6

Romance Series 3111

Jayden POV

Pertemuan Ketiga

Bengkel ini sekali lagi menjadi tempat pertemuan kami. Hati aku berdebar menanti kedatangan Ivy. Terima kasih kepada Hakimi, aku berpeluang bertemu dengan kakaknya walau hanya sekejap.

Segala rancangan dan perancangan... diatur oleh Hakimi.

Kini Hakimi tampak lebih selesa dengan aku. Dia banyak berkongsi tentang Ivy. Dan semakin banyak aku tahu tentang Ivy, semakin aku jatuh hati kepadanya. Katakan aku gila, mungkin... tapi aku pasti dengan apa yang aku rasa.

Selesai urusan di bengkel, aku menerima panggilan penting dari Serra. Tanpa berlengah, aku terus bergegas balik ke pejabat.

Dari jauh, aku sudah mendengar kekecohan di meja Serra.

"Saya faham, tapi tuan tak boleh masuk..." tegas Serra.

Aku keluar dari lif dan melangkah ke arah mereka. "Uncle, apa yang kecoh sangat ni?" suara aku sedikit meninggi.

"Ha! Mana engkau pergi? Aku ada hal penting nak jumpa dengan engkau!" jerkah Uncle Malik, adik kepada papa. Setiap kali dia datang ke pejabat, pasti ada sesuatu yang dia mahukan.

"Masuk ke bilik mesyuarat. Tunggu saya di sana." arah aku, tenang.

Tanpa membantah, Uncle Malik melangkah laju menuju ke bilik mesyuarat.

"Dah lama dia sampai?" aku bertanya kepada Serra.

"Baru saja, tuan."

"Baik. Tolong buatkan kopi." Serra mengangguk.

Aku membuka pintu bilik mesyuarat. "Ada apa datang ke sini?"

Pantas Uncle Malik berpaling, wajahnya tegang.

"Aku pakcik engkau. Tak reti nak cakap elok sikit?!" marahnya.

Aku mengangkat kening. "Uncle datang office saya buat kecoh, marah PA saya. Where's your manners?"

"Don't show your attitude in front of me!" tinggi suara Uncle Malik.

Serra mengetuk pintu dan meletakkan secawan kopi di atas meja sebelum beredar. Aku menunggu hingga pintu tertutup sebelum menyambung bicara.

"So, what brings you here today?" aku bertanya sambil mengangkat cawan kopi.

"Aku perlukan duit. Ada projek baru untuk company aku!" katanya angkuh.

Aku meneguk sedikit kopi. "Projek baru? Can you explain to me what business? Setahu saya, company uncle dah lama tak ada projek baru."

"Itu semua tak penting! Sekarang engkau nak bagi aku duit atau tidak?!" jerkahnya.

Aku pandang tepat ke wajahnya. “Semua dana perlu kelulusan. Ini syarikat, bukan mesin ATM.”

Marah, Uncle Malik menghentak meja. "Kalau engkau tak nak bagi, aku tunggu abang aku balik!"

Aku hanya mengangkat bahu. "Terpulang."

"Hal ini tak habis di sini!" ugutnya sebelum berlalu keluar dengan langkah keras.

Aku keluar dan menghampiri Serra. "Serra, dapatkan maklumat tentang company Uncle Malik. Bawa ke bilik saya segera."

"Baik, tuan."

Tak lama kemudian, Serra kembali membawa fail yang aku minta.

"Ini maklumat tentang syarikat Tuan Malik. Ini pula senarai model yang akan memperagakan koleksi terbaru. Selepas ini tuan boleh update kepada mama tuan," terang Serra.

"Terima kasih, Serra."

Aku meneliti satu persatu dokumen di tanganku. Semasa membuka fail model-model terbaru, wajah aku tiba-tiba berubah.

Ivy?

Nama Ivy dalam senarai model... Aku tak tahu harus marah atau gembira. Maksudnya, aku akan jumpa dia lebih kerap. Tapi kenapa aku tak tahu langsung? Seolah-olah semuanya disusun tanpa pengetahuan aku.

Pantas aku mendail nombor mama.

"Hello, sayang! Baru beberapa hari mama dengan papa bercuti, Jayden dah rindu ke?" suara ceria mama kedengaran.

"Mama, dah berapa lama Ivy jadi model dalam company kita ni?" aku terus ke point utama.

Mama tergelak. "Kalau tak silap, dah dalam tiga bulan."

"Kenapa saya tak tahu langsung?" aku mendesak.

"Mama yang uruskan semua sebelum ni. Bukankah ini kelebihan untuk Jayden juga?" Mama ketawa lagi.

Aku mengetap bibir. "Mama, it's not funny. Papa pun sama!"

Dari corong telefon, aku dengar papa ketawa kuat.

"Owh, sebelum papa terlupa," sambung papa, "kita dah sediakan Level 39 khas untuk Ivy. Semua photoshoot dia akan diadakan di sana. Kad akses dia dah serahkan pada Serra."

Aku pegang kepala sendiri.

"Papa buat keputusan tanpa pengetahuan saya."

"Jangan risau, Hakimi akan aturkan semuanya," kata papa, santai.

Aku mengeluh. Belum sempat aku bertenang, aku teringatkan satu lagi hal.

"Papa, adik papa datang tadi—"

"Apa lagi dia nak?" suara papa meninggi.

"Biasa lah, minta duit... katanya ada projek baru."

"Pap serahkan saja pada Jayden. Buat apa yang perlu," arah papa.

**~~

Penyiasatan**

Beberapa hari ini, aku fokus menyiasat syarikat Uncle Malik. Banyak perkara yang mencurigakan. Tiada projek baru, malah syarikatnya hampir dua tahun tidak aktif.

Hari semakin petang, dan selepas memerap dengan segala fail tentang Uncle Malik, aku perlukan udara luar.

"Don, sediakan kereta," arah aku pada bodyguard setia aku.

Aku menukar pakaian ke kasual dan bersedia untuk ke City Mall.

"Don, aku nak kau siasat Uncle Malik. Segala pergerakan dia."

"Bila nak mula, boss?"

"Segera."

Don mengangguk patuh.

Sampai di mall, aku menerima mesej dari Hakimi. Ketika sibuk membelek telefon, aku tidak sengaja terlanggar seseorang.

Tangan aku laju menyambut pinggang seorang wanita.

"Aduh..." keluhnya.

Aku mendongak. Ivy.

"Awak tak apa-apa?" aku bertanya, sambil tersenyum.

Dia memandang aku, kelihatan sedikit bengang.

Aku hanya ketawa kecil. Sifat spontan Ivy ini... sejujurnya membuatkan aku semakin tertarik.

Ivy cuba berlalu, tapi aku mengambil peluang ini untuk mendekatinya lagi. Kali kedua, aku sengaja 'terlanggar' dia.

"Awak lagi?" rungut Ivy.

"Awak ni suka sangat ikut saya kenapa?"

"Bila pula saya ikut awak?" balas aku selamba, tersenyum manis.

Menurut Ivy, PA merangkap kawan baiknya ada temu janji. Jadi dia menghabiskan masa seorang diri.

Tanpa membuang masa, aku mengajak Ivy minum. Dan... Ivy bersetuju!

Kami memilih sebuah kafe yang dicadangkan Ivy. Aku hanya memerhati tingkah lakunya yang polos, tanpa dia sedari. Ketika Ivy menyuap makanan dan mengeluh puas kerana keenakan makanan itu, aku hampir hilang kata-kata.

Aku memandangnya tajam. Oh God, help me.

Untuk mengelakkan Ivy salah faham, aku segera memulakan perbualan ringan.

Beberapa ketika kemudian, Ivy menerima panggilan telefon. Wajahnya berubah panik.

Dia terus berlari ke restoran bersebelahan.

"Hanis! Apa yang berlaku?" Ivy memeluk sahabatnya yang sedang menangis.

"Kami dah putus... dia dah ada pengganti..." Hanis teresak.

Aku hanya memerhati dari jauh. Ivy, seperti biasa, terus bangun ingin mencari lelaki itu.

"Tak guna betul. Mana mamat tu? Meh sini aku picit-picit hidung tak berapa nak mancung dia tu!" marah Ivy.

Aku pantas memeluk tubuh Ivy dari belakang, menahannya.

Akhirnya, Ivy berjaya ditenangkan. Aku juga sempat berkenalan dengan Hanis.

Aku sempat menghantar pesanan ringkas kepada Don: Siasat lelaki yang bertemu dengan Hanis tadi.

Pertemuan Keempat

Hari itu menjadi saksi pertemuan keempat aku dengan Ivy.

Dan aku belajar sesuatu — Ivy bukan sahaja lantang bersuara, tetapi berani dan setia.

And I like it. Ya, aku memang gila.

Keluar dari mall, Don sudah menanti di dalam kereta.

"Boss, ada berita."

Aku segera masuk dan bertanya, "Macam mana?"

"Tak bagus, boss. Dia... anak lelaki Malik."

What the fuck.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience