Jayden POV
Aku tak tidur langsung malam tadi.
Mata terasa perit, kepala berdenyut berat, tapi hati aku lebih sakit daripada segalanya. Skrin laptop di hadapan menayangkan peta lokasi terakhir telefon Ivy sebelum hilang signal — di pinggir bandar, kawasan kosong dan sunyi.
Aku ulang-alik dalam bengkel ini. Bengkel yang dulu aku sewa semata-mata untuk tarik perhatian Ivy, dan kini jadi milik aku sepenuhnya. Tempat ini jugalah aku jadikan markas bersama Don untuk menjejaki setiap langkah Uncle Malik. Dan sekarang, bengkel ini berubah jadi pusat operasi untuk misi paling penting: mencari Ivy.
“Ni semua data terbaru,” suara Don kedengaran, jari-jarinya ligat menaip.
Aku melangkah mendekati. Skrin laptop dipenuhi jejak, gambar, dan rakaman. Ada wajah Ivy. Ada imej kereta yang sempat ditangkap CCTV. Screenshot mesej terakhirnya. Dan… beberapa video Alisha, kelihatan berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain.
Tangan aku mengepal penumbuk sampai sendi jari kelihatan putih. Nafas aku rasa sempit.
“Sweetheart… saya sumpah akan cari awak. Walau di hujung dunia,” bisik aku perlahan.
Ketukan kuat pada pintu bengkel mengejutkan aku kembali ke realiti.
Don segera capai pistol dan merapati pintu. Dia buka sedikit — sekadar untuk intai siapa di luar. Kemudian pintu terbuka luas. Aku terkaku.
“Muaz?”
Dia berdiri di situ, berpeluh, wajahnya penuh penat. Matanya sarat dengan rasa bersalah.
“Aku tahu kat mana Ivy mungkin disorok,” katanya dengan nada berat. “Aku datang nak bantu.”
Aku pandang dia lama. “Terima kasih, Muaz. Tapi sebab ni jugalah kau terpaksa tinggalkan Aunty Latifah seorang diri.”
“Jangan cakap macam tu. Aku nak tebus semua salah aku pada kau, pada Uncle Muhsin. Dan… sebab kau dah selamatkan mama juga,” balasnya jujur.
Aku angguk. “Kalau macam tu, boleh kita gerak sekarang.”
---
Muaz POV
Setiap langkah aku menuju ke bengkel tadi buat jantung aku berdegup tak tentu arah. Bukan sebab penat, tapi sebab takut. Takut Jayden tak percayakan aku. Takut dia ingat aku tipu. Tapi ada satu ketakutan yang lebih besar: kalau Ivy tak sempat diselamatkan kerana aku lambat bertindak.
Aku tahu aku bukan orang yang mereka nak tengok sekarang. Tapi peduli apa. Dosa aku dengan mereka terlalu banyak, dan inilah masa untuk tebus.
“Aku dah siasat semua pola pergerakan Alisha sejak beberapa minggu lepas,” aku mula bersuara, sementara mata Jayden yang merah tak lepas memandang aku. “Ada satu kawasan dia kerap pergi waktu malam. Kawasan terbiar — dulunya kilang baja. Sekarang kosong, tapi ada bilik bawah tanah.”
Jayden menyandar pada meja, rahangnya menegang. “Kenapa kau tahu semua ni?”
Aku menelan liur. “Sebab aku pernah ikut Malik ke sana. Tempat tu… tempat dia selalu jalankan kerja haram dengan partnernya.”
Suasana menjadi hening. Jayden tidak menyahut, tetapi renungan matanya cukup tajam hingga aku terasa bahangnya. Aku menarik nafas dalam sebelum menyambung,
“Dan aku rasa… Alisha mungkin sorok Ivy dalam gudang lama tu. Tapi aku dengar sekarang dia tak stabil. Teman lelakinya dah tinggalkan dia.”
Jayden mengetap gigi. “Aku tak peduli siapa tinggal siapa. Aku nak Ivy balik. Malam ni juga.”
Tanpa berlengah, dia capai kunci kereta dengan gerakan penuh tekad.
---
Jayden POV
Kami dalam perjalanan ke lokasi yang ditunjukkan Muaz. Jalan semakin sunyi, semakin jauh dari bandar. Aku memecut kereta macam orang hilang akal, tapi Muaz tetap diam. Dia tahu — masa dah terlalu suntuk.
“Kalau Ivy cedera, atau lebih daripada tu… aku akan bunuh Alisha dengan tangan aku sendiri.”
Aku tidak memandang Muaz sewaktu menyebut nama itu.
“Aku akan cuba bantu sedaya upaya. Dan kalau aku perlu jadi saksi di mahkamah, aku akan buat.”
Kata-katanya membuatkan aku sedar — mungkin Muaz bukan lagi orang yang sama seperti dulu.
Kami tiba di kawasan kilang terbiar itu tepat tengah malam.
Kereta berhenti di depan pagar berkarat yang dikunci dengan rantai tebal. Don pecahkan rantai itu dengan pemotong besi. Angin malam terasa mencengkam, dan tempat itu… berbau besi lama bercampur bau busuk seperti bangkai.
“Jalan ikut aku,” kata Muaz.
Kami menuruni ruang bawah tanah melalui pintu keluli tersembunyi di belakang tangki air usang. Langkah aku deras, jantung berdegup tak menentu.
“IVY!” aku menjerit sekuat hati. Suara aku bergema, tapi tiada jawapan.
Muaz tiba-tiba berhenti. Dia menyalakan lampu suluh ke arah sebuah pintu besi di hujung lorong. Ada kesan cap tangan merah di situ — mungkin darah lama.
“Buka pintu tu sekarang.” Suara aku garang.
Muaz menolak perlahan. Pintu itu terbuka dengan bunyi berkeriut.
Di dalamnya hanya ada sebuah katil besi berkarat, selimut lusuh… dan di satu sudut, kelihatan satu tubuh.
Aku melangkah laju. Seorang terbaring di situ. Tidak bergerak. Matanya separuh terbuka, bibirnya kering pecah.
“IVY!”
Aku berlari dan mendakap tubuhnya ke dalam pelukan. “Sweetheart… sweetheart… please buka mata… please Ivy…”
Tubuhnya bergerak sedikit, lemah… tapi masih hidup.
Di belakang, Muaz berdiri senyap, membisu.
Share this novel