40

Romance Series 3111

Jayden POV

"Muaz, aku rasa dah sampai masa aku balik. Ivy sorang-sorang kat rumah. Risau juga aku ni." Aku tepuk bahu Muaz perlahan.

"Iyalah... terima kasih sebab bantu aku dan mama. Aku minta maaf sebab kau terpaksa tinggalkan dia sendiri," balas Muaz dengan wajah serba salah.

“It’s okay, lagi pun kita keluarga. Aku balik dulu. Jaga diri kau dan Aunty Latifah,” ucap aku sebelum keluar dari hospital.

Perjalanan pulang terasa panjang dan sunyi. Dalam kereta, cuma kedengaran bunyi enjin dan sesekali bunyi jalan tar kasar menyentuh tayar. Don diam sejak kami keluar dari wad. Mungkin penat. Atau... mungkin fikiran kami sama-sama tak tenang.

Aku jeling telefon.

Kosong. Tiada mesej dari Ivy.

Biasanya dia tak ambil masa lama. Kalau tak balas pun, dia akan hantar emoji marah — kononnya aku ‘busy sangat sampai lupa dia’. Tapi malam ni... sunyi. Sepi.

Aku tenung skrin beberapa saat, sebelum letak atas riba semula.

“Don,” suara aku kedengaran serak.

Dia toleh. “Ya, boss?”

“Rasa macam... ada yang tak kena.”

Dia angguk perlahan. “Saya pun rasa macam tu. Tapi mungkin boss penat sangat kot.”

Aku diam. Tapi naluri aku tak pernah tipu.

Dan naluri aku sekarang menjerit dalam kepala — Ivy dalam bahaya.

Kami tiba depan rumah sekitar jam 2:00 pagi. Lampu porch masih menyala seperti biasa. Tapi dada aku makin berat. Don pandang aku sebelum turun dari kereta.

“Saya periksa keliling rumah dulu,” katanya, tenang tapi nadanya serius.

Aku buka pintu utama — tidak berkunci.

Jantung aku berdegup laju.

“Sweetheart?” aku memanggil. Tiada jawapan.

Bau lavender kegemarannya tak kuat seperti biasa. Tiada muzik, tiada bunyi dapur, tiada tanda-tanda Ivy seperti biasa.

Aku bergegas ke ruang tamu, kemudian dapur. Kosong.

Don masuk dari pintu belakang. “Tiada gerakan luar biasa di luar. Semua pengawal kata keadaan terkawal.”

Aku naik ke tingkat atas dengan langkah panjang. Don ikut rapat di belakang.

Bilik tidur.

Gelap. Tidak berkunci. Aku tekan suis.

BAM!

Dada aku bagai dihentak.

Bilik tak berselerak... tapi bantal peluk Ivy di lantai. Kaca berserakan. Aku berpaling — bingkai gambar nikah kami pecah, dibaling ke dinding.

Aku kaku seketika. Don lihat wajah aku.

“Nak saya panggil semua pengawal?”

Aku angguk. “Sekarang.”

Aku tunduk, ambil bingkai gambar yang retak. Duduk perlahan di tepi katil. Kepala berpinar.

Aku capai telefon Ivy di atas meja sisi. Masih ada di sini.

Lima mesej terakhir — dari nombor tak dikenali:

> “Terlalu sempurna untuk bahagia, kan?”
“Lepas ni Jayden akan tengok aku sahaja.”
“Cinta kau tak selamat seperti kau fikir.”
“Senyum terakhir malam ni.”

Jari aku menggeletar. Mata aku merah menahan marah.

“Alisha...” aku berbisik perlahan.

Don muncul semula bersama tiga pengawal. Mereka nampak cemas.

“Ada apa, Tuan Jayden?”

Aku bangun perlahan, tangan masih menggenggam telefon Ivy.

“Kau semua buat apa dari pukul satu sampai sekarang?”

Salah seorang menjawab, “Kami ronda seperti biasa, Tuan. Tiada sebarang gangguan—”

“Dia dalam rumah ni! Ivy ada dalam rumah masa korang bertugas! Sekarang dia hilang!” aku tengking, suara aku bergema di dinding.

“Macam mana orang boleh keluar masuk tanpa seorang pun sedar?!”

Ketiga-tiga mereka tunduk. Don cuba tenangkan aku, “Boss, kita tenang dulu. Fikir langkah seterusnya.”

Aku menarik nafas dalam-dalam. Tapi dada aku bagai terbakar.

“Aku percayakan korang. Aku tinggal isteri aku untuk sekejap. Tapi apa aku dapat bila aku balik?”

Aku hembus nafas, mata terasa panas.

“Mulai malam ni, korang semua digantung tugas. Sampai siasatan penuh dijalankan.”

“Tuan—”

“Senyap! Keluar sebelum aku halau!”

Mereka berlalu perlahan. Don masih berdiri.

Aku pandang semula telefon Ivy. Cuba menjejak lokasi terakhir mesej dihantar — kawasan perindustrian lama. Dihantar pada jam 1:25 pagi.

Aku lihat jam dinding. 2:55 pagi.

Don buka komputer riba dalam begnya. “Saya cuba trace lokasi ni. Kalau betul... kita gerak sekarang.”

Aku angguk. Tak ada masa untuk tunggu lebih lama lagi.

Sambil Don bekerja, aku capai dompet dan senjata kecil yang aku simpan dalam laci rahsia.

“Ivy bukan perempuan lemah... Tapi kalau ada orang yang berani sentuh dia—”

Don pandang aku. “Boss…”

Aku balas dengan suara rendah, dingin, “Dia akan rasa apa itu neraka.”

Aku capai telefon, dail satu nombor. Serra.

“Serra. Wake up. Siapkan semua backup CCTV malam ni. Track semua kereta keluar masuk kawasan ni dari jam 11 malam hingga sekarang. Dan jangan cakap dengan sesiapa. Isteri saya hilang. Dan kita tak tahu siapa yang kita boleh percaya.”

Serra terdiam seketika, sebelum menjawab dengan serius,

> “I’m on it.”

---

Aku kembali berdiri di hadapan katil. Tangan menggenggam telefon Ivy dengan erat.

“Saya janji... I’ll bring you home, sweetheart.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience