Order..!! 3

Romance Series 123857

AWAL-awal pagi lagi Adra sudah bersiap. Hari ini merupakan hari minggu, dia mahu keluar bersenam di taman sebelum memulakan tugasan hariannya. Tambahan pula, dia malas mahu mengadap mamanya, bimbang kadar tekanan yang dia alami semakin meningkat. Rambut panjangnya dikemaskan dan diikat tinggi. Badan pula disarung dengan baju sejuk berwarna biru lembut supaya menutupi baju t-shirt lengan pendek di bahagian dalam. Wajahnya ditilik di cermin. Neutral tanpa solekan, cuma dicalit pelembab bibir untuk kekalkan kelembapan pada bibirnya.

Kunci kereta dicapai dan Adra keluar dari biliknya. Saat melintas ruang halaman rumah, terlihat abangnya sedang bersarapan dengan papa.

“Adik…!” panggil Aidan.

Adra angkat kening.

“Nak pergi joging ke…?”

“Taklah…! Nak pergi pasar…” balas Adra selamba. Sudah nampak orang berpakaian macam ni, mahu lagi ditanya.

Aidan tergelak. “Joging kat mana…?”

“Kat taman sini sahaja.” Balas Adra mendatar. Memang ada taman berdekatan dengan rumah mereka. Selalu juga dia meluangkan masa di situ ditemani oleh Aidan, dan sekali sekala dia mengajak Azad.

“Tak nak sarapan dulu…?” soal En Asyraff pula.

“Adik sarapan dekat luar..” balas Adra. “Adik pergi dulu…” Malas berlama. Nanti kalau berlama, tak pasal-pasal kelibat mama pula yang muncul.

Adra menghidupkan enjin keretanya. Haluannya menuju ke taman yang terdekat dengan kawasan rumahnya. Setelah memarking kereta, Adra memulakan senaman ringan dari kepala hingga ke kaki sebelum memulakan larian. Itu yang selalu dia lakukan supaya badannya tidak terkejut. Kang tak pasal-pasal sakit urat sana sini.

Orang bersenam, berjoging, sebab nak bagi badan sihat. Tapi kalau caranya salah, sakit sana-sini, baik duduk rumah. Besarkan badan..!

Earphone di dalam poket baju sejuk dikeluarkan. Setelah disambung kepada telefon, punat kecil diletak di telinga. Tangannya ligat mencari album lagu-lagu dalam simpanannya.

Adra senyum tipis ketika mendengar suara Ella berkumandang di tubir telinga. Dia memang minat semua lagu Ella. Mendayu-dayu, tambah dengan rock sikit. Cukup untuk memberinya tenaga. Adra cuba menenangkan fikiran yang berserabut daripada semalam. Dia berlari anak mengelilingi tasik. Matanya memandang sekeliling selain memberi fokus jalan yang dilaluinya. Ramai juga orang datang berjoging pada waktu pagi begini.

Bagus!

Maksudnya rakyat Malaysia masih mengekalkan cara hidup yang sihat.

Adra tersenyum sendirian. Sempat membuat iklan kemasyarakatan pula ya.

Setelah menghabiskan dua setengah pusingan mengelilingi tasik, Adra menghentikan langkah. Kakinya diatur perlahan. Tangannya diangkat kiri dan kanan. Bagi melegakan otot bahu dan belakang.

Baru terasa tenang sedikit fikiran dan badannya. Lama juga dia tidak luangkan masa berjoging. Kadang-kadang masa banyak dihabiskan di nursery. Tak pun, alasan malas nak keluar. Keluar merayap dengan Azad banyaklah.

“Hai….”

Adra berpaling ke arah datangnya suara itu.

Hai..? Dia hai dekat siapa..?

Ditoleh sebelah kiri pula, tiada orang di sebelahnya. Hanya dia seorang yang sedang berjalan di situ.

Kenal pun tidak, sibuk nak berhai-hai pula.

Dia ni silap orang ke apa..? Kening Adra berkerut-kerut. Dengan pakej jelingan sekilas kepada insan yang menyibukkan diri berjalan seiring dengannya.

“Awaklah.. Saya hai dekat awak. Tak payah tengok kiri kanan…” balasnya. Seperti mengerti reaksi spontan Adra.

Adra membeliakkan mata. Ini malas ni…! Jiwa baru nak re-cover. Ada pula langau yang menyibuk. Boleh bagi orang tenang sikit tak..? Rasa tak ada gantung sepanduk kat dahi ni, ‘Saya perlukan teman.’

“Awak seorang sahaja ke..?” soalnya lagi.

Adra tidak menjawab. Namun, langkah kakinya lagi cepat bertindak. Adra terus memecut meninggalkan lelaki tadi. Rasanya tidak perlu berlama disitu. Dia bukannya dalam mood ingin mencari pasangan. Jadi keadaan seperti ini patut dielakkan dari awal.

“Lajunya awak lari…” balas lelaki tadi, dia sudah pun menyaingi larian Adra.

Adra terkejut. Larian mereka berdua sudah setara. Ingatkan dia dapat melarikan diri. Adra menghembus nafas kasar. Lelaki disebelahnya dijeling tajam.

Buat penat je lari laju-laju. Bukan dekat balapan pun. Nasib tak terjatuh ke, tak terlanggar orang yang berjoging di situ juga.

“Tak payah ikut saya lari boleh tak…?” marah Adra. Lariannya sengaja dihentikan. Wajah lelaki di depannya dipandang garang. Nafasnya turun naik laju dek kerana larian yang mengejut tadi.

Lelaki itu senyum tipis.. “Sorry… Saya tiada maksud apa-apa pun. Saya hanya nak bertegur sapa dengan awak…”

Tchhh…

Adra mendecit.

Wajah lelaki itu dipandang sinis. “Saya dah ada boyfriend.. Saya tak berminat nak berkenalan ke apa.. Bukan itu sahaja, saya sudah nak kahwin pun. Kahwin paksa awak tahu tak? Kahwin dengan lelaki saya tak kenal. Jadi awak tak payahlah masuk list lelaki yang akan menambahkan pening kepala saya lagi.. Faham !!…” marah Adra senafas.

Lantaklah lelaki tu nak cakap apa. Perasan ke apa. Yang penting, dia serabut.

Mendengar jawapan Adra, membuatkan lelaki itu gelak besar. Adra menarik nafas dalam.. Wajah lelaki di depannya di pandang tajam. Ada jugak makan penampar sulung karang.

Nak gelak-gelak pula dia.

Adra terus meninggalkan lelaki tadi. Gila ke apa…!

Setelah jauh ke depan, Adra berpusing. Tiada lagi bayang lelaki tadi mengikutinya. Semoga dia faham. Tidak semua perempuan boleh ditegur dan dibuat teman berbicara, okey!

Selamat..

Ingat boleh tenangkan fikiran, tetapi muncul masalah lain pula. Adra menghampiri keretanya. Botol air dikeluarkan. Adra bertenggek di bahagian bonet, air di dalam botol diteguknya perlahan.

Akalnya berfikir, kejap lagi nak makan kat mana entah.

Ke pergi sarapan dengan Azad.

Bibirnya mengorak senyum. Macam idea yang menarik. Semalam pun tak jadi keluar.

“Aik… Jumpa lagi awak kat sini… Macam berjodoh pula ya..”

Adra menoleh.

Hah!

“Kalau awak ikut saya lagi, saya panggil polis…” ugut Adra.

Tak ada masa lah nak berjodoh-jodoh dengan awak. Buang masa..!

Lelaki tadi hanya tersenyum. “Garangnya..”

Adra menjeling.

Rasanya boleh juling juga mata pagi ni sahaja.

Lelaki tadi bersandar di sebelah kereta Adra dan lagi, dia tersenyum. “Cik tak usahlah panggil polis ke apa..Actually saya memang park kereta saya dekat sini..” balas lelaki tadi. Tangannya menepuk badan kereta yang dia duduki sekarang.

Mata Adra kalih ke sebelah dan kereta mereka memang bersebelahan.

Kereta disebelahnya dijeling.

Nasiblah kau kereta, sekali kena jeling pagi ni. Semua sebab tuan kau yang menyibuk. Dalam banyak-banyak parking. Kenapa dekat sini jugak yang dia parking.

