Jayden POV
"Hanis mana Ivy?" Aku bertanya.
"Eh, bukan dia dengan awak ke tadi?" Hanis bertanya semula, kelihatan sedikit terkejut.
"Dari tadi saya call tapi Ivy tak jawab," aku berkata dengan nada risau.
Hanis menepuk dahinya. "Telefon dia ada dengan saya," kata Hanis, sambil memandangku dengan wajah yang bersalah.
"Saya dengan Hakimi kat belakang stage tadi, tengah uruskan sesi photoshoot untuk Ivy esok sebab dia kena gantikan seorang model yang sakit," sambung Hanis lagi, menjelaskan situasi yang berlaku.
"Baiklah, tak apa. Saya pergi cari dia dulu," cuba untuk kelihatan tenang. "Awak balik dengan Hakimi, kan?"
"Ya," jawab Hanis ringkas.
Aku berjalan menuju ke arah kaki lima dewan yang agak gelap. Tiba-tiba, seseorang memelukku dari belakang. Aku terkejut dan segera menoleh. "Alisha."
Aku cuba melepaskan diri dari pelukan Alisha, tapi rangkulan tangannya pada leherku begitu kemas, dan menarik aku ke arah dinding berdekatan dengan kekuatan yang tak terduga.
"Alisha, lepas! Jaga sikit kelakuan engkau, apa kata orang nanti?" Aku cuba menahan rasa marah yang mula bercampur dengan kebingungan.
"Kenapa? saya pun boleh jadi seperti dia, malah lebih bagus," kata Alisha, suaranya agak tersekat-sekat.
Dahi aku berkerut, bau alkohol yang kuat menusuk hidung. Aku menatapnya, semakin bingung dan bercampur marah.
Alisha cuba menarik aku sekali lagi, namun tiba-tiba, "Jayden!" Tubuh aku terus mengeras, dan aku menoleh terkejut melihat Ivy berdiri beberapa langkah di belakang.
Aku melihat Ivy laju berpaling, ingin meninggalkan aku begitu sahaja. Tanpa berfikir panjang, aku menolak Alisha dengan kuat sehingga dia terdorong ke belakang. Langkah aku laju, hati aku berdebar-debar, dan aku sempat menangkap tangan Ivy sebelum dia pergi lebih jauh.
"Lepaslah," kata Ivy dengan suara sedikit meninggi, jelas menunjukkan rasa marah dan kecewa.
"Sweetheart, dengar dulu. Tak ada apa-apa yang berlaku antara saya dan Alisha. Semua ni cuma salah faham," aku cuba menjelaskan dengan tenang, walaupun hati aku berdebar-debar.
Ivy memusingkan tubuhnya, memandang aku dengan tajam. "Oh ya! Saya belum buta lagi, saya nampak apa yang berlaku antara awak dengan dia," katanya dengan nada penuh sinis. Matanya yang tajam tidak lepas daripada memandang aku dan Alisha yang masih berdiri di situ, seolah-olah menunggu penjelasan.
"Saya dah cakap, tak ada apa-apa yang berlaku! Dia yang datang peluk saya, dan saya cuba tolak dia," sekali lagi aku cuba menjelaskan kepada Ivy.
Mata tajam Ivy masih lagi memandang aku, lalu berkata dengan nada penuh sindiran, "Ni apa? Apa yang awak nak jelaskan sekarang? Awak nak cakap yang tiba-tiba lipstick dia ada kat baju awak macam tu?" Dia menundingkan jarinya ke arah kolar baju aku, di mana ada kesan merah terang jelas kelihatan.
Aku mengetap gigi kuat, cuba menahan rasa marah yang semakin membuak terhadap Alisha. "Saya tak tahu macam mana kesan ni boleh ada pada baju saya," aku menjawab dengan tegas, cuba mengawal perasaan. "Ini kali terakhir saya beritahu, tak ada apa-apa yang berlaku. Dia yang cuba untuk goda saya."
Tapi walaupun aku cuba menjelaskan, aku dapat rasa Ivy masih ragu-ragu, matanya tajam memerhatikanku, seolah-olah sedang menilai setiap perkataan yang keluar dari mulut aku.
"Dia cuba goda awak?" Ivy menyoal dengan nada penuh keraguan, matanya memandang tepat ke arah wajah aku.
"Apa-apa sajalah, saya dah penat, jom kita balik," Ivy berkata sambil berpusing, ingin melangkah pergi. Tapi aku lebih cepat menahannya.
"Ivy Aurora, awak tak boleh pergi macam tu saja! Awak kena dengar penjelasan saya," aku bertegas, tidak mahu dia pergi macam tu sahaja.
