Order..!! 41

Romance Series 123857

USAI solat subuh Ezzaq terus bersiap. Dia mengenakan baju kemeja berwarna kuning air dan berseluar slack berwarna hitam. Baju kemejanya dikemaskan dan jemarinya lincah membutangkan lengan baju. Selepas mengenakan tie, dia menilik wajahnya di cermin. Sesekali pandangannya terarah kepada isterinya yang masih lena.

Semalam dah tidur awal. Pagi ni lambat juga bangun ya. Walaupun sebelum tidur semalam mereka bergaduh namun dia merasa lega kerana Adra masih lagi mengikuti katanya. Risau juga jika isterinya masih berkeras mahu pulang ke rumah mama malam semalam juga. Namun setelah dia menyiapkan kerja, dia melihat isterinya sudah lena di tilam. Dia pun sama, merebahkan badan dan memeluk isterinya sehingga terlena. Ezzaq tersenyum.

Wajahnya dipalingkan ke cermin, sikat dicapai dan rambutnya dikemaskan. Botol minyak wangi dicapai dan disembur pada leher dan juga pergelangan tangannya.

Selepas mereka bersarapan bersama, dia akan menghantar Adra ke rumah mertuanya dan kemudian akan terus ke ofis. Staf yang mana terlibat dengan kerja luar kali ini, semuanya berkumpul di pejabat sebelum bertolak ke destinasi yang telah mereka jadualkan daripada awal.

Ezzaq turun ke tingkat bawah dan menuju ke ruang dapur. Lengan bajunya disinsing hingga ke siku sebelum dia mencapai satu bungkus roti gardenia. Kemudian dia membuka pintu peti ais dan mencapai dua biji telur dan dipecahkan ke dalam bekas. Sedikit garam dimasukkan dan dia mengambil garfu untuk mengacau sebati campuran telur dengan garam.

Dengan cekap dia memasak roti telur bersama planta dan pada masa yang sama, tangannya lincah membancuh air milo. Bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Adra memang sukakan air milo. Kurang dengan tea dan coffee. Itulah yang dia dapat simpulkan sepanjang mereka hidup bersama. Pemakanan isterinya juga sangat simple dan tidak banyak kerenah. Sekali lagi bibirnya tersenyum ketika perihal isterinya muncul di benaknya di pagi hari. Sesuatu yang menyegarkan bukan yang membebankan baginya.

Setelah selesai, jam di tangan dipandang. Hampir sepuluh minit dia berada di dapur namun kelibat isterinya masih belum muncul. Ezzaq mula melangkah keluar daripada ruang dapur dan naik ke bilik tidur mereka semula. Dilihatnya Adra masih lena berbalut dengan selimut. Adra dihampiri.

“Sayang….” Kepala Adra diusapnya.

Adra masih pegun, langsung tidak bergerak. Mata pun sama, masih terpejam.

Belakang Adra pula diusap.. “Sayang…” panggil Ezzaq lembut.

Barulah Adra membuka mata. Dilihat wajah Ezzaq sedang tersenyum. Dia turut tersenyum. Ezzaq sudah pun siap berpakaian pejabat. Bila Ezzaq bangun, langsung tidak tersedar. Cahaya di dalam bilik juga terang benderang. Lenanya dia tidur.

“Awak dah siap…?”

Ezzaq mengangguk.

Matanya dikedip-kedip. Rasa katuk masih menguasai. Melihat tangan Ezzaq yang bertapak di atas tilam berdekatan dengannya, lantas dia menarik tangan Ezzaq dan di bawa ke pelukannya. Rasa suam tapak tangan lelaki itu yang melekat pada pipinya membuatkan dia terasa selesa dan mahu dimanjai. Haruman daripada badan lelaki itu membuatkan dia tidak mahu melepaskan lelaki itu pergi menjauh daripadanya.

