Hanis POV
Sedang aku berbual dengan Ivy, aku perasan pandangan matanya tiba-tiba tertumpu ke belakang aku. Riak wajahnya berubah serta-merta—dari tenang menjadi menyinga.
Aku menoleh.
Dan ya… si perosak suasana, Muaz.
“Err... boleh saya cakap dengan Hanis sekejap?” tanya Muaz. Suaranya perlahan, tapi cukup untuk buat Ivy bercekak pinggang.
Belum sempat Ivy membidas, Jayden cepat-cepat tarik tangannya dan bawa dia ke meja lain.
"A-awak... a-apa khabar?" Ha... sejak bila pula Muaz ada penyakit gagap ni?
Aku hanya memandangnya sekilas. “Saya okey saja.”
“Saya… nak minta maaf sekali lagi… tentang apa yang jadi antara kita dulu. Saya harap tak ada dendam.” Suaranya kedengaran jujur.
Aku menghela nafas perlahan. “Muaz, dari awal saya dah beritahu yang kita ‘try this relationship’. Tapi bila tak menjadi, itu tandanya kita memang tak berjodoh. Saya tak simpan dendam, dan saya tak marah.”
Dia tunduk, barangkali lega. Tapi dalam hati aku... dia yang tinggalkan aku, jadi kenapa dia pula yang rasa bersalah?
Aku menjeling ke arah Ivy—dah mula resah, duduk pun dah tak selesa. Baik aku tamatkan perbualan ni sebelum ada drama lain pula.
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi dulu.” Aku sengaja senyum manis, penuh sopan—tapi cukup untuk tutup segala perasaan yang pernah ada.
Dari jauh, aku nampak Ivy dah mula naik angin.
“Kenapa awak tahan saya tadi? Awak tahu kan saya dah lama simpan rasa geram dekat dia,” aku dengar bisikan garang Ivy pada Jayden.
Jayden bersuara tenang, “Awak... sabar sikit. Biar Hanis selesaikan sendiri. Saya yakin dia tahu jaga diri.”
Aku ketawa kecil melihat Jayden yang sedang sabar melayan emosi dengan Ivy. Kesian pula, tapi kelakar.
Aku datang terus menepuk bahu Ivy kuat. “Hoi! Tengah-tengah majlis pun nak bergaduh?”
Ivy terperanjat dan melatah. “Hoi, mak kau!”
Cepat-cepat aku tutup mulut dia. “Hoi! Jangan sampai kau bersilat betul-betul dekat sini, Ivy.”
Jayden hanya geleng kepala sambil tersenyum.
“Terima kasih, Jayden. Awak berjaya tenangkan ‘naga betina’ ni,” aku bergurau sambil menuding jari ke arah Ivy.
“No problem,” jawab Jayden santai. “So, you okay?”
Aku angguk. “Saya okey. Saya tak simpan apa-apa dendam pun kat Muaz. Bagus juga dia jujur awal. Saya pun dah bincang dengan mama pasal benda ni.”
Tiba-tiba Ivy mencelah, berdiri antara aku dan Jayden, dengan tangan bersilang.
“EXPLAIN.”
Jayden tergamam. Aku hanya mampu tarik nafas.
“Awak, kita duduk dulu ya?” Jayden cuba pujuk.
Nasib baik Ivy ikut, dan kami pun akhirnya terangkan semua yang berlaku—termasuk kisah keluarga Jayden dan Muaz yang rupa-rupanya tak begitu rapat walaupun bapa mereka adik-beradik.
---
Malik POV
PRANG!
Cawan berisi alkohol melayang, pecah berderai di dinding bilik bacaan. Pecahnya bukan sekadar kaca—tapi juga ego ahhhhhku yang lama retak, kini berkecai sepenuhnya.
“SIAL! Kenapa… kenapa semua yang terbaik mesti jadi milik kau, Muhsin? Dari kecil sampai sekarang... semuanya kau!” aku menjerit pada dinding, tapi sebenarnya pada masa silam aku sendiri.
(Flashback)
"Abah nak Muhsin uruskan MM Textile. Malik, kau uruskan anak syarikat yang baru. Bila kau buktikan kemampuan kau, baru kita bincang semula."
Aku mendengar semuanya malam itu. Kata-kata abah umpama pedang yang menikam hati. Aku cuba. Aku kerja keras. Tapi tak pernah cukup. Tak pernah cukup untuk ‘jadi’ Muhsin.
(Flashback Tamat)
Dan bila aku cuba ‘jalan sendiri’, aku ambil tawaran dari orang luar. Lebih lumayan. Lebih bebas. Tapi akhirnya? Perniagaan itu runtuh perlahan-lahan. Bahan murah, pelanggan lari, nama aku tercemar. Dan paling menyakitkan, Jayden pula muncul dengan empayar JZ Textile & Group.
PRANG!
Botol alkohol pula jadi mangsa. Hancur berderai.
“Abang!” Latifah meluru masuk. “Apa yang jadi ni?”
“Diam! Keluar dari bilik ni. SEKARANG!” Aku menengking.
Muaz pula tiba-tiba muncul. “Papa! Mama tak salah apa pun. Yang salah papa, sebab papa terlalu tamak. Kalau dari dulu papa dengar nasihat atuk dan uncle Muhsin, kita takkan jadi macam ni!”
Aku meluru dan cengkam kolar baju Muaz. “Apa kau cakap? Anak tak guna!” Aku tolak dia ke lantai.
“Aduh!” tangan Muaz terkena serpihan kaca. Darah mula mengalir.
“Muaz!” jerit Latifah. Dia bergegas bantu anaknya.
“Cukuplah abang… saya dah penat. Sampai bila abang nak hidup dalam dendam macam ni?”
Aku hanya diam. Nafas aku kasar. Mata aku memandang kosong ke arah lantai yang penuh serpihan—bukan kaca saja, tapi serpihan kegagalan. Yang aku cipta sendiri.
Share this novel