"So Zara, siapa lelaki yang berjaya curi hati kau ni?" soal Noah yang duduk elok bersandar pada batang tiang pondok. Nuha telah menceritakan segalanya pada malam semalam.
"Diam-diam ea kau Zara buat kerja, clean betul kerja kau ni. Siapa mamat tu weh?" tanya Luth yang sedang duduk di sebelah Noah sambil mengunyah roti krim berperisa coklat.
"Ha itulah! Sampai hati kau langsung tak bagitahu aku yang kau senyap-senyap ada crush, lepas tu tup tup bercinta. Majuk ah ceni!" kata Nuha yang seakan-akan merajuk dengan Zara.
"Sejak bila pulak korang semua ambil alih kerja wartawan ni?" soalan dibalas soalan. Zara yang sedang menyisip air kotak berperisa soya menumpukan perhatian pada mereka bertiga.
"Ish! Cepatlah bagitahu aku! Aku nak tahu ni! Ni rasa nak nangis ni." Nuha bangun dan memegang bahu Zara. Bahu Zara digoncang-goncang memaksa untuk memberitahunya.
Zara menarik nafas dalam. "Kalau aku bagitahu ni korang semua jangan terberak dekat sini pulak ya." Macam biasalah mulut Zara manalah ada filter. Mereka bertiga hanya diam dan menunggu ayat seterusnya.
"Nama dia Aydan. Sir Aydan. Dia cikgu yang mengajar subjek biologi dekat tusyen aku." Zara menghela nafas lega. Zara kembali menyisip air kotaknya.
"Sir Aydan? Kau pasti dia bukan laki orang?" tebak Noah tanpa berlapik. Nuha dan Luth agak terkejut dengan soalan Noah.
Tersembur air yang diminum oleh Zara. Noah tersenyum sinis dan menggelengkan kepala.
"So? Betullah ni tekaan aku. Patutlah kau tak nak bagitahu kita orang."
Zara tercengang. Terus dia bangun dan menuju ke arah Noah dan ditariknya rambut lelaki itu.
"Sakitlah bongok! Apa ni main tarik rambut bagai!"Luth cuba meleraikan pergaduhan di antara mereka berdua.
"Mulut kau tu berlapik sikit ya! Dia tu single okay. Ni aku malas nak cerita ni!" Zara bengang dengan tuduhan Noah.
"Tah kau ni, nanti aku cili mulut kau baru tahu." Nuha tidak suka Noah membuat tuduhan begitu dekat Zara.
"Macam mana kau boleh sangkut dengan mamat tu Zara? Aku tak sangka jugak kau berani bercinta dengan cikgu tusyen kau." kata Luth.
"Macam mana kau boleh sangkut dengan Nuha ya Luth?" sekali lagi, soalan dibalas soalan. Zara sudah geram dengan soalan dua ekor monyet ni. Luth membulatkan mata. Salah ke dia cuma bertanya. Sah minah ni dah nak period. Asyik nak cari gaduh je.
"Korang. Apa ni gaduh-gaduh. Benda kecik je kot. Aku ingat korang bertiga ni berfikiran lebih matang dari aku. Boleh tak kita dengar dulu apa yang Zara nak bagitahu?" kata-kata Nuha membuatkan mereka bertiga terdiam.
"Sorry Zara. Aku tak ada niat nak buat kau kecik hati dengan soalan aku." ujar Luth.
"Aku pon nak mintak maaf dengan kau Zara. Maaflah kalau kau terasa." Noah sedar dia sudah terlanjur kata.
"Aku maafkan korang. Orang cakap memaafkan orang tu lebih baik dari berdendam." Zara mengangkat keningnya dan berkata dengan nada yang tenang.
"Zara kau boleh cerita tak macam mana kau boleh bercinta dengan Sir Aydan?"soal Nuha.
Zara berdehem.
"Sebenarnya aku mula rapat dengan sir Aydan dari mula aku belajar dekat tempat tusyen aku. Tahun lepas dia ajar subjek sains mase pt3, tahun ni dia ajar subjek biologi. So dia memang ajar 2 subjek dekat situ. Long but short story dia selalu text aku, call semua tu. Tak lama lepas tu, aku rasa aku dah tercatch feelings dekat Sir Aydan. Baru-baru ni dia yang confess dulu perasaan dekat aku, aku apa lagi. Orang dah bagi green light lajulah aku terima."
Nuha tersenyum. "Alolo, okaylah tu kau dah happy dengan dia. Lagi pon tak salah pon kau bercinta dengan Sir Aydan tu. Janji dengan aku jangan bagi dia lukakan hati kau Zara." Nuha memegang tangan Zara.
Zara memegang bahu Nuha. "Ya, aku janji dengan kau Nuha. Aku takkan sesekali bagi dia hancurkan hati aku." Zara memeluk rakannya itu. Nuha membalas pelukan Zara.
Luth dan Noah hanya mendiamkan diri. Sebenarnya banyak lagi soalan nak diajukan. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.
Loceng berbunyi menandakan masa rehat telah tamat. Selepas ni mereka perlu ke makmal biologi. Mereka berempat bergegas ke kelas untuk mengambil buku dan kotak pensil. Luth perasan Noah dan Zara sudah berjalan laju di hadapan. Dia cepat-cepat bertindak dengan menarik hujung lengan baju kurung Nuha sehingga hampir rapat ke dadanya.
Nuha tersentak apabila lengannya ditarik oleh Luth. Kedudukan mereka yang sangat rapat membuatkan Nuha tidak selesa dan menolak sedikit tubuh Luth ke belakang. Kini Luth merenung anak mata gadis itu.
"Ish.. Janganlah rapat sangat." Nuha melarikan pandangan apabila dia rasakan renungan Luth mampu menembusi pangkal jantungnya.
Luth tundukkan sedikit tubuhnya, menyamakan ketinggiannya dengan Nuha.
"Nuha, aku cuma nak ingatkan kau tentang luahan perasaan aku semalam. Aku akan sentiasa menanti jawapan dari kau." bisik Luth dengan suara husky nya.
Share this novel