Bab 10 Protect

Romance Series 3635

Nuha melihat air muka Luth berubah. Dingin dan beku. Luth paling anti dengan manusia yang menyakiti hati orang yang dia sayang.

"Siaplah dorang nanti! Aku akan buli dorang balik. Berani ya dorang kutuk kau!" Dingin suara itu kedengaran. Luth mengempal penumbuk, menahan rasa marah di dada. Nuha yang mendengar itu sudah merasa seram sejuk.

"Janganlah Luth." Tanpa sedar Nuha menggenggam tangan Luth erat. "Aku tak nak bermusuh dengan sesiapa. Lagipon dorang bukannya pukul aku pon." Cukuplah dia pening kepala dengan hal tadi. Jangan ditambah lagi masalah lain. Nuha menghembus nafas berat.

"Okaylah. Kalau kau cakap macam tu tapi kalau dorang usik kau lagi. Siaplah dorang semua," suara Luth lembut seakan memujuk Nuha supaya tidak bersedih. Dia nak Nuha tahu dia akan sentiasa lindunginya. Nuha mengangguk kepalanya.

"Tapi kan Luth, aku hairanlah kenapa tiba-tiba je kau ambik berat fasal aku biasanya kau lah selalu buli aku. Kau sayang aku ea?" Nuha tayang senyum mengusik. Merah padam wajah Luth dan telinganya. Luth terus melepaskan tangan Nuha.

"Eh!! Muka kau dah merah! Hahahhaha! Nuha menghemburkan tawanya bila melihat wajah Luth yang sudah merah padam.

"Tak guna kau pendek! Buang masa aku je kejar kau! Dahlah aku nak masuk ke kelas dulu!" Sempat Luth jelirkan lidahnya. Kakinya terus melangkah meninggalkan Nuha sendirian.

"Woii tomato! Tunggulah aku !!" Kakinya laju mengejar budak lelaki itu.

PAP!! Kedengaran bunyi meja ditepuk kuat oleh seseorang. Nuha tersentak dengan bunyi tersebut. Terus sahaja lamunan Nuha terhenti.

"Aku bukan cakap dengan meja tau Nuha. Berkali-kali aku panggil kau. Kau berangan apa Nuha? Cepatlah bangun, kita nak kena pergi makmal kimia ni." Zara membebel panjang.

Terkelip-kelip mata Nuha memandang wajah Zara. "Laa.. dah masuk waktu subjek kimia ke sekarang?!" soal Nuha. Lama sangat agaknya dia mengelamun sampai tak sedar dah tamat waktu subjek sejarah.

Zara menepuk bahu Nuha. "Ye.. Jomlah cepat ke makmal kimia. Kalau kau lambat aku tinggal. Biar kau sorang-sorang kena denda" ujar Zara sambil memegang buku latihan subjek kimia dan kotak pensil.

"Jap... jap jangan tinggal aku," laju tangannya mengeluarkan buku latihan kimia dari dalam beg sandangnya. Zara menggulingkan mata melihat Nuha yang kelam-kabut.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat pelajar bermula. Zara dan Nuha berjalan beriringan ke kantin sekolah. Noah dan Luth bersama lima orang ahli bola keranjang duduk semeja. Mereka kerap lepak bersama. Sewaktu mereka menikmati makanan mereka sambil berbual ada satu suara yang sangat dikenali menyapa gegendang telinga mereka.

"Luth.. Qis ada bawak bekal makanan lebih untuk Luth." Qis menghulurkan bekal makanan. Qis ditemani oleh dua orang sahabatnya iaitu Balqis dan Amira. Balqis dan Amira sudah tersengih seperti kerang busuk.

Luth angkat muka memandang Qistina. Noah dan yang lain teruskan makan tanpa menghiraukan mereka. Luth menyambut bekal makanan tersebut dari tangan Qistina. Qistina menguntum senyuman yang lebar.

"Terima kasih.. tapi aku akan kongsi makanan ni dengan dorang. Dan lagi satu, cuma hari ini sahaja aku terima bekal kau. Esok kau tak perlu bagi aku bekal ni lagi." Tutur Luth dengan nada yang agak dingin dan mempamerkan wajah beku tanpa secalit emosi. Niatnya dari awal ingin menolak tapi dia rasa kesian jika menolak bekal makanan Qistina di hadapan khayalak ramai.

"Jangan macam tu, hari ini cuba sekali esok lusa Luth pasti nak lagi"ujar Qistina dengan suara yang agak menggoda. Luth berpaling dari Qis dan terus menyuakan makanan ke dalam mulutnya.

"Aku takot esok lusa bekal kau melayang ke dalam tong sampah je Qis" Rahim mengekek ketawa.

"Orang dah tak nak jangan paksalah. Apa kata kau bagi bekal kau dekat aku je?" sindir Azim dan tayang senyum nakal. Wajah Qistina berubah masam dan cemberut. Qistina terus mengangkat kaki dan berlalu pergi.

Tanpa mereka sedari, Nuha dan Zara memerhati dari jauh.

"Kak Qistina kan tu? Cantiknya dia ada iras-iras sikit macam Mawar Rashid lah dari jauh." Nuha memuji kecantikkan wajah Qistina.

"Bolehlah. Tapi aku rasalah kau jauh lagi comel dari Kak Qis tu." Baru Nuha nak buka mulut laju sahaja Zara memotong percakapan Nuha. "Dan ada lagi perkataan tapi! Tapi aku lagi cun dari kau" Zara mengusik Nuha.

"Ceh. Yelah kau menang."Nuha hanya menjeling dan terus tarik muncung.

"Tak payah nak tarik muncung macam itiklah Nuha. Jom aku belanja kau makan" Zara menarik Nuha dan memeluk lengan gadis itu.

"Jiyeahh! Makan free! Lucky!" Thanks Zara. Mereka berdua terus memilih makanan yang hendak di beli di kantin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience