MATANYA dibuka perlahan. Badannya terasa lemah. Apakah yang terjadi semalam..? Yang terakhir dia ingat, dia nekad melarikan diri daripada Ezzaq lagi, tetapi terdengar orang menjerit sayup-sayup. Kemudian dunianya terasa kosong. Dia tidak sedar lagi apa yang telah terjadi selepas itu.
Anak matanya melekat pada syiling yang berwarna pink cair. Di manakah dia..? Warna itu sangat asing pada pandangan matanya kerna biliknya sendiri berwarna putih. Kepalanya dipaling ke kanan, matanya melihat sisi wajah Ezzaq. Ya, jelas di matanya. Itu Ezzaq bukan Azad, bukan orang lain. Lelaki itu sedang lena disebelahnya. Matanya jatuh pada tautan tangan mereka. Tangannya erat di dalam gengaman lelaki itu.
Adra melepaskan keluh perlahan. Dia cuba menarik tangannya, namun Ezzaq pula tersedar dari lena.
“Sayang, selamat pagi… How are you…? Feeling better..? Nak minum atau nak makan apa-apa tak..?” tanya Ezzaq prihatin. Bibirnya melebar melihat mata Adra sudah terbuka. Walaupun dia masih terasa mengantuk pada asalanya, namun katuknya terbang bertebaran apabila melihat Adra sudah sedar. Itu yang lebih mengembirakan hatinya.
Tidak mahu menjawab pertanyaan lelaki itu, Adra melarikan pandangannya ke arah lain. Tidak betah untuk dia melihat senyuman teruja lelaki itu sedangkan emosinya masih terumbang ambing.
Ezzaq tersenyum melihat reaksi isterinya namun tidak pula dia mengambil hati. She’s need the time. Ezzaq bangun dan dia mencium dahi Adra seketika.
“Apa ni…!” marah Adra tiba-tiba walaupun suaranya masih serak-serak. Bengang dengan sentuhan Ezzaq. Dai tidak suka diperlakukan sedemikian.
Matanya memandang Ezzaq tajam. Laju tangannya menyapu dahi yang menjadi persinggahan lelaki itu tadi.
“Good Morning kiss…” jawab Ezzaq selamba sambil tersengih. Tidak terkesan dengan marah Adra. “Saya hendak ke bilik air sekejap..”
Adra mendengus. Perasaan marahnya kepada Ezzaq belum hilang. Kerana Ezzaq, Azad sudah meninggalkan dirinya. Kerana Ezzaq dia ditinggalkan keseorangan. Kerana Ezzaq, kerana Ezzaq, semua kerana lelaki itu.
Setelah kelibat Ezzaq menghilang di balik dinding, Adra cuba bangun dari pembaringan walaupun badannya agak lemah. Bantal dinaikkan dan dia mula bersandar.
Adra melepaskan nafas berat. Dan sekali lagi, kerana Ezzaq, akhirnya dia berakhir di sini. Matanya melebar menembusi tingkap kaca hospital. Pemandangan luar hospital kelihatan tenang. Namun, berlawanan dengan hatinya.
Sedih.. ?
Ya..
Kerana Azad sudah tiada untuk mempertahankan cinta mereka.
Tertipu.. ?
Ya..
Dengan semua yang terjadi.
Semuanya rasa seperti sebati di dalam hati dan jiwanya sekarang. Sunguh berat untuk dilepaskan. Sekali lagi Adra melepaskan keluh.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak, Adra berpaling. Seorang petugas masuk membawa makanan bersamanya. Petugas itu memberikan senyuman ketika sepasang mata mereka bersatu.
“Terima kasih..” ucap Adra setelah semua makanan diletak di atas meja dihujung katilnya. Petugas hospital itu tersenyum lagi dan kemudian berlalu keluar.
Makanan di atas meja dipandang kosong dan dia kembali memandang pemandangan luar. Sekarang dia seperti tiada selera untuk makan.
“Okey.. Times to eat…!” sapa Ezzaq tiba-tiba.
Adra tersentak. Tidak sedar bila masanya Ezzaq keluar dari bilik air.
“Nak saya suapkan…?” tawar Ezzaq. Dia sudah menarik meja dan duduk di atas katil sebelah Adra. Jemarinya menggapai sudu dan garpu.
Adra masih berkeadaan yang sama. Tidak beranjak pun dan matanya juga masih setia memandang ke luar.
Ezzaq angkat muka. Melihat Adra tidak bereaksi, lantas meja ditolak perlahan sehingga berada betul-betul di depan isterinya.
“Jom makan…” ajak Ezzaq sekali lagi.
Adra masih membeku.
“Awak perlu makan. Jaga diri. Jangan seksa diri sendiri. Semalam seharian awak tak makan dan jamah apa-apa makanan. Doktor pun cakap badan awak dah lemah. Kalau pun awak marahkan saya, jangan seksa diri sendiri. Love yourself..” kata Ezzaq perlahan. Dia ingin memujuk. Kalau dibiarkan, mungkin isterinya akan berkeras tidak mahu makan lagi.
Adra mendengus lagi. Ezzaq dipandang tajam.
“Ok, awak boleh marah saya. But please get the energy first. Makan. Kalau tiada tenaga macam mana awak nak bergaduh dengan saya..” tambah Ezzaq lagi.
Kening Adra sudah berkerut-kerut. Geram pula dengan mulut lelaki itu.
“Saya suapkan ya..?” tawar Ezzaq lagi. Nasi dan cebisan ayam bakar sudah pun berada di dalam sudu. Lantas sudu berisi nasi disuakan kepada mulut Adra.
“Saya boleh makan sendiri.” kata Adra keras.
“Okey sure..” Ezzaq menyerahkan sudu kepada Adra. Jika itu yang Adra mahukan, asalkan isterinya makan.
Namun tangan Adra tidak beranjak pun. Lama untuk dia menyambutnya. Dia tidak lapar.
“Ambillah, atau nak saya suapkan..?” cuba Ezzaq lagi. Wajah Adra pun masih nampak lemah. Kalau Adra izinkan, dia tidak kisah pun untuk membantu. Namun dia tidak mahu terlalu memaksa. Apa-apa pun emosi Adra perlu didahulukan.
Akhirnya sudu beralih tangan.
Adra mula menyuap nasi dan menceduk sup di dalam mangkuk. Sup disisipkan ke mulutnya perlahan.
Tawar..
Ataupun lidahnya yang hilang rasa.
Adra menyudu nasi putih dan cebisan ayam yang telah dipotong oleh Ezzaq tadi. Kali kedua makanan masuk ke mulutnya. Dikunyahnya perlahan.
Sekali lagi sudunya menceduk sup.
Kenapa sup rasa macam air masak sahaja..? Kalau air masak pun lagi berperisa rasanya.
Ezzaq hanya memerhati pergerakan isterinya.
“Kenapa macam perlahan sahaja makan. Tak sedap…?” soal Ezzaq.
Diam.
Hanya sudu yang bergerak, menguis nasi di dalam tray makanan.
“Nak saya belikan makanan lain ke…?”
Adra menggeleng.
Ezzaq mengangguk. “Dah, nak saya suapkan ke…?”
Wajah Ezzaq dipandang. Pandangan mereka bersatu. “Awak boleh duduk tempat lain tak…?”
“Kenapa…?”
“Saya tak selesa awak duduk sini..” balas Adra senada.
Bising saja mulut tu…
Lagipun dari tadi Ezzaq bertenggek disebelahnya.
Rimas..
Bukan dia tidak perasan mata lelaki itu bergerak mengikuti semua pergerakkannya. Sudahlah makanan pun tawar, semakin tidak berselera dia mahu makan.
“Baik puan…” kata Ezzaq sambil ketawa kecil. Akhirnya dia beralih duduk di sofa bertentangan dengan Adra.
Adra meneruskan suapan, namun pergerakkannya masih terasa janggal sedangkan Ezzaq sentiasa merenungnya. Dia rimas.
Dahi Adra berkerut-kerut. Sekilas dia memandang Ezzaq. Pakcik ni tiada kerja lain ke..? Dia tak perlu bekerja ker..?
“Assalamualaikum….”
Mereka berdua serentak memandang ke arah pintu bilik wad. Wajah Aidan terpampam di muka pintu. Mama dengan papa pun ada sekali. Adra menjawab salam di dalam hati. Pandangannya jatuh kepada butir nasi di dalam tray. Dia tidak gembira pun dengan kehadiran ahli keluarganya. Jiwanya terasa kosong. Dia terasa dan marah dengan semua orang.
Redhakah dia dengan apa yang terjadi. ? Salahkah mama dengan papa yang menurut kata wasiat atuk..? Entahlah, dia tiada jawapan.
Abang Aidan…? Abang memang bersalah. Abang tidak berterus terang, dan abang juga punca keadaannya sekarang.
“Aidan, mama dengan papa pun datang..” Ezzaq bangun dan terus bersalaman dengan mereka bertiga.
“Adra okey ke..?” soal Aidan kepada Ezzaq.
Ezzaq senyum bersahaja. “Okey. Tiada yang serius, alhamdulillah..” balas Ezzaq.
“Alhamdulillah…” Aidan dan En Asyraff mengangguk, pandangan mereka bertiga jatuh kepada Pn Ainun dan Adra di katil.
“Adra okey tak sayang…? Risau mama semalam lepas Ezzaq cakap Adra tidak balik hotel….” tanya Pn Ainun. “Kenapa buat macam tu sayang. Adra kan ada keluarga, kalau ada masalah, Adra boleh call mama atau papa. Abang Aidan ada. Lagi-lagi Ezzaq, dia kan suami Adra. Kalau terjadi suatu yang buruk dekat Adra semalam, apa mama nak buat..” sambung Pn Ainun.
Naik sebu perutnya semalam ketika Aidan memberitahu yang Adra hilang. Sangkanya Adra bersama dengan Ezzaq. Dari situlah baru dia tahu, yang Adra keluar dengan Azad semalam. Patutlah semasa majlis berakhir, Adra tidak muncul. Tidak pula dia bertanya lanjut.
Dicapainya tangan Adra, namun cepat-cepat Adra menariknya kembali.
Pn Ainun terdiam. Marah anaknya masih bersisa.
“Adra makanlah. Nanti kalau dah discharged, mama masak makanan kegemaran Adra. Makan banyak-banyak. Bagi tenaga balik badan ya..” pesan Pn Ainun. Sedih hatinya melihat wajah keruh anaknya.
Segala yang terjadi, betul-betul membawa pergi keceriaan anak perempuannya. Namun semuanya suratan takdir yang sudah pun tertulis. Siapalah dia untuk menidakkannya.
“Adra tak larat, Adra nak baring..”
Adra kemudian menolak meja makan, dan kembali berbaring. Selimut ditarik dan membelakangi semua orang.
Pn Ainun mengerti. Tiada gunanya memujuk anaknya sekarang kerana Adra memang seorang anak yang sangat tegas dan sedikit keras perwatakkannya.
Ditepuknya badan Adra perlahan.
Doanya di dalam hati semoga Adra memaafkan mereka sekeluarga dan menerima apa yang terjadi dengan redha.
“Selamat pagi..” ucap doktor yang baru masuk ke bilik untuk membuat pemeriksaan pagi.
“Selamat pagi doktor..” balas mereka serentak.
“Saya datang untuk pemeriksaan Puan Adra. Boleh minta keluarga tunggu di luar sebentar..” kata doktor perempuan itu dengan senyuman.
“Boleh..”
Mereka melangkah keluar sementara doktor sudah menarik kain langsir menutupi katil Adra
“Macam mana puan rasa hari ini…?”
“Okey..”
“Ada rasa tak selesa dimana-mana..?”
“Saya okey…”
“Baiklah. Mengikut keadaan puan, tiada yang serius, Cuma stress dan puan jangan skip makan kalau boleh. Puan tidak boleh pulang dulu kerana kami perlu membuat pemantuan lebih lanjut..” terang doktor.
“Berapa lama doktor saya perlu tinggal di sini.?”
“Tengok keadaan puan macam mana…? Duduk di sini, puan rehatkan badan dan fikiran. Sebab puan overstress dan ada effect dengan badan puan.”
“Baik doktor..”
“Okey, nanti saya akan datang follow up lagi. Puan rehat lah..”
“Baik doktor…”
Doktor wanita itu senyum.
“Doktor…”
“Ya…?”
“Saya nak minta tolong satu perkara boleh…?”
“Tolong apa puan…?”
“Saya nak rehat sepenuhnya, boleh doktor hadkan pelawat saya. Ataupun saya tidak mahu sesiapa pun melawat saya…” kata Adra.
Muka doktor itu nampak pelik. “Termasuk ahli keluarga saya yang berada di luar. Saya tidak mahu dilawat oleh sesiapa pun sehingga saya discharged..”
Akhirnya doktor wanita itu mengangguk. Masalah pesakit bukan masalah doktor, namun jika itu permintaan pesakit dia akan tunaikan selagi dibawah bidangnya. Demi kesihatan pesakitnya juga.
“Terima kasih doktor…”
Adra menghantar doktor keluar dengan pandangan mata. Dia perlukan ketenangan, dan tidak mahu diganggu. Itulah yang dirasakan sekarang. Adra memejam mata. Dia ingin berehat.
Diluar.
“Doktor macam mana isteri saya…?”
“Isteri encik ok. Dia perlukan rehat dan perlu warded untuk pemantauan dahulu.”
“Boleh kami masuk melawat anak kami sekarang doktor..?” tanya Pn Ainun pula.
“Maafkan saya, ini permintaan dari pesakit sendiri yang tidak mahu menerima mana-mana pelawat sepanjang dia berada di sini..”
“Saya mama dia doktor…”
“Ya saya faham, tetapi ini adalah permintaan pesakit. Maafkan saya ya…” jawab doktor.
Doktor itu senyum lagi. “Pesakit tidak mahu berjumpa sesiapa pun. Harap encik dan puan semua faham ya.”
Kening Ezzaq berkerut. “Maksud doktor, semuanya…?” tangannya membuat bulatan mewakili mereka berempat di situ. Risau tersalah dengar.
Doktor wanita itu mengangguk. “Ya… Saya minta diri dulu…”
Kusut wajah Pn Ainun dengan berita yang diterimanya.
Ezzaq bersandar di dinding. Dipandang wajah mama mertuanya. Mujur mama sempat bertemu muka dengan Adra sebentar tadi. Tidak mengapalah, kita tunggu sehingga Adra discharged nanti. Mungkin dalam dua atau tiga hari.
“Tak apa mama, kita datang esoklah kalau macam tu, mungkin adik nak rehat dulu tu…” ujar Aidan memujuk hati ibunya. Dia sendiri segan hendak bertemu muka dengan adiknya setelah apa yang dia rancangkan bersama Ezzaq betul-betul membawa adiknya pergi.
“Mama dengan papa balik lah dulu, kau pun sama, aku tunggu Adra kat sini. Kalau ada apa-apa nanti aku call..” putus Ezzaq akhirnya. Nak tak nak, memang dia perlu berada di situ untuk menunggu dan menjaga Adra, kalau tidak, tak tahu ke mana lagi Adra akan membawa diri.
“Baiklah kalau macam tu.. Apa-apa nanti kau call kami..” balas Aidan.
Ezzaq mengangguk.
Dia mengintai Adra melalui cermin pintu bilik setelah keluarga mertuanya pulang. Hanya hujung katil yang dia nampak. Bangku di tepi pintu bilik diduduknya. Mungkin Adra sedang berehat sekarang. Biarlah Adra berehat dan dia sanggup berikan ruang pada Adra.
Share this novel