JEMPUTAN masih lagi riuh rendah walaupun majlis sudah hampir tamat. Mira sudah pun selamat menjadi isteri yang sah kepada Hakim. Selepas majlis akad nikah berlangsung pagi tadi, majlis meraikan pengantin dijalankan pada waktu petang. Itulah yang dirancangkan oleh Mira, nikah dan majlis pada hari sama. Tidak perlu melibatkan hari yang banyak, save day, save energy. Katanya..
Persandingan mereka pula berdua menggunakan busana berwarna pink belacan. Adra juga menggunakan ton warna yang sama. Pada asalnya Mira berkeras mahukan dirinya menjadi pengapit, tetapi setelah Pn Zurin masuk campur, Mira terpaksa meminta sepupunya mengantikan tempat Adra. Ya, alasan mak, Adra dah kahwin, tak elok dipertontonkan pada khayalak ramai. Kang ramai mata-mata berkenan, semakin berputih mata pula si Ezzaq. Adra pada mulanya tidak kisah pun untuk menjadi pengapit Mira, yalah Mira pun kawan baiknya. Setelah mak pun menghalang, Ezzaq apatah lagi. Akhirnya Ada beralah. Biarlah yang bujang menjadi pengapit makcik tu.
Kini, matanya galak menyaksikan gelagat pengantin baru. Semoga awak bahagia hingga ke anak cucu, Mira. Itu doa yang Adra panjangkan untuk kawan baik yang sorang itu. Sedikit sebanyak dia agak terkilan. Dia bahagia dengan suaminya sekarang, tetapi dia tidak dapat merasai keseronokan meraikan perkahwinan mereka. Adra menarik nafas dalam. Kalau boleh dia tidak mahu mengingati perkara yang menyedihkan di hari bahagia. Lagipun langkah Mira sedang menuju ke arahnya.
“Thanks Adra sebab kau datang kembali..” Adra terus dipeluknya. Kejap terasa pelukannya.
Adra tergelak. “Mestilah aku datang semula. Kau kan kawan baik aku. Mana boleh aku ketinggalan..” Drama sangat makcik ni. Padahal dari tadi siapa yang temankan dia..? Dari pagi sehinggalah sekarang. Sepatutnya Adra datang semalam, tetapi disebabkan Ezzaq terima urgent call dari ofis, terpaksalah mereka menapak ke pejabat Ezzaq sekejap. Sekejap tak sekejap jugak, malam dekat pukul sembilan lebih baru mereka selesai. Nak tak nak terpaksalah mereka merentas lebuhraya malam-malam buta. Kalau nak bergerak pagi ni, mahunya Mira putus kawan dengannya. Itupun berpuluh-puluh mesej masuk bertanyakan bila dia nak datang. Sekarang, berdrama macam baru jumpa sahaja.
Mira turut tergelak. “Aku happy sangat dengan adanya kau dekat sini. Malam ni kau tidur sini kan..?”
“Kalau aku tidur sini, Hakim pula kau nak dia tidur kat mana…?”
Mira mengekek. Haaa.. Iya juga ya. Mana dia nak tinggalkan suaminya. Tapi dia mahu Adra ada bersamanya.
“Kau kan pengantin baru, aku tak nak kacau…” kata Adra, mata kecilnya dikenyit. Bibirnya mengorak senyum meleret.
“Alang-alang cerita pasal pengantin baru ni, kau ada tips nak share dengan aku tak…?” usik Mira nakal.
Adra mencebik. “Aku rasa kau mesti lagi advance daripada aku. Tak payah aku bagi tips pun kan….” Balas Adra. Wajahnya memerah. Mira ni memang jenis selamba. Bertanya soalan macam tak beringat. Dia pula yang naik segan. Bengong kan makcik ni. Kalau macam ni rupanya, confirm karang Hakim yang kena terkam. Bukan dia.
Mira ketawa galak lagi. Pipi Adra dicubitnya. “Geramlah dengan kau ni…” diketap bibir dan giginya sambil tersenyum. Seronok melihat Adra segan-segan.
“Aku laparlah.. Kau pergilah jumpa saudara mara kau dulu, aku nak makan sekejap…” arah Adra. Mira dah kahwin sekarang. Kalau ayat pertama dia pun macam kurang dua suku, nanti kalau dibiarkan, entah apa lagi soalan yang keluar daripada mulut makcik tu. Kang Mira okey sahaja, dia pula yang duk segan-segan nak menjawab. Jadi lebih baik kita putuskan process penyambungan sel-sel otak pengantin baru tu.
“Makcik..! Bukan ke baru sekejap tadi aku tengok kau makan.. Berapa kali kau nak makan ni. Aku pun tak selera sangat nak makan. Kau dah habis berapa pinggan dah..?” tegur Mira. Tadi baru Adra melarikan diri cakap lapar. La ni, nak makan lagi. Ke dah positif mak cik ni…? Mira tersengih.
“Jangan salahkan aku, siapa suruh tukang masak ni masak sedap sangat… Lagipun jangan bandingkan aku dengan kau. Kau kan pengantin baru, memang orang selalu cakap makan tak kenyang kan. Selera bukan tak ada. Sebab berdebar jadi pengantin baru…” Adra tersengih.
“Kau ada baby eh…?”
Adra menggeleng. “Belum….”
“Tipulah tu… Selera lain macam ni. Takkanlah…” sambung Mira lagi. “Dengan kawan sendiri pun nak sorok. Nanti kalau aku preggy pun aku tak nak cakap dengan kau…” katanya seperti merajuk.
Ketawa Adra terburai. Adra mendekatkan wajahnya kepada Mira. “Gatal kau.. Hari ni baru kahwin dan fikir preggy. Mesti confirm Hakim kena terkam dengan kau malam ni…”
Mira tersengih. “Biarlah…. Laki aku…” jawab Mira selamba.
Adra mencebik sambil tersenyum. Gatal mak cik kan..? Patut kena kahwin daripada dulu lagi. “Tapi betullah… Kalau betul ada baby, aku mesti dah bagitahu kau…”
“Hai…!” Ezzaq tiba-tiba muncul dari belakang mereka berdua. Tangannya berlingkar di pinggang isterinya. Wajah Adra dipandangnya dengan senyuman. “Cerita apa..? Serius sahaja tengok dari tadi..?”
Adra tersengih dan Mira senyum.
“Nothing… Ladies talk..” jawab Adra dan Mira juga mengangguk.
“Thanks datang Ezzaq. Thanks bawak kawan baik aku datang, kalau dia tak datang, memang sah aku putus kawan dengan dia.” Kata Mira namun matanya melekat pada wajah Adra.
“Welcome..” balas Ezzaq sambil tersenyum.
“Amboi kau…! Macam kejam sangat sahaja sampai nak putus kawan dengan aku..” balas Adra.
Mira ketawa. “Kalau kau nak test betul ke tak, cubalah tak datang..”
“Aku dah ada dekat sini.. Tak payah nak test-test sangatlah..” balas Adra lagi.
“Hai you alls… Am I missing something…?” tegur satu suara dari belakang mereka.
Mereka bertiga serentak berpaling. Hakim, suami Mira sedang tersenyum segak dengan berpakaian songket yang sama tona dengan Mira.
“No.. Mari Mira kenalkan Adra and her husband. Akim tak pernah jumpa lagikan…?” tanya Mira.
Hakim mengangguk. Adra yalah memang dia kenal, tapi husband Adra belum pernah bertemu lagi. Wajah lelaki disebelah Adra dipandang. Ketinggian mereka lebih kurang sama.
Ezzaq dulu menghulurkan tangan dan Hakim menyambutnya. “Ezzaq..”
“Hakim..” mereka berbalas senyum.
“Selamat pengantin baru untuk korang berdua… Semoga bahagia sampai bila-bila..” ucap Ezzaq ikhlas.
“Thanks…” Hakim dan Mira senyum.
“Mak cari tadi…” kata Hakim. Wajah Mira dipandangnya.
Oh..! Baru Mira teringat, tadi memang nak mencari Pn Zurin, namun setelah dia nampak Adra, terus kakinya melencong. Tak sangka lama pula mereka bersembang. Berdiri pula tu. Gigih, tak cari mana-mana kerusi nak duduk.
“Korang makanlah dulu, aku nak masuk dalam sekejap..” balas Mira. Hakim pun sama berlalu bersama Mira.
“Okey…”sahut Adra dengan ceria. “Bie, nak air sirap…”
“Jap Bie ambilkan…” Adra duduk di kerusi dibelakang mereka setelah Ezzaq berlalu. Matanya melilau memandang kawasan pantai di depannya. Rindunya pantai..
“Sekejap lagi kita pergi pantai nak…?” tanya Adra apabila Ezzaq sudah melabuhkan punggung disebelahnya. Air sirap di tangan Ezzaq di ambil.
“Boleh… Sayang nak pergi dengan baju ni ke..? Nak outdoor sekali dengan Mira..?”
Adra menggeleng. “Taklah.. Pergi dengan Bie sahajalah…”
“Nak buat sweet moment lagi ke dekat tepi pantai…?” bisik Ezzaq seraya keningnya terangkat. Senyuman nakal meniti dibibirnya.
“Ishh.. Bie ni…!” lain orang ajak, lain pula yang dia fikir. Namun bila difikirkan, memang banyak sweet moment mereka ketika di pantai. Tak kisahlah, pantai sini ke, pantai PD ke, pantai KL ke.. Eh, KL ada pantai ke..? Macam tak ada rasanya.
“Sayang.. Malam ni kita balik KL ya…”
“Hah..! Cepatnya.. Sebelum ni cakap boleh duduk lama-lama dekat sini…”
Ezzaq menggaru kepalanya. “Itulah, plan asal memang macam tu, tapi dah jadi lain pula..”
“Apa yang lain nya..? Tak bestlah macam ni.. Tak pun Bie baliklah dulu. Saya stay sini..”
“Macam tu pulak… Sampai hati nak biarkan Bie balik sorang-sorang… Mira kan dah kahwin, nanti sayang stay sini kesian dekat dia, nak temankan sayang lagi, nak temankan suami dia lagi. Tak baik tau rosakkan mood pengantin baru…”
Adra mencebik. Betul juga apa yang Ezzaq cakap tu. Tapi, takkan nak balik malam ni. Cepatnya…!
Ezzaq sudah tergelak melihat muncung Adra. “Buat muncung macam tu.. Cium karang..”
“Ish..! Kesitu pula…” peha Ezzaq dipukul perlahan.
“Yalah, bukan selalu macam tu ke..?” usik Ezzaq lagi.
“Bie…! Jangan tak senonoh eh. Kita dekat majlis kahwin orang ni…” balas Adra apabila Ezzaq asyik menayangkan sengihan dari tadi. Nakal betul Ezzaq ni tau..
“So kalau macam tu kita kiv kat pantai sekejap lagilah ya….?”
Adra mengecilkan mata. Nak goda pun tak beragak dia ni tau… Geram sahaja rasa. Lantas perut Ezzaq dicubitnya.
Ezzaq menyeringai sambil ketawa senang. Adra pun sama. Dia tak marah pun, tapi geram sahaja dengan pakcik ni sorang. Nakal sangatlah…!
*****
Dua minggu selepas majlis kahwin Mira berlangsung, Ezzaq semakin sibuk dengan kerjanya di pejabat. Setiap malam Ezzaq pulang lewat. Apabila ditanya, kerja bertimbun di pejabat. Hari ini pun hari sabtu. Lewat juga Ezzaq pulang. Jam sudah pun menunjukkan jam 10 malam, namun jasad Ezzaq masih belum muncul.
Adra mengeluh. Dia rindukan Ezzaq. Waktu dengan suaminya agak terbatas. Sebelah malam Ezzaq pulang lewat, kadang-kadang dia tertidur dahulu. Sebelah pagi pula Ezzaq keluar awal. Sempatlah bertemu muka seketika. Tak sempat hendak melepaskan rindu pun.
Esok hari minggu, jangan cakap Ezzaq kena kerja juga sudah. Memang nak merajuk sebulanlah kiranya. Balik rumah mama, biar Ezzaq duduk sorang-sorang. Siaran ditelevisyen ditukar berkali-kali. Satu pun tidak menarik perhatiannya untuk terus mononton. Matanya pula asyik menilik jam di dinding. Sesekali matanya memandang pintu rumah. Tertutup rapat. Telinga pula cuba mendengar jika ada kedengaran enjin kereta di luar rumah. Kosong. Semua deria sudah digunakan, namun Ezzaq masih belum kembali.
Telefon di sisi dicapai. Skrin dihidupkan. Tiada mesej baru yang masuk pun. Chat Ezzaq dibuka. Last mesej yang diterimanya pada jam 8 malam tadi. Itupun mesej yang ketiga Ezzaq hantar mengatakan dia pulang lewat. Dipesannya untuk tidur awal.
Adra mengeluh. Badannya disandar disofa. Matanya terpacak pada skrin televisyen. Lama-kelamaan pandangannya mula mengecil. Adra sudah terlena disofa.
****
Rasa katuknya sangat kuat. Matanya sukar untuk dibuka. Namun dia terasa badannya bergerak dan bau badan yang melekat pada hidungnya sangat dikenali.
Dipaksa matanya untuk melihat insan yang sedang sedang mendukungnya.
“Bie.. Dah balik…?” tanyanya lemah.
“Ya… Sayang tidurlah…”
“I miss you…” kata Adra, tangannya memeluk leher Ezzaq erat. Wajahnya dibenam pada leher suaminya. Bibirnya tersenyum. I love his smell.
“Me too…” dahi isterinya dikucup. Badan Adra diletak di katil perlahan dan selimut ditarik menutupi separuh badan isterinya.
Ezzaq mahu mandi namun tangannya dipegang. Tidak jadi melangkah, Ezzaq duduk ditepi katil kembali.
“Kenapa lewat sangat balik…?” tegur Adra.
“Bie minta maaf.. Bie kena siapkan kerja juga sebelum balik…”
“Bie tak buat something yang lain kan…?” duga Adra. Dia sendiri takut, jika Ezzaq mula mencari yang lain di luar setelah dia menerima lelaki itu sepenuh hati.
“Maksud sayang..?”
“Bie tak cari yang lain kan…?”
Ezzaq ketawa kecil. Dia menundukkan wajahnya dekat dengan wajah isterinya. Seulas bibir Adra dipagutnya lembut. “I love you.. Jangan fikir bukan-bukan. Hati Bie ni ada nama Adra Arissa seorang sahaja. Dah, sayang tidur, Bie nak mandi sekejap. Sekejap lagi Bie temankan sayang tidur…” dahi Adra pula dikucupnya.
Adra mengangguk dan matanya mula terpejam.
*****
“Sayang…!”
Hah! Adra terkejut dari lena.. Tak pernah Ezzaq kejutkan dia dengan tergesa-gesa sebegitu.
“Kenapa Bie..?” tanya Adra. Terus katuknya hilang.
“Sayang bangun sekarang. Kita kena balik PD pagi ni jugak..” Balas Ezzaq. Wajahnya nampak resah. Adra mula tidak senang hati. Ada apa-apa jadi kat nenek ke..?
Adra pun tanpa membuang masa terus bergerak turun dari katil. Ezzaq sudah pun bersiap dengan jeans dan tshirt lengan pendek.
“Sayang dah siap mandi nanti turun terus ya. Bie tunggu kat bawah.” Pesan Ezzaq.
“Okey. Saya mandi sekejap..” kata Adra dan dia terus menghilang ke dalam bilik air. Di dalam hatinya gusar. Hanya nenek dan keluarga Pak Ngah yang duduk di PD. Berharap tiada apa yang berlaku pada nenek. Jika apa-apa berlaku pada keluarga Pak Ngah mungkin Ezzaq tidak begitu kalut.
Usai membersihkan diri, Adra cepat-cepat bersiap. Pakaian yang ringkas dipilihnya. Seketika dia menilik wajahnya. Rambutnya terdedah. Jika apa-apa jadi kat nenek, bukankah dia perlu menutup auratnya yang itu satu. Kemudian Adra menarik shawl yang tergantung elok di dalam almari. Shawl besar, biasanya dia gunakan untuk menyelimuti badannya jika kesejukkan. Kali ini di akan cuba gunakan untuk menutup rambutnya. Shawl warna ungu lembut itu dililik di lehernya.
Setelah semua lampu dan suis ditutup, Adra turun ke bawah.
“Sayang dah siap..?”
Adra mengangguk. “Kita nak gerak sekarang ke..? Mama..? Papa..?”
“Mereka sudah sampai di sana. Bie baru baca mesej bangun pagi tadi. Jomlah.” Ajak Ezzaq. Sebuah beg kertas dihulur kepada isterinya.
“Apa ni..?” tanya Adra sambil menjenguk isi dalamnya.
“Sandwish..” balas Ezzaq sambil tersengih. “Bie buat sekejap tadi sementara tunggu sayang mandi. Karang takut lapar pula dalam perjalanan nanti. Nak berhenti makan takut tak sempat pula..”
“Oh..! So sweet… Thanks..” kata Adra dengan senyum lebar. Teruk dipeluknya badan Ezzaq dan Ezzaq membalasnya.
“Sayang.. Kalau peluk lama-lama nanti kita tak jadi pergi PD karang…” usik Ezzaq.
Terus Adra melepaskan pelukan. Saja je tau. Tahulah orang sayang dan rindu dia. Tapi hal nenek harus didahulukan.
Lebih kurang jam 7.30 pagi mereka bergerak ke PD. Sepanjang perjalanan Ezzaq hanya mendiamkan diri. Melihat keadaan itu, Adra juga sama. Mungkin Ezzaq risaukan nenek. Dia juga secara jujurnya. Walaupun dia tidaklah begitu rapat dengan nenek, namun nenek tetap nenek.
Hampir satu jam setengah, mereka memasuki susur ke Port Dickson. Ezzaq masih sama. Mendiamkan diri.
“Bie.. Don’t worry.. Insyaallah tak ada apa-apa dengan nenek..” kata Adra sambil memegang lengan Ezzaq yang kukuh memegang stereng kereta.
Ezzaq mengangguk. Mengiakan kata isterinya.
Kereta mereka menghala ke Grand Lexis Hotel. Ezzaq memasuki ruang parking.
“Sayang. Kenapa kita datang ke sini..? Bukan pergi rumah nenek ke..?” soal Adra kepelikkan. Walaupun baru sekali di datang ke rumah nenek, namun dia masih ingat jalan yang mereka gunakan.
“Kita stay sini dulu..” balas Ezzaq bersahaja.
Adra mengikut. Ezzaq keluar. Dia pun keluar daripada kereta. Ezzaq memimpin tangannya menuju ke bahagian atas. Setelah mereka melintasi ruang kaunter pendaftaran, Adra semakin pelik. Ezzaq hendak pergi ke mana..?
“Bie…”
“Ya..”
“Kita nak pergi mana ni..?”
“Bilik. Semalam mama check in dekat sini. Mama dah check in bilik kita sekali..” balas Ezzaq.
Oh.. Barulah Adra faham. Ingat saja-saja boleh masuk ke ruang legar hotel tanpa booking. Mereka menaiki lift ke tingkat dua.
“Nenek…?” soal Adra lagi.
“Lepas kita rehat sekejap, kita pergi jenguk nenek ya…”
“Kenapa kita tak pergi sekarang…?”
“Nenek perlukan masa juga, nanti kita jenguk nenek ya…” pujuk Ezzaq.
Akhirnya Adra hanya mengikut. Mereka melalui laluan sebelah kanan. Cantik kawasan hotel yang berkonsepkan taman. Siap ada kandang arnab. Adra terhenti seketika. Keletah arnab dan anak-anaknya di tenung. Comel..
“Jom, sayang..”
Adra ikut. Mereka memasuki anjung. Jalan menuju ke ruang hotel. Mereka berjalan atas jejantas kayu yang dilengkapi dengan sesebuah bilik hotel. Di bawah mereka air laut berkocakkan. Sesekali menghempas tiang-tiang. Adra menarik senyum. Menarik. Kali pertama dia memasuki hotel ini.
Ezzaq berdiri di tepi anjung. Tiba-tiba muncul adik Ezzriel, menyerahkan kunci kepada Ezzaq. Adra hanya memerhati. Kemudian Ezzaq menghampiri sebuah bilik. Kunci digunakan untuk membuka pintu bilik.
Pintu bilik sudah terbuka luas. Adra melangkah masuk. Wahh…! Menariknya. Susun atur yang simple. Adra menghampiri pintu balkoni. Ditolaknya perlahan. Dan.. Tersergam indah, pemandangan lautan di depan mata. Tiada apa yang menghalang. Hanyalah lautan terbentang indah.
“Cantiknya…” komen Adra. Kagum sangat.
“Sayang suka ke..?” tanya Ezzaq. Badan Adra di peluk dari belakang.
Adra mengangguk.
“Kita rehat sekejap, dalam pukul 10 kita jumpa nenek ya…”
“Nenek tak apa-apa ke..?” tanya Adra lagi.
“Insyaallah tiada apa…” balas Ezzaq. Ubun isterinya di cium.
Tok..!! Tok !!
Adra dan Ezzaq serentak berpaling.
“Ada orang datang ke..?” soal Adra.
Ezzaq tersenyum. “Kejap Bie tengokkan.. Sayang masuk ke dalamlah. Kang tetiba sayang jatuh, haru pula kita kena berendam dalam air laut ni..” seloroh Ezzaq.
“Ishh.. Tak kan lah…” balas Adra. Walaupun balkoni terdedah, namun pagar balkoni hotel masih tinggi separas antara dada dan perut. Rasanya masih selamat. Takkan jatuh, melainkan kayu tempat mereka berpijak patah atau runtuh. Barulah boleh berendam dalam air laut. Setinggi mana paras air laut di bahagian bawah tu, walhallahualam.
Melihat Adra tidak beranjak, Ezzaq menuju ke pintu bilik hotel.
Adra kembali menyambung menikmati pemandangan yang indah di depan mata. Mungkin family Ezzaq yang datang, sedangkan Ezzaq maklumkan memang mama dan yang lain menginap di sini.
“Sayang…!”
Adra berpaling namun keningnya berkerut. Ezzaq tidak keseorangan. Ada dua tiga orang dibelakangnya.
Adra seperti terkaku di situ sehinggalah Ezzaq datang memegang tangannya dan menarik masuk ke ruang bilik.
“Sayang kena bersiap sekarang ya..” kata Ezzaq. Wajah terkejut Adra direnungnya. Terbit senyuman tipis dibibir.
“Apa ni Bie..?” akhirnya Adra bersuara.
“Nothing… Sayang bersiap, Bie pun kena bersiap..” balas Ezzaq. Dahi Adra dikucupnya.
“Wait..! Nenek..?”
“Nenek is waiting for you. Tetapi sekarang sayang kena bersiap dulu. Nanti dapat jumpa semua orang…”
“Bieee….” Mata Adra mula berkaca.
Ezzaq senyum lagi. “Jangan menangis, nanti tak cantik..” tegur Ezzaq.
“Tapi apa semua ni…?”
Ezzaq ketawa kecil. “Bie hanya mahu tunaikan hasrat sayang. You deserve better than this. Bie nak moment dalam memory dan kehidupan sayang yang indah-indah belaka. Kita bersiap sekarang ya…”
Adra mengangguk bersama dengan linangan air mata. Badan Ezzaq dipeluknya, tidak dihiraukan kewujudan insan lain di dalam bilik mereka.
*****
Dada Adra mula gemuruh. Tangan Ezzaq digengam kejap. Dulu dia tidak rasakan semua ini. Dulu dia langsung tidak mengambil kisah dengan keadaan seperti ini. Suara juru acara bergema diselangi dengan lagu latar.
“Thanks Bie..” ucap Adra sambil merenung anak mata suaminya. Hatinya sebak, tidak disangka Ezzaq membantu untuk menunaikan hasrat yang pada awalnya memang takkan tercapai.
“Most welcome…” balas Ezzaq sambil tersenyum manis.
Lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain berkumandang di udara. Kemudian disusuli dengan suara juru acara.
“Dijemput pengantin perempuan dan lelaki untuk berarak masuk ke ruang persandingan.” Suara juruacara bergema.
Seorang aturcara majlis mengarahkan kami keluar daripada bilik berkaca. Pintu kaca dibuka seluasnya. Tersergam indah permandangan. Ada satu gerbang penuh dengan bunga ros putih di hadapan kami.
Ezzaq memimpin tangan Adra perlahan. Terhampar landasan putih disepanjang perjalanan kami sehinggalah ke hujung yang sudah dilengkapi dengan pelamin serba putih bersama ros putih. Terdengar ucapan tahniah di kiri dan kanan mereka. Adra berpaling dan menghadiahkan senyuman untuk mereka. Ezzaq pun sama.
Langkah mereka sudah pun menghampiri pelamin. Ezzaq memberi ruang untuk Adra duduk sebelum dia duduk. Tangannya masih kejap berpengangan.
“Bie…” Adra memandang Ezzaq. “Thank you sangat… Tak sangka Bie tunaikan hasrat saya…”
Ezzaq senyum lebar. Dahi Adra dikucupnya. “Do you like it..?”
Adra mengangguk laju. “Awesome…!!”
Ezzaq dan Adra ketawa bersama.
“Sayang ada berangan ke dulu nak buat wedding macam mana…?” tanya Ezzaq ketika mereka berada di rumah homestay Mira dulu.
Adra senyum bersahaja. “Dululah.. Waktu dengan Azad. Teringin nak buat…” Adra mendekatkan bibirnya ke telinga Ezzaq. Dia bisikkan sesuatu sehinggakan Ezzaq membulatkan matanya.
Ketika itu Adra bisikkan sesuatu yang dia nakkan majlis perkahwinan ala-ala garden. Dihiasai dengan pelamin dan ros putih yang segar. Ros yang menghasilkan bau wangi. Di lengkapi dengan baju pengantin yang juga berwarna putih. Itulah impian dia.
Terdetik dihatinya, perkahwinan mereka tidak dimulai dengan persekitaran yang meriah, lalu Ezzaq putuskan, kalau itu impian isterinya, mengapa tidak dia tunaikan. Selepas pulang daripada dari Terengganu, Ezzaq mula menyatakan idea tersebut kepada keluarganya dan keluarga mertuanya juga menyambut baik niat Ezzaq. Namun, Ezzaq sendiri ingin rahsiakan perkara tersebut daripada isterinya. Biarlah isterinya tahu pada hari kejadian iaitu hari ini.
“Nampaknya pengantin kita sangat bergembira di pelamin…” ucap juruacara majlis. Majlis yang hadir bertepuk tangan. “Sekarang kita mulakan acara kita. Dengan lafaz Bissmillah hirahma nirahim. Saya Aidan Aisyh bin Asyraff sebagai jurucakap anda ingin mengucapkan selamat pengantin baru dan lama kepada pasangan Ezzaq Ashfiq dan Adra Arissa. Mereka telah dijodohkan pada enam bulan yang lepas dan namun pada hari ini, mereka ingin mencipta satu lagi kenangan indah di dalam kehidupan mereka. Kerana itulah kita semua dijemput hadir untuk meraikan majlis mereka pada hari ini.. Sila berikan tepukan gemuruh untuk pasangan pengantin kita pada hari ini..” Hadiran yang hadir sekali lagi bertepuk tangan. Meriah.
Adra berpaling, patutlah tadi macam kenal, rupanya abang Aidan yang menjadi juruacara mereka. Lain sangat abang punya dressing.
“Sebelum kita pergi jauh, kami ada menyediakan sedikit hadiah untuk pengantin kita. Ezzaq, Adra dan hadirin sekalian, boleh beralih kepada skrin utama kita ya..” arah Aidan.
Skrin besar yang ada di sebelah kanan mereka mula menunjukkan wajah. Muncul video di skrin putih. Masing-masing bertepuk tangan. Ezzaq dan Adra juga teruja. Ezzaq sendiri tidak tahu adanya slot untuk video ini. Bermulanya daripada gambar kanak-kanak Ezzaq dan Adra. Ada rupanya gambar mereka bersama ketika kecil. Adra sudah tergelak. Ezzaq dulu comot, macam dia jugalah. Comot.
Beralih gambar ketika mereka remaja. Adra naik segan ketika gambar di unversitinya ditayangkan. Mesti abang Aidan punya kerja, songlap gambar-gambarnya.
“Sayang memang cantik daripada dulu ya…” komen Ezzaq.
Bahu Ezzaq ditepuknya. “Mengutuk tak beragak ya…” balas Adra.
Ezzaq ketawa senang. “Kutuk apa pula. Cantiklah Bie tengok. Kalau kita belajar dekat university yang sama, mesti kita dah jumpa kan…”
Adra pula tergelak. Kalau dah jumpa awal, entah-entah dia berkawan dengan Ezzaq atau Azad. Opss..! Azad lagi. Hikhik… Its okey, Azad sudah tinggal sejarah dalam hidupnya, kini hatinya hanya milik Ezzaq sorang.
Mata Adra merenung gambar remaja Ezzaq di skrin. Memang wajah Ezzaq tidak berubah. Sama macam sekarang. Bezanya, sekarang nampak kematangan, dulu wajah remaja. Terdetik dihatinya, agak-agak kalau betul mereka satu universiti, dia akan pandang Azad atau Ezzaq..? Mungkin Ezzaq kot.. Ahakzz.. Wajah nampak kelakian sedikit manakala wajah Azad lebih kepada mamat muka jambu.
“Bie pun hensem…” komen Adra.
Ezzaq tergelak. “Bie tak pernah tak hensem kan…?” sambung Ezzaq.
Adra mencebik sambil tersenyum. Okey fine..! Dah hensem, nak buat macam mana. Terima sahajalah… Kan…!
Kemudian gambar mereka beralih kepada tarikh keramat mereka disatukan. Hari pernikahan mereka. Adra sedikit terkesan. Dalam gambar, nampak sangat wajahnya tidak gembira. Namun dengan senyuman palsu yang diberikan, nampak gambar pernikahan mereka nampak elok. Begitu juga dengan hari persandingan di kedua belah pihak mereka. Ahli keluarganya semua nampak gembira. Hanya dirinya yang hilang ketika itu.
Terasa tangan memeluk pinggangnya erat dan senyuman Ezzaq mengusir rasa kurang enak yang menjalar dalam dirinya.
“Eh, bila masanya gambar ni wujud..?” tanya Adra pelik. Gambar dirinya berada di pantai. Di kampung Mira. Terus mata Adra meliar mencari insan itu. Mira datang ke..?
Matanya menangkap wajah kawan baiknya sedang mengenyitkan mata. Namun Adra membulatkan matanya. Jangan Mira dedahkan perkara yang satu tu sudah.
“Kemuncaknya di sini…!” laung juruacara.
Masing-masing teruja. Debaran Adra kian memuncak. Dia belum mahu umumkan, tetapi jika Mira terlibat, adakah perkara itu akan terdedah.
Skrin mula melayangkan gambar klinik dan kemudian terpampan gambar yang sememangnya mengejutkan semua orang melainkan Adra, Mira dan abang Aidan mungkin. Video pendek yang menunjukkan degupan jantung si kecil yang sedang berdegup laju. Tangannya bergerak-gerak menunjukkan jasad itu bernyawa.
“Sayang..!” jerit Ezzaq dengan teruja. Terus badan Adra dipeluknya kemas. “Am I will become a daddy…?” tanya Ezzaq tidak sabar.
Adra membalas pelukan Ezzaq dan mengangguk perlahan. Berita itu yang ingin disampaikan kepada Ezzaq dalam dua minggu yang lepas, namun lelaki itu selalu sibuk. Jadi dia ingin sampaikan ketika mereka meluangkan masa berdua. Hanya dengan Mira dia kongsikan dulu, itupun kerana Mira sentiasa mendesaknya untuk ke klinik. Video dan gambar itu juga dikongsi secara paksa. Patutlah makcik tu beria sangat.
Baru sahaja Ezzaq melepaskan pelukan, mama dan papa Adra sudah naik ke pentas. Badan Adra dipeluk mereka. Termasuklah mama Ezzaq dan maksu Zaria ya. Wanita itu sangat gembira dengan berita yang mereka dapat. Walaupun maksu bukanlah orang pertama, tetapi mereka bersama-sama berkongsi rasa gembira dan teruja itu.
“Tuan-puan.. Dengan bakal kehadiran si cilik ini, juga merupakan bakal anak saudara saya, saya dengan ini mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin kita. Semoga mereka terus bahagia dan dikurniakan baby yang sihat dan comel macam daddy dan mummy dia ya..”
Ucapan Aidan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin. Setelah sesi perkenalan bersama tayangan skrin, mereka beralih kepada ucapan ahli keluarga dan kemudian sesi menjamu selera.
Adra dan Ezzaq di bawa ke meja makan.
Ezzaq dari tadi lebar sahaja senyumannya. Tidak di sangka hasratnya untuk mendapat anak juga tercapai pada hari ini. Sekali dahi Adra dikucupnya.
“Bie…?” tegur Adra. Selepas berita kehamilannya dia terbongkar, Ezzaq tidak berhenti daripada tersenyum. Risau pula dilihatnya.
“Thanks sebab sudi mengandungkan anak Bie…” ucap Ezzaq ikhlas.
Adra memeluk leher Ezzaq. “I love only you…”
Senyuman Ezzaq semakin melebar. “Nasib ramai orang, kalau tak Bie dah kiss sayang lama-lama tau…” bisik Ezzaq.
Adra tergelak. “Noty sangat…!”
“Sayang makan dulu. Nanti baby lapar….” Kata Ezzaq, makanan di letak di depan Adra. Adra mengangguk. Sebetulnya memang dia tengah lapar sekarang. Pagi tadi pun makan sandwish sahaja. Kenyang sekejap, lepas tu kembali lapar.
Mereka mula menjamu selera, namun Ezzaq tidak makan banyak, dia bangun daripada duduk dan mula menghampiri abang Aidan di bahagian tepi. Ezzaq mencapai microphone dan sebuah kerusi diletakkan di depan.
Adra memandang tingkah Ezzaq dari bawah. Keningnya diangkat namun Ezzaq membalasnya dengan kenyitan mata.
Ezzaq duduk di kerusi tinggi, kakinya masih menapak di alas lantai.
“To my love.. Adra Arissa…”
Musik mula berkumandang. Ezzaq mula mendendangkan lagu Beautiful in White, nyanyian Shane Filan (Westlife)
Not sure if you know this… But when we first met.. I got so nervous I couldn't speak.. In that very moment.. I found the one and.. My life had found its missing piece..
So as long as I live I love you.. Will have and hold you.. You look so beautiful in white.. And from now 'til my very last breath.. This day I'll cherish.. You look so beautiful in white.. Today..
Ezzaq turun daripada kerusi, langkahnya perlahan menuju ke arah Adra. Tangannya menyeluk saku seluar, sebentuk cincin dikeluarkan dan tangannya memegang tangan Adra sebelum di kucup lembut. Kemudian, cincin tadi disarungkan ke jari manis isterinya. Mata Adra terbuntang besar. Ezzaq senyum lebar. Bibirnya menuturkan, I love you…
What we have is timeless.. My love is endless.. And with this ring I.. Say to the world.. You're my every reason.. You're all that I believe in.. With all my heart I mean every word.
So as long as I live I love you.. Will have and hold you.. You look so beautiful in white.. And from now 'til my very last breath.. This day I'll cherish.. You look so beautiful in white.. Today..
You look so beautiful in white, yeah yeah… Na na na na.. So beautiful in white.. Today.
Ezzaq kembali ke pentas bersama Adra dan menyambung nyanyian ke akhir liriknya. Setelah berakhir sekali lagi tangan Adra dikucupnya. Adra terharu dan air matanya menitis namun aksi mereka mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin yang hadir juga merupakan ahli keluarga terdekat mereka.
Ezzaq dengan selamba membawa Adra ke dalam pelukannya. “Don’t ever leave me in this life..” bisik Ezzaq romantis.
“I won’t” janji Adra. Ya itulah janji dan pendiriannya. Selain dengan izin Allah, dia takkan sesekali meninggalkan lelaki yang sudah terpahat di dalam hatinya. Dia cintakan Ezzaq. Dia cintakan suami dan anak yang bakal melengkapi keluarga kecil mereka.
Biarlah permulaan kehidupan mereka tidak indah. Namun, jodoh Allah sudah pun ditetapkan. Walau dengan apa cara pun kita bertemu, dengan izin Allah, semuanya akan menjadi lebih baik. Allah tidak akan menguji umatnya di luar kemampuan mereka sendiri. Berbaliklah kepada jodoh Allah. Jangan sesekali di sesali apa yang terjadi.
TAMAT
Finally... Dah habessssss... ! Semoga anda enjoy dgn coretan saya.. Tqvm pada semua pembaca, yang memberikan komen-komen dan tips... Thanks you alll... Mini love and hugs to u allss...
Share this novel