1

Romance Series 3111

Ivy POV

"Hoi! Tengah buat apa tu!"

Seperti biasa, suara nyaring itu datang bersama satu tamparan mesra atas bahu aku. Jantung aku hampir tercabut.

"Opocot, mak kau cantik!"

Aku terlompat kecil, automatik melatah—latah yang memang khas untuk Hanis.

"Tak guna punya kawan," marah aku sambil memandangnya tajam.

"Cuba-cubalah bagi salam dulu, cantik sikit orang tengok. Ini tidak, terjerit-jerit macam orang kena rasuk," bebel aku sambil menjeling.

Hanis hanya ketawa terbahak-bahak melihat aku yang hampir terjatuh dari kerusi.

"Kawanku yang cantik molek, awak tengah buat apa ni?" tanya Hanis sambil tersengih, langsung tak rasa bersalah.

"Buat apa lagi, tunggu engkau lah," jawab aku berpura-pura marah.

"Ha... Marahlah, nanti cepat berkedut muka tu, baru tahu!" usik Hanis sambil ketawa.

Aku menjulingkan mata ke atas. "Aku ni dah lapar. Kau nak ikut aku makan tak? Kelas pun dah habis untuk sesi petang ni."

"Bagus sangatlah tu. Aku pun dah lapar, jom!" balas Hanis dengan semangat.

"Oleh sebab aku dah jadi bahan ketawa kau tadi, jadi kau kena belanja aku makan!" kata ku sambil ketawa kecil.

"Eh, bergurau sikit pun tak boleh. Ambil kesempatan sungguh kau ni," Hanis buat-buat merajuk.

"Sudah tentu!" Aku mengibas rambut ke belakang dengan gaya diva.

"Eh, kekwat!" Hanis menjerit kecil. "Oh, sebelum aku terlupa. Kita ada job baru hujung minggu ni. Kau nak ambil tak?"

Aku tersenyum lebar.
Aku, Ivy Aurora, seorang pelajar tahun akhir kolej, dan dalam masa yang sama, seorang model baru yang nama aku baru nak naik. Belum popular sangat, tapi ada la juga job masuk.

Aku ada seorang abang dan seorang adik yang super annoying. Bila aku balik bercuti ke rumah, merekalah yang paling rajin mengacau ketenteraman hidup aku.

Hanis pula, bukan sahaja sahabat baik aku sejak sekolah rendah, tapi juga pengurus aku. Kami sekepala dalam banyak hal. Bila aku pasang niat nak jadi model dulu, dialah orang pertama yang percaya pada aku dan tolong dari mula sampai sekarang.

"Photoshoot? Mestilah nak!" aku menjawab teruja.

Hanis tersenyum puas. "Okey, nanti aku confirmkan dengan team."

"Apa kata kita simpan cerita kerja tu dulu. Jomlah, aku dah lapar sangat ni," kata Hanis sambil mengusap perutnya.

"Engkau ni, kalau bab makan memang tak pernah kompromi," aku menggeleng kepala sambil ketawa kecil.

"Memanglah! Aku bukan macam kau nak kena diet jaga badan. Aku perlukan makanan untuk kekalkan tenaga nak urus jadual kau yang gila tu," Hanis membebel panjang.

Aku ketawa kecil sambil kami berjalan menuju ke kereta. Aku memandu ke destinasi yang dah kami setuju.
Sebenarnya, abang sulung aku dah banyak kali suruh aku dan Hanis upah pemandu peribadi, tapi aku tak suka. Aku suka bebas memandu sendiri.

---

"Engkau tunggu aku dekat kereta. Aku nak ke tandas sekejap," kata Hanis.

"Okey," jawab aku ringkas.

Sebaik sahaja aku keluar dari restoran, tiba-tiba "BAM!" bahu aku dilanggar kuat. Buku-buku aku jatuh bertaburan di kaki lima.

"Oh, shit!"

"Ha! Buku aku!" Aku terus melutut dan kutip semua buku dengan pantas sebelum orang terpijak.

"Kalau jalan tu, cuba pandang-pandang sikit!" jerkah satu suara.

Aku angkat kepala, pandangan aku jatuh pada sepasang but hitam yang tegap. Naik ke peha yang kekar dengan jeans hitam ketat, dada bidang, bahu lebar dan biseps yang mantap.
Mata aku terus meliar ke rahang tajamnya... ke bibir merah jambu yang seksi... dan akhirnya ke sepasang mata hazel yang menawan.

Cantiknya mata dia... Rambut hitamnya messy tapi seksi gila.

Well... f**k me.

Aku terkebil-kebil, cuba reboot semula otak aki.

Mamat tu garu dagu sambil senyum sinis. "Mungkin... sebab kena flash kamera banyak sangat, mata awak dah rosak agaknya?"

Aku tersentak dari lamunan, terus berdehem nak hilangkan malu.

"Ha?! Saya? Mata encik tu letak kat mana?! Sesedap rasa je nak sound orang!" Aku balas sarkastik sambil sambung kutip buku.

"Dia yang langgar kita, minta maaf pun tidak, lagi nak bebel," aku membebel kecil.
Badan dia tu dah macam pemain rugby. Kalau bahu aku patah, siapa nak tanggung?!

Belum sempat aku sambung, Hanis tiba.

"Apa hal ni?" tanya Hanis, wajah risau.

"Tak ada apa. Jomlah," aku cepat-cepat tarik tangan Hanis.
Sempat lagi aku hadiahkan jelingan maut kepada mamat tadi.

---

Masuk saja dalam kereta, wajah Hanis dah bertukar excited.

"Wei, Ivy! Handsome gila mamat tadi! Kau ada tanya nama dia tak? Nombor fon dia?!" Soalannya bertubi-tubi.

Aku menjeling Hanis. "Banyaklah engkau punya handsome," aku marah sambil memandu.

Sepanjang perjalanan, aku ceritakan dari A sampai Z apa yang jadi tadi. Hanis? Ketawa terbahak-bahak macam pontianak malam raya!

"Tapi kan... Kau tak rasa apa-apa ke? Boleh tahan juga kacak dia," kata Hanis, sengaja nak cucuk.

Aku jeling tajam. "Adalah... sikit. Tapi setakat muka handsome kalau tak ada adab pun tak guna," aku jawab, pantas menafikan.

Hanis ketawa kecil. "Engkau ni lain macam betul lah, Ivy. Kalau aku yang kena tadi, sah aku dah minta nombor!"

Aku menjeling tajam lagi. Kalau renungan aku boleh bunuh orang, sah Hanis dah jadi arwah.

"Itu kau. Aku lain. Gatal semacam je kau nilah," aku bebel.

Hanis angkat tangan tanda mengalah. "Okeylah, okeylah! Lagi pun, kau bukannya akan jumpa dia lagi. Lupakan je lah."

Dia ketawa lagi... Dan aku cuma menggeleng kepala, malas nak layan.

Hai, salam perkenalan. Harap cerita ini mendapat tempat dihati semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience