Bab 15 Jogging Date

Romance Series 3617

Luth memboloskan diri ke dalam rumah bersama dengan bekas makanan. Dia segera meletakkan bekas makanan itu di atas meja. Langkah kaki diatur menuju ke dalam bilik. Tangannya mencapai IPhone 15 miliknya yang berada di atas meja belajar dan segera menapak keluar dari rumahnya.

Luth sedang melihat Nuha sedang mengambil gambar selfie di laman rumahnya.

"Alahai comel betul budak kecik ni. Rasa macam nak peluk je ketat-ketat" bisik Luth.

"Selfie sorang-sorang. Kot ya pon ajaklah aku sekali. Barulah gambar tu nampak menarik sikit." Luth menegur Nuha yang sedang membuat gaya pipi kembung. Terangkat sedikit bahu Nuha, terkejut dengan teguran yang datang tiba-tiba. Hampir saja Oppo Find N3 flip miliknya terlepas dari tangan. Nasib tak jatuh, kalau tak memang melolong Nuha jika telefonnya rosak.

"Kau ni Luth! Tengok! Terkejut aku. Kalau aku ada serangan jantung memang aku dah menuju ke alam barzakh sekarang ni." mulut seperti biasa dimuncungkan seperti itik. Masam mencuka mukanya.

"Kau tu kusyuk sangat selfie. Kau ada apa nak jumpa aku pagi-pagi ni? Biasanya lepas hantar makanan kau terus balik sambung buat tahik mata." Dia melihat gadis comel itu atas bawah. Pelik biasanya Nuha memang membuta je bila hujung minggu.

"Aku nak ikut kau jogging!" kata Nuha tanpa rasa segan-silu. Terbeliak mata Luth mendengar itu. Sedikit pon dia tidak pernah menjangka yang Nuha akan mahu mengikutnya berjogging. Seingatnya, dia tidak memberitahu pada sesiapa pon yang dia akan berjogging pada hari ini kecuali pada ibunya. Kebetulan pula mereka berdua memakai warna baju yang sama.

Luth yang dari tadi memerhati mendekati Nuha.

"Kenapa dengan kau ni?" tanya Nuha yang sedikit berkerut keningnya memandang wajah tampan milik Luth Haidar. Luth tidak menjawab. Luth meletakkan tapak tangannya di dahi Nuha.

"Kau demam ke?" soal Luth kehairanan. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba je nak berjogging bersama.

"Eee! Dah-dah. Jom kita start jogging. Nak jogging sekali pon salah ke?" Nuha menonong jalan ke luar rumah meninggalkan Luth terpingga-pingga. Nuha terus memulakan lariannya tanpa menunggu Luth. Pantas Luth membuka langkah. Mahu menyaingi langkah Nuha yang sudah agak jauh ke depan.

"Nuha.. Oh Nuha Alissya!" laung Luth yang berada tidak jauh beberapa meter dari Nuha. Nuha memperlahankan lariannya. Luth menghampiri tubuh kecil itu.

"Kata nak jogging sama-sama konon. Tapi berdesup kau pecut ya. Macam nak masuk acara larian 100 meter sukan olimpik dah aku tengok kau lari." Luth tayang wajah cemberut. Geram pulak bila tengok Nuha cuma tersengih.

"Janganlah marah-marah. Aku saja je nak kau kejar aku. Macam citer hindustan tu haa" usik Nuha.

"Dari kita kecil aku tak pernah berhenti kejar kau Nuha. Kau je yang tak sedar aku selalu kejar kau."Luth merapati Nuha. Terlalu rapat jarak mereka hanyalah seinci saja. Nuha kaku. Jantungnya berdegup kencang, wajahnya memerah seketika. Hatinya cair mendengar kata-kata Luth tadi.

"Dah kena..kenapa dengan kau?" soalnya gugup. Luth tergelak kecil melihat wajah Nuha yang sedang memerah tu. Comel sangat. Rasa macam nak gigit je pipi Nuha yang merah tu.

Luth melutut di hadapan Nuha yang sedang panik. Tali kasut milik Nuha yang terurai diikat olehnya. Nuha terkaku. Matanya memerhati Luth yang sedang ralit mengikat tali kasutnya.

"Ya Allah hensemnya lah Luth ni. Tengah ikat tali kasut pon nampak hensem." gumam Nuha dalam hati. Memang taklah dia nak puji depan-depan. Selesai saja mengikat kemas tali kasut Nuha, Luth terus berdiri di depan Nuha.

"Terima kasih weh. Aku tak sedar bila tali kasut aku terlerai." Nuha tundukkan pandangannya. Tak nak bertentang mata dengan Luth. Berdebar punya fasal. Luth menyimpul senyum kecil. Dia mengangkat dagu gadis itu sebelum mata mereka bertaut rapat. Tergamam Nuha melihat senyuman Luth.

"Look at me Nuha. Lain kali nak ucap terima kasih pandang mata aku. Dan kasih kau diterima. Jom kita mulakan jogging semula. Kau kena jogging sebelah aku." Nuha hanya menggangguk kepala. Dia rasa malu sangat sampai suara pon tak nak keluar. Sejak akhir-akhir ni dia rasa Luth semakin bersikap sweet dengannya.

Mereka berdua memulakan aktiviti berjogging hampir 40 minit di kawasan perumahan mereka. Mereka sempat mengambil gambar selfie bersama sewaktu mereka berjogging. Luth mengajak Nuha berehat di taman permainan berdekatan. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi pondok di taman tersebut.

"Fuh! Sekarang ni aku tak dapat rasa kaki aku." Nuha menghidupkan mini fan yang dibawanya. Hampir 3 bulan dia tidak berjogging, hampir nak pengsan juga dia tadi. Berbeza dengan Luth yang mengambil tempat di sebelahnya masih lagi bertenaga.

"Aik?! Dah penat dah?" sakat Luth dengan tawanya yang pecah. Nuha mencebik bibirnya itu.

"Luth, aku nak tanya ni, kau okay tak?" soal Nuha dengan riak yang agak risau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience