Series
4957
Jayden POV
“Jejak Alisha dah hilang, boss. Saya rasa Malik dah jumpa dia dulu.” Suara Don kedengaran tegang di hujung talian.
Aku pejam mata rapat, tarik nafas dalam-dalam. Api kemarahan makin lama membuak dalam dada, tapi aku tak boleh lepas sesuka hati. Ivy baru je sedar semalam. Aku tak nak dia nampak wajah aku yang penuh dengan amarah — dah cukup banyak tekanan yang dia tanggung sebab Alisha, aku tak mahu dia bertambah risau lagi.
Sekilas, aku pandang Ivy yang sedang lena di katil hospital. Nafasnya perlahan, wajahnya masih pucat, tapi ada sinar tenang. Pandangan mata itu sedikit sebanyak menyejukkan hati aku.
“Selagi dua orang tu masih bebas, Ivy takkan pernah rasa aman,” bisik hati aku.
Aku kembali fokus pada perbualan dengan Don.
“Saya rasa Malik dah tahu pasal kes Hakimi tu — mungkin dia pun dah agak siapa dalang tu,” aku berkata, suara rendah tapi penuh maksud.
Don terdiam sebentar sebelum menjawab, “Boss rasa ni kerja Alisha? Tak mungkin Muaz, sebab dia selalu ada dengan saya kebelakangan ni.”
Aku mengangguk kecil, walaupun Don tak nampak. “Betul. Muaz saya percaya. Tapi Alisha… dia licik. Lagipun, dia ada banyak sebab nak hancurkan Ivy.”
Don menghela nafas. “Boss nak saya teruskan siasat lagi ke?”
“Ya. Tapi kali ni kita kena lebih berhati-hati. Malik makin terdesak. Bila orang macam dia terhimpit, dia sanggup buat apa saja. Saya tak nak ada yang cedera lagi. Terutama Aunty Latifah.”
“Baik, boss.”
Aku letak telefon perlahan-lahan. Sekali lagi, mata aku jatuh pada Ivy. Aku bangun, duduk di sisi katil, lalu genggam tangannya.
“Sweetheart…” bisik aku, hampir tak kedengaran. “Saya janji… semua ni akan berakhir. Awak takkan terus hidup dalam ketakutan. Saya akan tamatkan semuanya, walau dengan apa cara sekalipun.”
Aku cium belakang tangannya, biarkan kehangatan itu jadi sumpah yang aku semat dalam hati.
---
Malik POV
PANG!
Tangan aku menghayun deras ke wajah Alisha. Bunyi tamparan itu bergaung di ruang bilik sempit. Bibirnya pecah, darah merah mengalir ke dagunya. Nafas aku membuak-buak; sabar aku dah habis.
“Anak tak guna!” aku herdik. “Kalau aku tahu kau yang musnahkan rancangan aku, dah lama aku bunuh kau!”
Alisha tergelak. Gelaknya kasar, menyakitkan telinga aku. “Hahaha… semua tu dah terlambat, pa…” Matanya tajam memandang aku, seolah tamparan tadi langsung tak beri kesan.
Dia ludah sedikit darah ke lantai, kemudian sambung, “Papa jangan lupa… kau yang ajar aku semua ni. Kau yang tanam dalam kepala aku macam mana nak tipu, macam mana nak pijak orang untuk naik. Aku cuma ikut jejak kau. So, siapa yang patut salahkan siapa?”
Aku ketap gigi. Nafas makin berat. “Kurang ajar!”
Aku dekatkan muka pada dia; aku picit dagunya kuat. “Kalau aku masuk lokap, kau pun akan ikut sekali. Kau tahu tak? Jangan fikir kau boleh lepas, Alisha!”
Alisha cuma senyum — senyuman yang lebih menyakitkan daripada tamparan. “Apa lagi yang aku ada sekarang, pa? Kau dah buang aku. Mama pun dah tak pedulikan aku. Lelaki yang aku suka… dia dah takkan pandang aku juga. Jadi, adilkan kalau aku hancurkan hidup orang lain juga?”
Kata-katanya buat darah aku mendidih. Dia terus, suaranya sinis, “Sama macam kau, yang cuba musnahkan hidup abang kau sendiri. I learn from the best.”
Aku genggam penumbuk. Jari aku bergetar menahan rasa nak belasah dia sampai lumat.
Tapi… sesuatu berdesir dalam hati aku. Kata-katanya terngiang-ngiang. Ada betulnya juga. Segala racun yang ada dalam diri dia, memang aku yang tanam sejak dulu.
Namun, penyesalan tak pernah wujud dalam diri aku. Aku bukan orang yang akan berpatah balik.
Aku pandang Alisha lama. Anak aku sendiri… tapi dalam pandangan aku sekarang, dia cuma beban. Ancaman. Kalau dia terus hidup, dia boleh hancurkan aku.
Di dalam hati aku, satu keputusan mula terbentuk. Mungkin sudah tiba masanya aku singkirkan Alisha. Walau dengan apa cara sekalipun.
Share this novel