Order..!! 19

Romance Series 123857

“MAKCIK…! Lamanya kau tidur. Tak pernah-pernah bangun lambat. Kau pergi ke mana semalam..?” sakat Mira sambil senyum meleret. Kuih karipap di depan mata disua ke mulut, namun matanya bergerak mengikut setiap pergerakkan Adra.

“Mana ada pergi mana pun… Kau ada nampak tak handphone aku. ? Dari tadi aku cari tak jumpa.” Soal Adra pula. Langsung tidak mengendahkan senyuman mengusik Mira.

“Mana aku tahu. Dekat dalam bilik tak ada ke…?”

“Tak ada, cuba kau tolong call kejap.”

Telefon dicapai, Mira cuba menghubungi nombor Adra, namun hanya voice mail yang menjawabnya.

“Voice mail. Tak ada bateri kot. Cuba tengok kalau-kalua kau caj dekat luar ke..?” saran Mira selepas dia gagal menghubungi talian kawannya.

Adra bergerak ke bahagian depan. Namun tiada juga di situ.

“Last kau letak dekat mana semalam..?”

Semalam..? Ada lagi. Ketika dia keluar pun dia masih bawa telefon. Selepas dia melarikan diri semalam, dia tidak ingat, telefon masih ada dengan dia atau tidak.

Oh!

Mesti dalam cardigan semalam.

Ya, yang itu dia ingat. Memang dia meletakkan telefon di dalam cardingan sebelum dia keluar ambil angin semalam.

Adra masuk ke dalam bilik kembali. Cardigan semalam dicapai, tetapi poket cardigan itu hanya kosong. Tiada pun apa yang dicarinya.

Hah!

Mesti terjatuh atas parkin semalam.

Adra terus berlari keluar, berharap telefonnya masih ada di situ. Jangan ada orang curi sudah…!

“Adra…! Nak pergi mana, sarapan dulu..” laung Mira ketika melihat Adra bergegas keluar rumah.

“Makan lah dulu, aku tengok handphone dekat parkin kejap..”

Sesampai di parkin, tempat itu kosong. Diintai di bahagian bawah, mungkin terjatuh. Juga tiada. Sah kena curi ke..? Adra mencebik. Sayanglah kalau betul kena curi.

“Cari apa tu…?” tegur seseorang daripada belakang.

“Urgghh…!” Sekali lagi Adra terkejut.

Adra memandangnya sekilas, mana munculnya lelaki ni..? Pepagi sudah keluar. Adra mengatur langkah untuk beredar. Tidak perlu dikhabarkan apa-apa padanya.

“Awak cari handphone awak ke…?” soal Ezzaq cepat-cepat sebelum Adra melarikan diri lagi.

Langkahnya terhenti.

“Awak ambil ke…?” soal Adra ingin tahu. Dia belum cakap pun apa yang dicari. Namun Ezzaq bertanya soalan yang tepat padanya.

“Tak… Awak tertinggal semalam.. Saya nak biar dekat situ, kang ada orang ambil pulak..” balas Ezzaq sambil bersedekah senyuman di pagi hari.

Untuk siapa..? Untuk isterinya juga.

Mata Ezzaq dipandang. Tidak nampak seperti dia menipu. “Ha.. Yelah, bawak sini handphone saya..”

“Ada dekat dalam rumah, saya tak bawak pergi joging…” kata Ezzaq sambil tersengih.

Adra mendengus. “Pergilah ambil sekejap.. Saya nak guna…”

“Awak pergilah ambil, saya nak sambung joging lagi… Nah kunci…” kunci dihulur.

Teragak-agak Adra mahu menyambutnya.

“Ambillah…” Ezzaq menghampirinya.

Lambat-lambat Adra menyambut tali kunci..

Akhirnya kunci bertukar tangan. “Ada dekat dalam bilik…” kata Ezzaq dan dia pun meninggalkan Adra untuk menyambung jogingnya yang terhenti.

Adra menapak perlahan menuju ke homestay penginapan Ezzaq. Sesekali dia pandang ke belakang, risau Ezzaq kembali. Apabila yakin Ezzaq sudah jauh, Adra masuk ke dalam rumah. Ada empat bilik semuanya. Adra membuka pintu bilik satu persatu mencari bilik yang mana satu yang Ezzaq gunakan.

Pintu bilik yang paling hujung dibuka. Ya. Memang ada beg pakaian Ezzaq di dalamnya. Segera telefonnya dicari. Namun…

Tiada.

Mana dia letak ni..?

“Ada tak…?” tetiba terdengar suara di belakang.

Adra menoleh. “Tak ada pun…” rungut Adra.

Ezzaq yang sedang berdiri di muka pintu bilik tidurnya dipandang.

Dia ni macam saja sahaja kan..? Tadi cakap nak jogging, ini ada dekat sini buat apa pula.

Melihat muka Adra mula berkerut. “Saya nak mandi kejap. Awak tengoklah dekat depan tu.. Lupa.. Saya caj kot semalam..”

Laju langkah Ezzaq menghilangkan diri.

Adra keluar mencari di bahagian ruang tamu seperti yang Ezzaq cakapkan.

Juga tiada.

Adra mengetap gigi. Ezzaq ni memang sengaja nak sorok ke apa..?

“Adra..!” laung Ezzaq dari dapur.

Ish dia ni!

“Adra..!” kali ini ton suara lagi kuat daripada tadi.

Apa masalah pakcik ni..!? Duk panggil-panggil sampai satu kampung boleh dengar ni apa kes. Kang dengar dek Mira. Tak ke memalukan diri sendiri.

“Awak jangan panggil nama saya kuat-kuat boleh tak…” marah Adra. Dia terpaksa menghampiri ruang dapur.

“Sorry-sorry… Terlupa, boleh tolong ambilkan tuala saya..?”

Adra pejam mata. “Awak ambil sendiri lah…”

“Awak tak kisah ke kalau saya keluar macam ni…?”

Adra menahan geram. “Yelah, kat mana..?”

“Ada tersangkut dalam bilik saya..” Ezzaq sudah tergelak-gelak di dalam bilik air. Mesti isterinya tengah marah dan geram sekarang.

Biarkan.. Senyuman terukir lagi di bibirnya.

Tak lama kemudian, pintu bilik air diketuk.

Ezzaq membuka bilik air dan Adra membelakanginya dengan tuala ditangan wanita itu. Dia tersenyum. “Thanks.”

“Handphone saya mana…?” tanya Adra lagi. Dia dapat rasakan yang Ezzaq sengaja menyorok handphonenya.

“Owh.. Laaa.. handphone awak ada dalam poket seluar saya. Sekejap, tunggu saya siap mandi sekejap ya…”

Mendengar jawapan Ezzaq, Adra memejam mata.

See!

Memang Ezzaq sengaja kan.!

Tunggu keluar sekejap lagi, mahu kita cekit leher dia.

Adra kembali ke ruang tamu dengan perasaan sebal. Ezzaq sengaja permainkannya. Punggung dilabuhkan di sofa, terpaksa menunggu Ezzaq selesai mandi.

“Awak tunggu saya pakai baju sekejap.” Terdengar suara Ezzaq. Adra hanya bersandar malas di sofa. Setuju ke tak setuju ke, memang dia kena tunggu Ezzaq selesai memakai baju, baru boleh dapat telefonnya kembali.

Sementara menunggu, Adra meneliti bentuk rumah. Cantik juga. Selama dia berada di sini tidak pernah lagi dia masuk ke dalam rumah ini. Mira pun tidak pernah mengajaknya melawat. Lagipun tiada keperluan juga dia nak melawat homestay. Bukan kerjanya pun.

“Temankan saya sarapan boleh…? Semalam saya tak makan pun…” Ezzaq muncul dan mengambil tempat di sebelah Adra.. Automatik badan Adra menegak. Dilihatnya Ezzaq sudah siap berpakaian. T-shirt putih berlengan pendek dan berseluar jeans. Simple namun masih tampak kemas.

Perasan mata Adra menilik dirinya. Ezzaq tersenyum. Keningnya dijongket.

“Saya dah makan, mana handphone saya…?” soal Adra dan dia terus berdiri. Ezzaq pun sama berdiri. Tangannya dihulur. Menunggu Ezzaq menyerahkannya segera. Ada kaitan dengannya ke kalau Ezzaq makan ke tidak. Bukan budak kecik. Pandai-pandailah cari makanan sendiri.