Ezzaq tersenyum melihat tingkah isterinya. Ibu jarinya mengusap dagu isterinya perlahan sedangkan tangannya masih berada di dalam gengaman wanita itu. Satu kucupan singgah di pipi Adra.

Adra membuka mata. Dia melihat Ezzaq sedang merenungnya dengan pandangan yang redup.

“Bangunlah, mandi, solat dan kita sarapan dulu. Selepas tu saya hantar awak balik rumah mama..” kata Ezzaq perlahan apabila melihat Adra masih selesa di dalam selimut.

Adra teringat janjinya dengan Mira semalam sebelum dia tertidur.

“Kalau saya tak nak pergi rumah mama boleh…?”

Dahi Ezzaq berkerut. “Saya outstation seminggu.. Tiada orang dekat rumah kita.. Siapa nak tengokkan sayang nanti..? "

Adra menggeleng. "Actually saya nak pergi ke Terengganu…Boleh tak?” Adra berterus terang. Badannya sudah bangkit. Dia duduk bersila mengadap suaminya sambil mengelus tangan lelaki itu. Dia berharap Ezzaq membenarkan dia pergi ke sana.

“Terengganu….?” tanya Ezzaq pelik. Apa yang jauh sangat nak pergi tu.? Keningnya terangkat.

“Yup. Rumah Mira… Saya nak pergi rumah Mira. Boleh kan..?"

“Mira…? Oh rumah kawan yang sayang pergi dulu tu ke…?”

Adra mengangguk.

Ezzaq merenung wajah Adra seketika. Pipi isterinya disentuh. “Boleh nak pergi tu, tapi sayang nak pergi dengan apa…? Flight? Saya tak sempat nak hantar..”

Adra mengeleng. “Tidak mengapa. No worries.. Saya akan uruskan sendiri yang tu…”

Ezzaq melepaskan keluh. “Jangan cakap awak nak pergi dengan Azad…”

Kening Adra berkerut. Wajah Ezzaq dipandang. Suka sangat memulakan pergaduhan. Dia tidak sebut pasal Azad pun.

“Can I…?” Adra sahaja mahu mendera Ezzaq. Jika itu andaian lelaki itu, biarkan.

Ezzaq tersenyum tawar. Dia terlupa seketika. Adra memang isterinya, tetapi hatinya milik lelaki lain.

“Okey, but please take care of yourself.. Don't forget to take your breakfast first before you go out..” kata Ezzaq dan kemudian dia terus bangun. Dia mencapai beg pakaian dan komputer ribanya. Dia tinggalkan Adra yang masih di katil. Pintu bilik di tutup kemas.

Kereta dipandu keluar dari garaj rumah. Hatinya pedih. Kenapa tidak Adra memilihnya.? Kenapa Adra masih berharap dengan Azad...?

Setelah semalam dia befikir, jika itu yang Adra mahukan, dia akan turutkan. Selepas pulang dari outstation nanti dia akan selesaikan semuanya. Dia akan melepaskan Adra untuk berbahagia dengan pilihannya.

*******

BARU sahaja stereng kereta dipegang, telefonnya berbunyi. Skrin dilihat, panggilan dari abang Aidan. Dia berkira-kira mahu mengangkat atau tidak. Sejak dia pulang, belum pernah sekali pun dia bertemu dengan abangnya.

Akhirnya ibu jarinya menolak skrin hijau.

“Assalamualaikum…”

“Waalaikumusalam…”

“Adik… Abang ni…”

“Tahu…” balas Adra lambat-lambat. Memang dia ada menyimpan nombor abangnya walaupun dia telah menukar nombor telefon baru. Hati marah dan kecewa tapi contact keluarga mesti ada dalam simpanan. Itukan boleh digunakan waktu kecemasan. Mana kita tahu apa akan terjadi kan....

“Abang nak jumpa adik boleh…?”

“Adik nak kena pergi Terengganu hari ni..”

“Terengganu? Jauhnya... Kenapa adik nak pergi sana..?"

“Kawan adik nak kahwin..”

“Adik pergi dengan Ezzaq ke..?”

“Tak.. Sorang..”

“Sebelum adik pergi, abang nak jumpa adik dulu boleh..?”

Adra menarik nafas panjang. Jam tangan ditangan di pandang. 8 pagi. Masih awal lagi. Dia sengaja mahu bergerak awal pagi, nanti dalam tengahari ataupun petang sikit dia akan sampai di sana. Sempatlah dia rehat lebih sikit. Dan perjalanan pun tidaklah rushing sangat.

“Abang ada dekat mana?”

“Dekat rumah kita. Rumah mama.. Adik datang sini boleh…?”

“Yalah. Adik singgah sana dulu.”

Adra memandu kereta menuju ke rumah ibubapanya. Kelajuan kereta diselaraskan. Tidak terlalu laju, tidak terlalu perlahan. Dia mempunyai banyak masa. Tidak perlu terkejar-kejar.

Sesampai di rumah, pintu gate sudah pun terbuka. Setelah memarking kereta, Aidan terus muncul dari dalam rumah. Melihat kelibat abangnya, Adra keluar dari kereta. Belum pun sempat berkata apa, Aidan terus memeluknya erat.

Adra terkejut dengan tindakan drastik abangnya. Badannya bergerak ke belakang sedikit.

“Abang minta maaf dik. Abang banyak buat salah dengan adik. Janganlah adik lari lagi, abang tidak ada adik yang lain dah, Adra seorang sahaja adik abang..” ujar Aidan. “Kalau pun abang salah, adik hukumlah abang, jangan adik larikan diri dari kami lagi.." sambung Aidan lagi dalam sendu.

Sudah lama dia menahan rasa bersalah pada adiknya. Kini baru dia kekuatan dan keberanian untuk meminta maaf. Dia kenal adiknya. Adiknya bukan jenis berdendam, namun jika hatinya di sakiti, memang mengambil masa yang lama untuk mereka berbaik semula. Waktu mereka membesar bersama pun sama. Sekali dia merajuk atau marah, selepas seminggu baru mereka boleh berbaik semula. Inikan pula perkara yang melibatkan hidup adiknya. Dia terasa bersalah sangat.

Rasa sedih mula menusuk ke dalam jiwanya apabila mendengar luahan hati abangnya Lengan abangnya yang masih memeluk badannya dipegang.

“Adik seorang sahaja adik abang, Maafkan abang boleh tak..?"

Belakang Aidan ditepuk perlahan.

Kejamkah dia..? Menghukum darah dagingnya sendiri. Dulu dia marah, sekarang tidak lagi. Mungkinkah ego dirinya juga, menunggu abangnya sendiri meminta maaf dahulu.

Matanya dipejam. Air matanya mula mengalir.

“Adik dah maafkan abang. Adik pun nak minta maaf dengan abang, kalau adik ada buat salah dan sakitkan hati abang.”

“Tak… Adik tak ada buat salah dengan abang pun.. Abang yang bersalah. Sepatutnya abang pertahan adik.. Tapi.."

"It’s okey, adik dah maafkan.. Lupakan apa yang terjadi.." Adra memintas percakapan abangnya. Ya.. Dia sendiri mahu melupakan segalanya. Melupakan detik yang tidak bahagia di dalam kamus hidupnya. Biarlah dia mulakan hidup baru selepas ini. Selepas dia dan Ezzaq membawa haluan masing-masing tanpa ada penyesalan dan pergaduhan lagi.

Mereka berpelukan, tiba-tiba terasa ada tangan memeluk mereka berdua.

Mama…

Mama pun sama menyambung drama air mata merek. Seketika mereka berpelukan.

“Adra dah makan…?” tanya Pn Ainun setelah emosi mereka kembali stabil.

Adra menggeleng. Selepas Ezzaq keluar tadi, dia terus bersiap untuk keluar. Sarapan yang Ezzaq sediakan pun dia telah menyimpan semula ke dalam peti ais. Tiada selera dia mahu makan keseorangan.

“Jomlah kita sarapan sama-sama. Sudah lama kita tak makan sekali.” Kata mama.

Adra menganguk. Dia juga rindukan masakan mamanya. Rasanya ada lebih kurang sebulan lebih dia memerap sahaja di rumah ketika hubungan dinginnya dengan Ezzaq. Dia tidak mahu pulang ke rumah mama. Sahlah mama akan selalu bertanya tentang menantunya. Daripada menjadi anak derhaka dan bergaduh dengan mama, baik dia berkampung di rumah Ezzaq. Lagipun lelaki itu selalu tiada di rumah. Jadi bebas jugalah dirinya.

Mereka bertiga menuju ke meja di taman. Memang sarapan sudah tersedia di situ.

"Adik semakin berisi abang tengok.." ulas Aidan, bibirnya tersenyum. Tidak sangka dia boleh berbaik dengan adiknya semula.

Adra merasa pipinya. "Berisi kat mana..? Pipi..? Ke badan..?"

"Pipi ni.. Makin tembam abang tengok.." pipi adiknya dicubit perlahan.

Adra tersengih.. Masaklah kalau betul-betul semakin tembam..

“Adik drive sorang ke nak pergi Terengganu sekejap lagi..?” soal Aidan.

Adra mengangguk.

“Nak abang hantar..?”

Adra menggeleng.

“Nak pergi Terengganu buat apa..?” celah mama pula

“Kawan adik nak kahwin. Kawan baik adik..”

“Larat ke adik drive..? Tahu ke jalan nak pergi sana..?” soal mama lagi. Adra bukan pernah berjalan jauh sorang-sorang. Tambah-tambah nak bawa kereta sendiri. Karang apa-apa terjadi dekat tengah jalan macam mana..?

“Jalan straight sahaja kan, lagipun nak pergi sana kan dah ada highway.. Adra ikut sahaja signboard yang ada.. Lagipun waze pun ada. Nanti dia tunjukkan jalan yang betul sampai ke rumah Mira tu.."

“Ezzaq bagi ke adik pergi sorang..?”

“Bagi, dia dah izinkan dah..” balas Adra, walaupun sebenarnya Ezzaq tidak tahu dia pergi berseorangan. Bukan ditemani Azad seperti yang disangkanya.

“Abang hantar adik pergi sanalah, abang ambil cuti..”

“Tak usahlah, sebab adik nak duduk dekat sana lama. Nak tolong dia uruskan persiapan perkahwinan lagi, kalau abang ikut, takkan nak duduk sana jugak..”

Abang Aidan merenungnya dan Adra mengangguk. Menyakinkan abangnya.

“Betul ni…? Adik tak melarikan diri lagi kan…?”

Adra tergelak. “Betullah..Kalau nak melarikan diri, adik tak datang sini jumpa abang.”

“Tapi mama macam risau pulak nak lepaskan adik pergi sorang-sorang.. Bawa kereta sorang-sorang. Memanglah highway. Karang kalau jadi apa-apa dekat tengah jalan, siapa nak tolong.? Kalau ada orang tolong pun, baik ke tidak orang tu.? Karang ada yang mengambil kesempatan dekat Adra macam mana..?” luah Pn Ainun. Sungguh dia risaukan keselamatan anak perempuannya.

Adra senyum sebaris. “Mama… Trust me…”

“Kalau jadi apa-apa dekat anak mama macam mana…? Ezzaq pun kenapa lepaskan adik pergi sorang-sorang. Kenapa dia tak hantar..?”

“Ezzaq outstation seminggu mama, tadi pagi baru dia pergi.. Memang tak boleh nak hantar adik pun, sebab tu dia izinkan adik pergi. Mama dengan abang doakan yang terbaik. Insyallah, selamat perjalanan adik..”

“Tak.. Abang hantar adik. Kalau adik nak duduk sana, adik duduklah, lepas hantar abang balik sini semula..”

“Nanti adik nak balik sini pula macam mana…?”

“Naik flight…” balas mama.

“Hah.. Betul tu.” Tambah Aidan.

“Haaa.. Yalah, kalau dah abang cakap macam tu…Selepas sarapan, adik nak gerak dah tau..”

“Okey.. Abang ambil barang sekejap…”

Adra mengangguk.


*********

PERJALANAN selama enam jam membuatkan badannya terasa penat. Ditambah pula dengan perutnya kelaparan. Walaupun abang Aidan yang memandu, badannya yang terlebih rasa penat.

Selepas selamat sampai ke Terengganu, Aidan terus mengambil tiket flight ke Selangor kerana mendapat panggilan dari pejabat. Urgent call. Jadi dia tidak mahu berlengah. Lagipun adiknya sudah selamat sampai ke destinasi yang ditujuinya.

“Mira.. Aku lapar lah.. Kau masak apa hari ini…?” itu soalan pertama yang keluar apabila Mira menyambutnya di kereta. Setelah abang Aidan check in di Lapangan Terbang Sultan Mahmud tadi, dia terus bergerak ke rumah Mira. Sudah ditawarkan kepada abang Aidan untuk membawa balik kereta miliknya, namun abang menolak. Penat katanya drive sorang-sorang. Karang tertidur dalam kereta, berita lain pula yang diterimanya. Nauzubillah. Jadi, abang memilih untuk menaiki flight. Sampai di KLIA nanti, kawannya tolong pick up. Semga dipermudahkan perjalanan balik abang Aidan.

“Kau tak berhenti makan ke…?” soal Mira.

Adra menggeleng. “Malas.”

“Bertuah.. Dah tahu lapar, berhentilah makan dulu.. Nasib mak masak, kalau tak masak lagi, nasiblah kau.. "bebel Mira.

"Ala.. Aku tanya sahaja.. Janganlah marah.. Karang aku balik rumah aku semula kan..." Adra acah-acah mahu masuk dalam kereta semula

Mira sudah tergelak. "Tak payah over sangat.. Mak masak tomyam, jomlah masuk dulu. Beg sekejap lagi baru angkat..”

Adra mengangguk sambil tersengih. Langkah Mira diikutinya.

Dipintu dia bertemu dengan ibu angkatnya, ibu Mira.

“Mak.. kakak bawak Adra masuk makan dulu. Dari pagi tadi tak makan… Pastu duk membebel lapar sana, lapar sini.. "

Pap!

Bahu Mira ditamparnya.

"Amboi dia.... Tengok anak mak ni, dia kutuk saya macam saya tak ada dekat sini sahaja kan..?" adu Adra.

Aduan Adra mengundang tawa Mira. Eleh, kutuk sikit dah nak mengadu dekat mak.. Nasib laki tak ada, kalau tak dengan cik abang sekali diadunya. Menyampah.. Mira simpan senyum.

Pn Zurin turut tersenyum. "Kamu pun kakak.. Bagilah Adra rehat dulu. Kang dia baru sampai.."

Giliran Adra pula ketawa senang. Ada jugak orang geng dengan dia.

“Pergilah makan..Selepas makan nanti, Adra rehatlah dulu. Jauh tu drive dari KL sorang-sorang..”

“Terima kasih mak…Tapi bukan Adra yang drive, abang hantar tadi.” balas Adra.

“Abang..? Mana dia..?” diintainya ruang luar. Tiada orang lain selain daripada anak dan anak angkatnya sahaja yang kelihatan

“Abang dah balik, tadi sampai sahaja Adra hantar dia pergi airport terus..Dia kena balik ofis semula. Masa on the way tadi, boss dia call.. Urgent. Itu yang balik terus.. Nak pusing balik pun macam dah jauh sangat.." terang Adra.

“Oh, ingat Adra tak bagi dia masuk..” Pn Zurin tersengih. Adra pun sama. “Adra pergilah makan dulu..Tak elok bagi perut kosong.. Karang bukan Adra sahaja yang membebel.. Dengan Mira sekali tumpang membebel nanti.."

"Makkkkk.... Kakak dengar okey..." Pn Zurin dipandang dengan mata kecil namun reaksinya mengundang tawa Pn Zurin.

"Yalah.. Yalah... Pergilah makan, mak nak turun bawah sekejap. Karang duk bercerita dengan kamu berdua buat semput dada mak.. Asyik nak ketawa sahaja.." kata Pn Zurin. Terus selipar dicapainya. Jasadnya menghilang dia balik dinding rumah.

Mereka berdua pula menuju ke dapur. Adra dulu mencapai pinggan dan nasi diceduk dari periuk. Tidak perlu menunggu Mira menjemputnya, dia boleh ambil sendiri.

Mira ketawa lucu melihat reaksi kawannya. Macam tak makan sepuluh tahun lagaknya.

“Dah tahu tak nak berhenti, bawaklah makanan ringan ke. Bolehlah isi perut buat sementara waktu..” bebel Mira. Tengok tuan dah besar panjang. Bukan budak kecik nak kena ajar. Memanglah Adra lagi muda daripadanya. Muda empat bulan sahaja pun. Dia lahir bulan tiga, Adra bulan tujuh.

Adra memulakan suapannya setelah pinggan dan mangkuk tomyam berlabuh di atas meja. Biarkan Mira dengan bebelannya. Yang dia tahu, perut dia laparrr... Perlu diisi.

“Kau nampak berisi sikit…” komen Mira.

Adra menjongket bahu. Macam mana tak naik badan kalau tiap-tiap malam dia makan. Orang yang kurus pun boleh jadi gemuk, diet semua entah ke mana. Hancur semuanya. Ezzaqlah puncanya. Setiap kali dia masaka sahaja, dia terliur. Dah kalau terliur takkan taknak makan. Tak nak merasa. Cuma sejak hubungan mereka dingin, jarang Ezzaq memasak. Hurmmmm.. Entahlah, kadang-kadang dia rindukan masakan lelaki itu. Namun tidaklah dia ingin meluahkan isi hatinya kepada Ezzaq. Harapan.. Tinggal haraapan.

"Kau pregnant ke..?"

"Uhukk.... Uhukkk.." Tanpa sedar dia tersedak. Mira ni…! Apa kena soalan yang dia tanya. Pedas terasa kuah tomyam mencengkam rongga hidungnya. Buat potong selera sahaja tahu tak..?

Mira sudah ketawa mengekek. Air putih dihulur kepada kawannya. Tanya sahaja pun, tak payahlah sampai macam tu sekali reaksinya.

"Merepek kau ni, boleh bagi aku makan dengan tenang tak..?"

"Tanya sahaja.. Kalau tak, jawab tak... Kalau ya jawab ya.. Senang kan.. Yang sampai tersedak bagai tu kenapa.. Or else memang betul kau pregnant."

Adra meneruskan suapan. Malas mahu menjawab soalan merapu Mira. Macam mana dia nak tahu dia pregnant ke tak, test pun tak pernah buat. Lagipun dia tak berharap untuk pregnant buat masa sekarang. Hubungan dia dengan Ezzaq pun macam telur dihujung tanduk. Retak menanti belah. Jika ada kehadiran benih di dalam rahimnya, tak ke menyulitkan keadaan di masa depan.

"Ya ke tak ni..?" soal Mira lagi.

Adra memandang Mira dengan geram.. "Tak.... Negatif..." jawab Adra. Dia tidak rasa pun macam dirinya pregnant. So tak perlu test bagai, dia yakin.

"Kau dah test ke...?" soal Mira lagi.

"Miraaaaa.....!"

Mira ketawa lagi. "Yalah... Yalah... Makanlah cik kak... Makan kenyang-kenyang ya.."

Adra kembali menyambung suapannya yang tergendala.

“Bagi pulak husband kau datang sini lama-lama…”

“Dia outstation seminggu.”

“Oh patutlah.. Jadi kau duduk sini seminggu jugak ke…?”

“Tengok pada keadaan lah..”

“Ala… Kau duduklah sini sampai majlis aku selesai..Boleh..?”

Adra tergelak. “Kalau aku duduk sini terus kau nak bagi tak…?” gurau Adra.

“Boleh sahaja kalau kau sudi. Takut nanti tak sampai ke mana dah rindu encik abang..” sambung Mira.

Namun Adra hanya memberi senyuman tawar.

Air muka Mira berubah apabila Adra memberi reaksi yang sebaliknya. “Kenapa…? Macam lain macam sahaja kau ni…”

Adra menggeleng. “Tak ada apa-apalah..”

“Mesti ada something. Muka kau lain sangat. Ada masalah dengan husband kau lagi ke…?”

“Malas nak cakap pasal ni, bagi aku habiskan makanan dulu boleh…? Cakap banyak nanti boleh buat hilang selera tau tak.."

“Yalah…” Mira mengalah. Tangannya mencapai ketulan ayam goreng di pinggan dan disua ke mulut. Dia sudah makan tengahari dengan mak tadi. Adra pula sedang kusyuk menikmati kuah tomyam di dalam mangkuk. Nasi dah habis sepinggan. Bertambah siap. Lepas tu hirup kuah dalam mangkuk pula. Apa yang teruk sangat selera minah ni…?

“Bila nak bawak aku jumpa bakal suami kau…?” soal Adra. Baru dia angkat muka. Kuah tomyam sudah hampir ke dasar di hirupnya. Masakan mak memang dasyat. Macam mama jugak. Semua kena dengan seleranya.

"Dah boleh cakap..? Means dah kenyanglah tu..." sakat Mira dan Adra menyambutnya dengan senyum senang. Alhamdulillah. Dah terisi perut kecilku.

“Good question.. Sebenarnya esok memang kami nak keluar beli barang hantaran. Jadi kau kena ikut aku esok. Sebab kalau kau tak ikut, nanti mak nak ikut. Mak memang tak nak bagi kami keluar berdua.” sambung Mira.

Adra mengangguk.

“Patut kau suruh aku datang awal, rupanya ada udang disebalik batu…”

“Bukan macam tu, aku kesian dekat mak, nak siapkan perkara lain lagi, nak ikut aku ke sana ke mari lagi. Aku nak pergi sorang pun dia tak bagi. Risau mak over sangat..”

“Mak risaukan kau bertempat. Anak dia sorang. Anak dara pulak tu. Darah manis lagi. Tak apalah, aku dah ada dekat sini, aku temankan kau eh…”

“Sure…” Mira senyum lebar.

“Seronok kau kan….”

“Kenapa…?”

“Dapat juga merasa membuat persiapan perkahwinan sendiri..”

“Alaa… Apa cakap macam tu.. Tak mo lah sedih-sedih macam ni…” Mira bangun mendekati Adra. Badan Adra dipeluknya. Dia tidak mahu kawannya bersedih. Sebab tu dia nak Adra terlibat sama dalam persediaan majlis kahwinnya. Sekurang-kurangnya wanita itu dapat merasa, bagaimana menguruskan sebuah majlis perkahwinan.

“Bila kau datang sini, aku nak kau gembira. Tak syok lah kalau kau sedih macam ni..”

Adra tersenyum tipis. Yalah.. Dia pun mahu happy.

“Aku rindu nak melawat pantai lah. Agak-agak pantai tu ingat aku lagi tak…?”

“Mestilah ingat, kau kan pengunjung setia…” Mira tergelak. “Petang nanti kita sama-sama pergi pantai eh… Aku rasa mesti kau ada banyak benda nak cerita kat aku... Kan..?"

“Yaaa…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience