3

Romance Series 3111

Ivy POV

Keesokan harinya, selepas sesi penggambaran tamat, Hanis menghantar aku ke bengkel seperti yang dijanjikan semalam. Hanis pula terus pulang ke rumah keluarganya dan menunggu aku di sana sebelum kami balik bersama ke rumah sewa kami.

Si Helmi, adik bongsu aku, akan datang juga tapi lewat sedikit. Katanya terlewat bangun sebab malam tadi susah nak tidur, teringatkan 'baby' kesayangan dia tu.

Jadi, di sinilah aku, seorang diri — menjadi penunggu tak bergaji.

"Kereta rosak?" tegur satu suara dari belakang.

"Hoi, kau buat aku terkejut!" Aku terlompat kecil. Kesian pankreas aku, terpaksa bekerja keras setiap kali ada orang kejutkan aku dari belakang.

"Eh, taklah. Saja jalan-jalan ambil angin kat bengkel ni," sempat lagi aku menjawab. Kalau bab menjawab ni, mulut aku memang kelas pertama.

Dan... itu dia, gelak macho mamat si mata hazel — yang buat sel otak aku mati seketika.

Aku terus menghadiahkan jelingan maut kepada dia. Tapi gelaknya masih bersisa.

"Jom ikut saya."

"Ha...? Nak pergi mana? Tak naklah!" laju aku menolak.

"Pergi tengok 'baby' adik awak tu. Dah siap."

"Oh..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulut aku.

"Adik awak mana? Semalam bukan main lagi sayang kat 'baby' dia. Sekarang ni dah okey, dia pulak yang tak datang?"

"Ada... kejap lagi sampai lah. Semalam tak boleh tidur teringatkan 'baby' dia ni."

Aku tercengang sekejap. "Wait a minute... kita bukan kawan kan? Kenapa kita boleh sembang pulak pasal hal ni?" soalan itu lebih kepada diri aku sendiri sebenarnya.

Seperti biasa, mamat si mata hazel tu hanya tergelak macho. Aku pula rasa macam diperbadutkan.

"Okey, macam ni lah. Kita start dari awal," katanya sambil menghulurkan tangan.

"My name is Jayden Zulfan. Selamat berkenalan."

"Oh... cantik nama macam orangnya," aku menggumam sendiri tanpa sengaja.

"Pardon?"

Aku geleng laju. "Saya Ivy Aurora," laju aku sahut huluran tangan dia.

"Cantik nama macam orangnya. Okey, sekarang kita dah boleh jadi kawan."

"Ha..." belum sempat aku habiskan ayat, terdengar jeritan memanggil nama aku.

Aku menoleh. Si adik bongsu aku, Hakimi, sedang berlari ke arah kami sambil tersengih.

"Sorry darling sister, aku terlambat!" Aku menjeling.

"Encik, kereta saya macam mana, dah siap?" tanya Hakimi tak sabar.

"Ha... 'baby' encik dah pulih. Encik boleh pergi ke pejabat untuk final checking," jawab Jayden.

Tanpa buang masa, Hakimi terus berlari ke pejabat. Selepas bayaran dibuat, 'baby' Hakimi diparkir cantik di depan kami. Dan bermulalah semula drama dia dengan keretanya.

"Saya rasa kita kena tengok drama queen adik awak lagi hari ni," Jayden ketawa.

"A’ah lah, dah macam drama bersiri," aku mengeluh sambil picit dahi.

15 minit berlalu. Aku dah panas punggung, angin pun dah naik ke kepala tengok drama tak habis-habis tu.

Akhirnya, aku gunakan kuasa veto aku.

"Okey, enough! Get in the car NOW!" arah aku.

Dengan muka masam mencuka, Hakimi masuk ke dalam keretanya.

Aku berpusing menghadap Jayden yang masih ketawa kecil.

"Anyway, terima kasih, ya," kataku.

Dengan senyuman manis, Jayden membalas, "Kasih awak, saya terima."

~~

Hari-hari selepas itu berlalu seperti biasa. Aku dan Hanis sibuk dengan kelas kolej dan sesi penggambaran. Jadual aku semakin padat, masa untuk bersantai pun makin kurang.

Sejak kejadian di bengkel tu, kadang-kadang aku teringatkan kata-kata mamat mata hazel tu. Tapi aku biarkan saja perasaan itu berlalu.

"Ivy..." Hanis muncul di pintu bilik, sengih-sengih.

"Hari ni kan... kita cuti," katanya.

"So?" aku malas nak layan.

"Jom teman aku keluar boleh tak?"

"Nak pergi mana?"

"Jumpa buah hati aku."

Aku kerut dahi. "Eee... tak naklah. Kalau aku teman engkau, aku jadi apa?"