Lagipun dia tidak perlu berlama-lama di sini. Nanti apa pula kata Mira. Dari tadi dia keluar rumah.

Ezzaq menyeluk poket dan mengeluarkan sebuah telefon. Belum sempat Adra mengambilnya, Ezzaq dulu menyorokkan telefon dibelakangnya.

Dia tersenyum. “Temankan saya sarapan… Please…. ”

Mata mereka bertembung pandang, namun Adra menggeleng. “No..”

“Pleaseee….”

Adra tidak hiraukan permintaan Ezzaq, dia bergerak ke belakang lelaki itu untuk mengambil telefonnya. Namun Ezzaq membawanya ke bahagian depan pula.

“Jangan main-main boleh tak…?” tegur Adra. Matanya dikecilkan. Dari tadi Ezzaq mempermainkannya.

“Saya tak main-main, kalau awak temankan saya sarapan, saya bagi handphone awak balik…” kata Ezzaq lagi.

Adra memandangnya tajam namun Ezzaq membalasnya dengan senyuman.

“Please…”

Tiada kata putus daripada Adra.

“Saya tunggu awak di dalam kereta..” kata Ezzaq. Dia melangkah ke pintu rumah dan membawa pergi telefon Adra bersama. Doanya dalam hati semoga Adra rela mengikutinya. Perutnya memang kelaparan kerana dari malam semalam tidak makan apa-apa. Sekadar mengalas perut dengan roti.

Akhirnya Adra keluar juga dari rumah.

Ezzaq sudah hidupkan enjin dan dia sudah pun berada dibahagian pemandu. Hanya menunggu Adra mengambil tempat disebelahnya.

“Please…” wajah Ezzaq mengharap.

Adra mengetap bibir. Telefonnya masih ditangan Ezzaq.

Akhirnya Adra mengalah. “Kejaplah saya cakap dengan kawan saya..”

Yeah!!

Ezzaq menjerit dalam hati. Kali ini dia akan gunakan waktu yang ada untuk memikat Adra semula.

Adra meninggalkan rumah penginapannya tidak berkunci, lalu Ezzaq keluar semula untuk menguncinya. Ezzaq kembali ke kereta. Jangan tetiba Adra enggan mengikutinya. Bersarapan keseoranganlah nampaknya.

Hatinya lega melihat Adra melangkah menuju ke kereta.

Semakin lebar senyuman Ezzaq ketika Adra duduk disebelahnya. Terus dia menurunkan gear dan mula mengerakkan kereta keluar daripada laman rumah tumpangannya.

“Dekat sini, sarapan pagi apa yang best..?”

“Entah….” Jawab Adra malas.

“Nah…” Ezzaq menghulur telefon kepada Adra.

Adra mengambilnya tanpa mengucapkan terima kasih. Mulutnya berat, adillah kerana Ezzaq sudah mempermainkan dirinya tadi. Jemarinya menolak skrin telefon, dilihat bateri sudah pun penuh. Mesti Ezzaq tolong cas semalam. Seketika dia memeriksa mesej-mesej yang diterimanya dan kusyuk melayari internet tanpa melayan Ezzaq yang sedang memandu.

Selepas seketika, telefon disimpan ke dalam poket seluarnya. “Awak nak pergi mana ni…?” tanya Adra apabila kereta Ezzaq sudah melencong jauh. Menuju ke Bandar Kuala Terengganu. Ingatkan nak makan di kedai berdekatan sahaja. Menyesal pula tidak memutuskan kedai mana awal-awal tadi.

“Sarapan… Selepas itu, saya ingat nak pergi ke pasar payang. Mama minta tolong belikan kain batik Terengganu.” Jawab Ezzaq. “Awak temankan saya selepas makan sekejap lagi, boleh…?” Wajah Adra dipandangnya. Cantik walaupun wajah itu tanpa senyuman.

Adra tidak memberi respon. Nak ditolak bagaimana lagi, dia dah ada dalam kereta pun. Macam mana dia boleh termakan pujukan Ezzaq pun entahlah. Ini semua kerana telefonnya sendiri. Ya..! Itulah sebabnya. Itulah puncanya.

“Adra…”

“Ermmm…”

“Awak boleh maafkan saya…?”

Adra diam. Dia sendiri pun tidak tahu, dia maafkan Ezzaq atau tidak. Mungkin ya, mungkin tidak, atau mungkin separuh-separuh. Tetapi dia mengikut langkah Ezzaq sekarang, jadi apa maksudnya. Entahlah, dia sendiri masih keliru dan bingung.

Biarlah..

Biarlah masa yang tentukan.. Putusnya sendiri.

“Okey tidak mengapa, apa yang saya cakap semalam saya ikhlas. Saya nak jaga awak. Kalau pun tidak boleh maafkan saya sekarang, saya tak paksa.. Saya sanggup tunggu sehingga awak bersedia.” Ezzaq senyum lagi.

Kini senyumannya lagi terserlah, semua sightburn dan janggut semua sudah dicukurnya kemas. Bersih wajahnya seperti sedia kala. Seperti dia mengenali lelaki itu pada awal perkahwinan mereka dulu.

Adra hanya membekukan diri.

Terasa janggal hendak bereaksi di depan Ezzaq. Terasa jangkal untuk berkomunikasi dengan lelaki itu. Semuanya terasa jangkal. Seperti baru hari ini dia mengenali lelaki itu.

Selepas bersarapan bersama di restoran yang berdekatan dengan pasar, mereka menuju ke pasar payang. Walaupun hari biasa, orang tetap ramai mengunjungi pasar tersebut.

“Jom, kita dah sampai..” mereka beriringan memasuki pintu masuk pasar payang.

“Awak nak beli apa dulu…?” soalan Adra yang pertama.

Ezzaq senyum lagi, matanya bercahaya apabila Adra menunjukkan reaksi yang sedikit positif. Sekurang-kurangnya wanita itu mahu memulakan perbualan dengannya walaupun kebanyakkan perbualan mereka dijawab sepatah-sepatah oleh wanita itu.

“Cari kain batik untuk mama dengan papa..” Balas Ezzaq, matanya merenung redup sepasang mata di depannya.

“Sinilah kot…” kata Adra. Matanya dilarikan, mengelak daripada direnung lelaki itu. Adra memilih lorong paling tepi, mengharapkan mereka akan bertemu dengan apa yang mereka cari. Sedangkan dia sendiri pun tidak pernah pergi ke Pasar Payang walaupun sudah dua bulan lebih dia menginap di rumah Mira.

Ezzaq mengikuti langkah Adra. Namun langkah mereka agak terbatas apabila agak ramai pelanggan berjalan dari berlawanan arah.

“Sayang… Ikut sini lah…” bisik Ezzaq, tangan Adra ditarik.

Adra terkejut dengan tindakan Ezzaq, namun diikutinya sedangkan jalan memang agak sesak di depan mereka. Ezzaq mencelah agar mereka dapat keluar daripada laluan yang agak sesak itu.

Apabila keadaan sedikit lega, Adra cuba menarik tangannya dari gengaman Ezzaq. Namun Ezzaq semakin mengemaskan jalinan jemari mereka berdua. Adra mengetap bibir.

“Awak, lepaskan tangan saya boleh tak..? Orang tidak ramai pun dekat sini..” tegur Adra.

Ezzaq senyum. Matanya melekat pada anak mata isterinya. “Tak nak lah… Biarlah saya nak pegang..” katanya sambil mengangkat tautan tangan mereka.

Kening Adra berkerut lagi.

“Malulah orang tengok…” sambung Adra lagi.

“Nak malu kenapa…? Tak salah pun kan.. Dahi ni jangan berkerut sangat…” jari Ezzaq mengurut dahi Adra spontan.

“Awak!” marah Adra, lantas ditolak tangan kiri Ezzaq dan tindakannya dibalas dengan tawa senang hati Ezzaq.

Ezzaq mula melangkah dengan sisa ketawanya yang masih ada.

Akhirnya Adra mengalah. Dia memerhatikan belakang Ezzaq daripada belakang. Hatinya terdetik sesuatu. Kenapa Ezzaq tidak mempersoalkan kenapa dia melarikan diri sebelum ini..? Kenapa Ezzaq melayaninya seperti biasa..? Betulkah apa yang seperti Mira cakapkan..? Ezzaqlah yang terbaik untuknya..

Matanya jatuh pada tautan tangan mereka berdua. Tangannya terasa suam dan hangat di dalam gengaman tangan lelaki itu. Terasa selamat dan dilindungi. Namun apa pula kata hatinya?

Tiba-tiba Ezzaq berhenti mengejut dan dia pula terlanggar belakang Ezzaq. Tercium bau wanggian Ezzaq, Adra menarik nafas dalam-dalam. Wanggian yang sama lelaki itu gunakan daripada dulu. Walaupun mereka hidup bersama hanya seketika, bau wanggian itu seperti sudah sebati dengan hidungnya. Kerana wanggian itu juga dia…

“Sorry… Are you okey…?” tanya Ezzaq. Wajahnya sedikit berubah ketika Adra dipandangnya. Tidak disangka Adra melanggar belakang badannya pula. “Makcik tu keluar tiba-tiba, daripada saya langgar makcik tu, lebih baik awak langgar saya macam tadi…” usik Ezzaq sambil tersenyum mengusik.

Adra tidak mampu berkata-kata, pandangannya dihalakan ke arah lain. Risau jika dia membalas pandangan Ezzaq, rahsia hatinya akan terbongkar.

Ezzaq ketawa kecil melihat reaksi Adra. Mungkin ada hikmahnya mereka terpisah selama ini. Adra tidak sebeku seperti kali terakhir mereka berjumpa.

“Kita masuk kedai ini sekejap ya…” ajak Ezzaq, Adra mengikut.

Ezzaq sendiri memilih kain batik yang dikehedakinya. Ketika Ezzaq leka, Adra menarik tangannya. Ezzaq hanya merelakan. Setelah selesai membeli dua pasang sedondon untuk mama dan papa, mereka bergerak ke kedai seterusnya.

“Sayang…..”

Adra membesarkan matanya apabila Ezzaq memanggilnya dengan panggilan itu. Ditempat umum pula tu..!

Tolonglah!

“Tolong saya belikan satu lagi kain sutera boleh…?” Ezzaq buat-buat tidak sedar dengan reaksi tidak selesa Adra. Biarkan. Dia sengaja mahu membuatkan hati Adra tergugat.

“Nak beli lagi ke…?”

“Saya nak hadiahkan pada seseorang…” jawab Ezzaq. Anak mata Adra direnung. Ingin melihat respon Adra.

“Duit awak, belilah…” jawab Adra selamba.

“Awak tolong pilihkan, sebab yang ni sangat special..” ujar Ezzaq lagi. Sengaja mahu melihat reaksi wanita itu. Sedangkan kain sutera memang hanya untuk orang perempuan. Dia mahu lihat, Adra akan ambil peduli atau tidak dengan tindakannya.

“Pilihlah sendiri…” jawab Adra malas. Entah Ezzaq mahu membeli untuk siapan pun dia tidak tahu. Dua bulan lebih dia tinggalkan Ezzaq. Manalah dia tahu kot-kot Ezzaq sudah ada penggantinya. Dia tidak kisah pun. Dia tidak mahu berharap apa-apa pun. Adra kemudian berpusing. Malas berlama di situ.

Belum sempat Adra melangkah, Ezzaq dulu mencapai tangannya. Tangan Adra digengam erat. Kali ini Adra tidak melawan, malas. Dia hanya mengikuti langkah Ezzaq sehinggalah mereka selesai membeli belah. Dalam erti lain sebenarnya hanya Ezzaq yang membeli, dia hanya mengikut.

“Sebelum balik, awak temankan saya makan tengahari dulu boleh…?” tanya Ezzaq.

“Ermm…”

Boleh dikatanya sepanjang hari Ezzaq dengan senyumannya. Dia dapat rasakan yang Adra sudah mula menerimanya dirinya walaupun masih belum sepenuhnya. Tak sia-sia doa yang dipanjatkan hari-hari supaya Adra kembali kepadanya dan untuk menerima dirinya sebagai seorang suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience