Epilog - 3

Romance Series 4957

Ivy POV

Angin petang dari arah laut terasa lembut, menampar manja pipi aku.
Jayden duduk di kerusi di balkoni vila, dengan bayi kecil kami lena di dadanya. Aku datang perlahan dan bersandar di bahunya.

“Dia masih tidur?” aku tanya perlahan.

Jayden senyum kecil, mata masih pandang ke depan.
“Ya. Tapi kalau ikut perangai mamanya, kejap lagi bangunlah tu nak susu.”

Aku ketawa, mencubit lengannya. “Awak ni memang tak pernah berubah, suka cari pasal.”

“Kalau bukan saya yang usik awak, siapa lagi?” Dia tunduk cium ubun-ubun aku.

Suasana petang tu tenang. Hanya bunyi ombak dan burung laut dari jauh. Untuk sekejap, aku lupa dunia luar. Hanya ada kami bertiga — cukup untuk rasa damai.

---

Beberapa minggu dah berlalu sejak pelancaran koleksi terbaru JZ Group. Projek besar yang Jayden urus berbulan-bulan akhirnya berjaya besar. Sebagai hadiah, dia bawa aku dan si kecil ke sini — jauh dari kerja, jauh dari sibuk kota.

Beberapa bulan selepas kelahiran puteri kami, hidup kami berubah sepenuhnya.
Kurang tidur, tapi hati rasa puas. Rumah selalu bersepah dengan barang bayi, tapi Jayden sekarang dah pandai tukar lampin dan suap aku makan bila aku tak sempat.
Lelaki yang dulu serius dan susah nak senyum, sekarang boleh berjam tengok anak kami tidur.

---

Hakimi dan Hanis pun semakin bahagia. Dulu asyik bertekak, sekarang macam tak boleh berpisah. Hanis masih jadi P.A aku dan Hakimi tak pernah halang, sebab syarikat daddy pun dah bekerjasama penuh dengan JZ Group.

“Hanis call tadi,” aku beritahu Jayden. “Dia kata tak sabar tunggu kita balik. Katanya nak ajar anak kita buat kek.”

Jayden tergelak. “Asalkan bukan kek penuh glitter macam dulu tu.”

Aku gelak sama. “Kek tu cantik, cuma… tak sesuai dimakan manusia.”

---

Hari ni juga Jayden dapat mesej daripada Muaz. Dia hantar gambar Aunty Latifah tengah melukis dekat taman terapi.
Mukanya tenang.

“Mak aku makin sihat, Jayden,” tulisnya. “Terima kasih sebab tak pernah berhenti doa untuk kami.”

Aku sebak baca mesej tu.
Aku teringat betapa kelam hidup mereka dulu. Tapi sekarang… mereka juga dah temui cahaya. Mungkin betul — setiap hati yang pernah hancur, akan sembuh bila diberi ruang untuk mencintai dan dimaafkan.

---

“Awak fikir apa?” Jayden tanya, masih dengan nada tenang.

Aku senyum kecil. “Saya rasa… bersyukur.”

“Dulu saya takut saya takkan jumpa tempat saya lagi. Tapi rupanya, tempat tu selalu ada — dengan awak.”

Jayden genggam tangan aku. “Rumah bukan sekadar tempat, sweetheart. Rumah tu… bila saya tengok awak dan dia,” katanya sambil pandang si kecil.

Aku tunduk, cium tangannya. “Terima kasih sebab tak pernah lepaskan saya, walaupun masa paling susah.”

Dia pandang aku dengan senyum lembut. “Sebab awak rumah saya, sweetheart. Takkan saya tinggalkan.”

---

Bayi kami bergerak sikit dalam pelukan Jayden, mengeliat kecil sebelum tidur semula.
Aku usap pipinya perlahan. “Dia tak tahu betapa banyak air mata tumpah sebelum dia lahir.”

Jayden angguk. “Tapi bila dia besar nanti, dia akan tahu — dia lahir dari cinta.”

Kami terdiam sekejap. Bunyi ombak jadi muzik latar paling indah.
Aku pandang laut depan mata. Dulu semuanya rasa jauh, tapi sekarang… semuanya tenang.

---

Hari ni, aku tak lagi cari langit cerah atau keajaiban besar.
Cukup sekadar tempat di mana aku boleh gelak, menangis, dan tenang — dengan orang yang aku sayang.

Inilah rumah aku.
Bukan dinding, bukan atap, tapi hati yang selalu buat aku rasa selamat.

Aku sandarkan kepala di bahu Jayden, tangan kami melingkari si kecil di antara kami.
Dan dalam kehangatan senja itu, aku senyum.

Kerana akhirnya, kami betul-betul pulang ke rumah —
rumah yang kami bina dengan cinta.

~TAMAT~

Tamatlah sudah kisah Ivy Aurora dan Jayden Zulfan. Diharapkan semua terhibur. Lepas ni nak sambung adinda chubby saya pula.. huhuhuhh...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience