Jayden POV
Selepas kejadian semalam, aku masih tertanya-tanya—macam mana Hanis boleh berkawan dengan Muaz? Setahu aku, Muaz tu jenis kuat berfoya-foya dan panas baran. Sifat yang jelas dia warisi dari Uncle Malik.
Aku tak senang hati. Hanis tu bukan orang asing. Dia kawan baik Ivy. Dan aku tak mahu mana-mana ahli keluarga Uncle Malik dekat dengan orang-orang penting dalam hidup aku.
Lamunan aku terhenti bila Serra mengetuk pintu pejabat.
"Tuan, Tuan Hakimi datang. Katanya nak serahkan fail projek baru."
"Baik. Suruh dia masuk. Buatkan sekali kopi untuk kami."
Tak lama kemudian, Hakimi melangkah masuk dengan senyuman ceria di wajahnya.
"Good morning, my brother-in-law! How are you today?"
"Tak berapa baik," balas aku lemah.
Dia duduk di hadapan aku, angkat kening.
"Kenapa? Apa yang jadi?"
"Kimi, macam mana Hanis boleh kenal dengan Muaz?"
Hakimi terus diam. Wajah dia berubah sedikit.
"Macam mana kau kenal Muaz?" balasnya.
"Dia sepupu aku. Anak kepada adik papa."
"Oh... patutlah... Tapi apa masalahnya?"
Aku menghela nafas, mata masih merenung meja.
"Engkau tak kenal dia macam aku kenal. Muaz tu... kaki perempuan, panas baran."
Hakimi berdiam lama sebelum jawab.
"Selama aku kenal Hanis, dia bukan jenis keluar malam, lepak tak tentu hala. Dia banyak masa dengan Ivy. Kalau cuti pun, dia duduk rumah, urus jadual Ivy."
Serra datang bawa dulang kopi. Aku ucap terima kasih, dia pun keluar.
Hakimi bersandar ke belakang, tenang.
"Aku rasa daddy boleh tarik nafas lega. Sebab kau memang jaga Ivy elok-elok, bro."
Aku senyum nipis, tapi resah belum surut.
"Aku tetap rasa tak sedap hati. Hanis tu kawan baik Ivy."
"Kau overthink. Mungkin mereka kenal lama dah. Tapi aku yakin Hanis tahu jaga batas."
Aku diam. Tak mampu buang rasa ragu.
Hakimi tiba-tiba senyum senget sambil melambai fail.
"By the way, bro, kau tahu Ivy akan terlibat dalam projek baru ni?"
"Apa?! Kau pun tahu?"
Dia ketawa.
"Bro, ini semua idea aku."
Aku cepat-cepat capai pen dan baling ke arahnya. Nasib baik dia sempat elak.
"Kalau kau inform awal-awal, bolehlah aku prepare!" aku membebel.
"Relax lah. Aku kenal darling sister aku tu. Dia okey je."
"Kalau dia tahu jawatan aku dalam JZ Textile ni—"
"Paling teruk pun kau kena hempuk je." Hakimi sambung ketawa.
Kami berbincang panjang sampai tak sedar dah masuk waktu tengah hari.
"Jom makan, bro. Aku belanja, tanda minta maaf sebab tak inform awal-awal."
"Setuju. Hari ni aku free."
"Tunggu kat bawah, aku nak ke tandas sekejap."
---
Dalam perjalanan ke lif, telefon aku berbunyi. Don hantar beberapa gambar—Uncle Malik sedang bertengkar dengan Muaz. Dah agak dah. Ada yang tak kena.
Tengah asyik tengok, pintu lif terbuka. Aku terus keluar tanpa pandang depan—dan…
Gedebuk!
"Aduh! Hidup aku dah kena sumpahan ke? Asyik kena rempuh je. Aku rasa aku bukan bola rugby!"
Aku sempat peluk wanita itu sebelum dia jatuh. Bila dengar suara dia, aku terus ketawa terbahak-bahak.
Ivy pandang aku tajam.
"Awak lagi! Memang kerja awak rempuh orang ke?"
"Awak buat apa kat sini?" tanya Hanis pula, pelik.
"Saya hantar kereta big boss syarikat ni," jawab aku selamba. Nasib baik aku berbaju T-shirt dan jeans je hari ni.
Hakimi tiba-tiba muncul.
"Darling sister, kau buat apa kat sini?"
"Aku nak tanya balik, kau buat apa kat sini?"
