31

Romance Series 3111

Jayden POV

Ivy sedang bersandar di bahu aku dalam kereta. Matanya tertutup, mungkin penat, mungkin terlalu banyak yang dilaluinya hari ini. Aku hanya menatapnya dalam diam. Ada sesuatu tentang dia yang selalu buat aku tenang, walau dunia di luar sedang kacau.

Aku usap lembut rambutnya yang tersisir ke sisi, kemudian tunduk mencium dahinya sekali lagi. Dia gerak sedikit, dan memegang dada aku—seolah-olah memastikan aku masih di situ.

Hati aku sebak. Wanita ini... dia bukan sekadar isteri aku. Dia separuh dari jiwa aku sekarang. Melihat dia dimanipulasi oleh Alisha, tertekan kerana tender, hampir menangis ketika slide hilang tadi—semua tu buat aku sedar... aku sanggup hancurkan siapa saja yang cuba rosakkan hidup dia.

Ivy mengangkat kepala, matanya kabur sikit sebab mengantuk.

“Kita nak ke mana, Jayden?”

Aku senyum dan genggam pipinya. “Tempat yang jauh dari semua orang. Just you and me.”

Dia tersenyum kecil, dan waktu itu... aku tahu, selagi dia ada di sisi aku, aku boleh lawan dunia ni.

Kami tiba di satu kawasan peribadi, jauh dari bandar. Sebuah villa moden berkonsepkan kaca dan kayu, dikelilingi kehijauan alam. Aku pilih tempat ini sebab Ivy pernah cakap, dia suka tenang, suka dengar bunyi alam waktu malam. Dan hari ini, dia tak perlu fikir tentang Alisha, tender, atau dunia luar.

Don berhenti di pintu hadapan. Aku segera keluar dan pusing ke sebelah pintu Ivy.

“Welcome to our first official honeymoon, Mrs. Aurora-Jayden.”

Ivy pandang aku dengan senyuman kecil yang buat jantung aku berdegup perlahan. Dia keluar, dan aku terus peluk pinggang dia dari belakang, dagu aku rehat di bahunya.

“Saya nak awak lupakan semua tekanan. Hari ni saya nak manjakan awak,” bisik aku perlahan di telinganya.

---

Malamnya

Ivy keluar dari bilik air dengan balutan robe satin putih nipis yang aku sediakan. Rambutnya masih lembap, pipinya merah sebab air panas, dan matanya... mata yang selalu buat aku hilang arah.

Dia duduk di birai katil, menyisir rambut, tak perasan aku berdiri memerhati dari pintu balkoni.

Aku berjalan perlahan ke arahnya, dan berhenti tepat di belakang. Tangan aku singgah di bahunya, mengurut perlahan.

“Jayden…” dia bersuara perlahan, hampir berbisik.

“Ssshhh…” aku letakkan jari di bibirnya sebelum aku tunduk dan cium tengkuknya lembut. Kulitnya bergetar sedikit di bawah sentuhan aku.

Aku tarik tali robe dia perlahan-lahan, dan robe itu jatuh terbuka sedikit, menampakkan kulit lembut di bahu dan belakangnya.

“Awak terlalu cantik malam ni. Saya tak pasti saya boleh kawal diri.”

Dia pandang aku, matanya penuh rasa percaya dan kasih.

“Than, don’t,” bisiknya. “Saya pun tak nak awak kawal apa-apa malam ni.”

Aku senyum dan angkat tubuhnya perlahan, bawa dia ke katil. Lampu malam yang malap, bunyi alam dari luar, dan kehangatan tubuh Ivy dalam pelukan aku buat semua terasa sempurna.

Malam itu, aku layan dia seperti dia satu-satunya perempuan dalam dunia ini. Aku cium setiap inci kulitnya perlahan, beri perhatian pada setiap reaksi dia, dengar setiap desahan kecil yang keluar dari bibirnya — bukan sekadar untuk keinginan, tapi sebagai janji yang tubuh dan jiwa aku miliknya sepenuhnya.

Dan bila dia peluk aku erat, nafasnya sesak di dada aku — aku tahu kami berdua dah sampai ke tempat paling dalam dalam cinta ini.

---

Pagi esoknya

Ivy masih tidur, berselimut separuh dengan helaian rambutnya berselerak di bantal. Aku duduk di hujung katil, pandang dia penuh sayang.

“Aku tak akan biarkan sesiapa sakiti dia lagi,” bisik aku pada diri sendiri.

~~~
Ivy POV

Sinar cahaya pagi yang lembut menyelinap masuk melalui langsir tipis di villa kaca ini. Aku menggeliat perlahan, mata masih separuh terpejam. Bau kayu, bau udara pagi... dan bau Jayden. Hangat tubuhnya masih melekat pada belakang aku.

Tangannya melingkar erat di pinggang aku, nafasnya perlahan-lahan menari di leher aku.

“Morning, sweetheart,” suara garau dia kedengaran perlahan, penuh cinta. “How do you feel?”

Aku senyum kecil, masih belum berpaling ke arahnya. “Penat. Tapi... bahagia.”

Dia ketawa kecil, dan bibirnya hinggap di tengkuk aku — ciuman ringan, tapi cukup buat aku menggeletar sedikit.

“Saya suka bila awak tidur dalam pelukan saya macam ni. Rasa dunia ni aman.”

Aku berpaling perlahan dan menatap wajahnya. Wajah yang aku jatuh cinta setiap kali aku pandang. Matanya masih sedikit kuyu, tapi sinar cintanya masih sama — macam malam tadi, macam hari kami nikah, macam kali pertama dia genggam tangan aku dan janji tak akan lepaskan.

“Terlalu sempurna semalam,” aku bisik.

Jayden tersenyum kecil. “I wanted to show you that no matter what’s happening outside, here... it’s just us. And I’ll always put you first.”

Dia tarik aku lebih dekat, dan jari-jarinya mula bermain di tulang pipi aku, turun ke dagu, kemudian berhenti di bibir.

“You’re mine, Ivy Aurora. Dunia boleh cuba kacau kita, tapi saya tak akan benarkan sesiapa rampas awak.”

Aku tak mampu jawab. Aku hanya peluk dia erat, kepala aku rapat di dada dia, mendengar degupan jantungnya — tenang, stabil, dan buat aku rasa selamat.

---

Beberapa jam kemudian...

Jayden bangkit awal dan aku dengar dia sibuk di dapur. Aku turun perlahan-lahan, masih memakai robe satin yang sama. Bau kopi segar menyambut aku di ruang dapur terbuka villa itu.

Dia sedang menyediakan sarapan — pancake, telur, buah-buahan segar — semuanya disusun cantik di atas dulang kayu.

“Awak masak?” aku senyum lebar.

Jayden menoleh dengan senyum nakal. “Of course. For my queen.”

Dia datang dan suapkan aku sepotong strawberi, sengaja dekatkan wajahnya sampai hidung kami bersentuh.

“Kalau macam ni setiap pagi... saya rasa saya akan manja sangat lepas ni.”

“Good,” dia angguk. “Saya akan buat awak terbiasa dengan cinta saya, sampai awak lupa macam mana rasanya hidup tanpa saya.”

Jayden tarik kerusi untuk aku, dan kami duduk menikmati sarapan berdua. Sesekali dia akan suap aku, sengaja menyentuh hujung jari ke pipi aku, buat aku tergelak dan menepis manja.

“Kita kena buat macam ni selalu,” aku bersuara perlahan. “Momen yang tak ada siapa boleh ganggu.”

Jayden mengangguk, matanya tak lepas dari wajah aku. “We will sweetheart. Tapi... saya tahu sekejap lagi dunia luar akan mula kacau kita semula.”

Aku angkat kening. “Kenapa awak cakap macam tu?”

Dia diam sebentar, kemudian bangkit dan ambil telefon dari meja dapur. Dia hulurkan pada aku.

“Someone leaked part of the tender presentation online.”

Jantung aku seolah terhenti. Aku capai telefon tu dan scroll — gambar muka Papa, Hakimi di pentas… dan satu caption menyindir, “Syarikat yang gagal bersaing secara profesional.”

“Ini kerja Malik ke?,” aku bertanya dingin.

Jayden duduk semula di sebelah aku, dan tangannya genggam tangan aku erat.

“I’ll handle this. Awak jangan risau. Tapi sweetheart, saya perlukan awak kuat. Kita belum habis berperang.”

Aku mengangguk, walaupun hati aku sedang bergolak. Bahagia yang baru semalam kami rasa, hari ini mula diganggu semula. Tapi aku tahu — selagi Jayden di sisi aku, aku tak akan goyah.

“Kalau Malik fikir dia boleh gores kepercayaan saya pada awak, dia silap besar,” aku berkata sambil menatap mata Jayden.

Jayden tersenyum, tapi aku tahu dalam hatinya ada ribut yang cuba dia redakan.

---

Petang itu...

Kami kembali ke bandar. Jayden menghantar aku pulang dulu, katanya dia nak jumpa seseorang untuk urusan tender dan akan datang ambil aku malam nanti.

Selepas dia pergi, aku duduk di ruang tamu. Fikiran aku tak tenang. Aku cuba buka semula tablet, tapi memang semua data telah hilang dan kosong.

Keluhan berat lepas dari mulut aku.
Beberapa minit kemudian, satu mesej masuk. Dari nombor tidak dikenali.

> “You really think you’ve won? Don’t get too comfortable, Mrs. Jayden. War has just begun.”

Tangan aku muka menggigil.

Aku tahu mesej ini dari Alisha.

Nota sikit dari Jayden: Bab ni ada babak romantik… yeah, I know, guilty as charged. Kalau korang jenis cepat malu, boleh je skip. Tapi kalau nak tahu macam mana aku manjakan Ivy (atau dia manjakan aku?), teruskan baca. Jangan salahkan aku kalau jantung korang laju sikit! Huhuhuhu...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience