Luth berdehem menghentikan sisa tawanya. Dia mula pelik saat mendengar soalan pertanyaan Nuha. Kenapa pula tiba-tiba Nuha bertanya soalan itu?
"Erm, kenapa kau tanya aku okay ke tak? Aku nampak macam tak okay ke?" soalan dibalas soalan.
Nuha laju mengeleng kepala.
"Sebab hari ni kan.. Err hari ulangtahun kelahiran arwah ayah kau Luth. Sebab tu aku tanya. Sorry." Nuha tundukkan kepalanya. Dia risau jika Luth terasa hati dengan soalannya. Nuha masih ingat tarikh hari ini sangat penting dan bermakna dalam hidup Luth.
Luth terkesima. Tak sangka pula Nuha masih ingat hari ulangtahun kelahiran arwah ayahnya. Dia rasa terharu dengan sikap prihatin Nuha.
"Sebenarnya aku rasa tak okay. Nuha, kau tahu setiap tahun aku memang tak kuat bila tiba tarikh hari ulangtahun kelahiran arwah ayah. Dah lama aku pendam untuk tak menangis, tapi akhirnya hari ni aku tersungkur dan menangis. Aku sangat merindui arwah ayah." Luth meluahkan rasa sedihnya. Nuha menepuk bahu Luth. Dia juga turut rasa sedih dan bersimpati.
Nuha angkat kepala dan memandang tepat ke dalam anak mata Luth.
"Menangis berseorangan akan membuatkan kita rasa lelah dan penat. Aku tahu kau ada cara kau tersendiri untuk hilangkan rasa sedih kau. Contohnya kau akan berjogging. Dari dulu lagi aku perhati kau akan keluar berjogging untuk hilangkan rasa sedih,kecewa atau stress. Tapi kita ada pilihan untuk luahkan apa yang kita rasa. Aku ada dengan kau. Jadi aku boleh jadi pendengar kau yang setia."
Kepala Luth semakin menunduk setelah mendengar nasihat Nuha. Setiap bait dan perkataan yang keluar dari mulut Nuha buatkan Luth rasa terharu tanpa sebab. Sungguh dia rasa terharu sangat dengan Nuha. Mungkin ini adalah sebab utama Nuha menemaninya berjogging pada hari ini. Sedar tak sedar, air mata kelakiannya dibiarkan mengalir membasahi pipinya.
Entah mengapa dia hanya lemah bila di hadapan Nuha. Nuha yang setia menemaninya, tidak berganjak dari sisi. Dia mahu lelaki itu melepaskan rasa sedih yang terpendam. Dia mengusap lembut belakang tubuh Luth berharap dapat menyalurkan kekuatan. Air matanya berderai, tiba-tiba saja dia teringat kenangan sewaktu mereka kecil.
Sejak kecil, Nuha selalu ada di sisinya. Ketika dia bergaduh dengan budak sekolah, Nuha akan menghulurkan plaster bercorak kartun dengan senyuman yang mampu meredakan amarah sesiapa saja. Bila Luth dimarahi arwah ayah kerana kenakalannya, Nuha muncul dengan sebiji coklat di tangan, membuatkan hatinya cair. Sungguh, siapa yang tidak akan jatuh cinta pada kecomelan dan kenaifan gadis itu?
Im super shy, super shy
But wait a minute while I make you mine
Make you mine, Tteollineun jigeumdo,
You're on my mind all the time
I wanna tell you but, Im super shy
Telefon yang berdering kuat mengejutkan Luth dan Nuha. Nuha pula dengan tiba-tiba angguk kepala ke kanan sekejap ke kiri. Luth dengan air mata yang membasahi pipi dengan pakej hingus yang meleleh memandang gadis itu dengan seribu kerutan di dahi.
Luth mengetuk kepala Nuha yang sedang terangguk-angguk.
"Woi! Jawablah telefon tu. Asal kau terangguk-angguk macam burung belatuk ni?" soal Luth. Dia tertanya-tanya bagaimana dia boleh jatuh cinta dengan si sewel ni.
"Adoi! Sakitlah gila! Ish aku nak jawablah ni. Kesatlah hingus kau tu, gelilah!" Nuha mencerlung tajam ke arah Luth, dan tangan kanannya mengeluarkan telefon dari poket. Tanpa membuang masa Nuha mengesek butang hijau dan menekapkan telefon ke telinga. Tangan kiri pula sempat menghulurkan sapu tangan kepada Luth, dan Luth menyambut hulurannya.
"Hello" sapa Nuha.
"Nuha! Aku kan ada berita mengejut nak bagitahu kau." sergah si pemanggil.
"Huh?! Kau ni Zara, kot ye pon janganlah terpekik dekat telinga aku. Nanti aku jugak yang pekak" Nuha menjarakkan telinga dari telefon bimbitnya.
Zara menggulingkan biji mata.
"Kau kan memang dah pekak."
"Kau ni kan... Ha berita apa yang mengejutkan sangat tu sampai kau memekak ni."
Luth yang sedang duduk mengesat hingusnya mencuri dengar perbualan mereka.
"Kalau kau dengar ni confirm kau terkejut lalu terkentut."
"Eee.. Cepatlah cakap jangan bikin gua suspens."
"Aku dah ada pakwe.! Okay bye." pantas Zara mematikan talian. Dia memang sengaja nak buat Nuha rasa suspens.
"Proot." Nuha terkentut dan ternganga. Mujurlah perlahan bunyinya. Luth tidak mendengar. Tak sangka Zara sudah mempunyai kekasih hati.
"Kau dah kenapa Nuha? Muka macam orang baru lepas kentut je."
"Mana ada! Aku tak kentutlah." Alamak memang taklah aku mengaku aku kentut tadi.
"Yang kau gelabah kenapa? Aku cakap macam je kan. Zara cakap apa je dengan kau tadi?"
"Kau nak tahu tak, si Zara yang hantu novel tu dah ada pakwe!" Kali ni giliran Luth yang terkejut dahlah dia baru lepas menangis sekarang dia perlu rasa terkejut pulak tu.
"Minah tu dah ada pakwe? Laju betul budak tu buat kerja. Kita berdua masih belum declare lagi hubungan kita."
Nuha sudah pening. Dia pening memikirkan siapa kekasih hati Zara. Dan sekarang dia bertambah pening bila mendengar kata-kata Luth.
"Apa maksud ayat kau Luth? Sebelum ni kau cakap kau nak aku jadi bini kau. Hari ni pulak kau baru je cakap kita berdua masih belum declare lagi hubungan kita?" soal Nuha.
Share this novel