SETELAH bersiap, Adra turun ke tingkat bawah. Matanya jatuh kepada sisi Ezzaq yang sedang kusyuk mengadap laptopnya. Cuti-cuti pun kerja ke? Malas mahu bertanya apa yang dilakukan oleh lelaki itu, Adra duduk di sofa bertentangan dengan Ezzaq. Remote TV dicapai. Channel korea dicari. Rupanya Ezzaq juga menggunakan line internet UniFi. Samalah dengan rumah keluarganya. Channel tvN dibuka. Rancangan masakan yang sedang ditayangkan.
Ulangan lah ni. Biasanya rancangan Three Meals A Day kan malam. Macam mana dia tahu.. Mamalah. Dia kan suka masak, tambah pula mama memang suka dengan aktor yang membintangi rancangan itu. Apa namanya, Cha Seung Won.. Pakcik tu memang pandai masak kan, jadi apa lagi.. Idola lah.. Kan..!
Sampai dengan dia pun terlibat sama, suka tengok Cha tu masak. Tangan dia lincah sangat. Kagum bila melihat seorang lelaki boleh memasak. Sebenarnya bukan boleh, tetapi handal sangat dalam memasak. Bukan Cha itu seorang sahaja yang dia kenal melalui rancangan memasak. Baek Jong Won pun sama. Lagi.. Siapa tu nama dia. Ramsay..? Gordon Ramsay..? Haaa.. Itu semua chef antarabangsa yang selalu menjadi tontonan mama.
"Dah bersedia nak belajar masak ke..?" tegur Ezzaq. Tidak disangka Adra akan membuka rancangan masakan.
Adra menggeleng. "Tengok sahaja pun..."
“Okeylah tu. At least bila awak tengok, boleh belajar secara maya.." balas Ezzaq.
Adra mencebik. Tiada perasan mahu melanjutkan perbualan mereka.
"Dorang kirim salam…” kata Ezzaq. Badannya disandar ke sofa dan matanya melekat pada wajah isterinya.
“Dorang…?” soal Adra pelik. Siapa? Namun pandangan masih melekat pada skrin televisyen. Langsung tidak menoleh.
“Your parent, mama dan papa, abang Aidan…”
Riak wajah Adra sedikit berubah mendengar jawapan Ezzaq.
“Awak cakap ke saya ada dekat sini…?” soal Adra pula. Kali ini dia menoleh. Ezzaq tayang wajah tenang. Seperti tidak bersalah dengan kenyataan yang keluar daripada mulutnya.
“Yup..”
“Kepochi betul awak ni tau tak…?” suara Adra sedikit bengang. Tidak faham ke dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan mereka. Kenapa perlu memaksa..?
Ezzaq ketawa perlahan. “Dorang nak datang sini, nak jumpa awak…”
“No..! Saya tak nak…”
“Kenapa dengan awak ni…? Mereka keluarga awak, tak baik tahu buat macam ni… Buruk ke baik ke, ikatan kekeluargaan tu takkan putus. Awak dah balik sini, why not kita jernihkan hubungan kekeluargaan kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih.. ” tegur Ezzaq.
Adra mengecilkan mata. "Saya ada alasan saya sendiri kenapa saya tak nak jumpa mereka sekarang.."
"Kenapa..? Apa alasan awak..?"
Ezzaq dipandang tajam. Memang pakcik ni tak tahu atau sengaja buat-buat tak tahu.
“Betul awak nak tahu kenapa? Baik.. Saya tak nak jumpa mereka, sebabnya kerana mereka saya kena kahwin dengan awak. Sebab abang Aidan, saya…” Adra tidak jadi meneruskan patah seterusnya. Tidak mahu diingat lagi kejadian petang itu. Yang dia pasti, kerana semua yang terjadi, Azad tinggalkan dia. Hubungannya dengan Azad terputus. Segalanya bermulanya dari wasiat atuk. Kemudian keluarganya, kemudian Ezzaq. Semuanya berkait rapat antara satu sama lain.
