Ivy POV
Sebaik sahaja kami berempat tiba di dewan tersebut, majlis baru sahaja bermula. Tampil dengan busana terbaru dari JZ Group, acara itu nampak begitu gah.
Namun, aku terasa agak kekok. Selalunya, aku yang akan berjalan di atas pentas untuk memperagakan pakaian, tapi malam ini aku hanya duduk sebagai penonton, menyaksikan teman-teman seperjuangan di atas pentas.
Walaupun begitu, aku tidaklah terasa hati, kerana big boss, a.k.a bakal suami aku, yang memberikan aku arahan untuk bercuti panjang. Tugasan yang Jayden berikan kepada aku hampir 60 peratus selesai, terima kasih kepada Hanis dan juga Hakimi yang banyak membantu.
Sedang aku ralit menyaksikan kawan-kawan seperjuangan aku berjalan di atas pentas, mata aku tertangkap pada seorang wanita. Dialah wanita yang berada di dalam pejabat Jayden tempoh hari.
Pandangannya kepada aku sangat tajam, seolah-olah ada rasa tidak puas hati yang ingin diluahkan.
"Sweetheart, awak tengok apa?" tanya Jayden sambil mendekatkan dirinya ke telinga aku.
Aku memandang Jayden, menggeleng lembut, dan mengukirkan senyuman untuknya. Aku cuba untuk mengabaikan wanita tersebut dan fokus kepada acara di pentas.
Sepanjang masa, Jayden hanya bersama dengan aku. "Awak tak perlu bersama saya sepanjang masa di sini, kan ada Hakimi dan Hanis, saya okey, mereka boleh temankan saya," aku berbisik padanya.
Jayden memandang aku lama, kemudian mengangguk. Walaupun aku tahu dia tidak suka meninggalkan aku sendirian.
Namun, seorang lelaki datang ke arah kami untuk berbualan dengan Jayden. Jayden kemudian berjalan menjauh, meninggalkan aku sekejap untuk berbual dengan lelaki tersebut.
Selepas Jayden selesai berbual dengan lelaki tadi, dia kembali semula kepada aku dan memberi sepenuh perhatian semula kepada aku.
Dari kejauhan, aku dapat merasakan sepasang mata merenung tajam ke arah aku, kemudian pandangannya berpaling pula memandang Jayden yang sedang berbual dengan aku.
Secara tidak sengaja, senyuman terukir di bibir aku seketika, mata aku tertumpu pada wanita tersebut. Terlihat jelas di wajahnya, rasa cemburu yang cuba disembunyikan.
Selepas aku sedar dengan apa yang aku buat, aku terus alihkan pandangan ke arah minuman yang ada di tangan, cuba untuk buat diri lebih selesa.
Kenapa aku boleh rasa cemburu macam ni? Aku sepatutnya tenang je, tapi entah kenapa hati ni rasa gelisah. Ada sesuatu yang tak kena pada wanita tu?
"Sweetheart, kenapa ni? Awak macam dah hilang tumpuan," soal Jayden, suaranya dekat dengan telingaku.
Aku memandangnya. "Kenapa awak tanya macam tu?"
"Sebab raut wajah awak yang comel tu, nampak macam awak tengah fikirkan sesuatu yang sangat jahat tapi dengan cara yang 'innocent'." Nadanya penuh dengan gurauan, seolah-olah dia seronok melihat aku dalam keadaan itu.
Sekali lagi aku memandang kepada Jayden, dengan dahi berkerut. Mukanya hanya sejengkal dari muka aku. "Bukan macam itu! Dan saya tidak berfikir pun sampai ke situ," kataku, suara sedikit serius, cuba membetulkan tanggapan yang dia cuba buat.
Ketawanya meletus, dia mengangkat bibirnya dan mencium hidung aku. "But my sweetheart can," ujarnya sambil tersenyum nakal, dengan makna yang tersirat.
"Bagaimana?" saya bertanya seperti orang bodoh.
"Dengan mata awak itu," suaranya bertukar lembut, sambil menatapku dengan pandangan matanya yang penuh pesona. "Seperti yang awak lakukan terhadap hati saya dan menjadikannya milik awak."
Denyutan jantung aku terhenti seketika ketika aku menarik nafas. Ada satu getaran yang menyenangkan mengalir ke seluruh tubuhku, dan mata hazelnya memandang aku dengan pandangan penuh cinta untuk pertama kalinya tanpa berselindung.
Dan hati aku mula berdegup kencang sebaik saja aku menyedari makna di sebalik kata-katanya. Nafas aku hembus perlahan, bergetar keluar dari bibirku ketika dia menyelitkan rambut ke belakang telinga aku.
"Jayden!" Suara Uncle Malik merampas perhatiannya dari aku. "Aku nak bercakap dengan engkau sekejap." Lelaki tua itu melemparkan pandangan tajam kepada aku, sementara aku hanya mampu menundukkan muka, wajah aku berubah merah akibat situasi itu.
Pandangan tajam wanita itu juga tidak terlepas dari wajah aku. Mukanya kosong, tanpa sebarang emosi, seolah-olah dia cuba menyembunyikan perasaan sebenar di dalamnya.
"Sure, no problem," balas Jayden dengan sopan, sambil menoleh ke arahku. "Tunggu kat sini, jangan pergi ke mana-mana."
Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba tenangkan diri. "Saya boleh jaga diri saya. Awak pergi saja," aku menjawab dengan nada tenang.
Jayden masih teragak-agak, namun akhirnya mengangguk. "Just, jangan pergi mana-mana sendiri. Kalau awak perlukan apa-apa, call saya atau Hanis."
Setelah dia benar-benar yakin, Jayden akhirnya mengikut Unclenya. Namun, sebelum melangkah pergi, dia sempat memandang aku sekali lagi, seperti ada kerisauan yang masih belum hilang dari matanya.
Aku mengambil tas tangan, bangun, dan berlalu ke tandas. Setelah menjauh dari keriuhan, aku melangkah masuk ke dalam bilik air, cuba menenangkan diri sekejap.
Menutup paip, aku mengambil beberapa helai tisu dan menyapunya ke tangan. Mata aku bertemu dengan pantulanku di cermin.
Dengan setiap hari yang berlalu, hubungan kami semakin erat. Aku tersenyum, merasakan kedamaian yang datang bersama perasaan itu, seolah-olah segala yang berlaku kini semakin sempurna.
"Tsk, tsk! Tengok siapa yang aku jumpa di sini!" suara itu tiba-tiba kedengaran, mengejutkan aku dari lamunanku.
"Hoi, hantu! Kau perempuan," aku melatah dan cepat-cepat menekup mulut aku dengan tangan.
Berpusing, aku berhadapan dengan wanita itu lagi. Dengan tangan bersilang di dada, dia memandang aku dari atas ke bawah dengan mata yang dikecilkan. Hidungnya berkerut, seolah-olah merasa meluat.
"Aku tak tahu apa yang dia nampak pada engkau, tapi aku nak cakap, engkau dah berjaya memerangkap dia dalam cengkaman engkau dengan cukup baik," katanya dengan nada mengejek, pandangannya penuh dengan sindiran.
Aku mencampakkan tisu ke dalam tong sampah dan memandang wanita itu. "Dan cuba teka? Aku tak perlu pun merendahkan diri aku padanya seperti seorang perempuan yang tak malu untuk perangkap dia. Sepertinya helah itu dah agak lama," aku berkata dengan nada sinis, menegaskan bahawa aku takkan mudah terperangkap dengan permainan dia.
Mukanya bertukar merah, matanya memandang aku tajam. "Oh, jadi kau pakai taktik tu untuk dapatkan dia? Jika tidak, lelaki macam dia tak akan pandang perempuan macam kau, ni? Kat mana kau belajar semua ni?" katanya dengan nada mencabar, penuh dengan ejekan.
Aku menggenggam tangan, berusaha sedaya upaya menahan kemarahan agar tidak menampar muka plastik wanita ini. "Dari tempat yang sama engkau ambil Ph.D.? Aku yakin sekarang engkau dah dapat jawapannya. Now, if you'll excuse me, aku nak masuk ke dalam. Mesti dia tengah cari aku sekarang ni."
Aku keluar dari bilik air dengan kemarahan yang membuak-buak dalam diri.
Berani betul dia?
Oh, alangkah baiknya kalau aku dapat tampar mulut puaka dia tu!
Aku lalu di salah satu tingkap besar di kaki lima dewan dan tanpa sengaja menangkap satu bayangan. Mendekatkan diri pada tingkap, aku terlihat Uncle Malik sedang bercakap dengan seseorang dalam keadaan yang marah.
Tak mahu berlama-lama, aku segera masuk semula ke dalam dewan. Sebaik aku tiba, Hanis terus meluru ke arahku. "Ivy, kau pergi mana? puas aku cari kau satu dewan ni."
Aku terlompat kecil, memegang dada dan memandang Hanis dengan rasa terkejut. "Aku pergi tandas je," aku menjawab.
Kemudian aku pandang sekeliling mencari kelibat Jayden, tapi tak kelihatan. "Mana Jayden? Rasanya majlis pun dah nak habis ni."
"Dia cari engkaulah, mungkin dia kat belakang sana tu. Jom, aku teman kau cari Jayden," kata Hanis.
"Eh! Tak apa, kau balik je dulu. Aku boleh cari dia sendiri," jawabku.
Hanis memandang aku lama. "Betul ni, kau okey?" tanya Hanis, masih ragu-ragu.
"Betul, lagi pun tempat ni bukannya besar sangat," aku cuba meyakinkan Hanis.
Tak tunggu lama aku berjalan ke tempat yang ditunjuk oleh Hanis tadi. Dalam perjalanan, aku terserempak dengan Uncle Malik. "Uncle, saya minta maaf, uncle ada nampak Jayden?" aku bertanya dengan sopan.
Dia menoleh dan memandang aku tanpa seulas senyuman di bibirnya. "Dia ada kat belakang sana tu," jawabnya pendek, sambil mengarah ke arah yang dimaksudkan.
Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan menuju ke arah yang ditunjukkan.
Tiba di satu lorong yang agak gelap, aku ternampak satu sosok tubuh seperti Jayden yang seakan berpelukan dengan seseorang. Dengan hati yang berdebar, aku memberanikan diri mendekat untuk melihat dengan lebih jelas.
Namun, apa yang aku lihat seterusnya benar-benar membuatkan aku terkejut.
"Jayden..."
Badan Jayden mengeras serta-merta, dan aku dapat melihat ekspresi terkejut di wajahnya.
Tanpa berlengah, aku berpusing dan melangkah meninggalkan dua makhluk tersebut.
Rasa menyesal pulak pakai dress ni. Langkah aku terasa lambat dan terhad. "Errr..." Aku tersandung sedikit, dress yang ketat ni memang tak membantu langsung.
Seketika, Jayden menarik tangan aku, menahan aku dari pergi. "Lepaslah,"
Share this novel