Jayden POV
Sudah satu jam doktor masih belum keluar dari bilik kecemasan. Aku masih cuba bersabar walaupun hati aku semakin gelisah.
Don dan Muaz pula telah pergi ke balai polis untuk memberi keterangan. Aku tak sangka Alisha sanggup bertindak sejauh ini. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Ivy, aku tak akan maafkan dia.
Aku terus bangun bila terdengar pintu bilik kecemasan di buka.
"Doktor, macam mana dengan isteri saya?" aku bertanya dengan suara bergetar.
"Isteri tuan berada dalam keadaan yang stabil sekarang. Kami sudah membuat pemeriksaan pada keseluruhan badan Puan Ivy. Luka pada pehanya telah kami bersihkan, nasib baik tak ada jangkitan. Luka pada bibirnya juga telah kami rawat."
"Boleh saya masuk tengok isteri saya sekarang, doktor?"
"Boleh, silakan."
Aku membuka pintu bilik perlahan-lahan. Jururawat sedang membetulkan selimut di tubuh Ivy. Hati aku remuk melihat keadaannya. Dalam diam, aku tertanya adakah aku telah gagal sebagai seorang suami kerana tak mampu melindunginya.
"Tuan, saya keluar dulu. Kalau ada apa-apa, tekan saja butang tu dan saya akan datang secepat mungkin," kata jururawat itu.
Aku hanya mengangguk perlahan, mata aku tak lepas dari wajah Ivy. Dia sedang terbaring lesu. Aku melangkah mendekati katil, lalu mengusap pipinya yang merah mungkin kerana ditampar. Bibirnya pecah. Aku terduduk lemah di sisi Ivy.
"My sweetheart... saya tak pernah terfikir awak akan terbaring di sini."
Hati aku remuk, namun dalam masa yang sama, dendam terhadap Alisha semakin membara.
Malam itu aku duduk di sisi Ivy, memandang wajahnya yang tenang terlalu tenang. Banyak yang bermain dalam kepala aku, tapi tiada satu pun mampu aku luahkan.
---
Keesokan Harinya.
Ketukan di pintu mengganggu lamunan aku.
"Selamat pagi, bos. Saya bawakan baju dan juga sarapan untuk boss," kata Don, sambil melangkah masuk perlahan.
Aku hanya mengangguk. Mata aku masih tertumpu pada Ivy. Hati aku belum reda. Semalam, aku langsung tak tidur dengan tenang. Dendam tu... masih terasa.
"Terima kasih. Macam mana?" aku bertanya, masih dalam nada perlahan.
"Semuanya berjalan lancar. Tuan Muaz juga beri kerjasama semalam."
Aku terkejut. "Muaz beri kerjasama?"
"Ya, tapi boss tak perlu risau. Polis dah beri jaminan, mereka akan jaga keselamatan tuan Muaz dan juga puan."
Sedikit lega terasa di dada, walaupun masih ada was-was.
"Polis juga sedang cari Alisha. Tapi semuanya dilakukan secara senyap," sambung Don lagi.
"Baiklah... Saya nak bersihkan diri dulu. Tolong tengokkan isteri saya," pesan aku, berat hati tinggalkan Ivy walaupun sekejap.
Tak lama kemudian, suara tangisan kedendaran dari luar bilik air. Aku terus keluar.
Hanis dan Hakimi berdiri di hujung katil.
"Jayden, macam mana dengan kakak aku?" soal Hakimi, suaranya serak menahan sebak.
Aku hanya menggeleng perlahan. "Keadaannya masih sama."
Ini kali kedua aku lihat Hakimi menangis. Kali pertama... masa kes dulu. Luka itu masih segar dalam ingatan.
"Semua ada kat luar. Doktor kata boleh masuk tengok Ivy, tapi tak boleh lama," tambahnya.
Hanis mendekat. Air mata masih mengalir.
"Ivy... nanti aku datang lagi ya. Kau cepatlah sedar," bisiknya sambil mencium pipi Ivy penuh kasih.
Kemudian, papa, mama dan ibu bapa Ivy masuk. Wajah mereka suram duka yang tak mampu disembunyikan.
"Papa tak sangka Alisha sanggup buat macam ni," kata papa, suaranya bergetar.
Mommy mengusap pipi Ivy lembut, lalu menciumnya lama. Air mata jatuh tanpa mampu ditahan.
"Ghaffar, aku minta maaf. Aku tak sangka Alisha sanggup bertindak sejauh ni," kata papa lagi.
"Jangan cakap macam tu, Muhsin. Aku tak salahkan sesiapa," balas daddy perlahan.
"Kami anggap semua ni takdir Tuhan. Yang penting, Ivy selamat... dan Jayden pun tak putus asa mencari dia."
---
Alisha POV
"Papa... Papa kena tolong Alisha. Alisha dah tak tahu nak buat apa dah sekarang ni..." Aku merayu, suara aku bergetar. Aku tahu papa pasti akan tolong, sebab selama ni papa tak pernah menolak permintaan aku.
Tapi kali ni... lain.
"Kau nak aku buat apa, hah?" bentak papa. "Kau tahu tak kes ni dah libatkan polis! Dari dulu lagi aku dah pesan guna otak kau tu! Jangan buat sesuka hati! Sekarang? Pandai-pandailah kau selesaikan sendiri masalah kau!"
Aku tergamam. Suara aku serak. Hati aku remuk.
"Sampai hati papa buat alisha macam ni..."
"Kau tu yang bodoh!" jerkah papa lagi. "Kalau dari awal kau ikut rancangan aku, semua ni takkan jadi!"
Mama hanya diam. Pandangan matanya tajam, menikam macam belati. Tapi tetap... dia tak bersuara.
"Alisha tahu... Alisha salah... Tapi, Pa... tolonglah Alisha. Kali ni je. Alisha janji," aku terus merayu. Suara aku makin lemah.
Tanpan arahan, Tony datang dan mencampakkan sekeping tiket penerbangan ke atas meja.
"Ni je yang mampu kami tolong," katanya dingin.
Aku pandang dia. "Uncle... Joey mana? Dia mesti boleh tolong Alisha. Dia takkan biar Alisha macam ni..."
Tony geleng perlahan. "Sorry. Joey out of your life now. Apa yang aku bagi itu je. Jangan minta lebih."
Dia tunjuk ke arah tiket di atas meja.
"Kes kau dah sampai ke pengetahuan polis. Jangan libatkan kami. Kami tak nak musnah sekali dengan kau," katanya dengan wajah serius.
"Kau tahu kan, kalau Latifah sedar balik... aku dengan bapa kau akan hancur sekali. Satu kesilapan yang kau buat dulu dah cukup parah. Tapi sekarang? Tengoklah apa yang kau dah buat!"
Aku terpaku.
Kemudian... aku ketawa. Kuat, penuh hampa.
"Masa korang perlukan aku, korang paksa aku ikut semua kehendak korang. Suruh aku jadi patung. Tapi sekarang? Bila aku tersepit korang semua buang aku macam sampah!"
Air mata tumpah, tak tertahan. Panas. Pedih.
"Tak apa... Korang ingat aku perlukan korang? Aku boleh hidup tanpa korang semua!"
Dengan itu, aku berpaling dan melangkah keluar.
Dalam hati, aku berjanji aku takkan muncul lagi depan mereka.
Apa pun yang berlaku, aku akan selesaikan semuanya sendiri.
Korang semua boleh pergi mati.
Share this novel