"Sampai hati engkau..." Hanis mula berdrama, buat muka sedih.

Aku mengeluh. Sebagai kawan yang baik, aku mengalah.

"Iyalah... iyalah... kat mana?"

"City Mall."

"Okey juga. Dah lama aku tak cuci mata," fikir aku sendiri.

"Eh, mana boleh!" Hanis cepat membantah.

Aku pandang dia tajam. "Habis tu, nak suruh aku melangut tengok korang bercinta? Tak hingin aku."

Hanis fikir lama. "Tapi..."

Aku pantas mencantas, "Tak ada tapi-tapi. Nak aku teman tak?"

Hanis akhirnya mengalah, "Tapi jangan jauh dari pandangan mata aku!"

Aku senyum lebar sambil buat thumbs up.

Di City Mall, Hanis dah berjumpa buah hati dia. Aku pula berjalan-jalan gembira macam budak dapat gula-gula.

Tiba-tiba bahu aku dilanggar kuat. Aku terdorong ke belakang — nasib baik ada tangan pantas memeluk pinggang aku.

"Aduh..." aku mengerang.

Baru nak marah, aku dengar suara macho, "Awak okey?"

Aku angkat muka. Mata hazel. Mata dia.

"Awak...?"

Aku cepat-cepat tegakkan badan. "Awak ni dulu bercita-cita jadi pemain ragbi ke? Asyik nak rempuh orang je."

"Awak yang jalan tak tengok depan."

Aku tunjuk muka tak puas hati, tapi dia cuma ketawa kecil.

Aku malas layan, terus jalan cari tandas.

Keluar dari tandas — hampir berlanggar lagi!

Dan... orang yang sama. Aku ternganga. "Awak lagi?!"

"Awak ni suka sangat ikut saya, dah kenapa?"

"Bila pulak saya ikut awak?" katanya, senyum manis.

"Awak seorang je ke? Kawan awak mana?"

"Dia ada janji temu," jawab aku.

"Kalau macam tu, jom saya belanja minum," ajaknya.

Aku berfikir sejenak.

"Saya belanja sebab dah dua kali terlanggar awak," sambung dia.

"Hum... okey lah. Ada Bread Cafe depan tu. Tapi saya tak boleh jauh dari sini," kataku.

Dia setuju.

Sambil makan roti, dia tanya, "Hari ni tak ada photoshoot?"

"Hari ni off day."

"So you're saying your friend went on a date... and you accompanied her?"

Aku angguk, mulut penuh roti.

Dia ketawa.

"Awak jalan sorang-sorang tak takut ke?"

"Buat apa nak takut, mall ni ramai orang."

"Hahaha... Awak lain dari perempuan lain."

"Apa saya ni macam baru turun dari planet lain ke?" aku balas.

Dia gelak kuat. "Bukan, bukan. Maksud saya... awak bukan jenis typical women."

"Oh, I'm not that 'typical women'. I prefer simple life," aku sengaja tekankan perkataan 'that'.

Sedang berborak, telefon aku berbunyi. Hanis.

"Hello? Aku kat Bread Cafe dekat engkau."

"Kenapa suara kau lain? Tunggu aku datang!"

Aku terus bergegas ke restoran tempat Hanis dan teman lelakinya jumpa tadi.

"Hanis! Apa jadi?" Aku terus peluk Hanis yang menangis.

"Kami putus... Dia dah ada pengganti," Hanis teresak.

Aku bangun laju, marah. "Mana mamat tu?! Bagi aku picit-picit hidung tak mancung dia tu!"

Baru nak menyerang, Jayden tarik aku.

"Sabar..." pujuknya.

"Lepaskan! Aku nak ajar dia!" Aku menjerit kecil.

"Sabar dulu... nanti semua orang tengok," kata Jayden.

Aku berhenti, fikir sejenak. Tapi hati masih panas.

"Saya tak kisah, yang penting saya lumat-lumatkan muka dia!"

Hanis tiba-tiba ketawa.

"Kenapa kau ketawa?"

Hanis tarik tangan aku. "Duduk dulu."

Aku duduk, tapi masih marah.

"Kenapa kau happy pulak?"

Hanis peluk aku. "Terima kasih sebab jadi sahabat terbaik."

Aku kerut dahi, tak faham.

"Aku dah lama tahu dia ada orang lain. Aku dah ready. Aku nangis sebab lega... bukan sebab sedih."

Aku tepuk dahi.

"Maaf ganggu dating korang," kata Hanis.

"Eh, tak ada apa lah. Kami jumpa pun kebetulan," jawab Jayden sambil senyum.

"Saya Jayden Zulfan," katanya sambil hulur tangan.

Aku menjulingkan mata ke atas

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience