Ivy POV
Sakit.
Dingin.
Sunyi.
Aku cuba buka mata — kelam. Siling konkrit. Bau hapak dan hanyir menusuk ke hidung. Tangan aku kebas, terikat ketat di belakang. Kaki tak boleh digerakkan. Mulut aku… dilekat dengan pita tebal.
Di mana aku?
Aku cuba ingat semula… kenapa aku ada kat sini?
Jayden…
Bayangan wajah suami aku menerpa dalam kepala. Nafas aku terhenti. Aku cuba jerit, tapi tiada bunyi yang keluar. Air mata tumpah tanpa izin. Panik menyelubungi dada.
Langkah kaki bergema dari arah kiri. Kasar. Perlahan. Setiap langkah bagaikan bom waktu.
Pintu logam berkeriuk dibuka.
Dan muncullah dia.
Alisha.
Berpakaian serba merah. Gaun ketat paras lutut. Rambutnya digayakan seperti hendak pergi ke pesta. Wajahnya penuh senyum palsu. Di tangan kanan pula ada sebilah pisau berkilat.
"Kau dan bangun, sleeping beauty," katanya, menjongketkan kening.
Aku cuba menjerit lagi. Tapi pita itu membungkam aku. Nafas aku semakin pendek. Mata aku liar mencari jalan keluar — tiada.
Dia mendekat, menarik satu lagi kerusi dan duduk di hadapan aku. Tangan kirinya menjinjing satu kotak kecil, aku tak tahu isinya apa.
“Cantiknya kau…” kukunya yang panjang menyentuh pipi aku. “Walaupun dalam keadaan begini, Jayden masih tetap pilih kau. Kan? Bukan aku.”
Matanya liar. Gila. Aku lihat dunia ini sudah lama hilang dari genggaman warasnya.
“Kenapa dia pilih kau, hah?” suaranya meninggi. “Apa istimewanya kau, Ivy?!”
Dia hempas pisau ke lantai — cling! — sebelum tangannya merentap pita dari mulut aku.
“AARRGH!” aku jerit kesakitan. Bibir aku terasa koyak, kulit aku pedih.
“Tolong… Alisha… jangan buat macam ni…” aku merayu, suara serak dan goyah.
“Jangan panggil nama aku!” dia menjerit, lalu menampar pipi aku kuat.
Praaak!
Kepala aku terhantuk ke dinding konkrit. Pening. Darah terasa di dalam mulut.
“Aku beri peluang untuk kau jauhkan diri dari Jayden. Tapi kau degil. Kau tamak! Kau nak semua benda dalam hidup ni. Suami kaya, keluarga bahagia, impian, kejayaan…”
Dia berdiri. Pisau kembali di tangan. Nafas aku tercungap.
Lalu dia menghampiri, membongkok sedikit dan menekan mata pisau ke peha kanan aku.
“Ni sebab kau bukak kaki kau pada Jayden.” katanya, suara bergetar geram.
Dia menekan perlahan — cukup untuk mengoyakkan kulit peha aku, tapi tidak mencederakan arteri.
“AAARRGGHH!!”
Jeritan aku bergaung. Darah meleleh keluar dari luka. Bukan dalam, tapi cukup untuk membakar kulit aku dan menyakitkan seluruh badan.
Aku teresak. Tubuh aku menggigil. Rasa sejuk merayap dari dalam. Tapi dia hanya tersenyum puas, matanya memerhati tempat dia menghiris aku.
"Aku harap dia tengok ni nanti," katanya. "Supaya dia tahu kulit kau dah tak cantik macam dulu. Biar dia sedar kau bukan isteri sempurna lagi."
Aku cuba melawan. Tapi tubuh aku mula lemah. Mata kabur dengan air mata dan peluh. Aku rasa pipi aku panas — sama ada dari tamparan, atau dari malu dan marah yang bercampur.
Baju tidur semalam masih melekat di tubuh aku — kotor, berpeluh, dan tercarik. Aku hanyalah objek kepada kegilaan Alisha sekarang.
"Kau boleh menang sekarang, Alisha… tapi Jayden takkan pilih orang macam kau."
Aku bisikkan itu walau dengan sisa kekuatan.
Dia merenung aku — tajam. Nafasnya kasar.
Tapi dia berundur.
“Mulut kau masih tak serik, ya,” katanya. Kemudian dia berpaling dan melangkah keluar.
Pintu dikunci. Bunyi kunci diputar. Sunyi kembali mengisi ruang.
Aku terduduk, lemah, berdarah, dan menangis.
"Jayden… cepatlah datang… tolonglah cari saya. Saya masih hidup. Saya tunggu awak."
---
Air mata aku semakin kering. Tubuh aku menggigil kesejukan. Setiap hela nafas seperti pisau di dada. Aku pejamkan mata — bukan kerana ingin tidur, tapi kerana itu satu-satunya cara untuk lari dari kenyataan.
Dan ketika itu, bayangan mula menyelubungi fikiran aku.
—
Aku nampak cahaya.
Putih. Lembut. Hangat. Bau lavender. Suasana yang damai. Bunga putih melatari pandangan. Langit biru terang. Tiada lagi bau darah. Tiada dinding konkrit. Tiada rasa takut.
Dan di situ… Jayden berdiri.
Berbaju putih. Wajah bersih. Senyum lembut. Tangan terbuka.
"Sweetheart… sini, sayang. Dah tak sakit, kan?"
Aku memandang peha — tiada luka. Baju aku bersih. Aku berdiri. Tak rasa berat. Tak rasa takut.
"Apa semua ni…?" suara aku perlahan.
"Kita di tempat bahagia. Tempat yang tak ada Alisha, tak ada dendam, tak ada masalah. Hanya ada kita."
Aku cuba berlari ke arahnya.
Namun setiap langkah aku, dia semakin jauh.
"Jayden… tunggu!" aku jerit. "Jangan pergi! Bawa saya balik! Bawa saya keluar dari tempat ni!"
Langit cerah mula gelap. Cahaya memudar. Tanah mula pecah. Suara Jayden menjadi gema. Air mata aku turun semula.
—
"IVY!"
Jeritan itu nyata.
Aku tersentak. Tapi tak ada siapa. Cuma gelap. Realiti kembali. Luka masih terasa.
Namun suara itu tadi… aku yakin aku dengar.
“Jayden…?” aku berbisik.
Sunyi.
Tapi mimpi tadi buat aku sedar — aku masih hidup. Masih ada peluang.
Dan jika Jayden benar-benar sedang mencari aku… aku mesti terus bertahan.
Aku pejamkan mata semula. Dan kali ini — wajah Jayden menyinar dalam ingatan aku. Cara dia tenangkan aku bila aku panik. Cara dia sentuh rambut aku dan bisik, "Saya ada di sini."
Wajah Papa Muhsin muncul. "Kamu anak kami, Ivy. Kami akan cari kamu."
Wajah Mama. Air mata dia waktu dia peluk aku sebelum perkahwinan.
"Kalau ada apa-apa jadi dekat kamu, mama sanggup mati."
Suara Hanis, sahabat yang tak pernah tinggalkan aku.
"Bangkit, Ivy. Ini bukan pengakhiran."
Dan Hakimi… adik aku. “Darling sister kalau kau rebah sekarang, kita semua akan patah.”
Aku cuba gerakkan tangan. Masih terikat. Tapi jari aku cuba-cuba menggesel tali ke sisi besi kerusi.
Aku cuba tendang kaki. Sakit. Luka masih basah. Tapi satu yang pasti — aku masih hidup.
Dan selama aku masih bernafas… Alisha belum menang.
Dalam halusinasi terakhir, aku nampak Alisha berdiri di sebalik cermin, senyum sinis. Tapi kali ini… aku berdiri tegak.
"Kalau kau nak jatuhkan aku… kau kena bunuh aku dulu."
Alisha ketawa. "Aku sedang usahakan itu, sayang."
Dan aku balas, “Tapi aku tak akan mati semudah itu.”
Dia lenyap.
Aku buka mata.
Dan dalam hati… aku tahu. Aku belum kalah.
Terima kasih kerana membaca hingga ke bab ini. Bab ini sarat emosi dan penuh luka. Sokongan kalian sangat bermakna dan menjadi semangat untuk saya terus menulis.
Share this novel