Order..!! 46

Romance Series 123857

SETELAH siap berkemas di rumah tumpangan milik ayah, Adra kembali ke ruang tamu. Ezzaq sedang kusyuk mengadap laptopnya. Dah tahu kerja, sibuk nak bercuti juga. Selepas menunaikan solat maghrib tadi, dia terus ke sini. Itu pun sudah berpusu-pusu mesej masuk. Daripada siapa lagi, pakcik sorang nilah. Lagi tak nampak batang hidung, selagi itulah mesej dihantar menyuruh dia datang ke homestay.

Dah sampai sini, dia busy pula. Dari sampai tadi duk mengadap laptop tu. Sesekali sahaja suaranya berbunyi. Sayang, tolong ambilkan saya tu, tolong ambilkan saya ni. Macam-macam. Macam dah jadi PA dia pula. Tapi sampai part buatkan air, terus dia jammed. Bukan tak pernah buat air, tapi maklumlah. Setahun sekali punya praktis, bila nak jadi expertnya. Namun siap jugalah air nescafe secawan. Itupun 3 in 1. Elok pula pakcik tu minum. Tak ada pula mengadu tak sedap ke. Berani dia nak cakap tak sedap. Kepuk sahaja nanti. Dah tahu isteri dia ni tak pandai buat air or masak, lagi nak suruh. Sebenarnya bukan tak pandai sangat, kurang pandai sikit sahaja.. Heeee...

Malas mengganggu kerja Ezzaq. Adra membuka siaran televisyen. Bagus juga ayah aktifkan line Astro kat rumah penginapan ini. Tak lah tetamu bosan dengan cerita drama TV3 sahaja. Salah satunya macam dialah. Memang jarang nak tengok cerita melayu. Pilihan cerita orang luar jugaklah yang dipilihnya. Siaran TVN pula menyiarkan drama Secret Garden. Best cerita tu, satu sebab pelakon lelaki dialah. Siapa tak kenal Hyun Bin...? Hensem sangat mamat tu, tambah ada lesung pipit bagai. Jalan cerita pun best. Haishhh.. lentok betul bila tengok cerita ni. Terawang-awang bila tengok Hyun Bin tu senyum. Arghhhhh.. Mencarikan hati wanita betul...!

“Sayang.. Lagi dua hari kita balik KL boleh..?”

Adra diam, matanya sahaja melekat di televisyen. Sesekali dia tersenyum. Sweet sangat moment Hyun Bin dengan Ha Ji Won bergaduh manja. Hyun Bin sukakan Ji Won, tetapi dia masih tak boleh terima kenyataan yang dia cintakan perempuan miskin. Ha.. Haa.. Drama sangat kan…? Namun baginya tidak mengapalah. Asal cerita dan pelakonnya best.

“Sayang…?” Ezzaq angkat muka. Isterinya ada di situ namun soalannya dibiarkan tanpa jawapan. Matanya beralih kepada televisyen. Cerita korea..? Ermmm patutlah kusyuk semacam.

“Adra Arissa…”

“Hah..? Ya..?” Barulah Adra berpaling. Dilihatnya Ezzaq tepat memandang wajahnya. “Awak panggil saya ke…?”

Kening Ezzaq terangkat. Perhatian penuh nampaknya pada cerita di televisyen. Kemudian dia tersenyum. “Iyaaa... Lusa kita balik KL boleh..?”

“Alaa.. Tak bolehlah.. Majlis Mira lagi dua minggu..” balas Adra. Automatik badannya tegak. Kaki yang tadi berehat di atas sofa, terus terjuntai ke bawah. Mana boleh balik sekarang. Nanti macam mana dia nak tolong Mira uruskan perkahwinannya.

“Majlis…? Majlis apa…?”

Ezzaq dipandangnya.

Memang tak tahu ke buat-buat tak tahu ni..?

“Majlis kahwin lah..”

“Kahwin..? Sayang tak cakap pun…"

“Bukan dah cakap ke..?”

“Mana ada cakap, sayang cakap nak datang Terengganu je..”

Adra menggaru kepala.

Oh. Tak cakap eh…?

Ha yalah.. Jika diingatkan semula, memang dia tak cakap pun. Cuma dia cakap nak datang rumah Mira sahaja. Lagipun nak cakap masa tu macam tak ada hati sahaja, orang tu pun macam bawak diri je.

“Awak baliklah dulu, saya nak duduk sini sampai majlis Mira selesai..” putus Adra tiba-tiba. Ya. Itulah perancangannya daripada awal. Tinggal di rumah Mira sehingga majlis perkahwinanya selesai. Lagipun hubungan mereka sebelum ini sudah pun retak menanti belah. Dia tidak pernah terfikir yang mereka akan berbaik semula.

Ezzaq bangun dan melabuhkan punggungnya di belakang Adra.

“How about me…?”

Adra berpaling.

“Awak baliklah KL…”

“Without you..?”

“Yeah.. Without me… Awak boleh sahaja kan hidup tanpa saya..” balas Adra.

“Don’t say like that….” Ezzaq memeluk Adra dari belakang. Kepalanya dipangku dibahu isterinya.

“Just talk. No need hugging-hugging…” tegur Adra. Tangan Ezzaq cuba dileraikannya.

“Kenapa tak boleh peluk…? Semalam elok sahaja awak peluk saya. Siap tak nak lepas.. Tadi petang pun boleh aje peluk.. Sekarang tak boleh pulak dah..?” komen Ezzaq. See..! Tengok tak angin isterinya. Berubah-rubah kan..? Semalam mungkin demam, tak sedar apa yang dia lakukan. Tadi petang rasa macam dah sihat. Elok sahaja reaksinya.

Wajahnya dipaling. Ezzaq sedang tersenyum.

“Jangan buat cerita eh yang malam semalam tu.” Sangkal Adra. Yang petang tadi lain ceritalah. Dia pun tak tahu macam mana dia boleh bereaksi seperti itu.

“Tak ada masa saya nak cuba buat cerita. Semalam siapa cakap rindu dekat saya sangat.. Siap cakap jangan tinggalkan dia lagi. Pegang saya sebab tak nak bagi saya lari…” cerita Ezzaq. Bibirnya mengorak senyum mengingatkan perlakuan isterinya semalam. Namun ungkapan tu belum dia dengari lagi daripada mulut Adra. Ungkapan yang sejujurnya daripada isterinya.

Adra mengerutkan wajahnya. Betul ke dia cakap macam tu. Dia ingat semua yang dia cakap tu hanyalah di dalam mimpi. Bukannya di hadapan Ezzaq yang sebenar.

“Kenapa tak percaya…?” tanya Ezzaq lagi. Keningnya dijongket.

Ezzaq ketawa kecil. Nampak sangat muka isterinya sudah cuak.

“Azad dah ceritakan semua pada saya, sebab tu saya ada dekat sini sekarang. Saya memang banyak salah faham dengan hubungan kita, dengan perasaan kita, dengan kehadiran Azad. Saya memang cintakan awak tetapi dalam masa yang sama saya terseksa bila awak lebih melebihkan Azad. Sampai saya hampir putus asa. Kalau tak kerana saya terjumpa Azad dua hari lepas, mungkin saya akan lepaskan awak untuk bahagia bersama dengan Azad.”

Ezzaq sedikit menunduk.

“Saya tahu, saya bukanlah pilihan awak yang terbaik. Lelaki yang terbaik untuk awak. Mungkin saya tidak sehebat Azad dimata awak. Tapi saya nak yang terbaik dalam hubungan kita. Saya dah sayangkan awak, saya nak jaga awak, saya nak ada keluarga kita sendiri dengan awak. Segala-galanya dengan awak..”

“Sudi tak terima saya sebagai suami dan sudi tak sayang saya sebagai seorang suami…?” bisik Ezzaq ditelinga Adra. Tulus dia ucapkan. Dia mahukan jawapan tulus isterinya.

Hati Adra tersentuh dengan kata-kata Ezzaq. Sedikit sebanyak hatinya sudah terpujuk dengan perbualan panjang mereka petang tadi. Ezzaq betul-betul sayangkan dirinya. Itulah yang terpancar di dalam mata lelaki itu setiap kali mereka berpandangan. Kini giliran dirinya pula. Membuka hatinya yang untuk menerima lelaki itu sebagai suaminya dan menerima lelaki itu seadanya. Adra menolak tangan Ezzaq dipinggannya dan dia berpusing menghadap lelaki itu. Kepala Adra mengangguk perlahan. Ya itulah kata hatinya sekarang. Dia sudi.

Ezzaq tersenyum lebar

Alhamdulillah..

“I love you…” ucap Ezzaq lagi. Pipi Adra diciumnya.

Air mata Adra mula bergenang. Begitu lama Ezzaq bersabar dengan kerenahnya. Begitu tulus Ezzaq menyayanginya walaupun dia pernah membenci lelaki itu suatu ketika dulu. Begitu banyak kesalahan yang dia lakukan tanpa mengambil kira hati dan perasaan lelaki itu. Jika tidak kerana Ezzaq bertegas di dalam rumah tangga mereka, mungkin hubungan mereka sudah lama berakhir.

Jemari Ezzaq menyapu lembut air mata yang gugur di pipi isterinya dan dia senyum lebar. “Don’t cry pleassseeeee….”

Adra menggeleng. “I love you too…” ucap Adra akhirnya. Kini dia pasti. Dia cintakan lelaki itu. Terima kasih Allah kerana permudahkan urusan hatinya.

Senyuman Ezzaq semakin lebar. Dahi Adra diciumnya. Dan badan isterinya ditarik ke dalam pelukan. Tiada yang lebih membahagiakan selain daripada pengakuan Adra dan penerimaan isterinya. Tidak rugi dia bersabar dan berdoa selama ini.

“Terima kasih sayang…” ucap Ezzaq. Pelukan dileraikan dan kali ini bibir mereka pula berbicara. Adra tersenyum lega. Mungkin jalan inilah yang ditentukan untuknya. Dia rasa bahagia bersama dengan seorang lelaki yang bernama Ezzaq Ashfiq.

“But….” Celah Adra tiba-tiba. Wajah suaminya direnung.

“But…?”

“Saya nak stay sini. Saya nak juga merasa macam mana membuat persiapan perkahwinan. Saya tak ada peluang untuk rasa semua tu…” Adra berterus terang. Ya. Perkahwinannya tidaklah semeriah dan semenarik orang lain. Apabila ada ruang dan kesempatan begini, takkan tidak mahu direbutnya.

“Sebab tu sahaja ke…?”

“Yaa… lagipun Mira kan kawan baik saya…”

“Kalau sayang tak tolong, Mira tak jadi kahwin ke…?”

“Taklah macam tu. Kesian kat Mira. Mak pun sama. At least jika ada saya kat sini, boleh lah tolong apa yang patut.. Pleaseee…” pinta Adra. Jemarinya sengaja menari-nari di bahu Ezzaq. Berharap lelaki itu membenarkan dirinya berlama di situ.

Ezzaq senyum meleret. Kalau tak kerana nak memujuk agaknya ada tak Adra menjadi manja sebegini.

“Let me think tonight….” Sengaja Ezzaq bermain tarik tali. Biar wanita itu terdera. Kalau ikutkan hati memang dia tidak mahu benarkan, dia tidak mahu berpisah dengan wanita itu sesaat pun. Cukuplah perpisahan mereka sebelum ini yang menjauhkan jarak mereka.

“Alaaaa….” Dahinya mulut berkerut.

Ezzaq ni..

Ini yang tak best ni..

“Ya… Biarlah saya fikir dulu. Tak cakap pun tak boleh... Tapi kan sayang…”

“Apa…?”

“Sayang ada berangan ke dulu nak buat wedding macam mana…?”

Adra senyum bersahaja. “Dululah.. Waktu dengan Azad. Teringin nak buat..” Adra mendekatkan bibirnya ke telinga Ezzaq. Dia bisikkan sesuatu sehinggakan Ezzaq membulatkan matanya.

“Jangan salah faham ya.. Itu angan-angan sahaja… Dan impian tu takkan tercapai pun. Sebab saya sendiri dah kahwin. Sebab tu Mira punya wedding nak involve sangat-sangat. Tak nak biarkan impian Mira terkubur seperti saya…” kata Adra perlahan.

Ezzaq tidak menjawab, namun ditariknya Adra ke dalam pelukannya.

**********

“GOOD morning..”

Adra membuka matanya perlahan. Wajah itu sedang tersenyum. “Morning…” balasnya. Kelopak mata kembali tertutup. Suasana pada pagi ini sungguh sejuk dek kerana hujan lebat semalam. Terasa mahu bermalas-malasan di katil. “Laparlah…” rungut Adra.

Terdengar suara Ezzaq ketawa perlahan, namun matanya begitu memberat. Malasnya nak buka kelopak mata.

“Dah lapar bangunlah. Kita sarapan sama-sama..” balas Ezzaq perlahan seakan berbisik. Namun jelas kedengaran di cuping telinga

Adra mengangguk, namun kelopak matanya masih juga tertutup. Macam ada gam sahaja. Terasa tangannya disentuh. Kehangatan tapak tangan Ezzaq yang melekat pada belakang tangannya membuatkan Adra tersenyum. Ideanya mula terbit.

“Nak makan spagethi awak masak boleh…?” luah Adra. Barulah matanya terbuka. Dari semalam dia duk teringat spagethi masakan Ezzaq. Tersedap yang pernah dia rasa. Fikir sahaja pun dah teringat-teringat rasa dia. Kalau dapat merasa mesti tak pandang kiri kanan nanti.

Ezzaq senyum meleret. “Patutlah….”

“Apa..?” tanya Adra. Keningnya berkerut. Cara senyuman Ezzaq tu nampak macam lain sangat.

“Semalam mengigau siap sebut nak spagethi …”

Kening dan dahi Adra mula berkerut. “Am I..?” seriuslah sampai terbawak dalam mimpi nak makan spagethi masakan lelaki itu. Terus Adra bangun, matanya membulat. Hilang terus mengantuk yang berlingkar pada matanya tadi.

Ezzaq mula ketawa senang. “Taklah. But lucky you, saya dah masak spagethi pagi ni.” balas Ezzaq. Jarinya mencuit hidung Adra. Patutlah semalam masa dia keluar membeli barang, hatinya menarik-narik untuk membeli barang-barang untuk membuat spagethi. Tambahan pula, dalam rumah tumpangan juga sudah sediakan alatan untuk memasak. Jadi itu semua memudahkan urusannya. Tak sangka pagi ini, Adra teringin nak makan spageti pula..

“Seriously…? Thank you…!” jerit Adra dan terus memeluk leher Ezzaq. Badan Ezzaq yang tidak bersedia dengan tindakan spontan Adra, terus terjatuh. Mujur mereka terbaring di atas katil juga. Senyuman Adra terus mati ketika badannya selamat mendarat diatas badan suaminya sendiri. Dia tidak sanggup berlama. Dia dapat merasakan lekuk badannya melekat di dada lelaki itu. Keadaan itu membuatkan jantungnya berubah irama. Sejak bila jantungnya mula bekerja apabila bersentuhan dengan lelaki ini pun dia tak tahu. Eh, bukan daripada dulu lagi ke..?

“Are you that happy..?” tanya Ezzaq. Keningnya terangkat. Walaupun tindakan isterinya sedikit mengejut, namun tangannya cekap menyambut pelukan Adra yang tiba-tiba.

“Sorry…” ucap Adra sambil tersengih. Tidak disangka terlalu excited pula reaksinya.

Adra cuba menolak badannya untuk bangun. Namun Ezzaq menyekat pergerakkannya. Mereka berpandangan seketika. Renungan Ezzaq membuatkan jantungnya semakin sesak. Adra mula merasakan reaksinya tadi terlalu over. Dah, nak buat macam mana. Dia sendiri tidak menyangka dapat makan masakan lelaki itu pagi ini. Bonus sangat terasa. Namun melihat keadaan mereka sekarang, dia silap. Silap percaturan.

Ezzaq pula tiada ura-ura mahu melepaskan badan isterinya. “Sayang... "

"Yaa.." balas Adra. Dia tidak berani untuk melihat anak mata lelaki itu. Dia takut tergoda lagi dengan pandangan redup lelaki itu. Pandangannya berpusat pada leher Ezzaq. Itu sahaja tempat yang tidak memerlukan dia bertentang mata sedekat ini.

Kenapa leher dia nampak macam....

Gulp... Adra menelan air liur kesat..

Seksi dan menyelerakan...

Dan... Kening Adra berkerut

Ada kesan merah kat situ.. Huh..?? Bukan satu.. Tapi tiga..!

Wajah Adra mula memerah. Panas terus menyerbu ke mukanya.

"Sayang tengok apa..?" soal Ezzaq sambil senyum meleret.

Adra menggeleng. Takkan dia nak cakap. Itu kerjanya sendiri...! Grrrr....

Ezzaq pula sengaja menyentuh tempat merah di lehernya. "Semalam tak ada lagi tau, tadi bangun pagi ada pula.. Nyamuk kot semalam kan..?" usik Ezzaq lagi. Dia tahu, mata isterinya membulat setelah melihat kesan hickey yang telah ditinggalkan oleh isterinya sendiri.

Mendengar komen Ezzaq, Adra macam… Ermmm.. Okey bye..!

Mendiamkan diri lebih baik walaupun terasa bahang di wajah semakin panas..

Ezzaq ketawa senang melihat riak isterinya malu-malu dengan usikannya. "Okey... Sebab saya dah tolong masak spagethi favorite sayang, sayang kena bagi upah.. Baru fair... "

Adra mengecilkan mata. “Sikit-sikit upah.. Sikit- sikit upah. Macam tak ikhlas sahaja masaknya…”

Ezzaq tergelak. “Come on… Ikhlas ke tak ikhlas ke, Allah sahaja yang tahu. Yang sekarang ni, kiranya saya dah masak. Nak tak nak sayang kena bagi jugak upah…”

“Boringlah…” tolak Adra selamba. Dah tahu, upah yang lelaki itu maksudkan. Segan tau tak..

“Apa macam tu.. Tak nak dapat pahala free ke…?”

“Awak ni kan… Gedik tau tak...” Akhirnya Adra mengalah. Bibirnya bertemu dengan pipi Ezzaq seketika. Dia sendiri tersenyum. Pakcik ni pun over semacam. Macamlah dia yang suruh masak. Cakap sahaja tadi. “Okey dah.. Saya nak mandi sekarang…”

Ezzaq langsung tidak bergerak, pelukan di badan isterinya juga tidak dilepaskan. Dia suka.

“Ezzaq…” dada Ezzaq ditepuk.

“Aduhh..”

Adra tergelak. “Padan muka.”

Ezzaq turut sama tergelak. Barulah dia melepaskan badan isterinya. “Bukan sebelum subuh tadi sayang dah mandi ke..?”

Adra menjeling. Dipandang kecik besar, kecil besar sahaja Ezzaq. Wajahnya mula memerah. “Dah tidur balik tadi, saya nak mandi jugak… okey bye…” kata Adra dan terus bangun. Tualanya dicapai.

Terdengar suara tawa galak Ezzaq.

Menyampah..

Namun bibirnya terukir sebuah senyuman. Dia bahagia apabila betul-betul ikhlas menerima kasih sayang daripada lelaki itu dan tulus menyayangi suaminya sendiri.

*****

Setelah bersarapan dengan Ezzaq, Adra meminta diri untuk pulang ke rumah Mira. Komennya tentang masakan Ezzaq. Sedap. Memang sedap spagethi masakan Ezzaq. Kalau dia belajar masak pun, mungkin takkan jadi sesedap itu. Namun dia gembira, sebab sudah tertunai kempunannya.

Ketika Ezzaq mula membuka laptop untuk bekerja, Adra keluar daripada rumah. Adra mencari kelibat Mira sehingga ke dapur, namun tiada. Ada benda yang dia mahu bincangkan dengan makcik tu.

“Mak.. Nampak Mira tak…?” tanya Adra ketika melihat kelibat mak angkatnya di dapur.

“Lepas sarapan tadi, dah masuk bilik kot. Katanya nak kemaskan barang-barang hantaran..” balas Pn Zurin. Dia hanya memandang sekilas. Kemudian pandangannya beralih semula. Jemarinya ligat memotong sayuran di papan pemotong.

Adra pelik, tadi ketika dia membuka pintu bilik, tiada pula kelibat makcik tu kat dalam. Mana pula menyoroknya. Takkan nak main chipmore pagi-pagi ni.

“Okey mak, Adra cari Mira sekejap..”

“Adra dah makan ke belum..? Mak buat bihun goreng kalau tak makan lagi. Ajak suami kamu sekali..” tanya Pn Zurin sebelum Adra melangkah.

Adra senyum. “Adra dah makan mak. Ezzaq masak kat rumah tadi…”

“Ezzaq masak..? Untung kamu ya dapat suami pandai masak..”

Adra tersengih. Betul ke untung..? Ya juga, kalau Ezzaq tak pandai masak, tambah pula dengan dia memang fail masak. Hari-hari, kira order food panda sahajalah. Kalau bosan.. KFC... Tak pun McD. Kata nak boikot, tetapi sampai ke sudah, duduk membeli juga. Jangan salahkan dirinya, cubalah kalau ada kedai francais orang muslim boleh buat burger macam burger McD. Sebiji mcam Spicy McChicken Deluxe. Confirm ramai orang sokong.

“Mak, saya cari Mira sekejap ya..”

“Yalah…” balas Pn Zurin sambil tersenyum.

Adra kembali ke bilik di bahagian tengah. Memang itu bilik Mira. Dia menumpang sebelum ini pun bilik Mira.

“Mira…” panggilnya. Mata meliar mencari kelibat yang satu.

Kepala Mira terangkat. “Kenapa…?”

Adra menepuk kepala. “Yang kau duduk bawak meja tu kenapa…? Patutlah aku cari tak jumpa.”

Mira tergelak.

“Bila kau cari…? Ingat dah jumpa suami tak ingat kawan dah…” sakat Mira.

“Buatlah ayat sentap macam tu, cepuk karang…”

Semakin galak Mira ketawa. “Patutlah aku dengar orang buka pintu tadi, tengok-tengok tak ada orang. Kau rupanya…”

Ishhh...

“Kau jangan buat cerita pelik-pelik boleh tak Mira. Cuba cerita kisah lain ke, kang elok. Ini asyik duk share cerita seram sahaja." balas Adra. Mira pula tersengih. "Kau buat apa…?” tanya Adra.

“Nampak tak...? Tengah susun barang aku ni..”

“Kenapa letak bawah meja..?”

“Kau rasa…? Ada ruang lagi ke aku nak letak..”

Kawasan sekeliling bilik dilihat. Memang dah penuh, tiada tempat kosong lagi. Adra tersengih. Meriah betul persiapan Mira. Dengan barang hantaran, barang-barang untuk goodie bag lagi. Memang penuhlah cerita dia.

“Mira…”

“Sedap sangat ke nama aku, dari tadi kau duk seru…”

Adra tergelak.

“Aku nak cakap sikit ni..”

“Apa…? Kau pregnant ke…?”

Pap!

Bahu Mira menjadi sasaran.

“Apa yang naughty sangat ni…?”

Mira ketawa kuat.

“Bukan itulah.. Aku nak cakap ni, Ezzaq ajak aku balik KL. Macam mana…?” beritahu Adra. Ya, memang Ezzaq ajak dia pulang ke KL. Setelah sesi pujuk memujuk semalam, Ezzaq benarkan dia tinggal di sini dalam dua ke tiga hari lagi. Ezzaq tidak boleh bercuti lama. Itupun PA dia asyik-asyik call. Tak PA dia, nanti adalah orang lain pula yang hubunginya. Dah offer nak balik sendiri pun dia tak bagi pulak. Bukan tiada kereta pun kalau dia nak balik sendiri. Last-last kereta tu dia minta bantuan orang lain hantarkan. Dia..? Apa lagi, kena naik dengan big bosslah

Tawa Mira terus terhenti.

“Alaa….”

“Macam mana…?”

“Kalau dah laki kau dah ajak balik, kau baliklah…” jawab Mira mendatar.

“Alooo… Janganlah buat suara macam tu pulak, sedihlah aku…”

“Bila kau nak balik…?”

“Dalam dua hari lagi..”

“Ala cepatnya.. Tak sempat nak bermanja dengan kau…” Badan Adra dipeluknya.

“Macamlah sebelum ni tak cukup manja dengan aku..” Adra tergelak. Drama sangat makcik ni.

“Tak cukup…” balas Mira dengan pantas. Persiapannya perkahwinannya pun sudah hampir siap. Adalah dalam 90%. Selebihnya sengaja nak menyakat makcik sorang tu.

“Tunggulah Hakim ada nanti, kau dah ada orang nak bermanja.. Lebih daripada cukup nanti..”

“Gitulah kau, mentang-mentang dah ada suami…”

“Eleh.. Jangan cakap lebih-lebih tau, takut nanti diri sendiri pulak. Tak boleh nak berpisah seinci pun…”

“Overlah kau…” Mira tergelak.

“Masa ni overlah.. Tunggu lah nanti..”

“Awat.. Kau macam tu ke dengan laki kau..? Sebab tu gaduh-gaduh. Sekali laki datang terus cair… Bukan kali ni sahaja, sebelum ni pun sama jugak.” sakat Mira.

“Tak usah nak alih tajuk eh….” Balas Adra. “Sementara aku ada kat sini lagi, aku nak tolong persiapan kau habis-habisan. Semoga aku tak menyesal, sebab aku dah tolong satu-satunya kawan baik aku..”

“Alo… Sweetnya…Bini siapalah ni…”

“Binilah siapa-siapa pun…” Adra mencebik.

Mira mengekek ketawa, Adra juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience