RUTIN harian Adra semenjak berkampung di kampung Mira ialah menjadi pengunjung setia pantai, tidak kira pagi atau petang. Kadang-kadang dia akan berjoging sehinggakan orang kampung berdekatan pun sudah mengenalinya.
Hari ini dia malas berjoging, cukuplah sekadar menyusuri pantai. Niat dihati seperti mahu tinggal dan bekerja terus dengan Mira. Mira juga kongsi minat yang sama dengannya, menjalankan perniagaan nursery. Kadang-kadang dia akan menolong Mira dalam mengendalikan pengurusan pokok dan benihan.
Teringat nurserynya dirumah. Mujur dia ada mengajikan seorang pembantu untuk menolongnya. Tidaklah dia terlalu risaukan pokok-pokoknya tidak terjaga. Dia percayakan Sarah mampu untuk menguruskannya ketika ketiadaannya.
Hanya pekerjanya sahaja yang mengetahui nombor telefon barunya kerana dia terpaksa berhubung apabila ada tempahan online. Walaupun Sarah boleh melihat daripada laman nursery, namun dia masih perlu mengawasi pergerakkan pembantunya supaya tidak terlepas pandang mana-mana tempahan.
“Kak Adra, tadi mama akak ada bertanya, akak bercuti ke mana..?” beritahu Sarah ketika dia hubungi Sarah sebelum ini.
Kening Adra terangkat. “Lepas tu awak cakap apa..?”
“Saya cakap tak tahu..” jawab Sarah jujur. Sememangnya dia pun tidak tahu boss nya ke mana.
“Okey, kalau dorang tanya lagi, awak cakap sahaja tak tahu. Termasuk dengan nombor handphone baru saya..Boleh..?”
Sarah menggaru kepala. “Kenapa kak..?” Pening juga dia dengan keadaan keluarga bossnya.
“Awak tak perlu tahu. Awak tolong saya jagakan kebun saya sahaja.. Okey..?”
“Baiklah kak..”
Beberapa kali sudah diingatkan kepada pembantunya, jangan sesekali mendedahkan nombor barunya kepada ahli keluarganya, mahupun suaminya sendiri.
Suami…?
Ezzaq..?
Hmm yalah.
Rajuk dan marah yang dibawanya sedikit sebanyak sudah sebati, namun kehidupannya tenang disini. Dia tidak tahu bagaimana dia harus berhadapan dengan Ezzaq nanti. Tidak tahu apa yang akan dia perjuangkan lagi. Dahulu, Azad yang diperjuangkan, namun Azad sudah menjuahkan dirinya.
Ezzaq pula setia disisinya, namun dia masih tidak boleh menerima kehadiran Ezzaq. Bukan dia tidak lihat kesungguhan Ezzaq menemaninya di hospital tempoh hari, namun sengaja dia pekakkan telinga, butakan mata kerana marahnya pada Ezzaq. Kerana Ezzaq, Azad tinggalkan dia. Itu yang selalu berputar-putar di dalam fikirannya.
Adra membuang pandang ke lautan. Tenang dirasakan.
Namun ketenangannya terasa tergugat. Dia memandang ke sekeliling, dan matanya terpaku pada sepasang mata yang memang sedang memandangnya.
Dari situkah puncanya..?
Adra menarik menarik nafas dalam. Pandangannya dialihkan. Bukan kenal pun. Mungkin pengunjung yang memang datang ke sini. Menghayati keindahan alam ciptaan yang Satu. Sepertinya..? Mungkin..
Adra kembali meneruskan perjalanannya menyusuri pantai. Menyedut udara segar. Sesekali kakinya basah disimbahi ombak pantai. Adra senyum lagi.
Terlintas difikirannya, Adra kembali memandang ke arah lelaki tadi, orangnya sudah tiada, hanya keretanya diparking di situ.
Biarlah..
Bukan ada kaitan pun.
Namun hatinya ditarik-tarik untuk memandang ke belakang.
Adra berpaling. Dan dia terkejut, lelaki tadi sedang berjalan di belakangnya. Walaupun kedudukan mereka masih ada jaraknya, namun dia terasa tidak selesa. Adakah lelaki tadi sengaja mengikutinya? Adra berkira-kira mahu berpatah balik. Lagipun sudah jauh dia meninggalkan kawasan rumah Mira.
Apabila Adra berpusing, lelaki itu memandangnya.
Kenal ke..?
Walaupun lelaki itu berkaca mata hitam dan janggutnya agak berserabai, namun reaksinya santai, kedua tangannya masih di dalam poket. Macam tidak sesuai nak dikategorikan sebagai penjahat.
Pandangan lelaki itu tidak diendahkan, Adra melajukan langkahnya. Risau juga jika lelaki itu apa-apakan dia, apa-apa pun, lelaki tetapi lelaki.
Adra perasan yang lelaki tadi juga berpusing dan mengikuti langkahnya.
Akhirnya Adra menghentikan langkah.
“Kenapa awak ikut saya..?” tegur Adra.
Lelaki tadi hanya senyum. “Saya mencari sesuatu yang hilang…” jawabnya.
Adra mengecilkan matanya. Senyuman tu, macam pernah nampak.
Adra berpusing semula. Dia tidak mahu mengatakan apa yang dia fikirkan adalah betul.
Ezzaq ke…?
Jangan kecam jika dia tidak kenal bagaimana rupa Ezzaq. Memang dia tidak pernah terniat untuk mengingati wajah itu.
Kali ini dia tidak lagi berpusing, dia berjalan terus pulang ke rumah dan lelaki tadi memang mengikuti langkahnya walaupun sudah terlepas tempat kereta yang diparkingnya tadi.
Sesampai di halaman, dia terus masuk ke dalam rumah. Pintu rumah ditutup kemas. Adra bersandar di pintu. Kepalanya digeleng. Betul ke Ezzaq..?
Ataupun bukan Ezzaq. Mungkin orang lain. Pandai-pandailah orang tu pergi, kalau tengok rumah tiada orang.
Namun seketika dia mendengar suara Mira di luar.
Biarlah Mira uruskan. Adra terus ke ruang tamu.
“Encik nak cari siapa…?” tegur Mira.
“Adra Arissa..” jawabnya.
“Adra…? Encik ni siapa ya…?” soal Mira lagi.
Ezzaq tersenyum. Cermin matanya diangkat ke kepala. “Saya Ezzaq, saudara Adra..”
“Ezzaq…? Saudara…? Okey, sekejap saya panggil Adra. Tak tahu dia dah balik ke belum,” kata Mira.
“Dia dah masuk rumah tadi…” balas Ezzaq.
Mira pelik, kenapa Adra masuk ke dalam rumah sedangkan saudara dia datang..?
“Encik tunggu sekejap lah, saya panggilkan, saya minta maaf tak boleh ajak encik masuk, orang tua saya tiada.” Kata Mira dengan sopan.
Ezzaq mengangguk faham.
Mira bergegas masuk ke dalam rumah mencari Adra.
“Adra. Saudara kau ada datang, dekat luar… Dia cakap nama dia Ezzaq..” kata Mira.
“Saudara tang mana, aku mana ada saudara…” balas Adra. Maksudnya betullah Ezzaq. Dia pura-pura menonton televisyen. Macam mana Ezzaq tahu dia berada di sini. Tiada siapa yang tahu. Pembantu nurserynya hanya tahu nombor handphone tetapi tidak tahu di mana dia berada.
Ataupun…
“Mana aku tahu, dia cakap saudara kau. Adra Arissa. Siapa lagi nama Adra dekat sini. Kau lah.. Nama aku pun Amira Aina. Macam tak sama pula dengan Adra Arissa. Kan..?” sambung Mira lagi.
“Ye ke…? Malas lah aku, mana tahu betul ke tidak dia saudara aku. Lagipun macam mana dia tahu aku duduk sini… Mana tahu perompak ke.. Dia petik je nama sesiapa. Kau baik hati-hati. Mak dengan ayah tak ada ni..” tukas Adra mengelak lagi.
Mira diam. Macam ada betul juga kata Adra tu.
Mira berlalu meninggalkan Adra, namun langkahnya terhenti. Dia kembali kepada Adra semula.
“Kejap, kalau betul perompak, takkan nak perkenalkan nama. Muka mamat tu macam tak nampak macam perompak pun.. Entah-entah betul saudara kau tak…?”
“Entah …Tak tahu aku..”
“Engkau ni, tak tengok lagi dah kata tak tahu, cuba pergi tengok dulu…”
“Malaslah aku…”
“Lain macam perangai kau ni..”
Adra menjongket bahu. Air oren di depan mata dihirup perlahan.
“Nak kata abang kau macam lain… Eh..! Ke suami kau…?” teka Mira selamba.
Pwwuh!!!!
Adra terbatuk-batuk, tersedak air ketika perkataan suami keluar daripada mulut Mira.
“Kau ni, minum lah betul-betul..” marah Mira, belakang Adra digosok. “Betullah ni suami kau. Kalau tak, tak adalah tersedak air macam ni…” Mira ketawa galak, tidak disangka tekaannya mengena. Patut mengelat macam apa sahaja.
“Apa kau merepak ni…” marah Adra.
“Tak merepek pun, benar dan hakikat kan. Pergilah keluar, malas aku nak masuk campur hal rumah tangga kau ni..”
Adra menggeleng.
“Pergilah…”
Adra menggeleng lagi.
“Dah lama dia tunggu tu, kau tak kesian ke…”
Adra masih lagi membeku, matanya tetap tidak kalih daripada televisyen.
“Jadi bini berdosa kau ni tau…”
Adra mengeluh. “Aku belum bersedialah nak jumpa dia. Kau suruhlah dia balik. Please… Tolong aku…”
Giliran Mira pula memandangnya..
“Please….” Adra buat muka kesian dan merayu.
Akhirnya Mira bangun. “Kali ini saja tau aku tolong, next time pandai-pandai kau lah..”
Adra memandang langkah Mira keluar. Dadanya diurut lega.
“Encik Ezzaq..”
“Ya..?” Ezzaq berpaling apabila mendengar namanya dipanggil. Agak lama dia menunggu selepas gadis itu masuk tadi.
“Adra ada hal sekarang, encik datang lain kali lah.” Kata Mira.
Ezzaq senyum. “Baiklah kalau macam tu, saya balik dulu.” Seperti yang dia jangkakan, Adra mesti tidak mahu bertemu dengannya.
Mira memandangkan Ezzaq, macam kesian pun ada.
“Owh..! Cik, maafkan saya bertanya. Ada tempat atau homestay yang saya boleh sewa ke dekat area sini…?” soal Ezzaq kembali.
Mira senyum. Sorry Adra, aku tolong kau reconcile okey.
“Ada, kalau encik nak, sebelah rumah saya ni homestay..”
Mata Ezzaq bersinar. Peluang yang sangat baik.
“Cik ada contact owner ke..?”
“Encik tak payah call, sebab ayah saya ownernya. Kalau encik nak, saya ambil kunci rumah sebentar. okey..?”kata Mira
Ezzaq senyum lagi. “Okey. Nice..”
Mira kemudian menguruskan kemasukkan Ezzaq ke homestay ayahnya. Maaf Adra, business tetap business. Personal kita tolak tepi dulu okey.
Share this novel