tak ada satu tempat pun yang tertinggal."
Wajah aku panas. Dia ni memang tak reti malulah!
Selepas semuanya selesai, Jayden baringkan aku semula atas katil. Dia duduk di tepi, tangannya menyentuh pipi aku.
"Sweetheart... kenapa sedih?"
Aku diam seketika. Berat rasa nak luah, tapi aku tahu dia perlu tahu.
"Mesti lepas ni awak dah tak nak tengok saya lagi. Sebab badan saya dah tak sama macam dulu... Tengok peha saya... ada bekas jahitan. Luka dari Alisha..."
Jayden pegang wajah aku, matanya menatap terus ke mata aku.
"Sweetheart... jangan sesekali cakap macam tu. Awak tahu tak... mata saya, tangan saya, mulut saya, hati saya—semua tu cuma kenal satu nama je. Ivy Aurora. Awak isteri saya. Dan saya akan cintakan awak sampai akhir hayat saya. Luka awak tetap cantik di mata saya. Sebab setiap luka tu bukti awak masih hidup... masih dengan saya."
Air mata aku jatuh. Aku peluk Jayden erat. Untuk pertama kali selepas lima hari gelap... aku benar-benar rasa hidup.
Share this novel