“HARI ini awak cuti lagi ke…?” soal Adra. Dari pagi tadi dia melihat Ezzaq bersenang lenang, tidak pula dia bersiap. Jam pula sudah menunjukkan hampir pukul lapan pagi. Lelaki itu hanya bersantai di sofa sambil mengadap laptopnya sendiri. Bantal kusyen di sofa di tarik. Kemudian dia letakkan di riba, sekaligus memangku kedua belah tangannya.
“Lebih kuranglah…" jawab Ezzaq, namun matanya fokus pada laptop di meja. Memang dia bercuti, ber..cuti daripada pergi ke ofis, namun kerja tetap berjalan seperti biasa.
Adra mengangguk. Wajah Ezzaq dipandang. Diam pula pakcik tu. Adra berkira - kira nak cakap atau tidak.
"Kenapa sayang..?" soal Ezzaq. Tetikus di tangan dilepaskan. Badannya pula disandar ke sofa. Wajah isterinya direnung. Macam ada sesuatu yang hendak diperkatakan. "Adra ada nak pergi mana-mana ke?"
Adra senyum tipis. Okey.. Alang-alang dia dah tanya.
“Saya ingat nak ambil kereta kat rumah saya…Boleh tak awak tolong hantarkan..? ”
“Nak ambil kereta.? Nak pergi mana…?”
“Kalau awak dah kerja, takkan saya nak duduk rumah sorang-sorang. Sekurang-kurangnya kalau ada kereta, boleh saya balik rumah, boleh jenguk nursery saya…” balas Adra. Ya lebih kurang tiga bulan dia tidak menjenguk nurserynya. Entah apa jadi pun tidak tahulah. Dia berharap Sarah menjaganya dengan baik.
Ezzaq berfikir seketika. Kemudian, sebuah senyuman dilemparkan kepada isterinya. “Ermm boleh, kalau macam tu awak bersiaplah.. Sekejap lagi kita keluar..” putusnya.
Adra mengangguk. Bibirnya mengorak senyum. Mujur Ezzaq bersetuju dengan ideanya. Kalau pun Ezzaq tak jadi hantar tadi, dia sanggup sewa grab. Misinya, ambil kereta itu adalah wajib. Barulah senang nak bergerak. Adra bangun dan berjalan ke tingkat atas. Dia menukar baju kepada blouse lengan panjang berwarna kuning susu dan mengenakan skirt labuh. Rambutnya yang lepas disikat dan dibiarkan lepas.
Wajahnya ditilik. Lipstik jenama Mary Kay yang berwarna pink dicalit menutupi bibirnya. Hanya calitan nipis supaya tidak nampak terlalu ketara. Setelah berpuas hati, Adra mencapai handbang dan terus melangkah turun ke tingkat bawah.
Ketika menuruni tangga, matanya melihat Ezzaq masih kusyuk dengan kerja di laptop. “Saya dah siap..” kata Adra.
Ezzaq berpaling dan dia senyum lebar ketika matanya menjamah wajah isterinya. Baru nampak wajah comel itu berlainan hari ni. Kalau biasa, serius, ketat. Ezzaq bangun setelah skrin laptopnya gelap.
Ezzaq bangun dan menghampiri Adra. “Cantik…” puji Ezzaq. Tanpa amaran, pipi Adra diciumnya pantas.
Mata Adra membulat. “Awk ni…!”
“Apa..?”
Muka Adra berkerut.
“Tak salah kan…? jawab Ezza sambil tersenyum-senyum.
“Sengaja ambil kesempatan kan…?”
Ezzaq tergelak pula. “Cium sahaja, karang saya ambil kesempatan betul baru tahu. Tak keluar kita karang…” usik Ezzaq.
Mendengar jawapan Ezzaq, terus Adra berjalan laju menuju ke muka pintu. Jangan sesekali kita memberi ruang atau pun bereaksi positif. Melarikan diri adalah yang terbaik.
Ezzaq ketawa senang. Seronok dia mengusik Adra. Walaupun isterinya melarikanan diri, namun wanita itu tidak marah-marah atau bermasam muka. Dia bersyukur, semoga isterinya dapat memaafkan dia sepenuhnya suatu hari nanti.
Setelah mengemas laptopnya, barulah Ezzaq keluar rumah dan menghampiri keretanya. Adra awal-awal lagi sudah berada di dalam. Dikerling isterinya yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya sendiri.
Bibirnya mengorak senyum. Lantas handbrake dilepaskan.
“Kita makan tengahari dulu sebelum pergi rumah mama boleh…?” tanya Ezzaq apabila dia mula memandu. Sesekali dia berpaling ke sebelah. Matanya begitu aktif hari ini. Macam menarik-narik untuk terus melihat wajah disebelahnya.
“Awak tak masak ke hari ini..?”
Ezzaq tergelak. Tak sangka itu soalan yang keluar dari mulut isterinya. “Kita dah keluar ni, saya tak masak lah… Kenapa, awak dah rindu masakan saya ke…?” duga Ezzaq tersengih-sengih.
“Tak adalah…” balas Adra sambil mengutuk dirinya di dalam diam. Macam mana dia boleh terfikir soalan itu pun tidak tahulah. Sejenak dia berfikir. Rindu ke..? Entahlah. Yang dia pasti masakan Ezzaq memang sedap. Selain masakan mama, rasanya masakan Ezzaq yang kedua terbaik yang pernah dia rasa. Mak masak pun sedap juga. Hehehe. Kesian mak cakap masakan mak tidak sedap, padahal sepanjang dia berada di Mira, maklah yang banyak memasak. Kenalah dengan seleranya walaupun masakan banyak berkait dengan masakan Terengganu. “Ermm.. Bolehlah makan dulu…” putus Adra selepas itu.
Tiba-tiba handphone Ezzaq berbunyi. Matanya tertancap pada skrin telefon. Melihat panggilan daripada setiausahanya, Ezzaq mengeluarkan earphone.
"Sekejap ya sayang.." pinta Ezzaq. Adra dipandang dan isterinya mengangguk. Earphone diletakkan di telinga kanannya sebelum menarik butang hijau pada skrin telefon.
“Ya saya…”
“Boss.. Dato Hasnol ada appointment dengan boss hari ini..”
“Sayakan cuti…”
“Ya.. Saya dah maklumkan, tapi Dato bagi short notice nak jumpa boss jugak hari ini. Dia nak buat pertambahan dalam plan asal. Hari ini sahaja dia ada, malam nanti dia cakap kena outstation ke Jepun..”
Ezzaq mengeluh.
“Pukul berapa dia nak datang..?”
“Pukul 12 boss… Lagi setengah jam.. Cik Hanis pun kelam kabut cari boss..”
“Hah…! Setengah jam lagi… Kenapa sekarang baru awak call..?”
“Sorrylah boss. Dato bagi short notice. Ini selepas dia cakap, saya terus call boss…” sambung Atikah dengan nada bersalah. Haraplah En Ezzaq tidak marah.
Keluh dilepaskan. Jam ditangan ditatap. Pukul 11.30, Adra disebelah dipandang. Mata mereka bersatu.
“Ha, yelah saya gerak pergi ofis sekarang..” balas Ezzaq dan terus talian dimatikan. Mujur mereka memang masih berada berdekatan dengan ofis.
“Kenapa…?” tanya Adra dulu.
“Saya punya client nak jumpa pukul 12 sekejap lagi dekat ofis. Urgent call. Kita singgah ofis saya sekejap boleh…?”
Adra menggaru leher. “Awak ada kerja, bagi saya naik grab sahajalah..”
“Tak naklah macam tu, saya dah janji. Sekejap sahaja. Nanti sayang tunggu dekat bilik saya sahaja sementara saya siapkan kerja.. Boleh..?”
“Saya tunggu dalam kereta sahajalah…” putus Adra. Malaslah pula dia nak naik ke ofis Ezzaq. For sure mesti ramai pekerja dia, nama pun hari bekerja kan.
“Bahayalah nak tinggal sorang-sorang.. Kang ada orang nak culik awak ke, berniat jahat ke.. Saya dekat atas, tak nampak awak..Macam mana saya nak selamatkan awak nanti.. " kata Ezzaq dengan dahi berkerut. Memang takkanlah dia hendak tinggalkan isterinya sorang-sorang.
Dahi Adra pun turut berkerut. Berkerut sebab tak boleh nak kaitkan dengan alasan yang Ezzaq berikan. Apasal drama sangat jawapan dia..? Dah kalau duduk dalam kereta, kuncilah pintu. Janganlah dibuka. Kalau tak buka mesti orang tak boleh masuk, kan..? Kan?
"Ikut saya ya..” Ezzaq berikan senyuman. Kereta baru sahaja berhenti di ruang parking. Setelah handbreak diangkat, wajah Adra dipandang.
"Please... Saya takkan dan tak nak tinggalkan awak dekat sini sorang-sorang. Kalaupun awak tak takut dengan manusia, saya risau ada yang lain menganggu awak.. Tempat parking ni keras sikit tau..." kata Ezzaq. Sengaja ayat terakhir ditekankan sedikit.
Ishhh!
Ezzaq ni, memang suka guna alasan yang tidak munasabah kan..?
"Yalah..." akhirnya Adra bersetuju. Dia keluar dari kereta bersama dengan Ezzaq. Baru nak bersenang lenang dalam kereta. Selepas Ezzaq membuat cerita, cuak juga terbit dihatinya. Mahunya betul ada yang menegur di tepi tingkap ke, depan ke.. Awwww..! Fikir pun dah scary.
“Jom…” ajak Ezzaq. Mulutnya sama laju dengan pergerakkan tangannya.
“Awak tak payah lah nak pegang tangan saya..” langkah Adra terhenti. Matanya mengisyaratkan untuk Ezzaq melepaskan tangannya. Nak pergi ofis kot, bukan nak pergi supermarkat.
Eh! Kalau pergi supermarket nak ke Ezzaq pegang tangannya juga. Adra mendecit. No.. Still No..!!
“Tak apalah, saya suka pegang tangan awak…Nak buat macam mana. Saya rasa macam tak nak lepas pun.. ” balas Ezzaq selamba.
Kening Adra berkerut. Pakcik nilah….!
“Nanti pekerja awak nampak, malulah saya…”
“Nak malu apa, mereka sudah tahu saya dah berkahwin…” Ezzaq sudah memulakan langkah. Adra juga. Yalah, tangannya sudah terikat. Mampu ke berdiri di situ sahaja. Semestinya dia kena tarik dengan si Ezzaq tu.
“Yelah awak dah kahwin, tak payahlah nak menunjuk dekat orang…Tak elok pun... ”
"Apa pula tak elok. Let people know. This man was taken. And that women is belong to him.. Haaa.. Kan benda baik tu. Orang kahwin pun perlu dihebah-hebahkan. Sebabnya, tak nak menimbulnya fitnah. Betul tak cik puan Adra Arissa..?"
Adra mengecilkan matanya. Ada sahajalah alasan dia kan?
Ezzaq ketawa senang. Reaksi Adra membuatkan hatinya senang.
Mereka berdua tiba di tingkat lapan, pejabat Ezzaq. Tidak ramai pun orang ketika itu, mungkin waktu pejabat. Mana ada orang melilau-lilau. Kang rupanya makan gaji buta pula. Pintu kaca besar ditolak Ezzaq dan mereka berdua melangkah masuk.
Ruang pejabat yang agak besar. Di bahagian tengah terdapat meja-meja membentuk bulatan. Ada beberapa orang pekerja yang masing-masing sibuk dengan kerja mereka, namun ketika menyedari kelibat Ezzaq, mereka menegur dengan panggilan boss. Adra memberikan senyum tipis ketika mata mereka melirik kepadanya.
Mesti mereka hairan dan pelik. Perempuan mana pulalah boss mereka bawa, siap berpegang tangan lagi. Adra melepaskan keluh kecil. Degil jugak pakcik seorang ni, tangannya langsung tidak dilepaskan.
Ezzaq membawanya ke sebuah bilik. Di pintunya tertera satu nama.
Ezzaq Ashfiq bin Zakwan.
Adra membaca sebaris nama itu di dalam hatinya. Oh..! Itu ke nama penuh Ezzaq..? Baru dia tahu.
"Boss..." tegur seorang wanita yang duduk di meja, sebelah pintu masuk bilik Ezzaq. Adra mengukirkan senyuman ketika matanya bertembung. Wanita itu juga.
Ezzaq membuka pintu biliknya dahulu dan membiarkan Adra masuk dahulu.
“Atikah, buatkan air dua ya…” pinta Ezzaq.
“Baik boss…” Atikah mengangkat jarinya membentuk bentuk 'o'. “Boss…” panggil Atikah apabila melihat En Ezzaq mula melangkah masuk ke dalam biliknya.
Ezzaq berpaling semula.
“Isteri boss ke..?”
Ezzaq tersenyum dan keningnya dijongket. “Yes..My wife..”
Atikah menunjukkan ibu jari. “Cantik boss…”
Ezzaq tergelak dan dia terus masuk ke dalam bilik.
Ezzaq terus menghampirinya meja, laptop yang di bawa bersamanya tadi dibuka. Mujur tergerak hati untuk membawanya sekali tadi. Kalau tidak haru juga nak berpusing ke rumahnya semata-mata. “Sayang…” panggil Ezzaq dan Adra berpaling. “Tunggu sekejap ya…”
Adra mengangguk. Dia sudah melabuhkan punggung di sofa didalam bilik Ezzaq. Itu tempat yang sesuai, takkan nak duduk dikerusi didepan Ezzaq. Macam kurang sesuai pula. Majalah diatas meja dicapai. Kebanyakkan semuanya berkisar kepada interior designer.
Ezzaq dipandang, mata lelaki itu fokus kepada skrin laptop, sesekali jarinya bergerak menekan papan keyboard. Kemudian beralih pada skrin semula. Adra membuang pandang.
Apa kerja Ezzaq ya.? Dia pun tidak pernah bertanya, apa kerja Ezzaq yang sebenarnya. Keluarganya juga tidak pernah menceritakan tentang perihal Ezzaq. Atau sebenarnya, dia sendiri yang tidak pernah ambil kisah apa-apa yang berkaitan dengan lelaki itu.
Tiba-tiba pintu bilik Ezzaq diketuk. Dan muncul seorang wanita. Langkahnya anggun menuju ke arah Ezzaq yang berada di meja.
“Ezzaq..You tak cakap pun you cuti hari ini. Risau I bila Dato cakap nak datang tadi..” kata Hanis. Kerusi di depan Ezzaq ditarik dan punggungnya berlabuh di situ. Kakinya di silang. Tidak perlu menunggu keizinan dari lelaki itu, dia sudah biasa. Lagipun Ezzaq kawannya, tak mungkin Ezzaq akan menghalau atau marahkan dirinya.
“You nak takut buat apa, kalau I tak ada pun, just take note apa yang Dato nak.. Its simple... " balas Ezzaq. Matanya tidak sedikit pun beralih dari skrin laptop.
“Yalah..tapi Dato lagi suka you punya opinion..”
“Kalau macam tu, itu tugas you untuk tarik perhatian Dato dengan kebolehan you sendiri. Kalau you rasa tak mampu, kenapa you bertegas nak join projek kali ini..” balas Ezzaq pedas. Sudah banyak kali Hanis berperangai begitu. Di tegur pun, bukan nak dengar.
“Yalah.. I nak join sebab you.. Sebab nak bekerjasama dengan you,.. Nak bersama-sama dengan you.. Salah ke..?" protes Hanis.
“Itu salah…. Lain kali perbetulkan you punya objektif.. Kalau you punya objektif tak betul, sampai bila-bila pun keyakinan you tak sampai.. .” tegur Ezzaq.
.
Hanis mendengus dan bersandar dikerusi di depan Ezzaq.
Adra hanya mendengar perbualan mereka berdua. Mana tak dengar, suara si minah tu punyalah kuat. Bergema satu bilik kot. Matanya melirik ke arah mereka berdua kemudian pandangannya beralih kepada majalah semula. Tidak mahu ambil tahu apa yang terjadi antara mereka. Kecoh sangat dengarnya ya.
“Oh by the way Hanis.” Ezzaq bangun dan langkahnya menuju kearah Adra. Bibirnya mengorak senyum ketika mata mereka bersatu.
Hanis turut mengikuti langkah Ezzaq. Ada seorang wanita yang duduk di situ. Hatinya kurang senang.. Whose that??
“Kenalkan wife I..” tangan Ezzaq berlingkar dipinggang wanita itu. Hatinya cemburu. Ezzaq senyum dengan lebarnya ketika memperkenalkan wanita itu sebagai isterinya. Hanis cuba mengawal air mukanya supaya tidak ketara. Dia sangat gembira apabila mendapat tahu yang isteri Ezzaq meninggalkan Ezzaq sebelum ini. Cerah harapannya, namun sekarang kenapa wanita ini kembali…?
“Oh wife you…” Hanis senyum tipis.. “Hai.. Hanis…” tangan dihulur kepada Adra.
“Hai.. Adra…” huluran Hanis disambut. Senyuman Hanis nampak canggung pada pandangannya. Adra senyum senget. “You all boleh sambung, anggap saja I tak wujud kat sini..”
“Mana boleh anggap tak wujud pula, sayang memang wujudlah..” kata Ezzaq dengan senyuman.
Belum sempat Adra menjawab, pintu bilik dikuak dan Atikah muncul.
“Boss, Dato dah sampai, bilik boss ke bilik meeting…?”
“Bilik meeting..Saya datang sekarang..” Adra dipandangnya. “Sayang tunggu sini sekejap ya, kalau ada apa-apa minta dengan Atikah okey…Tunggu tau…” pesan Ezzaq.
Adra mengangguk. “Sure..take your time…”
Ezzaq senyum dan tangannya laju mencapai laptopnya di meja. Terkedek-kedek Hanis mengikuti langkah Ezzaq. Sebelum jasadnya hilang di balik pintu, sempat Hanis menghadiahkan senyuman sinis kepada Adra.
Adra mencebik. Whatever.. Nampak sangat muka tak puas hati. Ezzaq sahaja pun, ambillah kalau nak.
Punggungnya berlabuh disofa semula. Malas mahu difikirkan, buku dibelek semula. Dia juga suka melihat buku yang melibatkan konsep dalaman tanaman, kerana memberi inspirasi untuk ditambah jenis tanaman di nurserynya.
“Puan…Saya sediakan air untuk puan ya…” Atikah yang baru masuk meletakkan air milo didepannya.
“Thanks…” balas Adra. “Awak Atikah.. PA Ezzaq ya…?” soal Adra. Ya wanita yang sama berada di meja depan tadi.
“Ya puan.. Puan perlukan apa-apa ke..? Boss ada pesan untuk tengokkan puan jika perlukan apa-apa sementara boss meeting..” balas Atikah.
Kalau PA, mesti semua perkara berkaitan dengan kerja Ezzaq dia tahu. Ingin ditanya, namun lidah bagaikan tersekat. Mesti pelik jika dia bertanya tentang jawatan Ezzaq. Isteri sendiri takkan tidak tahu suaminya kerja apa. Daripada meninggalkan gosip yang tidak enak, lebih baik dia pendamkan sahaja niatnya.
.
“Tak..Saya okey..Thanks..” jawab Adra dan senyum.
“Kalau macam tu, saya minta diri dulu ya…” Adra mengangguk. Akhirnya dia membiarkan Atikah keluar.
Diluar..
“Tikah… Siapa tu…?” tanya Sally yang baru bertenggek di meja kawannya. Dari boss masuk pejabat tadi dia perasan. Namun disebabkan kerjanya yang masih berlambak, disabarkan hatinya untuk bergosip dengan Atikah.
“Isteri boss..” jawab Atikah.
“Cantik suit… Menangis tepi buculah cik Hanis…” mereka berdua tergelak. Bukan tidak tahu, cik Hanis memang sukakan bossnya, namun boss tidak pernah melayan lebih.
“Romantik gak boss eh, datang tadi siap berpegang tangan.” Tambah Atikah. Dia pun terkejut apabila boss muncul berdua, bukan keseorangan. Isteri boss pun nampak macam bukan orang yang sombong. Elok sahaja dia senyum mesra tadi, walaupun tak bertegur sapa.
“Patut nampak boss ceria sahaja dua tiga hari yang lepas…”
“Tahu tak apa…” Atikah ketawa lagi. “Boleh tak aku nak berangan dapat suami macam boss jugak…”
“Doa-doa lah… tapi jangan kau goda boss sudah…”
“Tak adalah sampai macam tu. Lagipun aku hormat boss tu. Dia baik dan aku semestiya tidak akan sesekali mengambil kesempatan..” luah Atikah. Berkaliber kan..
Share this novel