Mereka saling bertukar soalan macam skrip drama TV. Aku cuma senyum tahan gelak.
"Aku hantar proposal design baru," jawab Hakimi.
"Aku ada photoshoot," jawab Ivy, malas.
"Wah… boleh lah aku tengok kau kerja hari ni!" Hakimi teruja.
"Sibuklah! Kalau aku report kat daddy, baru tahu!" Ivy marah-marah manja.
Hanis menyampuk.
"Awak Jayden, nak ikut tengok sekali? Boleh kita buat penonton ramai-ramai."
Kami semua ketawa.
"Kenapa tidak? Saya pun tak ada kerja lepas ni," balas aku.
Sambil tu, aku sempat mesej Don — teruskan pantau Uncle Malik dan Muaz.
---
Tingkat 39, satu tingkat khas untuk photoshoot Ivy. Kami semua ikut naik sekali.
"Eh, kita je ke kat level ni?" Ivy bisik pada Hanis.
"Ivy, bilik persalinan you di sini. Tukar baju dulu, nanti I datang make-up," kata jurumekap.
Hakimi menyampuk,
"Fuh... sampai ada bilik persalinan khas! Kau ada apa-apa ke dengan anak tokey syarikat ni?"
Ivy menjeling tajam.
"Kalau anak tokey syarikat ni boyfriend aku, aku nak minta dia buat kandang buaya. Boleh aku campak kau dalam tu!"
Dia tampar bahu Hakimi dengan beg tangan.
"Aduh... dislocate bahu aku!"
"Itu pun kalau buaya nak makan kau," sambung Hanis sambil tergelak.
---
Hakimi tarik aku ke satu sudut.
"Nanti masa Ivy tengah sibuk, kau tanya Hanis pasal Muaz. Jangan bagi pekerja lain pandang pelik, takut Ivy syak."
Aku angguk. Setuju.
Masa Ivy mula sesi penggambaran, aku perhati. Setiap aksi dia depan kamera... profesional. Menawan. Dan paling aku kagum—dia jaga batas bila bergambar dengan model lelaki.
Sambil Hakimi sibuk melayan Ivy, aku ambil peluang dekati Hanis.
"Hanis, boleh saya cakap sekejap?"
"Boleh. Kenapa?" Hanis tersenyum.
"Macam mana Hanis kenal Muaz?"
Hanis terkejut.
"Macam mana awak kenal Muaz?"
"Dia sepupu saya."
Mata Hanis membulat.
"Awak… Jayden Zulfan? Pemilik JZ Textile?"
Aku tersenyum kecil. Tak jawab ya atau tidak.
"Ibu saya berkawan dengan mama Muaz. Kami diperkenalkan. Tapi saya tak rapat. Saya banyak masa dengan Ivy dan kolej."
Aku angguk. Tenang.
Hanis tunduk sedikit.
"Saya sebenarnya nak fokus bina kerjaya dengan Ivy. Kalau ada cinta, biar yang ikhlas. Tapi sebagai anak tunggal, kadang-kadang saya tersepit."
"Masa dekat mall tu..." aku tanya perlahan.
Hanis senyum tawar.
"Dia tolak saya. Katanya dia perlukan wanita yang lebih berkarisma sebagai pasangan perniagaan. Bukan saya."
Aku genggam tangan diam-diam.
"Hanis, percayalah... satu hari nanti akan ada lelaki yang benar-benar ikhlas cintakan awak."
Hanis ketawa kecil.
"Awak pun jangan risau pasal saya dan Muaz. Saya dah jauhkan diri."
"Bagus. Tolong teruskan macam tu," aku pesan.
Dia angguk. Kemudian pandang aku pelik.
"Apa kaitan awak dengan Ivy?"
Aku senyum kecil.
"Saya dalam proses mengenali dia."
Hanis terkejut tapi cepat angguk dan beri thumbs up.
"Jangan risau rahsia awak selamat dengan saya."
Sebelum aku beredar, Hanis sempat tanya,
"Sekarang... apa awak nak buat dengan kawan saya tu?"
Aku tarik nafas, pandang Ivy dari jauh. Senyum.
"Saya nak melamar dia. Sebab saya dah jatuh cinta."
"Walaupun dengan mulut dan perangai dia?"
Aku tergelak perlahan.
"Ya. Saya serius. Dan saya tak kisah semua tu."
Sebab Ivy Aurora… dah jadi pilihan hati aku untuk selamanya.
Share this novel