Alisha POV
Apa saja yang aku cuba lakukan untuk tarik perhatian Jayden, semuanya tak menjadi. Aku tak tahu apa yang istimewa sangat perempuan tu di mata dia.
Sebaik saja aku tiba di rumah, aku menghamburkan perasaan marah aku dengan menjerit sepuas hati dan majalah yang berada di atas meja aku lemparkan ke dinding.
Setelah itu, aku mencapai botol yang berisi alkohol dan meneguknya sepuas hati. Aku teringat semula apa yang berlaku sebentar tadi.
-Flashback-
Setelah mendapat keizinan untuk masuk ke bilik Jayden, aku berdiri di hadapan pintu dan membetulkan dress merah ketat paras lutut yang aku pakai sebelum mengetuk pintu. Wajah aku pamerkan dengan senyuman yang penuh menggoda.
Aku mendengar Jayden menyuruh masuk dengan suara yang sangat gembira, "Sweetheart, kan saya dah pesan..." Jayden mengangkat mukanya dari laptop dan merenung aku. Senyuman di wajahnya terus mati apabila dia melihat aku.
Walaupun hati aku merasa sakit dengan tindakan Jayden, tapi aku tetap memamerkan senyuman mengoda kepadanya.
"Alisha, kau buat apa kat sini?" tanya Jayden, suaranya keras.
Aku tak menjawab soalannya, tapi aku melangkah dan duduk di hadapan Jayden dengan penuh menggoda.
Aku ketawa perlahan, menyedapkan hati. "U ni tak baik tau, sambut I tanpa senyuman menawan u tu."
"Kan hari ni ada meeting untuk summit proposal baru. I tak sempat datang tadi, so I datanglah jumpa u direct ni. I rasa lebih baik kalau I cakap dengan u sendiri tentang proposal I ni," sambung aku lagi.
Jayden memandang aku, wajahnya masih keras. "Sejak bila kau berminat dengan ni semua?" tanyanya, seperti memerli aku.
"Papa dah lama suruh I belajar tentang bisnes keluarga kita ni. U je yang tak ambil tahu," jawab aku, dengan nada yang tenang.
"Okey, straight to the point. I datang jumpa u ni sebab I nak u letakkan nama I dalam senarai model kat sini. I tahu tak lama lagi Ivy akan ditendang, so u boleh ambil I sebagai penggantinya," tambah aku, memberi cadangan.
Pen yang dipegang oleh Jayden dicampakkan ke atas meja. "Siapa kau untuk beri aku cadangan ni dan apa kelayakan yang kau ada untuk gantikan tempat Ivy?" Jayden bertanya dengan nada tajam.
"That's why I datang jumpa u hari ni. Berapa lama u akan simpan dia? U tak nampak ke yang saham syarikat ini ada menurun sedikit?" Aku bertanya, dengan senyuman yang masih lagi utuh di bibirku.
"Jayden..." Aku bangun, berjalan mendekatinya dan duduk di atas meja sambil menarik lembut tali leher Jayden. "I boleh belajar untuk menjadi seorang model yang lebih baik dari dia kalau u bagi I peluang," aku berkata dengan nada manja.
Laju Jayden menarik tali lehernya dari tangan aku dan dia bangun, menjauhi aku. Aku tak tunggu lama, segera memegang suit hitam milik Jayden dengan kedua tangan aku.
Tiba-tiba pintu bilik Jayden dibuka dari luar, kami menoleh dan melihat wajah Ivy yang merah menahan marah. Dengan pantas, dia menerpa dan menolak aku menjauh dari Jayden. Belum pun Ivy sempat menerkam aku, Jayden sempat memeluk Ivy dari belakang. Perbuatannya itu menambahkan api dalam hati aku.
Aku cuba memujuk Jayden dengan pandangan mata aku, namun akhirnya aku mengalah setelah dijerkah oleh Jayden.
Setelah aku keluar, aku masih lagi berdiri di depan pintu bilik Jayden. Kemudian, aku dengar Ivy ingin menunda majlis perkahwinan mereka. Aku melakarkan senyuman lebar di bibir aku, tetapi tidak lama kemudian, senyuman itu mati apabila Jayden merayu untuk meneruskan juga majlis tersebut.
Dari satu sudut cermin bilik itu, aku dapat melihat Jayden yang sedang memeluk manja dan memujuk rayu Ivy. Perbuatan yang tidak pernah aku lihat dan dipamerkan oleh Jayden sebelum ini. Hati aku semakin sakit melihat mereka berdua. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari keluar, cuba mengelakkan diri dari terus menyaksikan adegan itu.
-Flashback tamat-
Sakitnya hati aku bila teringat semula adegan itu. Tanpa aku sedar, aku sudah berdiri di depan pintu bilik Mama Latifah. Botol alkohol masih lagi aku pegang, dan aku teguk lagi. Pintu biliknya aku buka dengan kasar, hati aku dipenuhi kemarahan dan kesakitan.
Fikiran aku kosong, hanya kemarahan yang ingin aku lepaskan. Melihat tubuh Mama Latifah berbaring dengan selesa di atas katil besar itu membuatkan hati ini semakin sakit.
Aku berjalan mendekati katil tersebut, mulut masih lagi meneguk alkohol yang berada di tangan aku. Aku duduk seketika, kemudian berbaring di tepi Mama Latifah.
Mama Latifah berpusing sedikit dan memandang aku. "Alisha... tolong... mama..." Mama berkata lemah.
Aku ketawa sedikit. "Kenapa Alisha perlu buat macam tu? Sepatutnya mama happy, tidur saja, makan dan minum, semua pembantu rumah yang sediakan. Apa tak cukup ke semua tu?" Aku bertanya, suaraku bertukar keras sedikit.
"Mama tak perlukan semua ni. Mama nak bebas macam dulu. Tolonglah, mama..." Mama Latifah menangis dan merayu.
"Isk, susahlah, mama. Dengar sini elok-elok. Papa tu dah tak perlukan mama lagi. Papa cuma mahukan mama kandung Alisha je. Papa simpan mama lagi ni pun sebabkan wasiat nenek je." Aku ketawa sambil mengingatkannya.
Esakan Mama Latifah semakin kuat. "Dah tak payah menangislah, mama. Dengar sini, ya. Alisha masih lagi boleh panggil mama ni mama sebab mama jaga Alisha dari kecil. Kalau tak, dah lama Alisha buang mama, tau!" Aku berkata dengan nada yang tinggi.
Aku bangun dan meneguk semula alkohol tadi sehingga habis, tetapi esakan Mama Latifah semakin kuat dan membuatkan aku naik angin semula. Tanpa berfikir panjang, aku menampar pipinya sekuat hati. "Aku cakap diam... diamlah, kan dah kena!"
Kali ni rambutnya pula aku tarik sekuat hati. "Diamlah, diam! Kau ni bukan budak kecil yang tak faham bahasa tau." Aku berkata dengan nada yang tegas, cuba menahan amarah yang membuak dalam hati.
Pipinya aku tampar sekali lagi, cukup kuat sampai bibirnya pecah dan berdarah.
“Kau memang tak guna. Dari dulu lagi aku dah cakap dengan Malik, aku tak nak kau,” suara Mama Latifah tersekat-sekat, lemah, hampir tenggelam dalam ketakutan.
Aku ketawa kecil, pahit. “Tapi semua tu dah terlambat, Mama. Alisha nak beritahu sesuatu…”
Aku melangkah perlahan ke arahnya.
“Papa cuma dengar cakap Mama kandung Alisha saja. Sebab dia sayang mama... sangat sayang.”
Nada suaraku bergetar, antara marah dan kecewa. “Alisha pun perlukan lelaki macam Papa. Setia. Sayang sampai tak nampak orang lain…”
Aku duduk di tepi katil, buat muka sedih. “Tapi Jayden tak nampak pun Alisha, Ma…”
Aku mendongak, mata basah tapi penuh dendam. “Dia cuma nampak perempuan tu.”
Tangan aku tolak kepala Mama Latifah ke tilam dengan kasar. Aku capai botol alkohol di lantai dan meneguknya rakus.
“Eh, dah habis? Sekejap…” aku bangun, langkah tak stabil menuju ke peti ais mini.
“Papa mesti ada simpan lagi…” Aku buka pintu peti, tersengih bila jumpa sebotol lagi. “Nah, jumpa pun.”
Aku pusing kembali ke katil. “Mama nak?”
Mama Latifah diam. Hanya terdengar esakan halus dari mulutnya.
“Orang tanya ni, tak reti jawab ke?”
Aku tarik rambutnya dan paksa dia minum. “Minum. MINUM!”
Tiba-tiba…
BUK!
Pintu bilik terbuka dengan kasar.
Aku berpaling pantas. Nafas tercungap, botol di tangan hampir terlepas. Di ambang pintu, berdiri Muaz, wajahnya tegang, rahangnya mengeras.
“Alisha... Apa yang kau buat ni?”
Terima kasih banyak-banyak kerana sudi membaca novel ini! Saya sangat hargai sokongan anda semua. Kalau anda suka cerita ini, saya sangat gembira kalau boleh tinggalkan komen yang membina. Pendapat anda amat penting untuk saya terus belajar dan menulis lebih baik. Terima kasih sekali lagi, dan semoga kita jumpa lagi dalam karya-karya seterusnya!
Share this novel