Series
4957
Ivy POV
Udara petang itu menyapa lembut saat kami tiba di villa. Dua minggu berbulan madu sepatutnya buat aku segar semula… tapi hakikatnya, aku rasa lebih penat daripada sebelum ni.
Dan semua tu berpunca daripada Jayden Zulfan.
Dia menolak pintu villa perlahan sambil tersenyum nakal. “Sweetheart, awak masuk dulu. Saya ambilkan beg.”
Aku ketawa kecil, memeluk pinggangnya dari belakang. “Sayang… kalau setiap kali kita bercuti macam ni, saya balik mesti perlukan cuti tambahan.”
Jayden menoleh sedikit, gelak kecilnya yang serak bergema di telingaku. “Kalau macam tu, kita kena bercuti lagi supaya awak boleh rehat betul-betul.”
Aku menjeling, tapi senyum juga akhirnya. “Macam mana saya nak rehat kalau ‘rehat’ awak macam ni, hmm?”
Dia sengih, wajahnya makin dekat. “Rehat cara saya je yang berkesan, sweetheart.”
Aku hanya mampu mengeluh kecil sambil tertawa. Lelaki ni memang tak pernah tahu erti rehat — tapi entah kenapa, setiap kali dia pandang dengan renungan tu, semua penat terus hilang.
---
Beberapa jam kemudian, kami bersiap untuk ke rumah Mommy.
Hari ini, Hanis dan Hakimi baru saja selamat bernikah — wajah mereka berseri-seri, dipenuhi cahaya bahagia.
Aku peluk Hanis kuat sampai dia menjerit kecil.
“Hei, darling sister, kau nak bunuh bini aku ke peluk kuat sangat tu!”
Aku tergelak. “Dia kawan baik aku dulu sebelum kau rampas.”
Semua orang ketawa — termasuk Mommy dan Daddy.
Suasana malam itu penuh dengan tawa, kasih, dan kebahagiaan yang aku dah lama tak rasa.
---
Tapi tiba-tiba…
Pandangan aku berputar.
Bunyi tawa semua orang jadi kabur.
Jayden sempat menyambut aku sebelum aku jatuh ke lantai.
“Ivy! Sweetheart, hey, buka mata…” Suara dia kedengaran cemas — tapi makin lama makin jauh.
Segalanya jadi gelap.
---
Bila aku sedar, bau antiseptik menyapa hidung. Bunyi mesin hospital kedengaran perlahan di sekeliling.
Jayden duduk di tepi katil, genggam tangan aku erat. Wajahnya nampak cemas, tapi senyumannya lembut bila aku buka mata.
“Sweetheart… awak dah sedar,” suaranya serak, tapi penuh lega.
Aku cuba senyum lemah. “Apa jadi?”
Dia tunduk, mencium belakang tangan aku. “Awak pengsan tadi. Tapi doktor dah sahkan semuanya okay.”
Aku kelip mata perlahan. “Okay macam mana maksud awak?”
Jayden angkat wajah — mata dia berkaca, tapi senyumnya tak pernah semanis tu.
“Sweetheart… awak mengandung. Kita bakal jadi ibu dan ayah.”
Dunia aku berhenti seketika.
Aku tutup mulut dengan tangan, air mata mengalir tanpa disuruh.
“Saya… saya mengandung?”
Jayden angguk perlahan, matanya merah menahan sebak. Dia cium dahi aku berkali-kali.
“Terima kasih, sweetheart. Awak hadiah terbaik yang Tuhan pernah beri kepada saya.”
Aku ketawa sambil tangisan. “Nampak gayanya ada lagi satu Jayden kecil yang bakal buat saya pening kepala nanti.”
Dia tergelak kecil, kemudian baringkan kepala di dada aku.
“Kalau anak kita nanti ikut awak, saya rela pening tiap hari.”
---
Beberapa bulan kemudian —
Pagi yang cerah di balkoni villa. Aku berdiri memandang matahari yang mula naik, tangan digenggam erat oleh Jayden. Dalam perut aku, ada kehidupan kecil yang sedang membesar — simbol cinta, perjuangan, dan harapan baru.
Jayden mencium pipi aku perlahan. “Our new beginning, sweetheart.”
Aku pandang langit sambil tersenyum.
“Ya, sayang… akhirnya kita boleh tenang juga.”
---
Selepas majlis persandingan Hakimi dan Hanis tamat dan doktor sahkan aku sihat, aku mula kembali bekerja perlahan-lahan. Tapi Jayden masih tak benarkan aku ke mana-mana tanpa dia atau Don.
Pagi itu, kami baru selesai bersarapan bila Don muncul di ruang tamu dengan sekeping surat di tangan.
“Bos, ada surat dari pihak polis,” kata Don sambil menghulurkan sampul coklat itu.
Jayden mengerutkan dahi sebelum menyambutnya. Aku menoleh — pandangan aku terus melekat pada wajahnya yang tiba-tiba berubah sebaik dia membaca baris pertama.
“Sweetheart?” Jayden bersuara perlahan.
Dia menelan liur perlahan, kemudian memandang aku lembut. “Surat ni… dari Alisha.”
Aku terdiam seketika sebelum mengambilnya. Di dalamnya, hanya sepucuk surat pendek — tulisan tangan Alisha yang meminta maaf dan mohon untuk bertemu aku sekali saja.
Jayden menggenggam tangan aku. “Kalau awak nak pergi, saya temankan.”
---
Suasana balai polis sunyi waktu kami tiba. Pegawai yang bertugas membawa kami ke bilik kecil berjeriji kaca.
Di seberang dinding itu — Alisha duduk diam, tangan bergari. Wajahnya jauh berbeza daripada kali terakhir aku nampak dia.
Tiada lagi senyuman sinis, tiada lagi pandangan marah. Hanya mata yang letih dan kosong.
Dia tersenyum nipis saat pandangan kami bertaut.
“Ivy…” suaranya serak. “Terima kasih sebab datang.”
Aku mengangguk perlahan. “Saya dapat surat awak.”
Dia tunduk, menarik nafas panjang sebelum bersuara semula.
“Saya minta maaf, Ivy. Semua yang saya buat—semua salah saya. Saya tak tahu bila saya mula hilang diri saya sendiri. Saya cuma… nak rasa disayangi.”
Air mata mengalir perlahan di pipinya.
“Jayden lelaki baik. Tapi saya salah sebab cuba rampas dia dari perempuan yang dia cinta. Saya harap awak bahagia dengan dia.”
Aku menggeleng, menahan sebak. “Alisha, saya dah lama maafkan awak. Cuma saya harap lepas ni awak rawat diri. Hidup ni tak berhenti selagi kita belum berhenti berusaha.”
Alisha tersenyum — senyum paling tenang pernah aku lihat darinya.
“Terima kasih, Ivy. Awak orang pertama yang tak balas dendam walau saya pernah cuba musnahkan hidup awak.”
Aku cuba balas senyuman tu walau dada terasa sesak.
Beberapa minit kemudian, pegawai datang menarik Alisha pergi. Dia sempat menoleh sekali sebelum menghilang di balik pintu besi.
---
Jayden menggenggam tangan aku sebaik saja kami keluar dari balai polis.
Langit petang itu berwarna jingga — seperti tanda hari yang perlahan-lahan menutup lembarannya.
Aku menoleh ke arah suami aku. “Mungkin ini pengakhirnya, sayang. pengakhiran untuk luka yang panjang.”
Jayden tersenyum, jari-jarinya mengusap lembut belakang tangan aku.
“Dan permulaan untuk kebahagian kita, sweetheart.”
Aku bersandar di bahunya. Untuk pertama kali selepas sekian lama, dada aku terasa ringan.
Segala mimpi buruk, segala ketakutan… akhirnya reda bersama hembusan angin petang itu.
Aku pandang langit, dan dalam hati aku berdoa —
Terima kasih, Tuhan, kerana akhirnya kami diberi ruang untuk hidup tenang atas redha-Mu.
Share this novel