Ivy POV
Studio masih riuh dengan bunyi ‘click’ kamera dan pujian dari jurugambar. Makeup artist sedang membetulkan sedikit loose curls di hujung rambut aku sementara stylist mengemaskan gaun satin hijau emerald yang aku pakai. Ini adalah salah satu fabrik dari syarikat daddy dan aku rasa sangat kagum setiap kali aku memakai busana dari syarikat daddy. Sesi pertama aku kembali bekerja sebagai model untuk koleksi baru JZ Group.
“You’re glowing, Ivy! Love that smile!”
“Sesi tamat! Good job, Ivy!” jerit jurugambar.
Aku senyum sambil menahan lelah, bahu sedikit lenguh selepas bergambar dengan pelbagai gaya. Sesi pertama aku setelah berehat panjang sememangnya mencabar, tapi aku puas. Aku masih cinta dunia ini. Nafas aku turun naik, tapi jiwa aku rasa hidup semula.
Belum sempat aku menukar kasut, pintu studio terbuka.
Dengan kemeja biru muda yang digulung lengan hingga ke siku, dan jam perak di pergelangan tangan — dia tampak segar dan terlalu kacak untuk dibiarkan begitu sahaja. Tinggi. Tegap. Tersenyum manis. Jayden.
Dia suami aku.
“Cik model kita dah habis ke?” tanyanya sambil berjalan ke arah aku.
“Baru je,” aku jawab, senyum manis walaupun penat.
Jayden cium dahi aku. Sentuhan yang ringkas tapi cukup buatkan aku lupa penat seketika. “I’m proud of you, sweetheart. Jom makan tengah hari? I made a plan.”
"Tapi sebelum tu kita jumpa papa dulu ya, dia dah tunggu kita di pejabat saya" sambung Jayden lagi.
---
Kami bergerak ke pejabatnya di tingkat atas. Ruang pejabat Jayden seperti biasa tenang, moden dan kemas. Tapi dia ubah sedikit susun atur meja—aku perasan, dan itu buat aku senyum kecil. Mungkin gaya baru sempena kehidupan baru kami.
Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka, wajah papa Muhsin tersenyum melihat kami.
"Papa apa khabar?" aku mendekat dan memeluk papa erat. Kehangatan tubuhnya, semuanya membuat aku rasa seperti dipeluk oleh ayah aku sendiri.
Papa pula mencium dahi aku lembut, seperti mana seorang ayah menyambut anak perempuan yang dirindui.
"Papa sihat. Macam mana start kerja hari ni?" tanya papa.
"Seronok walaupun penat. Tak sangka banyak juga design baru," aku tersenyum.
Papa menarik kerusi dan menyuruh aku duduk di sebelahnya. "Macam mana layanan anak papa pada Ivy? Dia ada buat masalah ke?" tanya papa sambil menjeling Jayden.
"Humm... so far so good," aku melirik pandang kepada Jayden yang muka dah bertukar pucat. Manja sangat reaksinya.
"Kalau dia ada buat sesuatu yang sakitkan hati Ivy, beritahu papa atau mama cepat-cepat tau," kata papa lagi, nadanya lembut tapi tegas—membuatkan aku rasa dilindungi.
"Baik boss," aku menjawab sambil ketawa kecil.
"Pa, saya ada kat sini tau," kata Jayden pula.
Kemudian aku perasan ada dua set makanan yang telah siap dipesan. Dia memang selalu fikir ke depan. Jayden... macam biasa tahu mengambil hati aku.
Papa Muhsin menarik nafas panjang. Wajahnya masih tersenyum, tapi aku tahu ada sesuatu di sebalik sorotan mata itu.
“Papa minta maaf datang tiba-tiba. Cuma ada beberapa perkara Papa rasa lebih baik bincang depan mata.”
Jayden mengangguk, kemudian tangannya genggaman tangan aku. Hangat. Kuat. Aku genggam kembali, seolah-olah kami sedang berkongsi kekuatan melalui sentuhan itu.
“Papa tahu tentang Malik dan Alisha yang masih cuba cari ruang masuk dalam board. Papa tahu juga Ivy masih kena ganggu. Papa bukan datang nak marah, Jayden. Papa tahu kamu berdua dah buat yang terbaik.”
Jayden tunduk sedikit. Aku genggam tangannya lebih erat, cuba jadi nafas tenangnya.
“Tapi Papa harap sangat kamu berdua akan terus jaga satu sama lain. Bila kamu kahwin, kamu bukan cuma kongsi hidup. Kamu juga kongsi tekanan, kongsi masalah, dan kongsi kekuatan.”
Papa Muhsin pandang aku lembut. Pandangan matanya lembut sedikit.
“Ivy, Papa tahu bukan mudah hidup sebagai isteri kepada CEO. Tekanan dari luar, dari dalam. Tapi Papa bangga dengan kamu. Papa bangga kamu masih kuat berdiri.”
Aku hampir sebak. Air mata aku berkumpul di hujung kelopak mata. “Terima kasih, Papa…”
Jayden bersuara perlahan. “Saya cuba jaga semuanya, Pa. Tapi kadang-kadang saya juga takut saya tak cukup kuat.”
Papa Muhsin senyum, tenang dan penuh erti. Senyum yang membuatkan hati aku terasa damai.
“Bila kamu rasa tak cukup kuat, tengok sebelah kamu. Kamu ada Ivy. Dan Papa pun ada.”
Papa kemudian meletakkan tangannya di atas genggaman tangan kami.
“Cuma satu pesanan Papa… Jangan biar dendam orang buat kamu jadi bukan diri kamu. Jangan layan permainan mereka. Biar mereka jatuh dengan permainan sendiri. Kita tak perlu jatuhkan sesiapa. Kita hanya perlu berdiri teguh.”
Jayden angguk. Aku lihat dia lebih tenang sekarang. Bahunya sedikit jatuh seperti melepaskan beban yang berat.
Sebelum bangun, Papa Muhsin sempat memeluk aku sekali lagi.
“Papa sayang kamu macam anak sendiri, Ivy. Jangan pernah ragu tempat kamu dalam keluarga ni.”
Air mata aku bergenang. Aku hanya mampu angguk dan senyum. Hati aku rasa tersentuh.
---
[Selepas papa Muhsin keluar...]
Jayden tarik aku duduk ke pangkuannya, bibirnya singgah ke jari-jemari aku satu persatu. Sentuhannya perlahan, penuh makna. Seolah-olah setiap ciuman itu adalah janji.
“Macam mana saya boleh tak jatuh cinta setiap hari dengan awak?”
Aku senyum sambil bersandar di dadanya.
"Jayden, awak tahu tak... saya tak minta jadi kuat. Tapi saya jadi kuat sebab awak."
Dia mencium pipi aku lama. Diam. Tapi penuh rasa.
“Then let's stay strong… together.”
---
Kami kemudian duduk dan makan tengah hari bersama di dalam biliknya dan aku menemani Jayden sehingga dia habis kerjanya. Waktu berlalu tanpa aku sedar.
Kami sampai di rumah sudah pukul lapan malam. Keluar saja dari bilik air, aku sudah siap dengan short nightgown mulberry silk, dengan delicate lace di garisan V-neckline dan hem. Lembut dan feminin. Aku mahu malam ini tenang. Aku mahu rasa disayangi.
Sebelum itu Hanis ada menelefon aku memberitahu tentang assignment yang kami perlu siapkan dalam minggu ni. Jayden pula telah bersiap dulu tadi.
"Mesti dia dah pergi ke bilik bacaan," aku berkata sendiri.
Aku mengambil laptop dan menuju ke bilik bacaan, pintu aku buka perlahan dan menjenguk ke dalam seperti yang aku jangka Jayden duduk di sofa sambil membaca. Kacak dengan rambutnya yang masih basah, tanpa baju — hanya mengenakan sepasang sweatpants.
"Baby, boleh saya masuk?" aku berkata lembut.
Jayden mengangkat kepalanya dan tersenyum manis. "Awak tak perlu tanya pun," sambil tangannya dihulurkan kepada aku.
"Ada assignment?" tanya Jayden pendek.
Aku mengangguk. "Tengah tunggu Hanis call. Saya tak ganggu awak kan?" aku bertanya lagi untuk kepastian.
Belum sempat Jayden jawab, telefon aku berbunyi. Hanis video call.
"Hello bestiii!" Hanis menjerit kecil.
"Okay straight to the point. Aku dah email semua maklumat yang kau perlukan dan hanya perlu sambung saja. Jangan lupa kita kena submit dalam masa 2 hari," arah Hanis.
"Iya, aku tahu. Eh kejap, kau lawa-lawa ni nak pergi mana?" tanya aku curiga.
"Kau ingat kau saja boleh pergi dating? Aku pun nak keluar dating juga," ketawa Hanis bergema kuat.
"Ha... ketawalah kuat-kuat. Jangan lupa kau tu tinggal sorang," kali ni aku pula yang ketawakan Hanis.
Muka Hanis dah bertukar pucat. "Sengallah kau ni perempuan. Dahlah, malas aku nak layan kau. Kimi dah sampai, aku gerak dulu. Bye Jayden, bye bestie!"
"I hate u," aku berkata. Jayden pula hanya ketawa.
"I know u love me!" Hanis buat fly kiss dan perbualan kami tamat.
---
Aku tersedar apabila aku rasa badan aku diangkat, kemudian tubuh aku diletakkan lembut di atas tilam empuk.
"Humm... saya tertidur," desahan kecil keluar dari bibir aku.
Jayden mencium leher dan bahu aku perlahan. “Tidur, sweetheart… esok sambung lagi assignment tu.”
Aku mengangguk. Jayden menarik tubuh aku rapat ke badan hangatnya. Tak lama kemudian aku mula lena… dalam dakapan lelaki yang bukan saja jadi suami — tapi jadi rumah, jadi dunia, dan jadi kekuatan aku.
Share this novel