Ezzaq menarik nafas. “Teruk sangat ke kahwin dengan saya….?” Soal Ezzaq. Suaranya sedikit kendur. Tidak mahu suaranya sejajar dengan Adra. Bimbang mereka akan berterusan bergaduh.
Adra tidak menjawab, dia bangun dan terus naik ke atas. Dia tidak tahu apa jawapan terbaik untuk soalan Ezzaq. Soalan demi soalan dari Ezzaq membuatkan dia rimas. Bosan.
Ezzaq mengekori langkah Adra ke atas.
“Saya ajak mereka makan malam dekat rumah kita malam ni…” kata Ezzaq. Dia tahu Adra memang tidak akan bersetuju, namun dia perlu lakukan sesuatu. Dia tidak mahu isterinya terus marah. Dia mahu Adra berbaik dengan keluarganya sendiri dan menerima keluarganya juga suatu hari nanti.
Adra memejam mata. Kegeramannya bertambah. Mahu dicakap apa, Ezzaq sudah mengajaknya. Apa pilihan yang dia ada…? Melarikan diri lagi…? Macam mana hendal melarikan diri, dia bukan tahu di mana lokasi rumah mereka. Kereta pun tiada.
Akhirnya dia masuk ke dalam bilik, kakinya terus mendaki katil. Hatinya sebal, biarlah dia menenangkan dirinya dahulu. Malas mahu bertekak dengan Ezzaq.
“Nanti tolong saya masak boleh…?”
Adra menarik selimut menutupi keseluruh badannya. Telinganya di tekup menggunakan tangan. Ezzaq sengaja nak menguji kemarahan dia ke apa..? Kan dah cakap dia tak pandai memasak. Suruh kahwin dengan orang lain tak nak.!
Ezzaq menarik selimut perlahan.
“Boleh tak sayang…?”
Adra membeku.
“Sayang…”
Selimut ditarik kuat apabila Adra tidak memberi respon kepadanya.
Adra terus bangun setelah selimut yang membaluti badannya sudah terlucut dek kerana ditarik oleh lelaki itu. Geram. Bertambah geram apabila wajah di depannya masih mampu tersenyum.
“Kan saya dah cakap saya tak pandai masak.”
“Bukan suruh masak, tolong sahaja…”
“Tolong pun saya tak pandai…” jawab Adra bosan.
Ezzaq tersenyum.
“Awak pergi lah cari orang lain orang boleh..” belum sempat Adra menghabiskan ayatnya, Ezzaq terlebih dahulu mendiamkan Adra dengan ciuman dimulut. Matanya membutang besar dek terkejut dengan tindakan selamba Ezzaq.
Adra menolak badan Ezzaq agar menjauh darinya.
Ezzaq terus bangun dan keluar dari bilik dengan ketawa galak. Puas hatinya dapat menutup mulut comel tu daripada mengomel perkara yang bukan-bukan. Macam itu sahaja caranya.
“Ezzaq..!!” marah Adra, bantal dilempar ke arah lelaki itu namun bantal hanya mendarat dilantai. Ezzaq sudah hilang dibalik pintu.
“Arrggghh…” jerit Adra lagi. Suka-suka hati je cium orang. Bibirnya dilap dengan kuat.
Apa dia nak buat.
Argghh…
Tidur lebih baik.
**********
LENA Adra terganggu dek terasa punggungnya ditepuk. Rasanya baru sahaja dia terlelap. Bukan main susah lagi dia nak tidur tadi, semuanya angkara Ezzaq.
“Jangan ganggu saya tidur boleh tak….?” pinta Adra. Matanya masih terpejam. Tangannya memeluk erat bantal di dada.
“Kalau saya nak ganggu jugak…”
Ezzaq ni…!!
Boleh bagi hidup dia tenang sikit tak…? Menyesallah ikut permintaan Ezzaq duduk dekat sini. Kalau duduk hotel mesti kehidupan dia lagi tenang.
“Asar dah nak habis. Awak dah solat ke belum…?” soal Ezzaq.
Adra mengenyeh matanya. Ya, memang dia belum menunaikan solat asar lagi. "Pukul berapa sekarang..? ” lemah suaranya bertanya.
“Dah dekat pukul 7 dah…”
“Hah..?”
Automatik badannya tegak. Matanya terus segar. Telefon dicapai. Angka no 5 yang tertera di skrin. Baru pukul 5 petang. Bukan 7.
Ezzaq..!
Bantal dibelakang ditarik dan dilemparnya kepada lelaki itu.
Dan memang Ezzaq ketawa galak sambil menyambut bantal yang dilempar kepadanya. Seronok dia mengenakan isterinya.
“Tipu dosa tauu…” marah Adra. Dia bergerak turun dari katil dan menuju ke bilik air.
“Nanti dah siap solat, awak turun bawah ya…”
“Malas..!”
“Tengoklah saya buat apa kalau awak tak turun…”
“Ada saya kisah…?”
“Awak kena kisahkan jugak..”
Malas menjawab, Adra terus menghilangkan diri ke dalam bilik air. Apabila dia keluar, Ezzaq sudah tiada. Adra mencapai telekung yang di sidai dan terus menyarungkan ke kepala dan badannya. Usai bersolat, doa dipanjatkan kepada yang Satu, semoga dia diberikan jalan yang memberi sinar bahagia kepadanya.
Usai berdoa, Adra melangkah malas untuk turun ke tingkat bawah. Ezzaq sedang mengeluarkan bahan-bahan daripada peti sejuk. Entah apa yang Ezzaq nak masak hari ini. Malas menegur, dia berteleku di atas tabletop, berhadapan dengan lelaki itu.
.
Ezzaq tersenyum memandangnya, namun dia hanya menunjukkan wajah serius.
“Dapat pahala tau kalau senyum dekat suami…” sakat Ezzaq.
Adra senyum buat-buat, memang tidak ikhlas. Reaksi spontan Adra mengundang tawa Ezzaq. Tidak disangka, Adra boleh menjadi seorang yang lucu.
"You are so cute..." kata Ezzaq dengan senyuman terhias di bibirnya.
Adra mencebik. Dekat mana yang cute entah. Pakcik ni ada masalah mata kot..
Ezzaq kemudian meletakkan sayur di depan Adra. “Tolong potong ini boleh…?”
Malas mahu bertekak, Adra mengambil pisau dan mula memotong sayur. Macam mana rupa sayur dipotong kira jangan diceritalah. Nak suruh tolong sangat kan.
“Sayang…”
Adra angkat muka.
“Sayang buat apa tu…?”
“Potong sayurlah, awak nak saya tolong kan…?”
Sayur yang sudah dipotong Adra diangkat. “Saya nak buat sayur dalca, tapi yang ni boleh bagi makan dekat kuda. Kalau kita makan mungkin boleh tercekit…” komen Ezzaq melihat saiz potongan sayur yang panjang-panjang.
Giliran Adra pula ketawa sakan.
Padan muka!
Ezzaq mengerutkan dahi, memang betul Adra tidak pernah masuk dapur. Adra dipandangnya. It’s okey my wife. Life must go on.
“Sorry… Kan saya dah cakap, saya tak pandai masak.. tolong pun tak pandai.. Makan saya pasti saya pandai..”
Ezzaq senyum sebaris. Wajah isterinya direnung. “Its okey.. Kalau macam tu, awak stay sahaja kat situ. Dont go anywhere…” pesan Ezzaq.
Adra tersenyum tipis. Ezzaq mula membetulkan potongan sayur di depannya. Cekap pergerakkan tangannya, tidak nampak canggung pun. Dia kerja chef ke apa..?
Sekejap sahaja sudah siap, Ezzaq mula sibuk memasak di dapur dan Adra memerhatikan setiap langkah dan pergerakan Ezzaq. Menu malam nanti katanya, nasi minyak, ayam goreng rempah dan dalca sayur. Macam mana Ezzaq tahu buat semua tu..? Kalau dia memang tempah sahajalah. Buat apa nak susah-susah memasak bagai.
Adra bangun dan langkahnya menghampiri Ezzaq. Ezzaq sedang mengacau sayur dalca. Hanya itu sahaja yang Ezzaq fokuskan kerana nasi dan ayam sudah siap dimasak.
“Nak rasa..?” tanya Ezzaq. Adra dipandangnya.
“Boleh ke…?”
Ezzaq angkat kening. Dia mencapai sudu dan menceduk sedikit kuah. Ditiupnya dahulu sebelum disuakan kepada Adra.
“Slowly, panas tu…”
Adra menghirup kuah dalca. Seketika. Dia merasa dengan lidahnya.
“Okey…?” tanya Ezzaq.
“Okey…” jawab Adra. Sedap jugak Ezzaq masak. Kenyanglah perut dia malam ni. Adra senyum sebaris.
Ting..Tong…
Mereka berdua berpandangan.
“Mesti diorang dah sampai..” kata Ezzaq. “Sayang tolong bukakan pintu boleh…?”
Adra mengerutkan dahi.
“Sayur tak siap lagi ni.. Ke sayang nak tolong tengokkan…?”
Ezzaq dan sayur dipandang silih berganti. Kang kalau dia pilih sayur, mahunya sayur jadi layur nanti, hampa makan malam mereka.
“Baiklah.. saya buka…” Adra bergerak ke muka pintu depan. Pintu auto gate dibuka dan sebuah kereta masuk ke dalam tempat parking. Kereta papanya. Dia tidak lupa.
Hatinya berbelah bagi. Apa yang harus dia lakukan. Pintu rumah dibuka dan mama terus memeluk tubuhnya. Mama menangis. Adra masih pegun. Bagaimana dia harus bereaksi.
“Mama minta maaf Adra…” kata Pn Ainun. Pipi Adra dielusnya. Begitu lama Adra melarikan diri daripada mereka sekeluarga. Mujur Allah bukakan hati anaknya untuk kembali.
Wajah papa dipandang. Papanya tersenyum. Adra juga. Hanya mereka berdua mengerti pandangan itu.
"Assalamualaikum..tuan Asyraff.. Saya sudah jumpa anak tuan." kata Karim ketika menghubunginya sebelum ini.
"Betul ke...? Di mana anak saya?" tanya En Asyraff. Hatinya teruja. Tidak disangka begitu cepat penyiasat persendirian itu membuat kerja. Tidak sampai seminggu pun.
"Anak tuan ada di Terengganu. Di Kampung Batu Burok."
"Kamu pasti itu anak saya..?"
"Ya. Saya pasti tuan. Nanti saya hantar gambar untuk pengesahan. Dan saya akan hantar lokasi anak tuan.."
"Baik-baik, terima kasih.. Nanti bayaran, saya akan bank in terus ke akaun kamu ya.."
Itulah perbualan yang menemukan En Asyraff dengan anak perempuannya. Tanpa pengetahuan isterinya, dia terbang ke Terengganu sendiri untuk bertemu dengan Adra. Memang benar gerak hatinya. Adra sihat dan berehat dengan tenangnya di sana.
"Papa..?"
En Asyraff tersenyum. Lalu badan anaknya dipeluk erat.
"Macam mana papa boleh tahu Adra kat sini.." soal Adra cuak dengan kemunculan En Aysraff tiba-tiba.
"Adra tak rindukan papa ke..?"
Adra tidak menjawab, namun dia membalas pelukan papanya. Air matanya mengalir dan tangisannya mula kedengaran. Lama dia berkeadaan begitu, namun papanya tetap setia di sisi.
"Adra tak nak pulang..?"
"Adra nakkan ketenangan pa.. Boleh Adra duduk sini dulu buat sementara waktu.."
En Aysraff mengangguk lemah. Kepala anaknya diusap dengan penuh kasih sayang. Setelah bertukar berita, akhirnya En Asyraff meminta diri untuk pulang ke KL semula.
"Nanti kalau Adra nak balik, Adra contact papa ya.."
Adra mengangguk. "Pa... Tolong ya.. Rahsiakan kedudukan Adra dari mama dan Ezzaq. Adra tak bersedia untuk bertemu dengan merka lagi.."
Giliran En Aysraff pula mengangguk. "Baik.. Tapi janji dengan papa, walau apa pun terjadi, please contact papa ya.."
"Baik papa.."
"Adra.." panggilan mama mengembalikan Adra dari lamunannya. Wajah puan Ainun dipandang. Hampir dua bulan lebih dia tidak melihat wajah mamanya.
“Papa pun minta maaf Adra..” ucap En Asyraff yang berdiri dibelakang mama. Terus dia memeluk dua wanita yang wujud di dalam kamus hidupnya. Seorang isteri tercinta dan seorang lagi merupakan satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
Adra menarik nafas dalam. Dia tidak menangis, tidak tahu apa yang masih tesangkut di dalam hatinya. Hubungannya dengan papa sudah okey, sekarang dengan mama.
“Mama, papa.. Masuklah dulu..” kata Adra, setelah mereka melepaskan pelukan.
Mereka bertiga melangkah masuk bersama, Pn Ainun masih lagi memeluk pinggang Adra. Rindu sangat dengan anak perempuannya.
“Papa..” Ezzaq bersalaman dengan mereka. “Makanan sudah siap, sekejap lagi kita boleh makan…”
Makanan memang sudah siap terhidang di meja makan, begitu cepat Ezzaq menyediakannya.
“Kami pun kali pertama datang rumah Ezzaq ni..Cantik rumah kamu..” tegur papa.
“Biasa saja pa..” Ezzaq tersengih.
“Terima kasih Ezzaq sebab bawa balik Adra semula.. Mama rasa bersyukur sangat....” ujar mama. Redup wajahnya namun dia masih setia duduk disebelah Adra. Cuma Adra lebih senang memilih untuk mendiamkan diri.
“Terima kasih dekat Adra jugak, sebab dia sudi pulang semula ke pangkuan kita semula…” balas Ezzaq sambil senyum tipis. Wajah isterinya dipandang. Wajahnya seperti kosong. Tiada perasaan.
“Jomlah kita makan dulu..” pelawa Ezzaq. Tidak mahu emosi kesedihan berlanjutan antara mereka.
“Jomlah..papa pun dah lapar, masuk tadi pun bau macam semerbak sahaja..” kata papa sambil menggosok perutnya.
“Adra masak ke…?” soal papa tersengih.
Adra senyum dan menggeleng. Bukan papa tak tahu, itu bukan bidang dia. “Ezzaq yang masak..”
“Mama tak sangka Ezzaq pandai masak..”
“Bolehlah sikit-sikit.. Mama rasalah dulu macam mana..” gelak Ezzaq.
Mereka makan malam bersama-sama. Sesekali mereka bergelak tawa. Adra hanya memberikan senyum tipis. Dia masih belum bersedia. Perihal abang Aidan langsung tidak ditanya. Dan tidak pula abangnya datang sekali pada malam ini.
Hampir jam 9 malam, Pn Ainun dan En Asyraff meminta diri untuk pulang. Pn Ainun berpesan supaya Adra pulanglah kerumah. Namun Adra tidak memberikan apa-apa kata putus. Hanya memandang kosong kereta mereka yang mula meninggalkan rumah.
Adra termenung dibalkoni selepas selesai menolong Ezzaq berkemas di dapur tadi.
"Papa.. Papa yang beritahu Ezzaq ke dekat mana Adra berada sebelum ni..?" soal Adra ketika mereka tinggal berdua. Dia pelik, macam mana Ezzaq boleh tahu kedudukannya.
En Asyraff menggeleng. "Taklah. Papa pegang janji papa dengan Adra. Papa pun terkejut masa Ezzaq cakap dia dah jumpa Adra. Bila papa tanya, dia cakap budak ofis dia ada jumpa dengan Adra. Sebab tu dia tahu kedudukan anak papa ni. Tapi apa-apa pun, papa bersyukur sangat sebab anak papa ni dengar cakap suami. Balik sini, balik ke pangkuan keluarga.."
Jadi bukan papa yang membocorkan kedudukan dia. Memang dah takdir Ezzaq menjumpainya semula.
“Abang Aidan tak salah…” Ezzaq memulakan bicara. Dia berdiri disebelah Adra. Adra sedikit terkejut. Bila masanya Ezzaq berdiri di situ. Terbang melayang perbualan dia dengan papa.
“Apa maksud awak…? ”
“Pasal hal kita sebelum masjlis sebelah saya dulu…”
Adra ingat kejadian tu. Mana boleh lupa.
“Saya yang buat rancangan tu, abang risau juga awak akan marah. Tapi saya lagi takut, awak akan tinggalkan saya dan pilih dia. Jadi abang Aidan bersetuju ikut rancangan saya..”
“Kalau awak nak marah, awak marah saya, bukan abang Aidan…” tambah Ezzaq lagi. Memang dia yang bersalah. Sekarang pun dia masih rasa bersalah. Memburukkan lagi hubungan adik beradik isterinya. Mama cakap mereka berdua rapat, tetapi terus renggang selepas kejadian itu.
Adra menarik nafas dalam. Bintang dilangit dipandangnya. Akal fikirannya cuba memproses apa yang Ezzaq sampaikan. Betul ke apa yang Ezzaq cakapkan, atau dia hanya mahu membela abang Aidan.
“Entahlah…” terbit jawapan itu daripada mulutnya.
“Tidak mengapa, ambil masa awak. Awak dah kembali semula pun saya bersyukur sangat.. Tapi harapan saya, janganlah panjangkan marah pada keluarga awak. Mama dan papa terutamanya. Abang Aidan pun. Mereka ahli keluarga awak. Apa pun terjadi dekat awak, mereka tetap ahli keluarga awak. Tiada yang boleh menidakkannya.” Tambah Ezzaq.
Adra hanya diam.
“Perkahwinan kita mungkin terjadi sebab wasiat atuk kita, tapi saya tidak menyesal sedikit pun dengan aturan ini. Saya terima awak seadanya. Dan saya bersyukur sangat dapat berkahwin dengan awak..”
Terdengar keluhan dari Adra.
Ezzaq senyum tipis.
Ya.. Adra memang perlukan masa. Situasi mereka berbeza dan dia hanya mampu berdoa agar Adra juga reda dengan perkahwinan mereka.
“Sejuk dekat luar ni…Tak nak masuk dalam ke..?” soal Ezzaq.
“Awak masuklah dulu..”
“Saya temankan awak kalau awak tak nak masuk lagi…”
Adra mendiamkan diri dan Ezzaq pun sama.
“Masih adakah kemaafan untuk saya….?” Tanya Ezzaq setelah lama mereka mendiamkan diri. Wajah Adra dipandang. Wajahnya cerah disinari cahaya bulan. Cantik.
Adra mengeluh. “Saya masuk dulu…”. Dia berpusing dan meninggalkan Ezzaq di balkoni. Dia pun tidak tahu. Apa yang patut dia lakukan. Maafkan Ezzaq, maafkan semua orang. Maksudnya terima segalanya sebagai takdir. Dan sekali gus menerima Ezzaq sebagai suaminya yang sah.
Apa kata hati..? Ada cinta ke untuk Ezzaq, atau dia masih mengharapkan Azad kembali. Setelah dua bulan lebih berlalu, dia pasti yang dia tidak mengandung kerana periodnya datang seperti biasa.
Share this novel