Jayden POV
Aku renung wajah Ivy yang sedang lena di bahu aku. Nafasnya teratur. Rambutnya jatuh ke sisi pipi, dan bibirnya sedikit terbuka—tenang seperti dia berada dalam mimpi yang indah. Bebas dari segala masalah yang melanda. Hati aku juga rasa tenang. Perempuan ini... adalah wanita yang aku tak pernah mimpi boleh hadir dalam hidup aku. Dia tak sempurna, tapi dia sempurna untuk aku. Sempurna dengan caranya.
Perlahan aku angkat tubuhnya, mendukung seperti satu anugerah paling berharga dalam hidup aku. Kaki aku melangkah ke bilik tidur kami, langkah yang perlahan dan penuh hati-hati seolah aku takut merosakkan mimpi indah dia. Cahaya malap dari lampu sisi menemani aku meletakkan tubuh kecil Ivy di atas tilam.
Dia terjaga, mata masih kabur.
“Humm... saya tertidur,” katanya perlahan, suaranya serak dan manja.
Aku tunduk mencium leher dan bahunya. Kulitnya hangat, wangi seperti malam yang panjang dan manis.
“Tidurlah, sweetheart… esok sambung lagi assignment tu,” aku berbisik sambil membelai rambutnya. Aku tak sanggup tengok dia letih begitu, tapi dia tetap senyum walaupun mata hampir tertutup.
Dia hanya mengangguk kecil, matanya lama memandang aku. Perlahan, dia berpusing, mendekatkan dirinya ke tubuh aku. Tangannya menyentuh dada aku lembut, penuh rasa cinta di matanya.
Aku baring di sebelahnya, menarik tubuh dia ke dalam pelukan aku. Dalam gelap yang sunyi, aku bisikkan sesuatu ke telinganya, hanya kami berdua yang tahu.
“Sweetheart…” aku cium bahunya perlahan, bibir aku meleret ke tengkuknya.
Dia membalas, menarik aku rapat. Ciuman kami bersatu perlahan, penuh rasa. Nafas kami makin berat, dan tubuh kami saling mencari dalam pelukan yang hangat malam ini. Jemarinya menggenggam jemari aku, mengikat setiap detik dengan rasa yang tak pernah berkurang sejak hari pertama kami bergelar suami isteri.
Gaun tidurnya yang nipis sudah tidak mampu menyembunyikan rindu kami. Setiap inci tubuhnya aku sentuh dengan penuh kasih, seperti menghargai kehadirannya dalam hidup aku. Setiap sentuhan kami malam itu bukan hanya nafsu ia adalah bahasa cinta yang tak perlu diterjemah.
Malam itu, kami tidak banyak berbicara. Cukup dengan pelukan, ciuman, dan bisikan yang menjadi janji kami berdua. Aku akan jaga dia, selamanya. Dalam lena yang damai, aku tahu aku jatuh cinta sekali lagi dengan isteri aku sendiri.
---
Pagi esok…
Ivy bersiap dengan rust-colored, long-sleeved blouse dengan corak bunya kecil dan cropped, plaid trousers. Dia kelihatan manis sangat pagi tu. Wajahnya lembut, meskipun jelas keletihan malam tadi masih belum hilang sepenuhnya. Aku perasan dia sempat sapu lip balm warna natura kebiasaannya kalau dia nak jumpa Hanis, dia tak overdo apa-apa.
Hanis tiba tak lama lepas tu, hon pendek sebagai isyarat.
“Awak pasti nak pergi sendiri?” aku tanya perlahan sambil membelai rambutnya. Sentuhan aku lambat-lambat, seperti tak mahu lepaskan dia pergi walau untuk beberapa jam.
“Saya okay… Hanis ada. Lagipun awak ada meeting hari ni kan?” Ivy menjawab sambil genggam jari aku. Mata dia memandang aku macam dia faham semua kegusaran dalam hati aku.
Aku angguk. Tapi hati aku tetap berat untuk lepaskan dia pergi sendiri ke kolej. “Jangan lupa mesej bila dah sampai.”
Dia cium pipi aku cepat-cepat sebelum turun.
“Love you!” dia jerit sebelum menutup pintu.
Aku hanya mampu tersenyum. “Love you more…”
Aku berdiri di muka pintu beberapa saat selepas kereta Hanis bergerak. Sampai kereta tu hilang dari pandangan, baru aku masuk semula ke dalam. Hari tu aku ada dua mesyuarat penting, tapi fikiran aku masih teringat akan dia.
---
Aku tahu Hanis akan buat dia gelak. Aku bayangkan Ivy tertawa, tangan dia pegang lengan Hanis bila excited bercerita. Tapi sebaik Ivy sampai di kolej dan mesej aku, tak lama kemudian Ivy terima mesej dari nombor yang tak dikenali lagi.
Mesej masuk ke telefon Ivy, tapi alert masuk ke telefon aku juga. Kami dah link sistem sekuriti Ivy sejak kes dulu. Tak kira apa-apa bentuk gangguan atau nombor mencurigakan aku akan tahu. Itu cara aku lindungi dia.
Mesej dari nombor tak dikenali, tapi aku dah pernah tengok sebelum ni.
> “Kalau kau fikir hidup kau tenang lepas kahwin dengan Jayden… kau silap. Kau akan tengok semuanya musnah satu-satu. Tunggu.”
Jantung aku berdegup laju bukan kerana takut tapi kerana marah.
Tak habis-habis.
Aku capai telefon, dail Ivy segera.
“Sweetheart…” suara aku tegang. “Awak okay?”
“Okay, kenapa?” suara dia tenang, tapi aku tahu dia dah baca mesej tu juga.
“Ada mesej dari Alisha lagi, kan?”
Diam.
“Jangan risau, saya okey. Tapi awak janji, jangan buat apa-apa tanpa bagitahu saya dulu.”
Aku pejam mata. Aku tahu Ivy cuba tenangkan aku, tapi aku suami dia. Dan bila perempuan tu ugut isteri aku, itu bermaksud dia ugut hidup aku juga.
Aku tahu Ivy kuat. Tapi aku juga tahu, walau sekuat mana pun dia, ancaman yang berterusan boleh goyahkan sesiapa saja.
Aku perlu buat sesuatu. Dan kali ini… aku takkan tunggu lama.
Share this novel