32

Romance Series 3111

Alisha – POV

“Berapa kali aku dah cakap?! Jangan sesekali buat perangai bodoh waktu kita tengah hampir dengan kemenangan!” bentak Papa. Suaranya bergema dalam ruang pejabat peribadinya di aras atas bangunan syarikat.

Aku menggigit bibir, menahan rasa. Tapi dalam hati, aku marah. Bukan sebab dia tengking aku — tapi sebab Jayden masih pilih perempuan tu, walaupun aku dah berdiri depan dia malam tadi. Busana yang aku pakai malam tu pun dah cukup buat ramai lelaki tergamam.

Aku tahu aku cantik. Aku tahu aku boleh dapat sesiapa saja. Tapi… kenapa bukan Jayden?

“Papa, A—”

“Cukup, Alisha! Kau bukan budak lagi. Sepatutnya kau kawal emosi, bukan buat benda bodoh macam semalam. Semua orang nampak. Kau malukan aku. Kau malukan keluarga kita,” nadanya tajam, tak seperti selalu.

Aku tunduk, membiarkan amarahnya berlalu. Tapi dalam hati, dendam aku semakin membuak.

Sebaik saja Papa keluar dari bilik, aku duduk di sofa dan capai telefon. Jari-jari aku laju menatap gambar Ivy dan Jayden yang viral di media sosial — gambar mereka berpegangan tangan, Jayden mencium tangan Ivy. Macam pasangan paling bahagia di dunia.

“Fake happiness,” aku berbisik perlahan. “Kita tengok berapa lama dia boleh bertahan.”

Aku tahu Jayden bukan mudah digoyahkan. Tapi Ivy... dia masih boleh hancur. Aku cuma perlu tunggu peluang — dan serang dia dalam diam.

---

Petang itu...

Aku menyelinap masuk ke sebuah kafe di tengah ibu kota. Di sana, aku jumpa seseorang yang aku tahu tak akan tolak duit — salah seorang kenalan dari kelab yang biasa aku kunjungi. Aku hulurkan sampul berisi sejumlah wang bersama satu dokumen.

“Semua gambar perempuan tu ada dalam file ni. Pastikan dia diganggu — apa saja cara, aku tak kisah. Dan ingat, aku yang akan cari kau.”

Lelaki itu angguk dan ambil sampul tanpa banyak soal.

Tapi belum sempat aku bangun, satu suara kasar menyergah dari belakang.

“Kau dah gila ke, Alisha?!”

Aku berpaling. Mata aku membulat.

“Joey?”

Joey berdiri dengan wajah merah menahan marah. “Aku dah agak kau takkan berhenti. Tapi aku tak sangka kau akan sampai tahap ni.”

“Ini bukan urusan kau,” balas aku tajam. “Dan jangan nak bajet bagus. Kau pun bukannya baik sangat.”

Joey mendekat. Suaranya menurun, tapi setiap perkataan menikam.

“Aku pernah sayang kau. Aku pernah fikir kau boleh berubah. Tapi rupa-rupanya, kau lebih kejam dari yang aku sangka.”

Aku terkedu. Joey tak pernah marah aku begini.

“Kau masih kejar Jayden walaupun dia dah berkahwin. Apa sebenarnya yang kau nak buktikan, Alisha?”

Aku genggam lengannya, cuba berlembut. “Joey… I just... I can’t let her win. She took everything from me.”

Joey menggeleng perlahan lalu menepis tangan aku.

“Bukan dia yang ambil semuanya dari kau. Kau sendiri yang hancurkan hidup kau. Kau tak perlukan dia untuk jadi sesuatu. Kau cuma perlu tahu apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup ni.”

Dia berpaling dan berlalu pergi.

Aku terduduk semula. Dada aku sesak. Marah. Kecewa. Malu.

Tapi satu perkara aku pasti — Ivy akan jatuh. Kalau bukan dengan bantuan sesiapa, aku sendiri akan lakukannya.
Dan kali ini, aku akan buat dalam diam. Tanpa sesiapa tahu.

~~~

Joey POV

Aku berdiri kaku di hadapan bilik yang menjadi saksi antara aku dan Alisha, bilik di mana aku dan Alisha menghabiskan masa kami bersama dia didalam pelukan aku, dada masih berombak menahan gelora emosi yang bergelut antara marah… dan sayang.

Aku sangka aku dah bersedia. Dah cukup kuat untuk terima kenyataan yang dia tak pernah pilih aku. Tapi bila dengar sendiri dari mulut dia — "Kau akan buat Jayden kembali pada aku." — hati aku rasa macam dicarik dengan kasar.

Kenapa aku masih di sini? Kenapa aku tak beredar saja sejak dulu?

Aku telan liur perlahan, menolak bayang wajah Alisha dari fikiran. Tapi mustahil. Wajah dia, suara dia, pandangan mata dia… semuanya dah jadi racun dalam darah aku.

Dia tak perlukan aku.

Dia hanya perlukan seseorang untuk menyelamatkan maruahnya, bukan hatinya.

Aku pandang ke luar tingkap. Malam di ibu kota masih hidup — kerlipan lampu dan hiruk pikuk yang tak pernah berhenti. Tapi dalam hati aku… hanya ada sepi yang bergema.

“Kau tak nampak ke? Jayden bukan untuk kau, Alisha.”

Kata-kata aku sendiri bergema dalam fikiran, dan untuk pertama kali, aku persoalkan — adakah aku betul-betul mahu dia lepaskan Jayden… atau aku cuma mahu dia terima aku sebagai pengganti?

Tapi aku tahu jawapan dia.

Aku cintakan Alisha bukan sebab Jayden tak ada.

Aku cintakan dia sebab aku nampak sesuatu dalam dia yang orang lain tak nampak. Sebalik tirai dendam dan ego dia, ada seorang perempuan yang pernah terluka. Seorang anak yang hidup dalam bayang-bayang harapan Malik. Seorang wanita yang... takut kehilangan.

Dan aku tak sanggup jadi orang yang biarkan dia jatuh lebih dalam.

Tapi sampai bila aku nak terus tunggu seseorang yang tak pernah berpaling?

Tangan aku menggigil. Aku tengok skrin telefon. Ada satu mesej yang belum aku buka dari papa — “Joey, kau okay? papa nampak tadi kau dengan Alisha…”

Aku taip perlahan.

> “Saya okay. Tapi mungkin lepas ni saya kena pilih, sama ada nak terus tunggu… atau lepaskan dia sepenuhnya.”

Aku tekan send. Nafas aku berat.

Malam ini aku tak menang. Tapi malam ini aku juga tak kalah.

Aku cuma sedang belajar untuk lepaskan seseorang… yang tak pernah jadi milik aku.

Tapi kalau ada sesiapa yang cuba hancurkan dia, aku akan jadi orang pertama yang pertahankan dia. Biarpun dia tak pernah cintakan aku… aku tetap Joey. Dan aku akan ada di belakang dia… sampai dia benar-benar tak perlukan aku lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience