JAM satu petang mereka bertolak pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan mereka lebih banyak mendiamkan diri. Ezzaq diam, Adra juga begitu. Akhirnya Adra melayan mata sehingga tertidur.
Ezzaq pula fokus kepada pemanduan. Hanya mereka berdua pulang hari ini, keluarganya masih berada di rumah nenek. Mereka ingin tinggal di sana beberapa hari lagi. Ezzaq mengambil keputusan untuk tidak masuk ke ofis pada hari ni, dia ingin berehat. Awal-awal lagi dia sudah maklumkan kepada Atikah, PAnya.
Tiba-tiba telefon Adra berbunyi. Adra terkejut dari lena.
Telefonnya dicapai dan dilekatkan ke cuping telinga. “Hai Azad…”
Ezzaq menarik nafas berat ketika mendengar nama Azad yang meniti di bibir isterinya. Jemarinya menggengam kemas stereng kereta.
Seketika Adra senyum, sekejap ketawa. Hampir lima minit baru Adra mematikan talian, dan dia menyambung tidur semula. Adra langsung tidak berbicara dengannya.
Kelajuan kereta diperlahankan. Wajah isterinya dipandang. Cepatnya dia tertidur semula. Sedar ke tidak sedar bercakap ditelefon tadi..? Suhu aicond dinaikkan supaya udara di dalam kereta bertambah sejuk. Biarlah wanita itu selesa walapun hatinya kurang selesa sekarang.
Sesampai di rumah , Ezzaq dulu masuk ke dalam rumah bersama beg pakaian.. Adra yang masih lena dibiarkan dahulu. Barang-barang mereka di letakkan di sofa.
Adra hanya tersedar selepas itu. Dilihatnya Ezzaq sudah tiada di tempat pemandu. Tali pinggang yang mengikat badannya dibuka. Pintu kereta ditolak lemah. Matanya masih terasa mengantuk. Badannya terasa lemah.
Mereka bertembung di muka pintu. Kunci kereta diserahkan kepada Ezzaq. Dia sudah pun menutup enjin dan mengunci kereta. Rasanya tak perlu Ezzaq keluar lagi.
“Saya nak naik mandi dulu…” kata Ezzaq setelah kunci kereta bertukar tangan dan Adra mengangguk.
Setelah selesai mandi, Ezzaq terus menghilang ke bilik kerjanya. Adra pula menonton televisyen di bawah. Puas bertukar siaran, tiada satu pun yang menarik minatnya untuk terus menonton. Menunggu Ezzaq pun masih tidak turun-turun. Badannya disandar malas ke belakang sofa. Matanya dipejam
Ezzaq kembali ke watak asal ke? Watak serius seperti sebelum mereka ke Port Dickson. Dari semalam wajah lelaki itu nampak kelat. Apa yang patut dia lakukan..? Kenapa Ezzaq berubah sekelip mata. Adakah disebabkan oleh Hanna? Perlukan dia bertanya apakah hubungannya dengan Hanna? Adakah dia perlu undur diri..?
Arggghhhh...
Kenapa mesti perlu dia yang fikirkan semua ini…?
Malas melayan perasaan, Adra menukar baju dan menuju ke kolam renang. Berenang boleh menghilangkan tekanan kadang-kadang. Bukan kadang-kadang sebenarnya, but its always do for her.
Setelah bersenam ala kadar, Adra terus terjun ke dalam kolam. Berenang seketika. Dia berpusing dua tiga pusingan dan dia berhenti di tengah-tengah. Badannya sengaja diapungkan di permukaan air. Matanya dipejam. Kedua belah tangannya di depa. Terasa air yang berada disekeliling seperti memeluk dan mententeramkan dirinya. Tenang dirasakan. Terbit senyuman dibibirnya tanpa sedar..
Kelopak matanya dibuka perlahan. Saat matanya terbuka, pandangannya tertumpu kepada Ezzaq yang berada di bilik kerja. Lelaki itu jelas sedang merenungnya. Tiada senyuman seperti mereka di Port Dickson. Wajahnya serius. Adra tidak sedap hati, lalu berenang ke tepi kolam. Badannya yang basah dibalut dengan tuala. Langkahnya memasuki bilik bawah kerana pakaiannya sudah tersedia di situ.
Dia perlu memberi kata putus kepada Ezzaq. Jika Ezzaq mahu meneruskan hubungannya dengan Hanna, dia tidak kisah. Biarlah lelaki itu memilih yang terbaik untuk dirinya. Siapalah dia untuk menghalang. Lagipun dia bukanlah wanita yang baik untuk lelaki itu. Sudah banyak dia menyakiti lelaki itu dan dia faham jika Ezzaq memilih Hanna dan bukan dirinya.
Setelah bersiap dia menuju ke bilik kerja mencari Ezzaq.
Pintu bilik diketuk. Namun tiada respon dari dalam.
“Awak…..” panggil Adra.
Ketika itu, pintu bilik dikuak dari dalam. Ezzaq membiarkan pintu bilik terbuka dan dia menghampiri meja kerjanya semula.
Adra mengatur langkah perlahan. Ezzaq langsung tidak memandangnya. Berbeza betul dengan Ezzaq yang semalam. Seperti dua orang yang berbeza.
“Awak busy sangat ke…?” soal Adra. Risau juga jika Ezzaq memang sibuk.
“Awak nak cakap apa…?” Sebaris suaranya. Tiada kemesraan langsung.
“Sebelum semalam awak okey, tetapi kenapa sekarang macam orang lain..?" teragak-agak Adra bertanya.
Ezzaq tersenyum.
“Lain..??" Ezzaq ketawa pula. "Awak nak yang mana…? Ezzaq yang sebelum semalam ke, Ezzaq yang sekarang atau AZAD yang selalu ada dalam hati awak…” soal Ezzaq. Matanya memandang tepat ke anak mata Adra. Sengaja nama Azad ditekankan
Adra menarik nafas dalam. Kenapa nama Azad pula yang timbul..? Sebab Azad hubungi dia tadi ke..? Ah lelaki ini...
“Awak rasa saya nak yang mana…?” Adra sengaja bertanya soalan yang berputar belit. Kenapa dia yang disuruh memilih sedangkan pilihan di tangan lelaki itu sendiri. Dia yang akan menentukan kehidupan mereka selepas ini.
“Pilihan ditangan awak sendiri…” balas Ezzaq tegas.
Adra senyum senget. Pakcik ni memang tak sedar situasi sebenar ke atau apa..?
“Saya pilih.?? Sebenarnya pilihan tu di tangan awak.. Awak yang patut membuat pilihan.."
Ezzaq ketawa perlahan. Pen ditangannya diketuk kasar ke permukaan meja. "Saya dah ada pilihan saya sendiri... Tinggal awak sahaja untuk pilih kehidupan awak."
Adra sedikit bengang. Lelaki ini tahu bagaimana mahu mengucar kacirkan hati dan perasaannya. "Baik.. Pilihan saya.. Awak tak kisah jika pilihan saya akan membuatkan awak menderita…?” uji Adra.
“Kalau dah itu takdir yang sudah ditetapkan untuk saya…”
“Awak jangan nak main tarik tali Ezzaq…”
“Siapa yang main tarik tali sekarang?”
Adra terkelu. Kenapa lelaki ini tidak mahu berterus terang..? Jika dia hendakkan Hanna, berterus terang. Kenapa nak bagi nampak salah dari pihak dia sahaja.? Kenapa nak libatkan Azad.? Azad sudah tiada kaitan dengan hubungan mereka.
Baiklah. Jika itu yang Ezzaq nak, biarlah nampak buruk pada dirinya.
“Andai kalau saya pilih Azad…”
“Saya akan lepaskan awak jika awak sudah bersedia untuk tinggalkan saya…”
Adra ketawa sinis. Memang itu sahaja yang Ezzaq nampak. Salah dan punca daripadanya. Bukan dia sendiri.
“Awak tak nak pertahankan saya ke…?”
Ezzaq senyum tawar.
“Pilihan ditangan awak…”
Adra terus bangun. Dia tidak sanggup melihat Ezzaq lagi. Terasa seperti dia bakal menghancurkan hati Ezzaq.
“Saya nak balik rumah parent saya…” kata Adra sebelum keluar.
“Saya izinkan…” balas Ezzaq. Setitis air matanya gugur. Dirinya kecewa dengan pilihan Adra. Kenapa wanita itu tidak bertanya, apa pilihan yang dia pilih..? Dari dulu, pilihannya hanya Adra. Adra Arissa. Tiada perempuan lain yang ingin dimilikinya. Hanya wanita itu yang dia mahukan. Kini wanita itu ingin pergi dengan lelaki lain. Apa lagi yang harus dia usahakan untuk mengikat hati Adra.
Adraaa.... Saya sayangkan awak, saya cintakan awak seorang sahaja. Tiada wanita lain. Berilah beribu-ribu wanita cantik. Saya hanya mahukan awak seorang. Itu pilihan saya, sebab itu saya pilih untuk ijab kabul dengan awak, pilih untuk pertahankan perkahwinan kita, pilih untuk mencari dan mendekati awak walaupun saya tahu hati awak bukan milik saya.
Kepala Ezzaq jatuh ke atas lengan yang berada di meja. Air matanya gugur lagi. Dia sayangkan wanita itu. Dia sayangkan isterinya. Namun, dia sedar cinta tidak harus memiliki. Jika pilihan Adra adalah yang lain, dia tidak mahu memaksa lagi. Dia tidak mahu mendera perasaan wanita itu lagi.
Satu keluhan berat dilepaskan.
******
Air matanya gugur selepas dia keluar dari bilik kerja Ezzaq. Disaat dia mahukan tetapkan hati, kenapa Ezzaq perlu menggunakan nama Azad untuk menyakitinya. Dia menyesal kini mengikuti Ezzaq ke Port Dickson. Hatinya begitu teruji. Dia benci, dia tidak suka akan kehadiran wanita lain antara hubungan mereka. Dia tidak sukakan Hanna. Hanna punca Ezzaq berubah hati. Air matanya diseka. Tapi betulkah Hanna puncanya? Bukankah mereka suka sama suka daripada dulu lagi. Dia yang menjadi punca putusnya hubungan mereka.
Baiklah. Untuk kebaikan dan kebahgiaan Ezzaq dan Hanna. Dia sedia undur diri. Bukan untuk kembali kepada Azad. Biarlah dia bawa diri. Biarlah hatinya kecewa. Mungkin akan ada sinar yang lebih bahagia untuk dirinya nanti.
Adra kemudian mengambil beg dan mengemas semua bajunya. Tiada gunanya lagi dia tinggal di sini sedangkan hatinya tersiksa. Mungkin Ezzaq pun sama.
Kenapa tak pujuk Ezzaq..?
Tergiang suara hatinya.
Pujuk…?
Entahlah
Hati Ezzaq ada orang lain, apa gunanya pujukan daripadanya. Hanya boleh merobek hatinya kerana merayu pada yang tak sudi.
Telefonnya tiba-tiba berbunyi. Skrin dipandang, panggilan daripada Mira
“Adra Arissaaa…..!”
“Kau kenapa, sampai nama penuh aku kau sebut..”
Kedengaran Mira ketawa mewah ditalian. Air matanya diseka lagi. Tidak mahu Mira mengesan perasaan dia kali ini.
“Aku nak jemput kau datang rumah aku… I will be taken you…!”
“Seriously…? Dalam diam-diam kau eh… Kenapa tak cakap apa-apa dengan aku…?” rajuk Adra.
“Aku nak buat surprise kat kau..So sebab tu aku tak cakap.”
“Ermmm yalah…” Adra mencebik. “Siapa yang bertuah dapat pikat hati sahabat baik aku ni..?”
Mira ketawa lagi. Nampak sangat orang tengah bahagia. Untung Mira tengah bahagia. Dia juga yang bakal kecundang.
“Aku tak nak cakap sekarang. Aku nak kenalkan dia dengan kau depan-depan…” kata Mira.
Adra pula tergelak. “Amboi kau.. Penting sangat ke aku sampai nak kenalkan depan-depan.. "
" Hei..! Of course... You are only my best friend ever.. So memang kena speciallah sikit..." balas Mira.
"Kenapa kau sweet sangat ni.. Terharu aku..." sambung Adra. Ada hikmahnya Mira muncul saat hatinya sedang rawan. Terhibur sedikit hatinya. "So bila majlis kau ni…?”
“Another one month. Tapi aku nak kau datang awal sikit dekat rumah aku..”
“No hal.. Kalau kau nak aku boleh datang sekarang pun boleh..”
“Okey.. I take it seriously. Aku nak kau datang sekarang…” balas Mira. “Eh ops.. Tapi kau kena minta izin suami kau dulu lah…”
Adra terdiam.
Tak perlu minta izin. Dia memang dah izinkan. Mungkin ini juga masa yang terbaik untuk dia tenangkan fikiran dan memberi ruang untuk dia menetapkan hati dan perasaannya selepas ini.
“Dia dah izinkan pun.. Sebab aku excited sangat kau nak kahwin, aku nak datang hari ini jugak…”
“Dah nak malam ni, gila kau nak datang hari ini jugak. Kau datang esok lah… Kang jadi apa-apa kat tengah jalan, meraung aku nanti.. Esok sahajalah ya.. Tapi husband kau ikut sekali tak…?”
“Aku datang seorang dahulu. Dia kerja..”
Mira menjerit kesukaan. Adra turut tersenyum.
Setelah talian berakhir, tanpa membuang masa, Adra mengemas semula pakaian dan menukar baju yang bersesuaian. Setelah selesai, luggage besarnya di tarik keluar. Pintu bilik Ezzaq dipandang kosong. Ezzaq langsung tidak keluar dari bilik kerjanya.
Perlahan-lahan kakinya menuruni anak tangga sehingga ke bawah. Kunci pintu utama dicapai dan dia menghampiri kereta.
Tiada nota ditinggalkan untuk lelaki itu sedangkan dia sudah meminta izin. Adra mahu pulang ke rumah ibubapanya, biarlah dia bermalam di sana pada malam ini daripada menyiksa jiwa melihat wajah serius Ezzaq. Esok pun dia akan bertolak ke Terengganu.
Sebelum sempat dia membuka pintu kereta, terasa lengannya dipegang. Apabila berpaling, Ezzaq berdiri disebelahnya.
“Dah nak malam.. Balik esok lah. Esok saya hantar..” putus Ezzaq.
Adra memberikan pandangan kosong. Mulutnya terkunci.
Kemudian dia tersenyum sinis.
“Kenapa..?Awak takut parent saya fikir bukan-bukan ke…?”
Ezzaq menarik nafas dalam.
“Awak dah tak sabar sangat ke nak tinggalkan saya…?”
Adra mendengus. “Can you just answer me rather than you ask me another question…?”
“Okey fine. Saya tak takut pun mama atau papa fikir bukan-bukan sebab saya dah maklumkan pada mereka yang awak nak balik rumah. Nak rehat. Tiada isu pun…”
“Oh lupa.. Menantu kesayangan kan..?” kata Adra dengan sinis.
“
Adra…”
“Saya nak balik sekarang juga…” panggilan Ezzaq tidak diendahkan. Pintu kereta ditariknya, namun ditutup semula oleh lelaki itu.
“Adra Arissa… For your safety, please balik esok. Saya hantar awak esok.. Lagipun saya akan outstation seminggu. Sebelum pergi outstation, saya hantar awak ke rumah mama...”
“Then again…!”
“What…?”
“Kalau tak kerana saya nak balik rumah mama, awak takkan beritahu awak nak pergi ke mana kan…? Nanti saya akan ditinggalkan tanpa berita. Kalau saya keluar dengan orang lain, awak pandai pulak marah.”
Ezzaq tidak menjawab, dia beralih ke belakang. Bonet kereta diangkat. Beg luggage Adra dikeluarkan dan terus dibawa masuk ke dalam rumah.
“Ezzaq…!” laung Adra kuat namun Ezzaq tidak mengendahkannya.
Adra berkeras. Bukan dia tiada baju lain pun di rumah mama. Biarkan lelaki itu dengan keras hatinya. Dia pun boleh buat keras hati.
Adra masuk ke dalam kereta dan cepat-cepat menghidupkan enjin kereta.
Belum sempat dia berundur, Ezzaq dulu membuka pintu bahagian pemandu. Wajahnya nampak tegang. Tanpa sepatah, Ezzaq terus mengangkat Adra keluar dari kereta.
“No Ezzaq…! Turunkan saya..” Adra mengeliat di dalam dukungan Ezzaq. Kalut punya pasal, kenapa dia tidak mengunci pintu kereta tadi. Adra menyalahkan diri sendiri atas kealpaannya.
“You wont listen to me, how do you expect I will listen to you..?”
“Okey…Okey..Fine… Saya balik esok.. Turunkan saya…” Wajah Ezzaq dipandang tajam.
Namun Ezzaq tidak melayan, dia terus membawa Adra ke bilik tidur.
Adra menarik nafas dalam.
Argghhh…!
Akhirnya dia membiarkan Ezzaq mengangkatnya. Tangannya disilang didada. Malas mahu menyentuh lelaki itu. Kalau jatuh pun, jatuhlah.
Sampai di bilik Ezzaq baringkan Adra di tilam. Selimut ditarik menutupi sebahagian badan isterinya.
“Awak tidur dulu..” kata Ezzaq.
Ezzaq mencium dahinya. Dia hanya memerhatikan pergerakan Ezzaq.
Belum sempat Ezzaq berpusing, Adra terus bangun untuk melarikan diri. Namun lariannya tidak ke mana apabila Ezzaq cekap menangkap pinggangnya semula. Pelukan Ezzaq begitu kemas.
“Lepaslah..!” marah Adra sambil menolak kuat tangan Ezzaq.
“Kenapa degil sangat ni…?” balas Ezzaq.
“Hallo…?”
“What hallo… Boleh tak awak dengar sahaja cakap saya…?”
“Tak nak…!” balas Adra keras.
Mereka bergelut seketika. Adra masih cuba meleraikan pelukan Ezzaq namun gagal. Dia menolak badan Ezzaq sekuat hati, namun langkahnya tersungkur dan mujurlah dia terjatuh diatas katil juga.
Adra sudah terbaring dan Ezzaq duduk dengan selamba diatasnya. Kedua tangannya dicengkam Ezzaq.
Nafasnya turun naik, mengah bergelut dengan Ezzaq tadi. Rambutnya yang menutupi sebahagian wajahnya ditolak menggunakan kepalanya supaya semuanya turun ke bawah.
Ezzaq di atasnya dipandang tajam. Geram sungguh terasa hati.
“That’s all…?” tanya Ezzaq. Keningnya terangkat sambil senyum memerli.
“Lepaskan tangan saya…” suara Adra sedikit kendur. Begitu kuat cengkaman tangan lelaki itu. Walaupun dia cuba mengerakkan jemarinya, langsung tidak berjaya.
Ezzaq menggeleng. “I wont..”
“Jangan duduk atas perut saya boleh tak…?”
“Do I care…?”
Mata mereka saling berlawan pandang.
Adra cuba menarik tangannya sekali lagi, namun kudrat Ezzaq lagi kuat daripadanya. Usahanya untuk melepaskan diri langsung tidak berjaya.
“Can you promise me…?”
“What….?”
“Listen to me…”
“I don’t know…” Adra menjeling. Pandangannya dialihkan ke tepi.
Ezzaq tersenyum. Degil dan ego betul isterinya.
Ezzaq mencium dahi Adra dan Adra tidak dapat menahannya kerana tangannya masih terikat.
“Don’t kiss me…” tegur Adra.
“I don’t know..” kini giliran pipi Adra pula menjadi mangsa.
“Ezzaq…!”
“I don’t know…”
Kini wajah Ezzaq turun mencari bibirnya. “Okey-okey… I will listen…”
Akhirnya Adra mengalah. Tiada guna dia berkeras kerana kemenangan bukan berpihak kepadanya.
"Promisee...?"
"Yaaa...!"
"If you try to run away again...?" soal Ezzaq.
Adra mengecilkan matanya. Benci betul dengan dia ni.
Ezzaq menurunkan wajahnya semula apabila tiada jawapan daripada isterinya. Bibirnya menghampiri bibir Adra.
"Okey... I won't.. I won't...I will listen to you..." balas Adra cepat. Selamatkan bibirnya daripada mendapat sentuhan lelaki itu. Dia takut dia lemah.
Wajah isterinya direnung lama dan kemudian dia tersenyum puas. Barulah Ezzaq melepaskan gengaman tangannya dan dia turun dari badan isterinya..
“Berat betul.. Makan batu ke apa…?” marah Adra. Cepat-cepat dia bangun. Karang si Ezzaq tu buat perangai duduk atas perut dia sekali lagi tidak ke haru. Kalau ringan tu tidak mengapalah.
Ezzaq ketawa besar.
“Padan muka awak… Buatlah lagi perangai macam tu…”
Ezzaq dijelingnya.
“Saya nak siapkan kerja saya sekejap. You promise me to listen to me. Stay here tonight. Don’t go anywhere..” pesan Ezzaq sebelum keluar.
Adra mencebik. Dia bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sudah berpeluh-peluh bergelut dengan lelaki itu. Sepatutnya dia belajar taekwando sebelum ini. Tidaklah dia kalah dan menyerah sahaja pada lelaki itu.
Setelah selesai, Adra menuju ke katil. Dia mahu tidur. Cukuplah untuk hari ini. Dia penat.
Share this novel