Ivy POV
Hari ini hari Jumaat.
Seperti biasa, inilah rutin aku dan Hanis — selesai sahaja kelas petang, kami akan pulang ke rumah keluarga masing-masing. Rumah pun tak jauh sangat. Tapi hujung minggu kali ini terasa pendek… sebab aku ada sesi photoshoot Ahad nanti.
Hari ini, cuma aku dan Hakimi yang ada di rumah. Sunyi sikit suasananya.
Mummy dan Daddy masih bercuti. Katanya nak ‘refresh’ dan eratkan hubungan. Tapi aku tak nampak pun mereka pernah renggang, kecuali masa Daddy pergi kerja. Sweet sangat dua orang tu. Kadang-kadang, annoying juga.
Aku baring malas atas katil, layan scroll TikTok.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk.
“Sisterku... Cantiknya kamu hari ni. Buat apa sorang-sorang dalam bilik ni...”
Muncul si mulut manis — Hakimi. Bila dia puji macam tu, memang ada makna tersembunyi.
“Nak apa?” aku menjeling, malas.
“Jom keluar. Bosanlah...” rayunya, tersengih depan pintu.
“Malaslah. Aku nak rehat je hari ni.”
“Jomlah, darling sister. Aku belanja!” Dia merayu lagi.
Aku angkat kening. Belanja? Hm...
“Betul ni?”
Dia angguk laju, rambut dia sampai terangkat macam kena tiupan angin komersial syampu.
“Okeylah. Tunggu aku siap. Lima minit.”
“Lima minit je, jangan drama make up satu jam!” katanya, sempat bagi ‘warning’.
---
Kami keluar menjelajah bandar.
Dah lama tak ada masa ‘brother-sister bonding’ macam ni. Aku sebenarnya rindu jugak masa kecil dulu — waktu kami berebut remote TV, gaduh pasal nugget siapa lebih, tapi akhirnya tertidur atas sofa sama-sama.
Tapi... dalam perjalanan pulang, kereta Hakimi tiba-tiba meragam.
“Engkau tak servis ke kereta ni?!” aku marah, separuh menjerit.
“Cakap baik sikit boleh tak? Aku jaga kereta aku, okey?” Hakimi membalas.
“Kalau jaga, kenapa buat hal?!” aku bercekak pinggang.
Hakimi tak jawab. Dia tepuk-tepuk dashboard keretanya.
“Baby... jangan merajuk, sayang.”
Aku renung dia pelik.
“Wei! Ini kereta lah, bukan makhluk hidup! Buang tabiat ke apa?”
Aku tampar bahu dia. “Cepat call mekanik sebelum aku bertukar jadi Hulk.”
---
Lepas puas tunggu bawah panas matahari dan bertekak sikit-sikit, akhirnya... towing truck yang dinanti pun muncul juga.
Aku masih dalam kereta, main telefon.
“Amboi... santai betul?” Hakimi perli.
Aku hanya senyum lebar sambil tayang gigi macam iklan colgate.
“Keluar sekarang. Kita ikut dia ke bengkel,” arah Hakimi.
“Habis... kita nak duduk mana?” aku ikut dari belakang.
“Kat bengkel tu lah. Tunggu sampai siap.”
Aku pandang ke arah lelaki yang uruskan kereta tu.
Hazel eyes. Jawline tajam. Rambut messy, tapi bergaya.
Eh... macam kenal? Mungkin tak...
Aku ralit tenung, sampai Hakimi lambai depan muka aku.
“Oi, tengok apa tu?”
“Dia ke yang bawa kita ke bengkel?” aku bisik.
“Ya lah. Siapa lagi?”
“Tak ada cara lain ke...” aku masih tak puas hati.
“Tak ada! Jalan!”
Dia dah tarik tangan aku.
---
Dalam kereta, aku peluk tangan Hakimi. Mata aku curi-curi tengok lelaki tadi — melalui cermin tengah.
Rahang dia mengeras. Sesekali jeling aku. Aku pura-pura tak nampak.
Entah kenapa... jantung aku berdegup laju. Kenapa aku rasa macam pernah tengok dia sebelum ni?
Sampai bengkel, aku dah terlena. Terjaga bila Hakimi tepuk pipi aku lembut.
“Kita dah sampai.”
---
Kami duduk dalam bilik menunggu. Si mata hazel tadi, yang aku baru tahu namanya Jayden, masuk hulurkan dua botol air.
“Terima kasih,” Hakimi sambut.
Jayden hanya angguk dan keluar semula.
Bengkel ni bising. Bau minyak, bunyi mesin, semua bercampur.
Jam dah pukul 8 malam. Aku dah bosan tahap gaban.
“Wei, tak siap-siap jugak ni. Aku nak call Hanis datang jemput.”
“Tapi... Baby aku...” Hakimi buat muka seolah kereta dia tengah nazak.
“Esok ambil baliklah! Aku nak tidur!”
Lepas sesi pujuk-memujuk 30 minit, akhirnya dia mengalah. Aku pun call Hanis.
---
Sebelum keluar, aku cari Jayden.
Aku tepuk bahu dia. “Kereta adik saya lambat lagi ke?”
“Mungkin ambil masa sikit...”
“Tak apa, kami balik dulu. Esok datang ambil.”
“Kalau nak, saya boleh hantarkan.” Nada dia tenang.
Aku cepat-cepat geleng. “Tak apa, kawan saya dah on the way.”
Jayden senyum nipis. Kemudian hulur tangan.
“By the way, nama saya Jayden.”
Aku pandang tangan dia. Eh, ada aku tanya ke tadi?
“Ivy,” aku jawab pendek.
“Itu adik awak ke?” Dia tunjuk ke arah Hakimi yang tengah cium bonet kereta sambil peluk bahagian tepi.
“Aduhaii... Drama apa pula yang dia buat sekarang ni!.”
Jayden tergelak kecil.
Macho betul suara dia.
Aku telan air liur. Terpana.
---
Tiba-tiba... PAK!
Bahu aku ditepuk dari belakang.
“HOI! Hantu kau” aku automatik terjerit kecil, mulut terus tertutup sendiri. Latah aku power kalau terkejut.
Jayden hanya tergelak kecil tapi cepat dia mengawalnya. Hanis pula ketawa sampai pegang perut.
Aku jeling dua-dua. Malu weh!
“Hakimi, sudah lah. Esok kita datang ambil Baby kau balik,” aku tarik adik aku masuk kereta.
Hanis gelak tak habis-habis.
Hari ini... sumpah PENAT.
Share this novel