13

Romance Series 3111

Alisha POV

Hari ini aku sengaja datang ke pejabat Jayden. Dengan harapan… harapan gila aku bahawa dia akan berubah hati dan luangkan masa hanya untuk aku.

Tapi semua itu hanya mimpi. Hampir satu jam aku tunggu dalam biliknya yang sejuk dan sunyi, Jayden tetap tak muncul.

Dan saat aku sedang dibakar resah, perempuan itu datang. Masuk tanpa ketuk, tanpa segan silu. Seolah-olah pejabat Jayden tu dia yang punya. Aku menggenggam tangan erat-erat. Menahan diri dari melibas muka dia dengan tas tangan aku.

Aku benci dia. Aku benci senyum dia. Aku benci cara dia pandang aku… seolah-olah dia menang.

Tapi belum lagi, sayang. Jayden belum sah jadi suami kau. Dan selagi itu belum berlaku, dia masih milik aku—aku akan pastikan.

Yang menyakitkan… dia langsung tak goyah walau aku dah ugut dia. Atau mungkin dia pandai sorok. Tapi tak mengapa. Aku ada masa. Aku ada rancangan. Dan aku takkan kalah.

Aku keluar dari pejabat Jayden tanpa sepatah kata. Hati membara, perasaan berkecamuk. Semua yang aku rancang hari ni musnah. Yang tinggal cuma kemarahan. Yang mendidih dalam dada aku.

Aku tak boleh lupa majlis pertunangan itu. Sepatutnya aku yang berada di sebelah Jayden. Bukan dia. Tapi semua orang… semua orang khianat pada aku.

Sampai saja di rumah, aku campak tas tangan ke sofa.

"Tak guna!" aku menjerit. Nafas naik turun.

"Eh, kau ni kenapa? Dah gila?" suara Muaz menyapa dari tangga. Senyum menyindir menghiasi wajah dia.

Aku menoleh. Mata aku tajam menikam.

"Tak payah sibuklah. Hidup aku, bukan urusan kau."

Muaz turun, melangkah perlahan tapi tegas ke arah aku.

"Kau betul-betul rasa kau layak untuk Jayden? Kau sedar tak siapa kau sebenarnya? Anak siapa?" katanya sambil bersandar, pandangan sinis tak lepas dari wajah aku.

Jantung aku berdegup kencang. “Apa maksud kau...?”

Dia mendekat, suara dia jadi perlahan tapi cukup jelas menikam.

"Aku tahu siapa mak kandung kau. Seorang pelayan bar. Dan kau… anak hasil hubungan haram papa dengan dia. Sedap main belakang orang, lepas tu lahirlah kau."

Aku terkedu. Tak sangka dia tahu.

Muaz teruskan, tak beri aku ruang untuk nafas.

"Kau jangan ingat aku tak tahu semua rancangan jijik kau dan papa. Aku diam selama ni sebab aku kasihan. Tapi kalau kau ganggu Jayden dan Ivy, aku akan dedahkan semuanya."

Dia menunjuk ke arah muka aku. “Kau ingat tu, Alisha.”

Muaz berlalu pergi, tapi kata-kata dia berlegar dalam kepala aku. Aku menjerit.

“BODOH! Kau memang BODOH, Muaz! Kenapa aku boleh ada abang macam ni?!”

Darah aku mendidih. Aku percaya pada Muaz. Aku sayang dia macam abang sendiri. Tapi hari ni… dia sah jadi musuh.

Dan aku hanya ada satu cara bila berdepan musuh.

Singkirkan mereka.

**

Malam itu aku duduk di bar tempat mama kerja. Kelab malam ni dah jadi tempat aku bernafas. Bila hidup aku gelap, di sinilah aku sembunyi.

Aku pegang gelas minuman, mata melayang ke lampu neon. Dalam kepala aku cuma ada dua wajah: Ivy dan Muaz. Dua orang yang perlu aku hapuskan.

"Hai, anak mama… kenapa muka masam macam ni?" tegur mama sambil lap gelas.

Aku mengeluh. “Tengah fikir cara nak rampas Jayden balik. Sebelum perempuan tu nikah dengan dia.”

“Kan papa ada. Dia mesti boleh tolong,” balas mama, tersenyum nipis.

Aku menjeling. “Papa? Sibuk asyik berkepit dengan mama. Bila masa dia nak tolong Alisha?”

Mama ketawa kecil. “Sabar… tengok mama ni tenang je.”

Aku mengecilkan mata. “Tapi mama tahu tak Ivy tu dah rosakkan semua rancangan Alisha?”

Mama angkat bahu. “Salah kau juga… dari dulu tak pandai ikat Jayden.”

Aku mengeluh keras. “Bosanlah cakap dengan mama. Tambah satu gelas lagi.”

Baru aku nak teguk, satu tangan tangkap lengan aku. Aku berpaling.

“Papa…” Aku kelu. Wajah papa serius, tapi mata dia masih sayang.

“Berapa kali papa pesan. Jangan minum banyak. Papa perlukan Alisha dalam keadaan waras untuk teruskan rancangan ni.”

Aku senyum sinis. “Belum kahwin lagi, tak salah kalau Alisha nak ‘happy-happy’ dulu. Lagipun… lepas kahwin, Alisha tak boleh datang sini dah.”

“Siapa kata tak boleh?” Joey tiba-tiba muncul dari belakang, melingkarkan tangan ke pinggang aku. “Asalkan pandai coverline… semua boleh, baby.”

Aku ketawa kecil. “Joey!” Aku peluk dia erat. Dua minggu aku tak jumpa dia. Dia satu-satunya tempat aku lepaskan stres.

Malam ni, aku perlu dia.

Joey bisik di telinga aku, “You free tonight?”

Aku angguk. Mata kami bertaut. Nafas dia panas di leher aku.

“Tapi tidak untuk malam ni,” tegas papa.

Aku berpaling pantas. “Apa? Kenapa?”

“Papa perlukan Alisha fokus. Kita dah terlalu hampir. Jangan sia-siakan semua ni dengan hal remeh macam… berseronok.”

Joey geleng perlahan. “Uncle, relax… saya pun ada rancangan. Saya akan explain. Tapi sekarang boleh tak—just untuk malam ni?”

Aku pandang mama, minta simpati. Dan seperti biasa, mama berpihak pada aku.

“Sayang… bagi chance lah. Joey dah rancang sesuatu. Lagipun masih awal. Kita ada masa lagi.”

Papa mengeluh panjang. Akhirnya dia angguk. Aku peluk papa, cium pipi dia.

“Thank you papa… you’re the best.”

Mama pura-pura merajuk. Aku cepat-cepat peluk dia juga. “You both the best.”

Mama hulurkan kunci bilik VIP. Aku dan Joey terus melangkah pergi.

**

Dalam bilik, Joey tolak aku lembut ke katil, ciuman dia ganas dan mendesak. Nafas kami bersatu.

“Baby… U tak nak cerita ke rancangan U?” aku bertanya sambil tarik baju dia.

Joey senyum. “Nanti, sayang. Sekarang, kita nikmati malam ni dulu.”

Aku ketawa kecil. Dalam bilik VIP ini… aku bukan Alisha yang dibenci semua orang. Aku cuma wanita yang ingin rasa disayangi, walau hanya untuk satu malam.

Dan rancangan kami… akan bermula tidak lama lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience