Kami bertiga teman sepermainan sejak dari kecil. Bila bersedih, bila gembira, bila bermain dan bila bergaduh, kami akan lalui segalanya bersama. Aku selalu bermain dengan Luth dan Noah. Aku jarang bergaul dengan pelajar perempuan. Aku berkawan rapat dengan Zara sejak tingkatan satu. Percaya atau tidak, sepanjang sekolah rendah aku tiada kawan baik perempuan.
Aku ingat lagi sewaktu aku darjah lima. Sempena sambutan Hari Kanak-Kanak, setiap kelas perlu membuat persembahan dalam bentuk lakonan, nyanyian atau tarian. Guru kelas kami memilih untuk membuat persembahan dalam bentuk lakonan. Tajuknya adalah Puteri Beradu. Disebabkan ramai budak perempuan sangat meminati Luth dan Noah, mereka memilih Noah menjadi watak sebagai Raja dan watak Putera sudah semestinya Luth. Aku pula diundi menjadi pari-pari hitam yang berwatakan jahat. Budak perempuan memang tidak menyukai aku sebab aku terlalu rapat dengan Luth dan Noah. Padahal Noah itu kembar aku sendiri, Luth pula kawan rapat dari kecil lagi.
Sewaktu rehat aku duduk sendirian di mejaku dan tiba-tiba sahaja aku ditegur oleh sekumpulan budak perempuan di dalam kelasku.
"Nuha! Awak sesuai watak pari-pari hitam sebab awak kan gedik!" ujar Dhia.
"Yelah, watak Puteri Aurora sesuai dengan Inara. Sebab Inara cantik dan sesuai dengan Luth!" sampuk Sofea. Inara pula sudah tersipu malu dan mencuri pandang Luth yang sedang bermain dengan Noah di dalam kelas.
"Saya cantik, Luth hensem. Kami berdua memang sesuai pegang watak puteri dan putera. Awak pulak hodohlah Nuha." Inara berbisik di telinga Nuha.
"Hodoh dan bodoh." ejek Dhia. Sofea memberi jelingan menyampah kepada Nuha.
"Saya tak kisah pon. Saya suka juga watak pari-pari hitam. Kalau saya ada kuasa, saya akan sumpah korang semua jadi tong sampah sebab mulut korang busuk." Aku menjelirkan lidahku dan berlari keluar dari kelas. Nuha mengetap bibir, cuba menahan air mata yang mula bertakung di kelopak matanya. Luth dan Noah yang sedang seronok bermain roket kertas serta-merta berhenti bila melihat Nuha berlari dari keluar kelas.
"Korang buli Nuha ke?" soal Noah dengan nada tegas, pandangannya tajam menikam sekumpulan pelajar di hadapannya. Luth langsung tidak mempedulikan sekumpulan budak perempuan itu.Tanpa sepatah kata, dia bangun dan terus berlari keluar
"Mana ada! Nuha tu jahat sebab dia cemburu Inara dapat watak Puteri Beradu!" bidas Sofea.
"Kembar awak tu kan cakap kami ni seperti tong sampah tahu tak!" sambung Dhia.
"Noah, jangan percaya sangat dekat Nuha tu. Dia selalu tergedik-gedik dengan budak lelaki" ujar Inara.
"Aik!! Noah aku nampak itik-itik hodoh ni yang cari gaduh dulu dengan Nuha!" jerkah Adam yang kebetulan melihat kejadian tadi dari awal hinggalah akhir. Noah yang diam, kini wajahnya berubah menjadi lebih dingin. Tatapannya yang tajam menakutkan sedikit sebanyak mereka bertiga.
"Saya.. saya la..laparlah korang. Jom per..pergi kantin." Inara berasa gugup dan terus menarik lengan Dhia dan Sofea.
"Sekali lagi. Aku nampak korang bertiga buli Nuha. Aku akan pastikan hidup korang bertiga tunggang-terbalik!" kata Noah sambil mengempal penumbuknya. Anak mata mengekori mereka bertiga yang sedang berlari keluar dari kelas.
Nuha duduk di bangku yang berdekatan dengan padang sekolah. Air mata yang bergenang ditubir mata ditahan. Dia tidak boleh menangis di sekolah.
"Eee.. Nuha kau kena kuat! Kau jangan nangis!" Nuha memberi semangat pada diri sendiri. Kedua belah tangannya menepuk-nepuk pipinya sendiri.
Luth terus melangkah mencari Nuha di sekeliling sekolah. Matanya liar menyorot setiap sudut, berharap dapat menemui Nuha. Tidak lama kemudian, dia terlihat susuk tubuh seorang budak perempuan duduk di bangku berhampiran padang sekolah, wajahnya sayu. Luth menarik nafas panjang sebelum perlahan-lahan mendekati gadis itu, bimbang andai kehadirannya mengejutkan.
"Hi, buat apa sorang-sorang tu?" tegur Luth, suaranya lembut tetapi cukup untuk memecah keheningan.
Nuha tersentak, sedikit terkejut dengan kehadiran Luth yang tidak disedarinya. Dia mendongak perlahan, memandang wajah Luth tanpa sepatah kata.
Luth mengerutkan dahi, pelik melihat reaksi Nuha yang diam dan masih kaku menatapnya.
"Aku tak nak jadi putera, aku akan undur diri,"Luth akhirnya menarik nafas lega.
"Kenapa kau undur diri? Semua budak perempuan kelas kita nak kau jadi tuan putera, tutur Nuha dengan nada yang lembut.
"Malaslah. Buang masa je kalau join persembahan tu. Dan lagi satu, aku tak nak jadi tuan putera kalau tuan puteri tu bukan Nuha Alissya."
"Tak boleh! Kau kena jadi tuan putera sebab Inara jadi puteri beradu. Ramai cakap kau sepadan dengan dia, lagi pon dia orang cakap aku hodoh tak sesuai jadi puteri beradu." Nuha meluahkan isi hatinya.
"Ohhhhh... maknanya mereka mengutuk kau ya Nuha." Luth sengaja mengumpan Nuha. Dia kenal sangat sikap Nuha. Kalau ditanya kenapa, mesti Nuha tak akan cerita apa yang terjadi.
Share this novel