Adra mengambil selipar di bahagian depan dan terus membuka kasut. Kehadiran lelaki disebelahnya tidak dihiraukan. Anggap sahaja macam tak wujud. Belum sempat stoking dibuka.

“Yakkk…” Suara lelaki itu kedengaran.

Automatik Adra berpaling dan memang lelaki itu memandangnya.

Kenapa..?

Apa masalah..?

Pregnant ke yak-yak tu…?

Pergilah hospital check..

Begitu banyak soalan yang bertalu dikepalanya, namun hanya keluar menerusi ekspresi muka Adra sahaja.

“Basuh tak stoking tu..? Bau sampai ke sini…” kata lelaki tadi, mukanya sengaja dikerutkan. Seperti menahan bau dari memasuki rongga hidungnya.

Adra mendecit. Giginya diketap.

Stokin ni baru diambil dari almari lagi kot pagi tadi. Beragaklah nak membohong pun.

Melihat reaksi Adra yang tegang, akhirnya lelaki tadi tersenyum.

“Garau je.. Janganlah marah…” katanya lagi.

Adra terus menyimpan kasut ke dalam bonet, bahagian pemandu terus dibuka. Makin berlama dia di situ hanya memberi ruang kepada lelaki tadi menambahkan suhu badan yang baru nak sejuk. Jadi baik kita beredar dengan segara. Pintu kereta ditutup dan terus dikuncinya.

Lelaki tadi mengetuk tingkap kereta Adra.

Adra buat muka. Mamat ni tak faham bahasa ke apa ni.. Lagak tangan dan jarinya menyuruh Adra menurunkan cermin kereta.

Pada mulanya dia malas mahu melayan, namun ketukan yang berterusan membuatkan hatinya sebal.

“What..?” cermin diturunkan sedikit. Hanya seinci. Kalau buka luas-luas, mahunya dia bertenggek di tingkap kereta ni. Tak ke haru.

Lelaki itu tergelak kecil dengan respon Adra.

“Saya tak nak masuk list lelaki yang akan memeningkan kepala awak, tapi tak salah kalau awak terima perancangan keluarga awak. Mesti itu yang terbaik..” kata lelaki itu sambil tersenyum.

Adra mendengus. Digigitnya bibirnya, menahan geram.

Kenapa!

Kenapa semua orang menyuruh dia terima perkahwinan wasiat tu.

Hakta lelaki yang tidak dikenali pun merasakan perkara yang sama..

Adra menghidupkan enjin kereta dan terus memandu keluar dari tempat parking. Dari cermin sisi kereta, lelaki tadi masih berdiri dan memandang pemergiannya.

Arghhhh….

****

“Ezzaq…siapa tu…?” soal Asrol. Dari tadi dia mencari kawannya yang tiba-tiba menghilang. Kata nak joging, tengok-tengok dia berlari keseorangan pula.

Ezzaq tersenyum.

“Someone…” jawab Ezzaq pendek.

Adra Arissa..

Baru semalam dia berhubung dengan Aidan dan dia ada usulkan untuk bertemu dengan Adra sebelum mereka disatukan, namun Aidan menegah kerana emosi adiknya masih lagi tidak stabil.

Setelah mendapat mesej daripada Aidan pagi tadi, dia menuju ke taman ini. Sedangkan dia pun sudah bersiap untuk keluar berjoging. Dan dia sengaja memarking disebelah kereta Adra. Aidan juga yang memberi maklumat. Rupanya Aidan memberi ruang untuk dia berjumpa dengan Adra di sini, dan ya.. dia dapat mengecam Adra dengan senangnya.

“Someone… Someone… Jomlah joging…” balas Asrol.

Setelah kereta Adra hilang daripada pandangan barulah dia berpusing.

“Baik.. jom…” Ezzaq memulakan langkah lariannya buat kesekian kalinya. Dari tadi dia hanya mengekori langkah Adra dari belakang. Sehinggalah Adra mula berjalan, barulah dia berani untuk menegur Adra.

Kita jumpa nanti ya..

Ezzaq tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience