Jari-jemarinya laju menekan button controller ps5. Sudah menjadi tabiat Luth bermalam di rumah sahabat baiknya Noah.
"Damn! Kalah lagi! Kau guna ilmu apa ni Noah?! Dari tadi kau je menang. Bagilah aku pulak menang." Controller ps5 diletakkan disisi katil.
Noah mengekek ketawa. "Tengoklah oranglah bro, kau ingat kau seorang je hebat main game? Aku sekali main je dah pro tau" Noah sangat berpuas hati dapat kalahkan Luth. "We are the champions. No time for losers." Noah menyanyi sambil menunjukkan ibu jari thumbs down.
Luth geram dengan ejekan Noah. Dia terus menerpa ke arah Noah dan mengeletek tapak kakinya namun Noah pantas menendang Luth. Luth dengan cekap mengelak tendangan Noah. Luth yang masih tak nak kalah, terus memegang bahu Noah dan merosakkan rambut Noah. Noah yang bengang dengan Luth juga turut merosakkan rambut Luth.
"Astaghfirullah alazim!" Korang berdua buat apa ni?! Dari sudut pandangan mata kasar Nuha, Luth dan Noah nampak seperti pasangan gay yang sedang bemesra di atas tilam. Otak Nuha sudah berfikir yang bukan-bukan. Dek kerana terkejut dengan jerkahan Nuha, dengan pantas mereka meleraikan pergaduhan.
Noah terus bangun dan menuju ke arah Nuha yang sedang membuat muka terkejut beruk. Kalau ada beruk depan matanya sekarang, beruk pon lari tengok wajah Nuha. Noah menarik lengan kembarnya itu ke dalam bilik dan mengunci pintu.
"Lain kali, ketuk pintu dulu sebelum bukak!" Noah mencubit pipi gebu Nuha. Luth hanya duduk dibirai katil, matanya ralik melihat Nuha yang comel memakai tudung sarung dan baju pyjama yang berlengan panjang.
"Eh! Nuha dah ketuk pintu berkali-kali. Noah tu sibuk buat aksi panas dengan Luth!"
"Patutlah kau slow, aku syak saraf otak kau rosak ni Nuha. Kau layan drama thailand gay ke?" Jari telunjuknya naik menjentik puncak hidung Nuha.
"Auch! Sakitlah bongok! Kau ingat sikitlah dosa besar kot kalau bercinta sesama jantina!
"Haishhh. Ikut kau lah nak fikir apa pon. Kau nak apa tengah malam ni datang bilik aku? Kau nak tengok muka Luth ke?" soal Noah.
"Kenapa pulak aku nak tengok muka Luth? Kau jealous ea Noah?" soalan dibalas soalan.
Proootttt. Bunyi kentut yang kuat dan diiringi dengan bau seperti bau telur tembelang menyengat rongga hidung mereka. Serentak mereka berdua berpaling pada tuan empunya badan.
"Woii busuk gila kau kentut! Boleh arwah aku hidu bau kentut kau! Noah menutup hidungnya.
"Tak senonoh betollah si kacang ni!" Nuha menjeling tajam melihat Luth yang tayang sengih. Sempat lagi dia lancarkan serangan bom atom di hadapan mereka berdua.
"Aku bosan tengok korang gaduh so aku pon kentutlah."
"Tak senonoh lah mamat ni. By the way, esok Zara ajak kita semua siapkan karangan tajuk faktor-faktor pemilihan kerjaya. Zara ajak kita jumpa di Bask Bear Coffee."
"Pukul berapa?" soal Noah.
"Lepas zohor, kita geraklah pergi sana naik grab." jawab Nuha.
"Kita orang on je. Aku pon memang plan nak siapkan karangan tu esok." Luth turun dari katil dan menghampiri Nuha dan Noah yang sedang bersembang di depan pintu bilik.
"Okie dokie. Aku nak pergi beradu di kamarku dulu gay-gay sekalian." Nuha baru saja nak memulaskan tombol pintu bilik tapi dihalang oleh Luth. Perlahan-lahan wajah Luth mendekati gadis itu. Dia terkaku melihat kecomelan Nuha. Bibir didekatkan sedikit di telinga Nuha membuatkan langkah Nuha berundur ke belakang akibat terkejut. Noah sudah pelik melihat tingkah laku Luth.
"Ishh. Kau..kau dah kenapa?" Nuha cuba bersikap tenang walhal dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu.
"Aku cuma nak beritahu kau yang slow ni, aku bukan gay dan aku sukakan perempuan yang comel macam..." Luth membiarkan ayatnya tergantung. Sekali-sekala main teka-teki dengan Nuha pon best jugak.
"Macam kak Qistina?" matanya membulat mendengar Nuha menyebut nama Qistina. Niat di hati memang sengaja nak mengusik Nuha, tapi kenapa gadis itu lembab semacam. Dahlah sebut nama perempuan lain.
Dushhh! Tepat mengenai muka Luth apabila bantal yang dipegang Noah dibaling tepat ke arah Luth. Tangan Nuha laju memulas tombol pintu dan menapak keluar dari bilik. Luth mengangkat wajah melihat Noah dengan reaksi bengang.
"Apa kau buat ni Noah?! Tak guna kau. Aku baru nak kenakan Nuha!" Luth menjeling Noah.
"Kau ingat kau hero dalam drama melayu ke? Kau kena ingat sikit kau dengan Nuha tu bukannya laki bini nak bersawit bagai dekat bilik aku."Noah membebel.
"Aku gurau jelah my brother in law. Calm down bro. Tapi kan..macam mana Nuha kenal Qistina?"
"Qis kan popular mestilah dia kenal. Dahlah bro, aku nak tidur dulu. Jangan lupa tutup lampu sebelum kau tidur." pesan Noah kepada Luth.
Share this novel