27

Romance Series 3111

Jayden - POV

Hari ini menandakan tamatnya bulan madu kami. Ivy nampak sedikit tenang, tapi aku tahu itu hanya luaran saja. Kami bakal mulakan fasa baru dalam hidup kami, di rumah yang aku sendiri beli terletak di kawasan persendirian, lengkap dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Aku pandang wajah Ivy yang sedang lena di sebelah. Nafasnya teratur, tapi wajahnya tidak setenang dulu. Sejak kami pulang dari honeymoon, dia jadi lebih senyap, banyak termenung. Aku tahu dia sembunyikan sesuatu.

Ivy bukan jenis yang pendiam. Biasanya dia suka berceloteh, kadang-kadang tak berhenti bercakap. Tapi sekarang… bila telefon berbunyi, dia terkejut. Bila loceng rumah berbunyi, tubuhnya mengeras. Dan setiap kali aku tanya, dia cuma senyum dan jawab, “Saya okay.”

Tapi aku bukan bodoh.

Aku pernah nampak dia simpan sesuatu dalam beg tangannya macam kad, kertas, sampul. Tapi bila aku cuba buka topik tu, dia cepat-cepat alih perhatian. Aku takkan paksa dia bercerita… tapi aku akan cari jalan untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku.

---

Keesokan paginya

Aku bangun dan dapati tempat tidur sebelah aku kosong. Ivy tiada di sebelah. Aku teruskan rutin pagi seperti biasa, dan turun ke dapur. Dari jauh, aku nampak dia sedang menyediakan sarapan, tanpa sedar aku sedang memerhatikannya hampir lima minit.

Perlahan-lahan aku dekati dan peluk pinggangnya dari belakang. Ivy terkejut sedikit.

“Sweetheart, masak apa ni?” aku berbisik sambil pelukan aku eratkan sedikit.

“Awak ni… nasib baik tak ada benda tajam kat tangan saya,” dia merungut kecil, tapi aku hanya tergelak.

“Sebab tu saya dah pasang langkah berhati-hati,” balas aku berseloroh. “Dah boleh makan ke?”

“Dah. Jomlah. Saya baru nak naik kejutkan awak,” katanya sambil tarik tangan aku ke meja makan.

“Tapi saya teringin nak makan benda lain sikit pagi ni…” Aku pandang dia dengan senyum nakal. “Kalau saya nak makan awak, boleh?”

“Jangan nak mengada-ngada! Dua minggu honeymoon pun awak peluk saya tak lepas. Saya nak shopping pun awak peluk!” bebel Ivy.

“Saya takkan pernah jemu nak sentuh awak,” aku kenyit mata, cuba menggoda dia.

Aku tarik Ivy duduk di atas peha. “Saya nak tanya sesuatu boleh… tapi saya nak awak janji jangan tipu saya.”

“Kalau soalan tu saya boleh jawab… saya akan jawab,” katanya sambil bermain-main dengan butang baju aku.

“Awak sembunyikan sesuatu daripada saya, kan? Tentang Alisha.”

Wajah Ivy terus berubah pucat.

“Jangan tipu saya,” aku bisik lembut. Tangan aku usap rambutnya, cuba tenangkan dia.

“Masa kita tengah honeymoon… saya ada terima surat ugutan,” Ivy mula bersuara perlahan, matanya tertutup rapat. Mungkin dia takut aku akan marah.

“Lagi?” aku tanya perlahan sambil tersenyum kecil, menahan amarah yang cuba timbul.

“Saya rasa… dia ada ikut kita. Dan saya rasa… dia juga datang ke vila masa kita di sana.”

Aku angkat dagunya lembut, “Sweetheart, pandang saya.”

Bila mata kami bertemu, aku terus tanya, “Kenapa tak beritahu saya? Nasib baik tak ada berlaku apa-apa.”

“Tapi… macam mana awak tahu?” Ivy teragak-agak.

“Don,” aku panggil sedikit kuat. Ivy cuba bangun dari pangkuan aku, tapi aku halang pergerakannya.

“Selamat pagi, bos. Puan,” sapa Don sambil masuk dengan fail di tangan.

Aku arahkan Don untuk ceritakan semuanya kepada Ivy dari rakaman kamera, gambar, dan segala bukti yang dikumpulkan sepanjang honeymoon.

Ivy tunduk, mungkin rasa bersalah.

“Tapi macam mana dengan kes Hakimi?” tanya Ivy tiba-tiba.

“Masih dalam siasatan, puan. Tapi kes tu agak rumit sikit. Setakat ni, belum ada bukti kukuh. Tapi saya akan teruskan siasatan sampai berjaya,” jawab Don serius.

Aku teruskan sarapan yang Ivy sediakan. Sedang aku menikmati makanan, Ivy tiba-tiba menepuk tangan aku.

“Aduh! Sakitlah, sweetheart!”

“Awak ni sedap makan sorang-sorang. Ajaklah Don sekali,” bebelnya.

Aku jeling Don yang hanya mampu senyum kecil.

“Ha, tunggu apa lagi? Pergi ambil sarapan tu. Lepas makan tunggu kat depan,” aku mengarah. Setelah Don keluar, aku menampar lembut punggung Ivy.

Ivy terlompat sedikit. “Apa ni awak!”

“Apa yang awak masak ni, untuk saya seorang je. Don’t you dare nak bagi orang lain,” aku bisik.

“Kalau saya tak dengar cakap awak?” Ivy cabar, tapi kemudian dia terus berlari.

“Sweetheart!” aku geleng kepala sambil tersenyum.

---

Dalam perjalanan ke kolej Ivy

“Saya boleh pergi sendiri. Tak naklah susahkan awak. Lagipun jalan kita tak sama,” bantah Ivy untuk entah kali ke berapa.

Don hanya diam, tersenyum kecil dari tempat duduk pemandu.

“Sweetheart, tak susah mana pun. Don yang pandu. Dia pun akan jadi pemandu peribadi awak kalau saya tak ada atau sibuk.”

Aku faham Ivy seorang yang berdikari. Tapi dengan keadaan sekarang, aku tak boleh biarkan dia bergerak sendiri.

“Please, dengan keadaan macam ni… saya tak nak awak dalam bahaya. Saya tak nak apa-apa berlaku pada awak. Please sweetheart.”

Ivy mengeluh panjang, tapi akhirnya angguk perlahan. “Baiklah. Untuk awak… saya ikut.”

“Thank you.” Aku tarik dia ke pelukan, cium ubun-ubunnya lama. Sebelum kami tiba di kolej, aku nampak Hanis dah menunggu di pintu pagar.

“Hanis dah tunggu tu. Lepas kelas nanti call saya, okay?” aku cium dahinya. Ivy melangkah keluar.

Aku pandang dia sampai hilang dari pandangan sebelum kami bergerak semula ke pejabat.

Sedang aku periksa jadual harian, Don tiba-tiba ketawa.

“Kenapa?” aku tanya.

“Bos tak perasan ke?” soalnya.

Aku angkat kening. “Perasan apa?”

“Bos dah lain sejak kahwin. Dulu susah nak tengok bos senyum. Semua keputusan atas tangan sendiri. Tapi sekarang, dengan puan… bos kalah.”

Aku geleng kepala sambil tersenyum. “Mungkin. Tapi hanya untuk Ivy. Bukan orang lain.”

Don angguk kecil. Kali ini wajahnya serius.

“Bos, puan tu dah biasa urus diri sendiri. Tapi sekarang dia terpaksa bergantung pada orang lain, terutama dalam situasi macam ni. Dia perlukan masa untuk sesuaikan diri.”

Aku pandang keluar tingkap, memikirkan kata-kata Don.

Dan ya… aku akan pastikan Ivy selamat. Walau apa pun yang datang aku akan lindungi dia.

Selepas Don keluar dari pejabat, aku duduk termenung sebentar. Banyak perkara bermain di fikiran aku. Tentang Alisha, tentang ugutan, tentang Ivy. Dia nampak kuat… tapi aku tahu jauh di dalam, dia sedang bergelut. Aku perlu buat dia rasa selamat, bukan sekadar dengan kata-kata… tapi dengan tindakan.

Telefon aku bergetar. Mesej dari Hanis.

> “Ivy nampak okay. Tapi ada masa dia termenung lama. Tapi jangan risau saya akan jaga dia.”

Aku balas ringkas.

> “Thanks. Tolong jagakan Ivy untuk saya.”

Aku perlu percaya yang Ivy boleh hadapi semua ni, tapi sebagai suami… aku akan jadi benteng terakhir dia. Apa pun yang datang, aku takkan biar dia tanggung sorang-sorang lagi.

Aku pandang gambar kami berdua yang aku letak atas meja. Wajah dia penuh senyuman. Aku nak dia bahagia semula, bebas dari bayang-bayang Alisha. Aku akan tamatkan semua ni dengan cara aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience