Awal pagi ahad, setelah selesai menghabiskan bacaan yassin, pandangan dihala ke arah wanita disebelahnya. Wajah wanita yang sembab itu dipandang berulang-kali. Dia tahu wanita itu terlalu banyak menangis. Dia tidak suka wanita itu menangis. Wanita yang cukup kuat di dalam hidupnya.
"Maafkan segala dosa saya abang.. Setiap tahun bila tiba hari ulangtahun kelahiran abang saya dengan Luth pasti akan melawat abang." rintihnya dan memegang batu nisan tersebut.
"Kami rindukan abang. Dulu setiap kali hari ulangtahun kelahiran abang.. Abang mesti akan minta saya untuk masakkan untuk abang makanan yang sedap-sedap tetapi sekarang-."air matanya tidak behenti mengalir di pipi seperti air hujan.
Luth sudah lama menahan tapi kini dia sudah tidak boleh menahan lagi dan dia mahu menangis sepuas-puasnya di hadapan pusara arwah ayahnya. Dia memeluk erat bahu ibunya, dan air mata lelakinya juga berlinang.
Nuha dan Noah turun ke dapur untuk bersama-sama menyiapkan sarapan pagi buat keluarganya dan juga keluarga Luth. Nuha bercadang untuk memasak mee goreng dan Noah akan membuat sandwich tuna. Papa sedang mencuci kereta di laman rumah, manakala mama sedang sibuk menyidai pakaian di ampaian rumah. Laju tangan Nuha mengeluarkan segala bahan-bahan yang diperlukan.
Setengah jam kemudian, Nuha dan Noah sudah siap memasak mee goreng dan juga sandwich tuna. Encik Firdaus dan Puan Azlina mengatur langkah ke ruangan dapur dan melihat mee goreng, sandwich tuna dan kopi panas sudah siap terhidang.
"Ya Allah! Rajinnya anak siapalah ni kan sayang." usik Encik Firdaus dan menarik tangan Puan Azlina menuju ke meja makan. Kerusi ditarik, mempelawa isterinya duduk terlebih dahulu.
"Anak-anak kita lah bang. Dorang ni pandai masak ikut saya tau bang." Puan Azlina tayang senyum bangga. Sekejap je anak-anak dah membesar.
"Yelah. Awak kan master chef dalam rumah ni." sempat lagi Encik Firdaus mencubit pipi gebu isterinya. Noah berdehem.
"Papa kesianlah kami yang single, dahlah Noah nak pergi lipat bumi dulu." Noah melabuhkan punggungnya di sebelah Nuha.
"Nuha pulak nak pindah dekat bulanlah." Nuha mencebik. Mee goreng diceduk ke dalam pinggan papa dan mama. Encik Firdaus dan Puan Azlina terhambur ketawa mendengar jawapan anak-anak mereka. Mereka menikmati sarapan pagi bersama.
"Mama, papa lepas ini Nuha nak pergi ke rumah Luth nak hantar mee goreng dengan sandwich ni ha. Lepas tu nak ajak Luth berjogging dekat area perumahan kita ni je. Boleh tak mama, papa?" Nuha meminta izin kedua ibu bapanya terlebih dahulu sebelum nak berjumpa dengan Luth.
"Boleh sayang. Papa izinkan." ujar Encik Firdaus yang masih menghirup secawan kopi panas.
"Mama nampak Luth dengan Aunty Maryam baru je sampai rumah pagi tadi. Mungkin dorang ada pergi mana-mana kot awal pagi tadi" kata Puan Azlina seraya bangun dari tempat duduknya.
"Pergi pasar tani kot mama. Hari ini kan ada pasar tani." teka Noah.
"Ya tak ya jugak kan. Hari ni ada pasar tani." jawab Puan Azlina.
"Nuha, aku tak dapat teman kau jumpa Luth tau. Aku nak ikut papa pergi memancing pagi ni." Noah sudah berjanji nak teman papanya memancing dari minggu lepas.
"Okay pakcik." tangan Nuha mencapai sandwich di dalam pinggan yang berada di hadapan Noah.
"Jangan balik lewat sangat ya. Kalau tak nanti melayanglah joran-joran tu ke dalam tong sampah." pesan Puan Azlina. Dua-beranak ni memang selalu luangkan masa memancing bersama. Father and son bonding katakan.
"Abang janji tak balik lewat sangat. Nanti abang rindu dekat sayang." Pipi Puan Azlina merona merah. Si suami memang pandai memikat hatinya. Geli-geleman pulak Nuha dan Noah mendengar perbualan mama dengan papa mereka.
Kedengaran loceng rumah ditekan berkali-kali, Luth yang baru saja lepas bersiap mengenakan baju jersey Nike yang bewarna putih dan seluar track bergegas ke pintu hadapan. Ibunya masih berada di dalam bilik air.
"Assalamualaikum." Nuha memberi salam dan menapak masuk ke dalam rumah Luth sebaik saja pintu pagar automatic itu terbuka luas.
"Waalaikumussalam. Eh kau rupanya si kecik! Jawab Luth dengan ceria. Kebetulan Nuha mengenakan baju jersey PUMA lengan panjang yang bewarna putih dan seluar track serta tudung bawal yang kemas dililit. Sebenarnya Nuha dan Luth tidak merancang pon untuk berjogging bersama.
"Eh! Kau stalk aku ea Luth? Sibuk jugak dia nak pakai jersey putih." Nuha mengusik Luth. Luth nampak tampan di mata Nuha. Nuha cepat-cepat menundukkan pandangan. Di tangannya memegang bekas makanan untuk diberikan pada Luth.
"Inilah yang dikatakan jodoh! Barulah sweet pakai baju warna sama ni. Kau datang nak bagi makanan kan?" tanpa segan-silu Luth mengambil bekas makanan dari tangan Nuha. Nuha hanya membiarkan saja Luth mengambilnya.
"Kau pergi simpan dulu bekas makanan dalam rumah kau, aku tunggu dekat luar rumah." Luth hanya mengangguk dan menapak masuk ke dalam rumahnya.
Share this novel