"Saya tak dan tak akan curang pada awak! Dalam kepala saya cuma ada awak seorang saja, tak ada perempuan lain selain awak," aku berkata sambil mendekatkan dahi aku ke dahinya dan berbisik lembut, cuba untuk meyakinkannya.
Air matanya menitik ke pipi, dan setiap titisan itu sudah cukup untuk membuatkan hati aku berasa sakit, seolah-olah ada beban berat yang menekan dadaku.
"Betul awak tak rasa apa-apa bila dia sentuh awak?" tanya Ivy, suara nya rendah, penuh dengan kekecewaan.
Aku mengelap lembut air matanya, cuba menenangkan dia. "Percayalah, saya cuma rasa jijik bila dia sentuh saya," jawabku, dengan suara yang penuh keikhlasan, berharap dia tahu betapa seriusnya aku dengan kata-kataku.
Perlahan tangan Ivy melingkar ke leher aku erat. Tanpa berfikir panjang, aku terus memeluknya kembali berserta ciuman di dahinya, membiarkan diri terlarut dalam suasana yang penuh dengan perasaan yang sukar dijelaskan.
Aku menelefon dan seketika kemudian, Don tiba. "Saya nak awak ikut Don dan tunggu saya di kereta sekejap. Saya nak selesaikan beberapa perkara di sini," aku berkata dengan lembut kepada Ivy.
Ivy mengangguk, "Tapi jangan lama sangat, esok saya ada photoshoot." Suaranya kedengaran masih serik. Aku mencium dahinya sekali lagi, "Okey, jangan risau ya."
"Jom, Cik Ivy," Don berkata sambil memberikan aku pandangan, seolah-olah mengingatkan aku untuk berhati-hati.
Aku melihat Ivy berjalan bersama Don sebelum mataku beralih semula ke arah Alisha, sambil menahan amarah yang semakin membara.
"Jayden, kenapa U tinggalkan I sendiri?" Alisha masih lagi bersandar di dinding separuh sedar, suaranya lemah namun penuh dengan kekecewaan.
"Dia tak akan dapat bahagiakan U," kata Alisha lagi, masih mencuba meyakinkan aku, suaranya penuh dengan keyakinan dan harapan. Matanya memandang aku dalam, seolah-olah ingin aku percaya pada kata-katanya.
"Cukup, Alisha, semua ini takkan pernah terjadi," balasku dengan tegas, suara aku bergetar penuh amarah. "Aku tak akan sakitkan hati Ivy disebabkan perangai bodoh kau ini," tambahku, mengukuhkan lagi keputusan untuk melindungi Ivy dari segala kekeliruan yang dibawa Alisha.
"Apa yang sebenarnya kau nak, Alisha? Tak cukup ke apa yang Uncle Malik dah buat pada keluarga kita? Kenapa kau nak ikut cara dia?" kata aku kepada Alisha.
"Apa salahnya kalau I nakkan U? Mana tahu, kalau kita kahwin, keluarga kita akan lebih rapat lagi," kata Alisha dengan nada seperti orang bermimpi.
"Kita takkan pernah berlaku, Alisha. Aku tak nak kau dekat dengan Ivy lagi, ingat tu," aku memberi amaran kepada Alisha.
Alisha mendekat dirinya sekali lagi dan terus memeluk aku serta merayu. "U tak boleh buat I macam ni, Jayden. I dah lama simpan perasaan pada U sejak kita kecil lagi." Alisha cuba menyentuh pipi aku, tapi dengan pantas aku menolaknya jauh dari aku.
Aku menatap Alisha dengan tajam, memberi amaran sekali lagi, "Jauhkan diri kau dari Ivy, Alisha." Suaraku keras dan tegas, penuh dengan amarah yang berbau ugutan.
Tanpa berkata apa-apa lagi, aku berpaling dan meninggalkan tempat itu. Aku melangkah dengan cepat, tanpa menoleh sedikit pun, terus menuju ke kereta. Aku membuka pintu kereta, dan saat melihat wajah Ivg yang cantik, sekejap sahaja kemarahan itu hilang, digantikan dengan rasa kesal yang membelenggu.
Setelah menghantar Ivy pulang ke rumahnya, aku mengarahkan Don untuk meneruskan siasatan terhadap Alisha dan Uncle Malik.
Don memandang aku melalui cermin tengah kereta, melihat jelas ketegangan di wajah aku. "Saya risaukan keselamatan Ivy," aku berkata sambil menarik rambut, suara penuh kebimbangan.
"Nampaknya kita perlu hantar orang untuk jaga keselamatan Cik Ivy, boss," Don memberi cadangan dengan serius.
"Saya perlu beritahu papa tentang hal ni. Uncle Malik semakin melampau," kataku dengan tegas, suara penuh dengan kekesalan.
Share this novel