Kerusi belajar ditarik dan dia melabuhkan punggung di sebelah Noah yang sedang fokus membuat kerja sekolah. Anak matanya tertumpu pada timbunan kertas latihan dan modul yang dibawa balik rumah. Mata digosok apabila kantok datang bertandang. Kepala sengaja dilentok ke bahu Noah. Noah hanya membiarkan saja.
Kelopak mata dipejam seketika. Fikirannya masih memikirkan peristiwa pada hari Ahad yang lepas. Dia masih teringat soalan yang ditanya olehnya kepada Luth.
****
"Apa maksud ayat kau Luth? Sebelum ni kau cakap kau nak aku jadi bini kau. Hari ni pulak kau baru je cakap kita berdua masih belum declare lagi hubungan kita?" soal Nuha.
"Nuha kau memang tak tahu atau berpura-pura berlakon kau tak tahu?"
"Kau ingat aku ni ada kuasa "mind reading" ke?"Nuha menggulingkan anak matanya.
"So, kau nak tahu tak apa yang bermain di fikiran aku selama ni?" Luth separuh berbisik dengan suara huskynya.
Nuha terkebil-kebil seketika. Kenapa suara Luth membuatkan dia tergoda?!
"Nyah kau dari sini syaitoon" Nuha berdesis di dalam hati. Kepala digeleng-gelengkan supaya tidak tergoda. Luth ketawa apabila melihat reaksi Nuha.
Luth mendekatkan jarak antara mereka dan berbisik di telinga Nuha. Luth menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia sebenarnya agak sedikit gementar tetapi cuba ditepisnya perasaan itu.
"Aku suka kau Nuha. Will you be mine forever?" Luth akhirnya meluahkan perasaannya dan menghembuskan nafas lega.
Nuha terdiam. Dia juga mempunyai perasaan yang sama. Wajahnya berbahang malu apabila Luth meluahkan perasaannya. Nuha menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Jantungnya berdegup kencang sekali lagi.Terasa nak meletup.
Luth mengalihkan tangan Nuha yang menutupi wajahnya yang memerah tu. Comel sangat. Anak mata mereka bertaut. Debaran kian terasa apabila detak jantung semakin laju.
"Aku..." Nuha cuba ingin berkata sesuatu, tetapi rasa malu yang menjadi dinding penghalang untuk dia memberikan jawapan. Luth melihat Nuha sudah menjadi tidak tentu arah.
"Macam ni lah, kau tak perlu bagi jawapan dekat aku lagi hari ini. Aku akan tunggu dan menanti jawapan dari kau Nuha."
"Kalau aku bagi jawapan dekat kau masa kita dah tua okay tak?"
"Kau main-main, aku cium kau sekarang."ugut Luth dan terus mengenggam erat pergelangan tangan Nuha yang berlapik.
"Eee! Ape cium-cium ni! Haramlah!" ujar Nuha yang cuba melepaskan diri dari pegangan Luth.
"So kita halalkan nak? Bolehlah kiss banyak-banyak kali kan?" usik Luth dan masih mengenggam erat pergelangan gadis itu.
Belum sempat Nuha membalas. Luth memegang kedua-dua bahu Nuha. Dia merapatkan jaraknya dengan Nuha.
"Aku menanti jawapan kau dalam masa terdekat ni. Jangan fikir lama sangat sebab aku bukanlah seorang penyabar, kalau kau lambat bagi jawapan aku suruh ibu meminang kau terus." Luth kenyitkan mata dan melangkah pergi meninggalkan Nuha yang sedang tercengang.
Noah yang baru siap membuat latihan modul pendidikan islam menolak kepala Nuha yang sedang tersengih seperti orang tidak waras di bahunya. Dia yang menyedari perubahan Nuha terus bertanya,"Kau kenapa Nuha tersenyum sorang-sorang macam hantu kak limah? Creepy tau tak."
Nuha kembali bersandar pada bahu Noah dan tersenyum lebar,"Luth luahkan perasaan dia dekat aku weh! Aku rasa happy sangat."ujar Nuha dengan mata yang bersinar-sinar.
Noah agak terkejut sebenarnya dengan keberanian Luth. "Dari mana dia beli sikap berani mati tu ya, ada jual tak dekat shopee?"bisik Noah di dalam hatinya. "Kau suka dekat dia jugak kan, jadi terima jelah."ujar Noah yang dapat meneka apa yang bermain di fikiran kembarnya itu.
Noah memandang Nuha yang duduk diam, wajahnya kelihatan gelisah."Nuha, aku tahu kau sekarang rasa ragu-ragu kan? Tapi percayalah... Luth tu ikhlas sayangkan kau. Kau tahu tak, ramai perempuan yang cuba dekat dengan dia? Ada yang minta nombor telefon, ada yang DM dia di Instagram. Tapi dia tak pernah layan. Mata dia cuma cari kau, Nuha. Dari dulu, cuma kau."
Nuha terdiam, matanya mula berkaca, rasa hatinya bercampur-baur antara percaya dan sebak.
Nuha menarik nafas sedikit teragak-agak. "Aku rasa macam tak pasti, pada masa yang sama aku rasa nak terima luahan hati Luth. Mungkin aku perlukan sedikit masa."
Noah hanya mengangguk. "Take your time Nuha, sekali kau dah terima kau kena bersedia sepenuhnya. Kau kena fokus pada pelajaran kau jugak tau. Tapi aku rasa Luth tu memang seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab."pesan Noah sambil mengusap perlahan bahu kembarnya itu.
Nuha menghela nafas lega. Dia gembira Noah sentiasa berada di sisinya dan memberikan pendapat dan sokongan. Dia juga sangat menyayangi Luth Haidar sejak dari kecil lagi. Dia tak nak kehilangan Luth.
Selepas kelas tambahan fizik berakhir, Luth dan Noah cepat-cepat bergegas ke gelanggang dewan bola keranjang untuk aktiviti kelab. Luth berpatah balik semula langkahnya ke kelas dan memegang bahu Nuha "Kau tunggu aku tau petang ni, kita balik sama-sama."ujar Luth dan terus berlari keluar kelas. Nuha hanya mengangguk laju.
Zara tersenyum nakal sambil memandang Nuha. "Luth dah luahkan perasaan dekat kau ya?"tebak Zara. Nuha mula dengan sikap malu-malu kucingnya dan terus bermain dengan jari-jemarinya. Zara menggulingkan anak matanya.
"Cepat cerita dekat aku, apa yang jadi di antara kau dan Luth?" soal Zara.
Share this novel