Alisha POV
Telefon aku campak di kerusi kerana aku rasa muak melihat perempuan itu berpelukan dengan Jayden. Lagi lama aku tengok artikel tu, lagi sakit hati aku.
Tapi, walaupun begitu, aku tetap berpuas hati kerana agenda yang aku rancang berjalan dengan lancar.
"Why so angry baby?. Telefon tu tak bersalah pun." Joey datang memeluk aku dari belakang dan mencium leher aku dengan penuh rasa gairah.
"I tak faham kenapa Jayden masih lagi tak nak tinggalkan perempuan tu." Merah muka aku menahan geram apabila mata aku terpandang sekali lagi pada telefon, melihat tangan Jayden memeluk erat perempuan tu.
Joey memusingkan badan aku supaya aku dapat melihatnya. "Baby, I tak faham kenapa you buang masa tunggu dia. I ada, I boleh bagi apa saja yang you nak, malah lebih dari itu."
Aku mengeluh. "Baby, look here." Kedua belah tangan Joey memegang muka aku. "Kita... more than happy. Bila kita bersama, you gembira. Lagipun, hubungan kita bukan sesuatu yang sementara," kata Joey lagi.
Joey melepaskan keluhannya. "Tak apalah, you fikirkan dulu apa yang you nak dengan hubungan kita ni. Tapi, you jangan risau, rancangan kita tetap berjalan seperti yang kita rancang. I dah bawakan makanan untuk kita, jom makan," kata Joey.
Aku tersenyum sambil mengikut Joey ke meja makan. Dia tak pernah penat melayan semua kehendak aku. Tapi, perasaan aku terhadap Jayden dah ada sejak kecil lagi, cuma Jayden tak pernah nampak aku. Walaupun dulu, keluarga kami selalu berkumpul bersama.
Namun, segala-galanya berubah selepas atuk pergi. Semua ini berpunca daripada pembahagian harta yang tidak adil. Uncle Muhsin memiliki keseluruhan syarikat yang berjaya, manakala papa hanya menerima satu syarikat kecil yang baru ditubuhkan.
Dengan syarat yang atuk tetapkan, papa perlu mengembangkan syarikat tersebut barulah dia dapat sebaris dengan syarikat Uncle Muhsin.
Tetapi entah di mana silapnya, syarikat yang papa usahakan mengalami kerugian teruk, sehingga suatu hari mama memperkenalkan papa Joey kepada papa.
Sejak hari itu, mereka menjadi kawan baik hingga kini, walaupun perniagaan yang mereka jalankan agak licik. Aku pula berkenalan dengan Joey, sehinggalah kami serapat ini. Namun, hati aku masih lagi mahukan Jayden.
Segalanya berlaku secara kebetulan. Papa ingin namanya tersenarai dalam syarikat Uncle Muhsin, sementara aku pula bertekad untuk mendapatkan Jayden. Untuk itu, aku perlu menyingkirkan perempuan itu dari hidup Jayden.
"Baby, kenapa termenung lagi? Cepat makan, hari ini kita berdua ada banyak masa bersama, jadi I nak you makan banyak-banyak," kata Joey sambil mencium aku.
Aku memberinya senyuman yang penuh menggoda. Untuk masa ini, aku perlu melayan Joey dengan baik untuk menjayakan rancangan aku, kerana hanya dia yang boleh membantu aku.
Apa sahaja yang dia minta daripada aku, aku akan penuhi. "You rasa hari ni boleh lepaskan I sekejap tak?" Joey memandang aku dengan penuh keraguan.
"I rasa nak keluar pergi shopping," aku berkata kepada Joey sambil tersenyum. "Tapi, I janji akan balik cepat," sambung aku lagi, dengan suara yang menggoda.
"You nak I temankan you ke?" tanya Joey.
"Tak apa lah, lagipun shopping mall dekat je," aku berkata sambil menyuapkan makanan ke mulut.
Selepas kami selesai makan, seperti yang dijanjikan oleh Joey, kami menghabiskan pula masa kami berdua hari ini bersama cuma di atas katil. Melayani dan memuaskan kehendak kami berdua.
Sehinggalah lewat petang, setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya Joey melepaskan aku dari pelukannya. Walaupun, aku terpaksa membetulkan lipstik aku beberapa kali kerana comot.
Kad kredit Joey aku pandang dengan penuh kegembiraan, sementara kereta yang dipandu oleh pemandu Joey berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.
Setelah selesai membeli baju yang aku idamkan, mata aku terarah ke sebuah kedai menjual pakaian tidur wanita. Aku tersenyum sendirian, lalu terfikir untuk membeli sesuatu yang lebih menonjol, atau mungkin beberapa pasang yang sesuai untuk malam pertama aku bersama Jayden nanti.
Kaki aku melangkah ke arah kedai itu sambil berangan, namun baru beberapa langkah, bunyi telefon mengejutkan dan memutuskan angan-angan aku bersama Jayden. Sambil berjalan, aku mencari telefon di dalam bag tangan, tetapi tanpa disangka, aku terlanggar seseorang.
"Oh, hantu! Kau perempuan." Tangan perempuan itu segera menutup mulutnya, dan barang yang dibawanya terjatuh ke lantai. "Kau ni, mana je aku pergi, mesti ada je kaukan." Mood aku terus mati apabila terpandangkan wajah perempuan yang paling aku benci, Ivy Aurora.
"Eh, shopping mall ni bukan tempat kau seorang je boleh masuklah?" balasnya, sementara aku terus merenung tajam ke arahnya. Hati aku terasa sakit apabila terpandang kasut pengantin yang terjatuh di lantai.
Aku tersenyum sinis. "Aku ingatkan kau dah malu nak tunjuk muka kat tempat awam, rupanya kau ni memang jenis tak tahu malu, ya?"
Sekali lagi, mata aku tertumpu pada kasut di lantai. Dengan sengaja, aku menginjakkan kaki pada kasut itu, lalu memandang perempun itu dan tersenyum mengejek.
Tiba-tiba, sepasang tangan menolak aku dengan kuat, menyebabkan aku terdorong ke belakang. "Apa masalah kau ni?" Aku menoleh, mencari wajah pemilik tangan yang menolak aku tadi.
"Eh, sister in law yang tak jadi," aku berkata dengan nada sinis. Hanis cepat-cepat mengangkat kotak kasut yang tadi. "Patutlah abang aku kata kau tak layak untuk dia. Kau hanya layak buat kerja macam ni je," aku ketawa mengejek, dengan penuh sindiran.
"Jom, Ivy. Tak payah layan perempuan gila ni," kata Hanis dengan nada geram.
"Eh, janganlah cepat sangat nak pergi. Jom, kita pergi shopping kat kedai depan tu, mana tahu ada yang berkenan," aku berkata sambil muncung aku arah ke kedai pakaian tidur wanita di depan kami.
"Tak hingin aku nak berkawan dengan orang macam kau ni. Jom, Hanis, habis kotor kasut aku! Tak ada adab betul." Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata mereka.
Aku mengangkat kedua bahu dan berkata, "Jagalah kasut kau tu elok-elok, ya?" Kemudian, aku terus berjalan ke kedai tersebut.
~~
Sebaik sahaja aku tiba di bilik, aku terus mencampakkan semua beg shopping aku ke sofa dan berjalan mundar-mandir, menahan perasaan marah. Langkah aku terhenti apabila aku terlihat Joey berdiri di hadapan aku.
Aku benar-benar terlupa tentang Joey. Melihat tingkah laku aku, wajahnya mulai tegang. "Apa lagi masalah u ni?" tanya Joey dengan nada tegas.
Aku menelan air liur, terasa kesat di tekak. "Tadi... I jumpa dua perempuan bodoh tu kat shopping mall, terus I jadi bad mood," aku berkata sambil mendekati Joey, merendahkan suara merengek manja.
Joey mengangkat keningnya, seperti tidak percaya dengan apa yang aku katakan. "Rancangan kita berjalan lancar setakat ni. Kenapa tiba-tiba nak marah-marah? Atau u sakit hati sebab mereka belum putus lagi?" tanya Joey, dengan nada sinis.
Matilah aku! Dengan pantas, aku cuba fikirkan sesuatu agar Joey tak dapat menghidu apa yang aku rasa sekarang. "I ada sesuatu untuk u," kataku, sambil berlari ke sofa untuk mencari baju yang aku beli tadi. Dengan penuh teruja, aku tunjukkan kepada Joey.
"I beli ni khas untuk u," kataku. Wajah Joey serta-merta berubah, tersenyum manis. Tak apa, lain kali aku akan beli yang baru untuk Jayden, bila semuanya selesai.
"Apa kata u pergi belikan I makan malam? Sebab I belum makan lagi ni. Sementara tu, I akan bersiap untuk u," kataku, sambil memperagakan baju dan berpusing di hadapan Joey.
Joey memeluk dan mencium aku, sambil berjanji bahawa malam ini akan menjadi lebih istimewa. Jadi, aku bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya, sehingga Jayden benar-benar selamat dan berada sepenuhnya dalam genggamanku.
Share this novel