Order..!! 4

Romance Series 123857

SELAMA empat hari Adra mogok makan. Selama itu juga dia tidak bercakap dengan mama dan papa. Berpatah-patah ditanya, sepatah sahaja jawapannya. Itupun jika terasa mulutnya ringan mahu menjawab. Kalau tidak, dia mogok diam sekali. Abang Aidan pun turut menjadi mangsa apabila abangnya terang-terangan seperti menyetujui perkahwinan dia dengan Ezzaq. Jadi, mogok satu rumah. Tiada siapa yang berada disisinya untuk menentang perkahwinan ini.

Kebanyakkan masa banyak dihabiskan di taman nursery miliknya yang hanya terletak di sebelah rumah. Papalah yang membuat pelaburan sepenuhnya untuk membuka nursery ketika Adra mengeluarkan cadangan pada asalnya. Alasan, dia malas mahu bekerja di syarikat yang makan gaji. Dia sukakan kebebasan dan tidak suka terikat. Tambahan pula dia memang sukakan tumbuh-tumbuhan. Tak kira tumbuhan berbunga ataupun tumbuhan hiasan. Seronok melihat mereka membesar. Lebih-lebih lagi pokok bunga.

Hari ini, dari awal pagi lagi dia sudah menapak ke nursery, malas hendak mengadap keluarga Ezzaq yang akan datang untuk menguruskan urusan merisik. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia keluar ke mana-mana.

Keluar…?

Gerak tangan Adra terhenti dari memotong batang pokok bunga. Gunting diletakkan ke bawah. Dia bangun, tiada isu pun kalau dia keluar kan..? Bibirnya mula mengorak senyuman.

“Sarah.. Tolong saya kemaskan sekejap boleh, saya nak keluar…” arah Adra kepada pembantunya. Walaupun hari ini hari besar bagi keluarganya, namun Sarah tetap datang bekerja seperti biasa. Tidak pula dia terasa ingin menjemput pembantunya. Tidak penting pun kan? Jangan salah sangka. Bukan Sarah yang tak penting, majlis yang akan berlangsung sekejap lagi yang tidak penting baginya.

“Okey kak Adra..” Sarah mengangguk dan mengemaskan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh tuannya.

“Nanti dah kalau dah siap, awak balik terus pun tak apa..”

“Serius ke kak…?” Suara Sarah teruja.

Adra mengangguk dan tersenyum. Adra mula melangkah, dia perlu cepat.

“Kak Adra..” panggilan daripada Sarah menghentikan langkahnya. Adra berpaling.

“Ada majlis ke dekat rumah akak..? Banyak sahaja kereta waktu saya sampai tadi..?” soal Sarah. Dari tadi sudah dia ingin bertanya. Namun niatnya dipendam apabila melihat wajah Adra yang agak ketat.

Adra senyum tipis. “Haa.. Ada saudara keluarga saya datang.”

Sarah mengangguk faham.

“Saya pergi dulu..” putus Adra. Dia tidak mahu berlama.

“Hai..Baru abang nak sportcheck…” tegur Aidan ketika bertembung dengan Adra di pintu masuk nursery.

“Kenapa…?” tanya Adra malas. Merajuk dengan abang sendiri belum habis.

“Garangnya…” Aidan ketawa kecil. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. “Mama cakap keluarga Ezzaq akan sampai dalam setengah jam lagi.. Mama minta panggilkan adik untuk bersiap.” jawab Aidan. Wajah Adra ditatapnya, tiada senyuman langsung.

“Hah! Setengah jam…?” Muka Adra cuak.

Aidan menggangguk.

Alamak..

Aidan dibiarkan dan Adra terus berlalu, dia kena cepat. Dia perlu keluar dari rumah sebelum mereka sampai. Rancangannya juga tidak perlu dikhabarkan kepada Abang Aidan. Jika mereka sampai sebelum dia keluar, rancangannya hancur. Terpaksalah dia mengadap keluarga Ezzaq.

Di dalam rumah, saudara mara sebelah mama dan papa tengah sibuk bersembang dan menyediakan keperluan untuk majlis hari ini. Siap berpelamin mini bagai. Namun itu semua tidak mampu menarik perhatian Adra.

“Adra, nanti salin baju, mama dah letak dalam bilik.” kata Pn Ainun. Tiada sepatah ayat pun keluar dari mulutnya. Pesanan mamanya dibiarkan berlalu. Masuk telinga kanan, keluar balik telinga kiri.

“Lagi setengah jam mereka sampai, cepat sikit tau… Kak Mie pun dah tunggu dalam bilik tu..” pesan Pn Ainun lagi dan Adra hanya meneruskan langkah ke tingkat atas.

Kak Mie tu siapa pulak..?

Tak kisahlah sesiapa pun.

Ketika masuk ke dalam biliknya, ada seorang perempuan muda duduk di tepi katilnya. Dan dia tersenyum.

“Adra ya…?”tanya wanita itu sambil tersenyum.

“Akak ni siapa…?”

“Kak Mie.. Mak andam.. Mama Adra cakap nak solekkan Adra untuk majlis sekejap lagi..” terang Kak Mie ramah.

Adra tersengih. Macam mana hendak melarikan diri.

“Saya mandi dulu kak.. Berpeluh-peluh ni..” balas Adra selamba.

Kak Mie hanya mengangguk. “Cepat sikitlah. Kang takut tak sempat nak solek pula..”

Adra terus menghilangkan diri ke dalam bilik air.

Selesai membersihkan diri, blouse lengan panjang dan skirt labuh dicapai. Bukan baju kurung moden yang masih cantik tergantung. Handbag dan handphone dicapai, 10.20 pagi.

Mak aihh!! Lamanya bersiap, nanti tersangkut baru tahu.

Diintainya Kak Mie tengah berdiri di balkoni. Sedang menghayati pemandangan diluar mungkin.

Good timing..!

Kunci kereta dipegang, rambut yang masih belum kering dibiarkan lepas. Adra cepat-cepat keluar, mengintai di mana Pn Ainun berada. Menyedari mamanya tiada di ruang tamu, langkahnya bergerak laju. Selangkah lagi sebelum sampai ke pintu depan, namanya disahut.

“Adik nak pergi mana ni…?” tegur Aidan.

Matanya dipejam, abang ni, waktu macam ni lah dia nak jadi hero. Nanti kalau mama nampak, tak pasal-pasal terkubur rancangan hendak melarikan diri.

“Nah ambil kunci kereta abang, kereta adik dah kena block..” Aidan tergelak melihat muka cuak Adra.

Adra mengurut dada, Aidan menyerahkan kunci kepadanya.

“Thank you abang… Bye…!”

Aidan menyambutnya dengan senyuman.

Memang hebat rancangannya, kereta abang Aidan memang berada diluar kawasan rumah. Apa lagi, misi melarikan diri berjaya. Thank you abang. Sebab abang dah tolong sikit, jadi adik dah kurangkan sikit rajuk adik. Adra ketawa dalam hati. Larikan diri pun, mesti majlis berjalan seperti biasa juga. Tetapi sekurang-kurangnya tidak perlulah dia menghadap wajah-wajah berharap mereka.

Baru sahaja kereta dia bergerak, tiga biji kereta berhenti betul-betul di depan rumah.

Fuh!!

Selamat sempat. Pandai-pandailah abang Aidan uruskan hal dekat rumah nanti. Bibirnya mengorak senyum.

Earphone ditarik, nombor Azad dihubungi.

“Sayang…” perkataan pertama keluar setelah panggilan disambungkan.

“Amboi…tak menyempat…” Adra ketawa.

“Mesti lah, seminggu tak jumpa you. Serius, rindu gila..” balas Azad.

“Me too… You kat mana, jom temankan I”

“Ada kat rumah, nak pergi mana…?”

“Mana-mana pun boleh.. Asalkan boleh hilangkan stress I..”

“Kenapa you stress. Itulah, siapa suruh senyap seminggu, tak pasal dah stress.. I siap sekejap, kejap lagi I datang ambil you dekat rumah.” Balas Azad.

“Tak payah, I dah on the way dah nak pergi rumah you. Siap lah.. Sekejap lagi I sampai.” Ujar Adra.

“Okey sayang…”

Talian dimatikan, tidak sampai 15 minit, dia sudah berada di depan rumah Azad. Walaupun Azad tinggal bersama keluarganya, masih belum pernah lagi dia menjejakkan kaki ke kawasan rumah Azad. Bukan tidak diajaknya, namun dia masih belum bersedia.

Itulah juga puncanya. Kalau dia sudah bersedia, mesti sekarang mereka sudah selamat menjadi pasangan suami isteri. Tidak perlulah mengharungi detik yang tragis seperti sekarang.

Namun, segalanya sudah terlambat.

Kan..!

Mesej ringkas dihantar kepada Azad, memaklumkan dia sudah sampai.

Pada masa yang sama, Adra menerima mesej daripada abang Aidan.

Adik…mama dah sedar adik tak ada….hahaha…Kak Mie yang kalut tengok adik tiada dalam bilik.. – Aidan

Adra ketawa kecil.

Apa reaksi mama…? Hahaha… - Adra

Papa lah yang kena, abang larikan diri siap-siap…hahaha – Aidan

Hahaha…TQ abg for saving me today…adik nak g enjoy dengan Azad kejap… - Adra

Eh adik tunang tau hari ni… boleh pulak g dating dengan lelaki lain. – Aidan

Xpe..dating dengan kekasih hati, tunang tu…eh tunang…? Bukan katanye merisik aje ke..? abg ni jangan main2…! - Adra.

Hatinya kurang tenang. Masalah betul lah.

Abang dengar mereka nak tunangkan adik terus. Lagi 2 minggu nikah dan majlis… - Aidan

Adra menggaru kepala. Kenapa mendadak macam ni, macam mana dia nak cakap dengan Azad…?

Adik…ce tengok mamat ni…! – Aidan

Sekeping gambar dihantarnya oleh abangnya. Gambar abang dengan seorang lelaki. Entah siapa lelaki itu. Ezzaq ke..?

Eh…! Kejap..

Jarinya naik ke mulut. Kening berkerut.

Tot.. Tot..

Cermin kereta disebelah pemandu diketuk perlahan untuk menyedarkan Adra yang seperti kusyuk dengan telefonnya. “Hai…” sapa Azad. Senyumnya melebar ketika cermin kereta dirutunkan oleh Adra.

“Hai…” balas Adra. Handphone terus disimpan dalam handbang. Hilang bayangan gambar tadi. Mesej Aidan dibiarkan tanpa balasan.

“Nak guna kereta I ke kereta you..?” tawar Azad.

“Guna kereta I lah, you drive, boleh…?” Adra tersengih.

Azad mengangguk. Tiada masalah pun. Selalu pun memang dia yang kan drive kalau mereka keluar bersama.

Adra membuka pintu dan keluar untuk beralih tempat.

“Cantik you hari ini.” Puji Azad setelah mereka berdua berada di dalam kereta.

Adra tersengih lagi. Hati berbunga-bunga saat cinta hati memuji dirinya. “Thanks…” jawab Adra malu-malu.

Azad turut senyum. Wajah Adra direnung lembut. “So… Where are our destination…?”

“Mana-mana lah, tapi I nak makan dulu, tak makan lagi dari tadi.” Adu Adra tanpa sedar. Memang perutnya meminta untuk diisi, namun egonya mengatasi segalanya. Lagipun jika dia ke dapur, semestinya akan bertembung dengan ahli keluarga ataupun saudaranya yang lain. Kalau sudah namanya saudaranya, mestilah akan bertanya macam-macam. Jadi lebih baik dia elakkan.

“Dah jam berapa you tak makan lagi.?” Balas Azad, dahinya berkerut. “Kalau macam tu jom I bawak you pergi Times Square nak…?”

Adra mengangguk. “Okey jugak, dekat sana kita main boling nak?. Lagi pun I nak story satu benda dekat you nanti…” ujar Adra.

“I hope bukan something yang bad, sebab tengok muka you lain macam sahaja daripada tadi…” komen Azad.

Adra senyum tipis. Ketara sangat ke..?

Hatinya berdebar-debar, memang berita buruk yang akan dia sampaikan nanti…

Azad… Please trust me..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience