20

Romance Series 3111

Jayden POV

"Sweetheart, apa yang awak cakap ni?" Melihat keadaan Ivy sekarang, hati aku terasa begitu pilu. Namun, aku tahu dia adalah seorang wanita yang kuat.

Segera aku menarik Ivy ke dalam pelukan aku, memeluknya erat. "Saya tak nak dengar awak cakap macam tu lagi. Apa pun yang terjadi, saya tak akan tinggalkan awak. Ingat tu."

Ivy mendongak sedikit, memandang wajah aku dengan penuh kerisauan. "Tapi saya tak nak, sebab situasi ni, syarikat dan nama awak terjejas."

"Family kita tahu Kimi tak bersalahbitu dah cukup. Apa yang kita perlu buat sekarang ialah cari dalang di sebalik semua ini," aku berkata sambil memandang wajah Ivy lama.

Aku tenung wajah Ivy lama, pertama kali melihat wajah cantiknya yang rapuh seperti ini, membuatkan hati aku terasa pedih. Dengan lembut, aku usap rambutnya dan cium dahi-nya lama. Tak pernah terfikir akan berlaku situasi seperti ini.

Sedang aku memandang kecantikan wajah Ivy, tiba-tiba Don membrek kereta secara mengejut. "Oh mak, aku jatuh!" Ivy melatah kecil, terkejut dengan tindakan itu. Sebuah kereta yang tiba-tiba memotong di hadapan kereta kami.

Aku terus memandang Don dengan pandangan tajam, memberi amaran yang jelas kepadanya. "Maaf, Cik Ivy, saya tak sengaja," katanya kepada Ivy, terlihat sedikit panik.

Aku menarik Ivy semula rapat ke badan aku seketika, sebelum Ivy terlelap di peha aku.

"Don, saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengan kes Hakimi ni, dan saya tak rasa Hakimi boleh ambil benda tu. Lagi pun, masa dia banyak bekerja dengan saya," aku meluahkan rasa pada Don.

Don memandang aku sekejap sebelum kembali fokus kepada pemanduannya. "Saya pun rasa macam tu juga, boss. Saya akan pergi ke tempat yang Encik Hakimi pergi sebelum dia ditangkap. Saya akan siasat dari situ."

"Terima kasih, Don. Saya serahkan semuanya pada awak. Kalau ada apa-apa, call saya cepat," aku berkata.

"No problem, boss. Fokus saja pada Cik Ivy. Dia seorang gadis yang periang, tapi bila jadi macam ni, saya sendiri sedih tengok keadaan dia," kata Don.

Aku mengusap wajah Ivy dengan lembut dan mengeluh. "Saya pun tak pernah nampak boss kerap tersenyum sebelum ni, tapi dengan Cik Ivy, boss nampak berbeza," sambung Don lagi.

Aku tersenyum kecil. "Dia lain dari perempuan yang ada kat luar sana, Don, dan dia telah menjadi ratu dalam hati saya. Saya sanggup buat apa saja untuk dia." Aku berkata.

Terima kasih kepada Hakimi, dia telah banyak membantu dalam perkenalan kami dulu. Ivy telah menjadi ratu dalam hati aku, dan tiada perempuan lain yang boleh menggantikan tempatnya.

---

Keesokan harinya, kami semua berkumpul di rumah Ivy untuk membincangkan lebih lanjut tentang kes Hakimi. Hanis juga ada bersama, dan seperti yang aku jangka, mereka berdua akhirnya bersama.

Dulu, Hakimi selalu mengeluh bahawa Hanis ni garang orangnya dan dia tak akan suka dengan perempuan yang garang. Tapi selepas kes Hanis dengan Muaz, mereka menjadi rapat sehingga sekarang.

Kami juga tengah tunggu abang sulung Ivy datang, setelah mendengar berita tentang Hakimi. Abang sulung mereka bergegas balik dari outstation.

"Mama nak Ivy berehat dulu sampai kes ni reda," mama mulakan perbualan.

Aku tersentak mendengar Mama bercakap dengan Ivy. Berita tentang kes Hakimi telah menular di media sosial, dan Ivy juga terkena kesannya. Ivy pula berkeras supaya namanya digugurkan dari syarikat.

"Tapi, Aunty..."
"Mama... Mama tahu Ivy takut syarikat akan terjejas sebab kes ni, tapi kami tak akan gugurkan nama Ivy dari syarikat. Lagi pun, kita dah janji akan selesaikan kes ni sama-sama," kata Mama tegas.

Hati aku kuat mengatakan ada dalang di sebalik semua yang berlaku. Don telah memulakan siasatannya hari ini, dan kami berharap ada sedikit keajaiban.

"Baiklah, kalau semua dah cakap macam tu..." Ivy menoleh dan berlari memeluk erat seorang lelaki yang agak tinggi dan sasa.

"How are you..." Aku melihat lelaki itu memegang pipi Ivy dengan lembut dan mencium dahinya. Bodoh tak kalau aku cakap yang aku tengah jealous sekarang ni?

Hakimi pula berjalan agak perlahan. Muka lelaki itu bertukar sedikit bengis apabila Hakimi sudah mendekat. Lelaki itu menarik dan memeluk Hakimi pula. "Sesegal-sengal kau, abang tahu kau tak akan buat benda-benda tu semua," katanya.

Selepas lelaki itu berpelukan dan bertanya khabar kepada semua ahli keluarga, dia menghampiri aku sambil memandang aku dengan lama. "Jadi, inilah lelaki yang akan menjaga adik abang, kan?" Ivy mengangguk dengan cepat.

"So, macam mana?"
"Ha! Macam mana apa?" Aku bertanya semula.
"Macam mana boleh handle adik abang ni?" Dia bertanya sambil mengangkat keningnya.

"Apa abang ni?" marah Ivy.

Abangnya ketawa. "Mau taknya, melatah satu hal. Itu mulut, bab menjawab, first class, tak ada siapa boleh kalah." Aku tersenyum. Namun, sebelum sempat aku membalas, Ivy menjeling aku tajam. Aku terus terdiam.

"Dah sudahlah tu, jangan ganggu adik tu lagi," kata Uncle Ghaffar.

Aku menarik tangan Ivy lembut, membawa dia keluar menuju ke taman. "Kita nak ke mana ni?" tanya Ivy.

Aku tak menjawab pertanyaan Ivy. Sampai saja di taman, aku terus memeluk Ivy. "Kenapa ni?" Ivy bertanya lagi.

"Sweetheart, awak dah buatkan saya jealous," aku berkata lemah.
"Dengan siapa pula?" Ivy diam sekejap sebelum tawanya meletus kuat.

Aku diam menahan geram. "Does it work?" Ivy bertanya lagi, suaranya sengaja mengoda.
"More than that," aku berkata laju.

"Lepas kita kahwin nanti, jangan berani buat saya jealous macam ni," amaran aku beri kepada Ivy. Ketawa Ivy yang masih tersisa terus mati. "Okey, what's wrong?" aku bertanya.

Lama Ivy diam sebelum dia berkata, "Boleh tak kalau kita tangguhkan dulu majlis kita...?"

"Kenapa?" aku bertanya laju.

Ivy menelan air liurnya. "Dengan apa yang berlaku sekarang ni, saya tak nak..."

"Okey, stop!"

Tangan aku masih lagi memeluk Ivy, kemudian sebelah tangan aku lepaskan dari pelukan dan aku menarik rambut, aku menarik nafas dalam-dalam menahan marah.

"Why are you doing this to me, Ivy Aurora? Tadi awak nak drop dari syarikat, sekarang awak nak tangguhkan majlis kita pula?" Keluhan berat aku lepaskan.

Ivy pandang aku dengan matanya yang berkaca. "Saya nak yang terbaik untuk kita itu saja."

"Awak hadir dalam hidup saya, sesuatu yang terbaik untuk saya. But please, sweetheart, jangan tangguhkan majlis kita. Saya janji akan cuba settlekan masalah ni," aku merayu.

"I'm sorry, saya percaya kan awak," tangannya melingkar perlahan erat pada leher aku.

"Saya perlukan Ivy Aurora saya yang dulu. Ivy Aurora saya yang ceria, kuat melatah, mulut tu yang kuat menjawab," aku berkata dengan nada lembut, cuba untuk menceriakan dia semula.

"Lepas kita dah kawin, awak complain, siap awak," ugut Ivy, bergurau tetapi ada senyuman di wajahnya.

"It's never going to happen, sweetheart."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience