8

Romance Series 3111

Ivy POV

Setelah hampir dua minggu menjalani sesi penggambaran di JZ Textile, akhirnya aku diberikan cuti yang agak panjang kali ini. Kebetulan pula, cuti semester kolej kami turut jatuh pada masa yang sama. Jadi, aku dan Hanis memang tidak melepaskan peluang untuk bermalas-malasan di rumah masing-masing. Bila dah ada cuti panjang begini, memang kami gunakan sepenuhnya untuk berehat.

Sedang aku bersantai di atas katil, tiba-tiba pintu bilik aku diketuk. Dengan malas, aku bangun dan berjalan membuka pintu sambil menguap.

“Amboi, anak dara mummy ni… dah pukul berapa tak bangun lagi?” tegur mummy.

Aku hanya tersengih. “Cuti, mummy. Bagi lah Ivy rehat puas-puas sikit.”

“Bukan tak boleh, tapi ini dah tengah hari pun tak bangun lagi. Melampau betul. Jangan sampai ketam mummy ni mengetik paha kamu nanti,” ugut mummy sambil tersenyum sinis.

Terus terbeliak mata aku. “Jangan, mummy! Mahu koyak kulit paha Ivy kalau kena ketam mummy tu. Apa kata kita masak ketam sweet sour tengah hari ni. Sedap juga.”

“Sudahlah loyar buruk tu. Hari ni tak ke mana-mana, kan? Malam ni kawan mummy nak datang, jadi mummy nak Ivy dan Hakimi ada di rumah.”

Arahan mummy, bila dah keluar, memang tak ada jalan untuk mengelak.

Jam sudah pun menunjukkan pukul lapan malam. Aku melihat mummy dan pembantu rumah masih sibuk menghidangkan makanan.

“Daripada termenung kat situ, baik tolong mummy cepatkan kerja,” arah mummy.

Walaupun rumah kami ada pembantu rumah, bab menyediakan makanan tetap mummy yang uruskan sendiri. Mummy juga telah mendidik kami tiga beradik untuk tidak bergantung seratus peratus kepada orang gaji.

“Mummy, tadi mummy kata kawan mummy nak datang, kan?”

“Iya lah, Ivy. Kenapa?”

“Mummy pasti?”

“Iyalah, berapa kali mummy nak cakap?”

“Ivy tengok macam nak buat kenduri, je,” aku bergurau sambil ketawa.

Aku terus melarikan diri sebelum sempat mummy ‘mengetam’ aku.

“Darling sister! Nak ke mana tu?” tanya Hakimi.

“Sibuklah! Aku nak ke rumah Hanis kejap, ada hal,” aku menjawab sambil berlari keluar.

“Nanti tetamu dah sampai, mummy bising!” Hakimi berbisik.

“Sebelum tetamu sampai aku dah balik. Apa-apa hal, call aku,” aku membalas sebelum terus memecut ke rumah Hanis.

Sampai saja, aku terus telefon Hanis.

“Hello Hanis, aku kat depan rumah ni. Keluar lah teman aku!”

Tak sampai seminit, Hanis keluar dengan baju tidur Hello Kittynya.

“Engkau ni kenapa? Rindu sangat ke sampai malam-malam datang rumah aku?” Hanis buat muka pelik.

“Kawan mummy nak datang rumah. Malas aku nak tolong kat dapur. Tu yang aku lari datang rumah kau ni,” aku jawab sambil senyum manis.

“Habis tu, datang kacau aku kenapa? Pergi kacau si Kimi ke jiran sebelah sana tu ke,” bebel Hanis.

“Tak nak lah! Kimi tu buat sakit otak je. Jiran sebelah sana tu pula… gatal. Aku suka kacau jiran sebelah sini je,” aku jawab sambil muncung ke arah Hanis.

“Engkau ni satu hal, tolong je lah mummy kau tu. Bukan selalu dapat cuti panjang macam ni,” nasihat Hanis.

“Bukannya tak boleh tolong. Tapi tengoklah, penuh satu meja macam nak buat kenduri!” Aku membela diri.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. “Eh, engkau betul ke dah putus dengan mamat tu? Apa nama dia?”

“Muaz. Betul, aku dah putus,” jawab Hanis, wajahnya sedikit tegang. “Aku malas nak fikir dah. Sakit hati aku dengan dia.”

“Sabarlah Hanis…” Baru aku hendak sambung, telefon aku berbunyi.

“Hello…” Aku menjauhkan telefon dari telinga. “Iya... balik sekarang... okay... bye.” Aku memutuskan panggilan.

“Kimi dah call kan? Dah, pergi balik. Esok kita borak lagi,” kata Hanis sambil senyum.

Aku memeluk Hanis erat. “Sorry kacau malam-malam. Love you!”

---

Aku sampai di perkarangan rumah dan terus memarkir kereta. Berjalan laju ke pintu, tiba-tiba...

“Ivy, awak ke mana malam-malam ni?”

“Oh mak kau hantu!” Aku terkejut dan refleks, tangan aku melayang tepat ke perut makhluk itu.

“Aduh! Ganas betul awak ni,” rungut Jayden, membongkok sambil menahan sakit.

“Eh, Jayden? Awak buat apa kat sini?” Aku memandang kiri dan kanan, keliru. “Kereta Kimi rosak lagi ke?”

“Apa yang bising-bising ni?” Hakimi muncul dari dalam rumah.

“Eh, darling sister! Apa kau dah buat ni?” Hakimi bergegas ke arah Jayden.

“Dia ni! Entah datang dari mana. Terkejut aku,” aku marah.

“Awak ni ganaslah,” Jayden merungut lagi.

“Awak tu yang main terjah!” Aku menjeling tajam.

“Okey, sudah tu. Family tengah tunggu kat dalam. Jom masuk,” kata Hakimi sambil berbisik, “Pandai-pandailah settle, aku tak nak masuk campur.”

Aku menarik nafas dan melangkah masuk.

---

Sebaik aku masuk, mummy terus mendekati.

“Ivy, pergi mana? Mummy dah cakap ada tetamu nak datang.”

“Kan dah balik ni,” jawab aku malas.

“Jaga perangai depan tetamu nanti,” mummy mengingatkan.

“Iya… iya…” jawab aku ringkas.

Kami semua berkumpul di meja makan. Daddy mula memperkenalkan kawan baiknya. Betapa terkejutnya aku bila tahu, Jayden sebenarnya anak Datuk Muhsin, pemilik MM Textile — kini dikenali sebagai JZ Textile.

Maknanya, Jayden adalah bos besar aku!

Aku masih dalam keadaan terkejut, bila tiba-tiba Datin Jayanti berkata, “Sebenarnya kami datang nak melamar Ivy untuk Jayden.”

Ting! Sudu yang aku pegang jatuh.

Papa Jayden menyambung, “Seperti yang kita bincangkan sebelum ini. Jayden, kamu ada bantahan?”

Ting! Kali ini garfu pula jatuh.

“Uncle, aunty… boleh tak saya bercakap dengan Ivy sekejap?” Jayden meminta izin.

Daddy mengangguk.

Jayden menarik aku keluar ke taman bunga.

“Awak nak cakap apa? Cepat,” aku kata, menyilangkan tangan.

“Hear me out first,” pinta Jayden, serius.

“Fine. Talk.”

Jayden menarik nafas panjang. “Semua ni dirancang oleh daddy awak dan papa saya. Tapi saya sendiri minta masa untuk kenal awak. Saya tak mahu buat keputusan terburu-buru.”

Aku angkat tangan, memotong kata-katanya.

“So kalau saya tak seperti awak harapkan, awak nak buat apa?”

“Boleh tak bagi saya habis bercakap? Jangan buat andaian sendiri.”

Jayden kelihatan sangat serius.

Dia bercerita bagaimana dia diberi masa untuk mengenali aku. Semua ‘pertemuan kebetulan’ selama ini sebenarnya dirancang.

“Kenapa awak perlu tipu?” aku bertanya.

“Saya minta maaf. Saya ingat awak sama macam model lain. Tapi bila saya kenal awak, saya kagum.”

Aku terdiam. Apa yang dia kata ada betulnya tentang dunia modelling.

“Jadi, sekarang apa rancangan awak?” aku bertanya.

Jayden memandang aku dalam-dalam. “Saya nak awak jadi isteri saya.”

Kemudian Jayden melutut, membuka kotak baldu biru, memperlihatkan cincin cantik dengan berlian putih berkilauan.

“Will you marry me, Ivy Aurora?”

Mata aku terbeliak, namun cepat-cepat aku kawal.

“Awak betul-betul serius?”

“Sangat serius. Ini soal hidup mati kita.”

Jayden menyambung, “Saya yakin dengan keputusan saya. Saya tak akan menyesal.”

Aku pandang matanya. Ada keikhlasan di situ.

“Tapi... saya tak nak berhenti jadi model.”

Jayden tersenyum. “Sebab itu awak diambil dalam JZ Group.”

“Lepas habis kontrak nanti?”

“Kontrak awak dengan JZ Group… tak ada tarikh luput.”

Aku cuba menguji lagi, tetapi Jayden tetap tenang menjawab.

“Tapi…”

Jayden memotong, “Tolonglah Ivy, jangan seksa saya lagi. Cukuplah dengan ‘tapi’ awak tu.”

“Siapa pula yang seksa awak? Konon-konon jadi mekanik hantar kereta big boss… jangan-jangan si Kimi pun ada terlibat sama dengan awak ya.” Aku kecilkan mata memandang Jayden.

“Memang pun aku ada terlibat dalam semua tu. Aku yang paksa Jayden ikut semuanya.” Hakimi datang dan mengaku.

“Sebab kalau aku tak buat semua ni, aku rasa Jayden tak akan ada peluang melamar engkau. Aku kenal sangat darling sister aku ni. Dia tak sama dengan model-model yang ada kat luar sana tu.” Sambung Hakimi lagi.

Hakimi datang kepada aku dan memeluk aku erat. “Tahu tak satu perkara, kenapa kami sekeluarga tak pernah bantah pun bila Ivy kata dia nak jadi model?” Hakimi bertanya kepada Jayden. Dan Jayden hanya diam menunggu jawapan dari Hakimi.

“Sebab Ivy seorang yang tegas. Ivy tak mudah tergoda dengan pujuk rayu dunia yang penuh dusta semua ni.” Hakimi mencium kepala aku lama. Sedih pula tiba-tiba.

“Dan disebabkan itu juga saya ikhlas ingin melamar awak sebagai isteri saya. Tolong beri saya peluang untuk saya buktikannya.” Aku memandang Hakimi dan Hakimi mengangguk. Kemudian aku menghulurkan tangan kananku kepada Jayden.

Akhirnya aku hulurkan tangan, membenarkan Jayden menyarungkan cincin ke jari manisku…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience