14

Romance Series 3111

Ivy POV

Tanpa aku sedar, hampir dua bulan sudah aku dan Jayden bertunang. Masa berlalu terlalu cepat, dan hari ini merupakan hari terakhir untuk projek gabungan antara syarikat Daddy dan JZ Group—projek yang menjadi jambatan pertama hubungan rasmi kami.

Dan seperti yang dijanjikan… selepas projek ini selesai, kami akan diijabkabulkan. Cuma, hingga ke saat ini, belum ada sebarang persiapan pun untuk majlis perkahwinan kami. Tiada baju pengantin. Tiada lokasi. Hanya janji dan detik yang semakin menghampiri.

Ironinya, meskipun kami berada di bawah satu bumbung—aku di bawah sayap JZ Group sebagai model dan duta projek, dan Jayden sebagai CEO—kami jarang sekali bertemu. Kesibukan kami membina jurang tanpa sedar. Aku rindukan dia, tapi aku juga takut…

Hari ini, kelas aku habis awal. Dan tanpa tunggu lama, aku terus pulang ke rumah. Tekad aku cuma satu—aku nak masak untuk Jayden. Aku nak temani dia walau hanya sekejap. Aku nak rasa kami ini masih ‘kita’ dan bukan dua orang yang terlupa cara untuk bercinta.

Hanis? Dia makin bahagia dengan Hakimi. Aku nampak sendiri senyuman yang dulu jarang menghuni wajah dia kini sudah jadi kekal. Ada rasa cemburu di hujung hati—bukan kerana Hakimi, tapi kerana aku sendiri tak pasti jika aku mampu kekalkan kebahagiaan aku.

Sebaik selesai masak, aku pandu terus ke bangunan JZ Group. Degup jantung aku makin laju. Entah kenapa, aku rasa macam pelajar yang nak beri hadiah pada cikgu yang dia suka diam-diam.

Tanpa ragu, aku masuk ke pejabat Jayden. Dia pernah beritahu aku—masuk saja, tak perlu ketuk pintu. Tapi hari ini, bilik tu terlalu sunyi, terlalu kemas. Seolah-olah… dia bukan di sini.

Aku hidangkan makanan di atas mejanya, kemudian duduk menunggu. Lama.

Dan bila aku leka bermain telefon, tiba-tiba—
“Sweetheart, kenapa datang tak beritahu saya?”
Suara garau Jayden menggema.

“Astaghfirullah!” Hampir telefon terpelanting dari tangan aku. “Oh mak kau! Jayden!” Aku cepat-cepat tutup mulut sendiri.

Dia gelak kecil, dan sebelum aku sempat elak, dia duduk di sebelah aku. “Sakitlah,” rungutnya bila aku tampar lengannya spontan.

Aku menjeling. “Lengan awak tu keras macam batu. Jangan nak mengada.”

Dia tersenyum. Tapi dalam senyuman dia, aku nampak sesuatu yang lain hari ini—letih. Mata dia merah. Pandangan dia suram.

“Jayden, awak okay ke?” aku bertanya perlahan.

Dia hanya balas dengan senyuman kecil. “Saya okay bila awak ada.”

Aku ajak dia makan. Dia ambil pinggan, dan kami duduk bersama atas sofa kecil itu. Suasana hening. Kami mula makan. Tapi aku tahu dia sedang fikir sesuatu.

“Awak masak semua ni bila?” soalnya akhirnya.

“Kelas saya habis awal. Saya rindu awak,” aku jawab jujur. Tapi dada aku terasa berat.

Jayden diam sejenak. “Kalau rindu… kenapa kita rasa jauh, Ivy?”

Soalan dia macam peluru. Tepat ke dada aku.

Aku pandang dia, cuba cari jawapan. Tapi aku sendiri tak tahu. “Sebab kita sibuk. Sebab mungkin… kita terlalu kejar hari esok sampai lupa untuk pegang hari ni.”

Jayden letakkan sudu. Wajahnya tegang, tapi tenang. “Saya tak nak kahwin sebab kewajipan, Ivy. Saya nak kahwin sebab cinta. Tapi saya perlukan awak untuk hadir sepenuh hati.”

“Jayden…” suara aku serak. “Saya penat. Saya takut. Takut semua ni terlalu sempurna sampai ada yang akan runtuhkan. Saya takut kehilangan awak… sebelum sempat kita bermula.”

Jayden genggam tangan aku. “That’s why I want you to plan our wedding. Semua sekali. Awak pilih tarikh, lokasi, baju. Ikut rasa awak. Saya cuma nak satu benda—your heart to be in this.”

Aku pandang dia. Mata aku mula berkaca. Tapi aku angguk. “Saya akan cuba. Saya janji.”

**

Malam tu, aku ke bilik Hanis. Entah kenapa, malam ni rasa gelisah. Aku ketuk pintu, dan bila dia buka, aku terus cakap, “Hanis, boleh aku tidur dengan kau malam ni?”

Dia senyum. “Of course. Masuk.”

Aku baring di sebelah dia, rasa tenang sikit.

“Macam mana tadi dengan Jayden?” Hanis tanya sambil jari dia menyisir rambut aku perlahan.

Aku tarik nafas. “Dia suruh aku uruskan semua. Perkahwinan kami. Dari A sampai Z.”

“Macam mana kau rasa?” suara Hanis perlahan.

Aku diam. Lama. “Takut. Aku takut aku tak cukup baik untuk dia.”

Hanis terus peluk aku. “Tapi Jayden yang pilih kau. Bukan siapa-siapa paksa dia. Dia tak pilih sebab kau sempurna, tapi sebab kau… kau.”

Air mata aku tumpah tanpa amaran. “Aku tak sangka… aku akan kahwin dulu. Aku tak sangka… aku akan tinggalkan kau.”

Hanis tarik nafas. “Kau tak tinggalkan aku. Kita cuma berubah. Kita tetap kita, Ivy.”

Dan malam itu, kami tidur dalam pelukan, dalam tangisan, dalam doa yang senyap.

**

Esoknya, hari kami bermula seperti biasa. Tapi ada sesuatu yang berbeza. Kami berdua tahu, hari-hari selepas ini takkan sama.

Kami mula cari lokasi perkahwinan. Aku cadang majlis kecil. Hanis? Dia terus bangkang.

“Simple kepala kau. Majlis tu sekali seumur hidup. Walau tertutup pun, kau kahwin dengan CEO. Takkan nak pakai baju macam nak pergi konvo?”

Aku ketawa dalam paksa. Tapi dalam hati, aku masih keliru. Aku nak majlis yang sederhana… sebab aku tahu, semakin besar sesuatu itu, semakin besar juga risiko untuk ia hancur.

Sementara kami berbincang di kafe, Hakimi datang. Bising macam biasa. Tibai air aku. Letak sampel kain macam salesman gaji hari.

“Aku tak suruh minum air aku, Kimi,” aku marah.

Jayden pula muncul dengan tenang, bawa air baru untuk aku. “I gantikan. Jangan marah sangat.”

Dan saat itu, kami duduk berempat. Bincang perkahwinan. Gelak. Senyum. Tapi dalam hati aku, satu suara kecil masih berbisik—

"Bersediakah kau untuk kehilangan dunia lama, Ivy?"

Aku tak ada jawapan. Tapi aku tahu, aku akan cuba. Demi cinta yang aku pilih. Dan demi masa depan yang kami sama-sama bakal cipta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience