Series
4957
Ivy POV
Bunyi ketukan perlahan di pintu buat aku menoleh. Mommy dan Daddy melangkah masuk, wajah sedih mereka cuba ditutup dengan senyum, tapi jelas ada kesedihan yang tak mampu disembunyikan. Mommy duduk di sisi katil, genggam tangan aku erat.
“Ivy, anak mommy… kamu macam mana, sayang?” suaranya bergetar. Air mata bergenang di hujung matanya, tapi dia tahan juga.
Daddy pula hanya menepuk bahu aku perlahan, sebelum mengeluh panjang. Wajah mereka buat dada aku sebak, tapi aku paksa diri untuk balas dengan senyuman nipis. Aku tahu, mereka masih sedih, tapi aku tak nak tambahkan beban mereka.
Beberapa ketika kemudian, mereka keluar perlahan-lahan, tinggalkan aku dengan rasa hiba yang susah untuk aku sembunyikan.
Tak lama kemudian, pintu terbuka lagi. Hanis dan Hakimi muncul serentak.
“IVY!” Hanis terus meluru, peluk aku sekuat hati. “Lepas ni kalau Jayden pergi outstation, kau call aku. Aku akan jaga kau, teman kau. Faham?” Dia cengkam pipi aku, mata penuh risau.
Aku tergelak kecil. “Ya lah, ya lah.”
Hanis tarik nafas panjang, kemudian bersuara kuat. “Aku lah kalau jumpa perempuan tu lagi, aku gagas rambut dia sampai botak! Berani dia sentuh muka kau!”
Jayden yang dari tadi hanya memerhati dengan senyum tenang akhirnya bersuara, “Don’t worry. It’ll never happen again. Lepas ni kalau saya outstation, saya bawa dia sekali.”
Aku terus kerutkan dahi. “Aik? Habis kerja saya macam mana?”
Jayden menoleh ke arah aku, senyum penuh yakin. “Sweetheart, awak tu isteri saya. Saya ni pula boss JZ Group. Takkan ada masalah.”
“Haa, bagus sangatlah tu,” Hanis sempat menyampuk.
Aku menjeling, terus tepuk peha Hanis kuat. Dia terjerit kecil. “Sakitlah, wei!”
Aku cebik. “Dah kau tu tak membantu langsunglah.”
Bilik jadi riuh seketika dengan gelak tawa kami. Tapi tiba-tiba aku teringat sesuatu. “Kimi… macam mana dengan kes kau tu?”
Hakimi tegakkan badan, wajah dia nampak bersemangat. “Darling sister, kes aku dah selesai!”
Aku bulatkan mata. “Hah? Tapi macam mana?”
Dia sempat pandang Jayden, kemudian sambung, “Inilah yang aku dengan Jayden tengah siasat. Cuma… belum tahu siapa yang bongkarkan kes tu.”
Aku terus pandang Jayden, tapi dia hanya angkat kening, seolah-olah nak cakap: sabar, nanti saya cerita.
“Daddy dapat call dari polis,” jelas Hakimi lagi. “Ada orang cuba sabotage company Daddy. Kebetulan masa tu aku yang take over.”
Aku terdiam. “Takkanlah…”
Jayden menyampuk, nadanya serius. “Saya pun rasa macam tu. Tapi sampai hari ni, polis belum dapat jejak Alisha lagi.”
Nama itu sahaja sudah cukup buat jantung aku berdegup laju. Wajah aku pucat.
Jayden cepat capai tangan aku. “Sweetheart, jangan risau. Buat masa sekarang kita boleh saja tinggal kat rumah Mommy awak dulu.”
Aku tunduk, bibir bergetar. “Awak… ok ke? Saya takut awak tak selesa.”
Jayden geleng perlahan, matanya penuh yakin. “Selagi awak ada dengan saya, semuanya ok.”
Suasana jadi senyap seketika. Tiba-tiba Hanis dan Hakimi berpandangan, macam ada rahsia. Hanis tarik nafas panjang. “Ivy… sebenarnya kami ada benda nak bagitahu.”
Aku kerutkan dahi. “Apa dia?”
Hakimi genggam tangan Hanis, senyum penuh makna. “Kami dah rancang nak kahwin.”
Aku ternganga. “Ha?! Bila masa pula korang ni—”
Hanis cepat-cepat tutup mulut aku dengan tapak tangannya. “Shhh! Jangan bising. Mommy Daddy kau belum tahu lagi. Kami bagitahu kau dulu. Lepas ni baru kami minta restu dari mereka.”
Air mata aku bergenang lagi, kali ini sebab gembira. Aku peluk mereka berdua erat. “Aku doakan korang bahagia. At least… ada juga berita indah lepas semua yang terjadi.”
Jayden hanya tersenyum di sisi, pandangan dia buat hati aku terasa hangat. “Sweetheart, nampaknya lepas ni kita bukan je sibuk pindah ke rumah Mommy, tapi juga uruskan majlis besar untuk mereka.”
Hanis ketawa kecil, senggol bahu aku. “So, kau akan ada banyak kerja dengan aku. Lepas ni kau akan sibuk uruskan majlis aku dengan Kimi pula.”
Bilik yang tadinya penuh keresahan kini dipenuhi gelak tawa dan senyuman. Walaupun jauh di sudut hati aku masih gusar dengan bayangan Alisha, sekurang-kurangnya hari ini… ada satu cahaya baru menyinari kami.
Share this novel