Ivy POV
Sakit betul hati aku dengan perempuan gila tu, habis kotor kasut aku dipijaknya. Ikutkan hati, nak je aku tarik rambut perempuan tu sampai botak.
Sedang aku menahan marah, tiba-tiba Hanis datang dengan suatu berita yang mengejutkan.
"Beb, kau tahu tak, ada syarikat baru yang masuk tender kat JZ Group?" tanya Hanis dengan nada bergosip sebaik sahaja kami sampai di rumah.
"Ha, serius ke ni? Tak ada pula Jaden cakap apa-apa? Macam mana kau boleh tahu pasal ni?" tanya aku dengan nada terkejut.
"Biasalah, dari siapa lagi kalau bukan adik kau tu," kata Hanis sambil tersenyum sinis, wajahnya tiba-tiba kemerahan.
"Tak payah nak blushing sangat bila sebut nama adik aku tu. Meluat aku tengok!" kata aku sambil buat muka seolah-olah nak muntah.
"Mestilah kau tahu, dulu masa aku dengan Muaz, aku tak pernah rasa apa-apa pun. Jumpa pun jarang-jarang. Aku ingatkan kami bercinta macam pasangan lain, tapi sebenarnya kosong je, hati aku rasa kosong sangat," Hanis mengadu dengan suara perlahan.
"Sudahlah, lupakan saja. Yang penting sekarang, kau dengan Kimi bahagia. Hmm, aku ingatkan bolehlah kita buat majlis kahwin sama-sama." Aku ketawa, cuba buat Hanis gembira.
"Kau tu, kahwin dengan CEO, majlis pun kena sorok-sorok. Tak sama macam aku ni, cuma kahwin dengan anak CEO saja. Tapi kan, kalau boleh, aku tak naklah kahwin cepat sangat," kata Hanis sambil berfikir panjang, senyum sedikit.
"Dah kenapa pulak? Jangan tunggu lama-lama sangat, adik aku tu handsome, boleh tahan! Esok-esok, kalau kau tak hati-hati, dia kena kebas, nanti jangan menangis depan aku tau!" aku berkata sambil ketawa, cuba mengusik Hanis supaya dia tak terlalu serius.
"Eh, kau patutnya cakap benda yang elok-elok supaya aku boleh jadi adik ipar kau, ni cakap yang bukan-bukan pulak! Dahlah, cepat siap, nanti photoshoot kau lambat pula. Tak payah nak kekwat sangat, taulah bakal laki kau CEO kat situ!" kata Hanis sambil ketawa terbahak-bahak.
"Kadang-kadang, aku rasa takut pula bila fikir kau bakal jadi adik ipar aku. Ketawa tu, jangan cakap, macam hantu pulang siang!" Habis saja ayat, aku terus berlari masuk bilik, bukan apa takut kena debik dengan si Hanis.
~~
"Hanis, aku rasakan... aku nak tundalah majlis aku ni," aku berkata, suara aku sedikit bergetar. Hanis yang terkejut mendengar kata-kata aku terus menekan brek mengejut.
"Oh! Kau hantu! Apa masalah kau ni? Nasib baik trafik light merah, kalau tak, arwah kita berdua!" Aku memegang dada, jantung berdegup kencang, masih terkejut dengan reaksi Hanis.
"Kau jangan buat gila, Ivy! Majlis kau dah dekat, jangan buat macam ni!" kata Hanis, suara agak meninggi, jelas terkejut.
"Aku tahu, tapi hati aku rasa tak tenang. Tak tahu kenapa, rasa macam ada sesuatu yang tak kena," aku meluahkan perasaan yang dah lama aku simpan, hati yang penuh dengan kekeliruan.
Hanis pandang aku, dahinya berkerut. "Ni kalau Jayden tahu, mahu meletop dia wei. Kenapa kau boleh jadi macam ni? Kau masih fikirkan perempuan gila tu ke?" tanya Hanis bertubi-tubi, suaranya penuh rasa tak puas hati.
Hanis memandang aku dengan pandangan tegas. "Ivy, kau tahu kan, Jayden sayang gila kat kau. Jangan sia-siakan semua tu hanya sebab perasaan ragu-ragu kau yang tak tahu datang dari mana tu. Perempuan tu, jangan terlalu fikirkan dia. Kita akan cuba pastikan yang dia tak akan jadi penghalang dalam hubungan kau dengan Jayden. Kau dengan Jayden dah melalui banyak perkara bersama, dan dia akan sentiasa ada untuk kau."
Aku menarik nafas panjang, cuba menenangkan hati yang berkecamuk. Betul kata Hanis, aku akan cuba untuk percaya dan menjaga hubungan aku dengan Jayden.
Lama aku termenung berfikir, sampai kereta yang dipandu oleh Hanis berhenti pun aku tak sedar, sehinggalah Hanis bersuara. "Dah-dah, termenung tu, kita dah sampai ni. Tu, tengok bakal laki kau dah segak menunggu kau," Hanis menunjuk dengan muncungnya, sambil ketawa kecil.
"Ingat apa yang aku pesan tadi," kata Hanis sambil menggenggam tangan aku memberikan aku semangat.
"Tu dah jumpa, jangan lama-lama sangat, ingat sikit ada kerja menunggu kau," Hanis mengusik sambil tersenyum nakal. "Aku tunggu kau kat studio," tambahnya lagi. Aku menjeling Hanis, cuba menahan senyuman yang hampir terukir di bibir.
Sebaik saja aku keluar dari perut kereta, Jayden terus memeluk aku erat. Tanpa berlengah, dia mencium aku bertubi-tubi. Aku ketawa kecil. "Baru dua minggu tak jumpa, dah macam ni?"
"Satu hari tak jumpa awak pun saya dah angau, inikan pula dua minggu, my sweetheart," jawab Jayden dengan senyuman manis. Tiba-tiba, segala kegundahaan yang aku rasa tadi hilang begitu saja.
"Hmm, handsome sangat hari ni, nak pergi mana?" aku bertanya sambil tersenyum, mengoda sedikit.
"Hari ni ada meeting pukul 12 nanti, awak nak join sekali?" Jayden bertanya dengan nada santai.
"Tak naklah, saya bukannya tahu apa pun. Lagipun, saya ada photoshoot," aku jawab sambil tanganku bermain-main dengan tali lehernya, cuba mengalihkan perhatian.
Jayden dengan laju menangkap tangan aku dan menciumnya lembut. "Jom, saya hantar awak ke studio," katanya sambil tersenyum manis.
Setibanya di depan studio, Jayden sekali lagi memeluk aku erat dan berkata, "Dah siap photoshoot nanti, datang terus ke bilik saya. Kita pergi dinner, dan saya hantar awak balik." Aku tersenyum, mengangguk perlahan, hati terasa lebih tenang dan bahagia.
~~
Seperti yang dijanjikan, selepas sesi photoshoot selesai, aku memberitahu Hanis bahawa aku akan keluar makan dengan Jayden. Setelah itu, aku terus menuju ke bilik Jayden.
"Eh, Serra tak ada pula... Tak salahkan kalau aku terus masuk je bilik Jayden?" Aku bertanya pada diri sendiri. Namun, sebaik sahaja pintu dibuka, pemandangan di depan mata aku membuatkan darah aku mendidih.
Si perempuan gila, Alisha, sedang memegang suit Jayden, sementara Jayden berusaha menolak tangannya. Tanpa berlengah, aku terus menerpa Alisha dan menolaknya jauh dari Jayden.
"Aku dah lama bersabar dengan kau ni!" Sekali lagi, aku cuba menerpa Alisha, namun tangan Jayden dengan pantas memeluk pinggang aku dari belakang, menghalang langkah aku.
"Ini amaran terakhir aku pada kau. Kalau aku nampak lagi kau cuba sentuh bakal suami aku, lunyai kau aku kerjakan!" aku memberi amaran keras, suara aku bergetar dengan kemarahan.
"Hal aku dengan kau tak habis lagi, kau ingat tu perempuan?" Alisha berkata dengan penuh kemarahan. "Jayden, U fikir baik-baik apa yang I cakap tadi," rayu Alisha kepada Jayden, setelah dia memberi amaran keras kepada aku.
"Awak lepaskan saya sekarang, cari nahaslah! Dia ni!" aku meronta, berusaha untuk melepaskan diri dari pelukan Jayden yang begitu kuat.
"Kau keluar sekarang, Alisha! Semua kata-kata kau tu tak masuk akal!" kata Jayden dengan penuh amarah.
Alisha masih lagi memandang Jayden dengan mata merayu. Aku bertekad, kalau dia tak keluar juga, memang dia menempah maut hari ini.
Pelukan Jayden pada pinggang aku semakin kuat. "Keluar!" Jayden menengking kuat membuatkan aku terkejut, tergamam dengan ledakan amarahnya.
Alisha dengan cepat mengambil barangnya dan keluar dari bilik itu. Aku cuba mengawal perasaan, lalu berkata, "Saya rasa baik kita tunda saja majlis kita ni."
Aku dapat merasakan badan Jayden mengeras, kemudian wajahnya mendekat ke leherku dan diciumnya dengan lembut. "Tak, sweetheart, saya tak akan benarkan awak tunda majlis kita," katanya dengan suara yang penuh ketegasan, namun ada sedikit kesedihan di dalam nada suaranya.
Air mata yang aku tahan akhirnya jatuh juga. "Lepas satu, satu masalah yang timbul. Kes Hakimi pun tak settle lagi... Saya takut, saya tak mampu bertahan," aku berkata dengan suara yang terisak, hati terasa begitu berat.
Jayden menarik aku duduk diatas pehanya, tetapi pelukannya tetap erat di pinggangku. "Kita kan dah berjanji untuk bersama-sama selesaikan semua masalah ni. Apa yang saya minta dari awak cuma satu, kepercayaan awak pada saya. Itu saja, tolong saya, sweetheart," katanya, suaranya lembut ditepi telinga aku namun penuh harapan.
Pujukan Jayden yang penuh rayuan akhirnya membuatkan aku mengalah. Dengan hati yang berat, aku mengangguk dan bersetuju untuk mengikuti semua perancangan majlis kami seperti yang telah ditetapkan. Ada berbaki dua minggu lagi, aku akan cuba meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Jayden dan menjaga hubungan kami ini sebaik mungkin.
Share this novel